Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Definasi Syariah

Ditinjau dari sudut etimologi iaitu dari sudut bahasa, syariah bermakna jalan yang lurus.
Sedangkan makna termnologi ataupun istilah pula, syariah adalah undang-undang atau
peraturan-peraturan yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Penerapan
syariah dalam setiap kehidupan manusia bertujuan agar manusia memiliki martabat dan
darjat yang lebih tinggi dari makluk lain dari ciptaan Allah SWT.

Syariah mencakupi seluruh aktiviti yang dilakukan oleh seorang muslim dengan aturan-
aturan halal dan haram, serta perilaku baik dan buruk. Syariah juga bertumpu pada kekuatan
iman dan budi pekerti (akhlak) serta memiliki amplikasi balasan baik di dunia mahupun di
akhirat. Panduan dalam pengalaman syariah merujuk kepada dua sumber, iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Jatsiyah ayat 18
yang bermaksud “Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikuti syariat
(peraturan) dari agama itu, maka ikutilah syariat itu dan jangan kamu mengikut keinginan
orang-orang yang kamu tidak mengetahui”.

Syariat islam ini berlaku pada hambaNya yang berakal, sihat tubuh badan, dan telah
mencapai usia baligh atau dewasa. Bagi orang yang mengaku dirinya Islam seharusnya
mematuhi peraturan ini. Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 48 yang bermaksud
“Setiap umat Kami berikan kepada mereka syariat dan peraturan tertentu”. Walau
bagaimana pun terdapat hubung kait antara syariat islam dan syariat agama langit yang
dikenali sebagai Agama Samawi. Agama Samawi adalah agama yang dipercayai oleh para
pengikutnya yang dibangunkan berdasarkan wahyu Allah SWT. Beberapa pendapat
menyimpulkan bahawa suatu agama disebut Agama Samawi jika mempunyai definisi Tuhan
yang jelas, mempunyai penyampai risalah (Nabi/Rasul) dan mempunyai kumpulan wahyu
dari Tuhan yang diwujudkan dalam Kitab Suci. Di dunia ini agama-agama besar yang
dianggap Agama Samawi diantaranya ialah Yahudi, Kristian, dan Islam.
2.0 Hubung kait antara Syariat Islam dan Syariat Agama Langit (Agama Samawi)

Terdapat beberapa hubung kait antara Syariat Islam dan Syariat Agama Langit (Agama
Samawi) iaitu :-

i. Diwahyukan oleh Allah yang Maha Esa.

Syariat Islam dan Syariat Agama Langit (Agama Samawi) adalah Agama yang yang
diwahyukan oleh Allah SWT kepada hambaNya. Syariat Islam adalah syariat yang
diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaran Jibrail AS.
Syariat Islam ini diturunkan untuk Umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Begitu juga Syariat
Agama Langit yang lain juga diturunkan untuk Umat Nabi atau Rasul yang lain juga. Firman
Allah SWT dalam surah Al-Nahl ayat 36 yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah
utuskan seorang Rasul dalam kalangan tiap-tiap umat (dengan memerintahkannya menyeru
mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut (syaitan)”.

ii. Mendidik manusia.

Kehidupan manusia terdedah kepada ujian dan cubaan. Manusia yang dicipta oleh Tuhan
adalah lemah dan memerlukan pertolongan dari Tuhan dalam menghadapi cabaran dan ujian.
Firman Allah SWT dalam surah Al-KAhfi ayat 7 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami
telah menjadikan apa yang ada di muka bumi adalah perhiasan baginya, untuk Kami
menguji mereka, siapakah yang lebih terbaik amalnya”.
Oleh itu syariat diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan cubaan
tersebut. Syariat juga menanamkan keimanan dan nilai-nilai anamah dan kebenaran dalam
jiwa seseorang itu. Sebahagian dari pendidikan dalam islam ialaha melalui ibadah. Amalan
ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya
menjadi ahli masyarakat ynag berguna dan memberi manfaat kepada yang lain.
iii. Penghayatan Rukun Islam.

Hubung kait yang ketiga ialah penghayatan rukun islam yang lima juga disyariatkan
dalam kebanyakkan Syariat Agama Langit kecuali rukun islam yang pertama sahaja iaitu
mengucap dua kalimah syahadah kerana kalimah syahadah hanyalah untuk umat Nabi
Muhammad SAW sahaja sehingga ke hari kiamat. Ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji
merupakan Syariat yang diturunkan untuk semua umat Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Al-
Quran juga telah menceritakan tentang Nabi Ismail AS dengan firmanNya dalam surah
Maryam ayat 54 dan 55 yang bermaksud “Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam
Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan
adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan adalah ia menyuruh keluarganya untuk
mengerjakan sembahyang dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yang diredhai di
sisi Tuhannya”. Begitu juga Allah SWT berfirman tentang kewajipan puasa dalam surah Al-
Baqarah ayat 183 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertaqwa”.

iv. Mengandungi kaedah-kaedah umum seperti dosa pahala, dan konsep keadilan.

Syariat diturunkan bagi mendidik manusia supaya maju didunia dan akhirat. Setiap
syariat agama langit mahupun syariat islam mengandungi kaedah-kaedah umum yang sama
seperti dosa pahala. Firman Allah SWT dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang
bermaksud “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan (kebaikan) seberat zarah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya
akan dilihatnya (dalam surat amalnya)”. Ayat tersebut menceritakan barangsiapa yang
berbuat kebaikan akan menerima ganjaran pahala dan barangsiapa yang berbuat kejahatan
akan mendapat dosa. Setip peraturan mahupun ketetapan yang ada di dalam syariat islam
adalah masih lagi berada dalam diruangan kemampuan manusia sama ada ibadahnya
mahupun undang-undangnya. Syariat islam juga adalah syariat yang bersifat kemanusian. Ia
juga mewajibkan tolong-menolong, zakat, waqaf, sedekah, dan lain-lain.
Itulah sebahagian diantara hubung kait Syariat Islam dengan Syariat Agama Langit.
Jelaslah sesungguhnya nabi-nabi dan para rasul sebelum Nabi Muhammad SAW menerima
Syariat Agama Langit yang mempunyai persamaan dari sudut Aqidah yang murni. Disini
juga terdapat beberapa hubungan yang unik antara Syariat Islam dan Syariat Agama Langit,
antaranya adalah seperti yang dijelaskan dalam jadual 1.1 dibawah.

Jadual 1.1: Hubungan antara Syariat Islam dan Syariat Agama Langit

1) Kesatuan sumber, iaitu daripada Allah SWT, pencipta syariat.


2) Kesatuan asas dan tujuan, iaitu menyeru kepada aqidah tauhid, kesucian jiwa dengan amal
soleh, seruan kepada jalan kebenaran, berusaha untuk melaksanakan kebaikan di dunia dan di
akhirat.
3) Syariat Islam memansuhkan syariat agama langit sebelumnya dan kekal berkuatkuasa
sehingga hari kiamat.
4) Tiada satu pun kandungan Syariat Islam yang diambil daripada syariat agama langit
terdahulu. Ini adalah kerana setiap umat mempunyai syariatnya tersendiri.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Hijr ayat 9 yang bermaksud “Sesungguhnya Kamilah
yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. Allah SWT
memberi jaminan akan memelihara Al-Quran (sumber Syariat Islam) daripada sebarang
pindaaan mahupun ancaman sehingga kiamat.

3.0 Ciri-ciri Fiqh Islam dan fungsinya terhadap Syariat Islam.

Fiqh Islam merupakan salah satu bidang pembelajaran islam yang paling terkenal
dikalangan masyarakat. Fiqh Islam berkait rapat dengan kehidupan masyarakat sekarang. Ini
terjadi sejak lahir sehinggalah meninggal dunia, manusia sentiasa perlu kepada Fiqh Islam.
Fiqh dari segi bahasa membawa maksud memahami percakapan orang bercakap. Menurut
istilah Fiqh ialah ilmu yang menerangkan hukum syara’ yang amaliyyah yang diambil dari
dalil-dalilnya yang terperinci. Fiqh adalah ilmu yang dihasilkan oleh fikiran serta ijtihad
(penelitian) yang memerlukan pemikiran dan penerungan. Hal ini yang melahirkan beberapa
mazhab yang berbeza, kerana berbeza pemikiran dalam meninjau satu hukum dari dalil yang
terinci, dengan dasar penelahaan dan kemampuan berfikir untuk melihat hukum yang tersirat
didalamnya . Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 122 yang bermaksud “Dan
tidaklah (betul dan elok) orang–orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang);
oeh itu, hendaklah keluar sehagian sahaja dari tiap–tiap puak diantara mereka, supaya
orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam
agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-
orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari
melakukan larangan Allah)”. Disini terdapat beberapa ciri-ciri Fiqh islam dan fungsinya
terhadap Syariat Islam:

1.

Anda mungkin juga menyukai