Anda di halaman 1dari 25

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

(MPU3132)
BAB 3- KONSEP INSAN
PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI (KONSEP INSAN 1)
(MINGGU 4 03/9 -09/9/2023)

OLEH:
AL USTAZ DR JAZMI BIN MD ISA
PENYELARAS SUBJEK FALSAFAH DAN ISU SEMASA
MPU3132
Asal Usul Manusia
❑Manusia makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna,
memiliki akal, nafsu, dan anggota tubuh yang sangat
memungkinkan untuk bekerja secara sempurna.
❑Charles Darwin dalam buku berjudul ‘On the Origin of
Species by Means of Natural Selection, or The Preservation
of Favoured Races in the Struggle for Life’ menganggap
manusia berasal dari kera yang berevolusi.
❑Dalam teori evolusi Charles Darwin dijelaskan bahwa
manusia pertama adalah kera, sedangkan dalam kitab suci
umat Islam iaitu al quran, dijelaskan manusia pertama
adalah Nabi Adam. Namun, ilmuwan barat masih terus
mencari bukti untuk memastikan asal manusia.
❑Berdasar al quran manusia pertama ialah Adam, ketika
Allah memaklumkan akan cipta manusia, Malaikat Jibril
seolah khawatir kerana takut manusia akan melakukan
kerosakan di muka bumi.
❑Kejadian itu tertulis dalam Alquran, “Dan (ingatlah) ketika
Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,
‘Sesungguhnya, Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk. Maka, apabila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke
dalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu
kepadanya dengan bersujud” (QS. Al Hijr: 28-29).
Dalam buku `Alquran vs Sains Modern’ Dr Zakir Naik
menyatakan proses penciptaan manusia di dalam al Quran
ialah dalam dua tahap:

❑Tahap pertama disebut tahap primordial, iaitu manusia


pertama ialah Adam as.
❑Tahap kedua ialah tahap biologi, yakni bercampurnya air
mani (nuthfah) yang tersimpan dalam tempat yang kukuh
(rahim). Lalu menjadi nuthfah iaitu darah beku, kemudian
menjadi alaqah yang bergantung dalam rahim. Darah beku
tersebut setelah itu dijadikan Allah segumpal daging
(mudghah) dan dibalut dengan tulang belulang, serta
ditiupkan roh kepadanya.

Hakikat dan Kewujudan
❑Menurut Ibn Kathir (2008), ayat 7-9 surah al Insan
menjelaskan bahawa Allah SWT telah menjadikan bapa
kepada manusia iaitu nabi Adam dari tanah.
❑Kemudian manusia saling berketurunan pula dari air mani
yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada wanita.
❑Setelah sempurna kejadiannya, Allah SWT meniupkan
padanya roh ciptaannya.
❑Kemudian dia mengurniakan pendengaran, pengelihatan dan
akal fikiran.
❑Berdasarkan keterangan ini, manusia diciptakan dengan
mempunyai dua elemen iaitu bentuk yang sempurna dan
ditiupkan padanya roh.
❑Bentuk yang sempurna iaitu jasad atau fizikal mempunyai
keperluan semulajadi yang tersendiri seperti dorongan dan
kemahuan untuk mencari kelangsungan hidup dan menguruskan
bumi dengan menggunakan pelbagai cara.
❑Manakala tiupan roh merupakan keupayaan dan potensi yang
terbesar pada diri manusia kerana dorongan dan keperluannya
kepada kemuliaan, ketinggian dan berupaya untuk mencari
makna kendiri.
❑Satu lagi potensi manusia iaitu keupayaan akal fikiran. Akal
berperanan sebagai medium untuk mencari pengetahuan dan
maklumat sama ada perkara yang berkaitan dengan dunia atau
agama.
❑Akal berperanan mencari jalan agar kehidupan manusia terurus
dengan baik dan teratur.
❑Ketiga-tiga unsur iaitu jasad, roh dan akal menjadikan manusia
mempunyai tahap kesediaan (readiness) dan potensi yang
perbagai seperti mencari kemuliaan, kesenangan dan
kegembiraan.
❑Dengan potensi ini juga, manusia boleh mencapai darjat yang
tinggi seperti di sisi Allah…namun tidaklah boleh menyamai darjat
yang dapat dicapai oleh para nabi dan rasul.
❑Manusia juga boleh bertindak seperti haiwan yang mengikut syah
wat semata bahkan lebih sesat lagi (Al-Quran, 7: 179 dan 25: 44).
❑Potensi yang dimiliki manusia ini mendedahkan
manusia kepada peluang untuk membuat pilihan
seperti melakukan kebaikan atau kejahatan, belas
kasihan atau bertindak kejam, cinta atau benci.
❑Namun begitu, potensi yang pelbagai ini adalah satu
kelebihan kepada manusia yang membezakan
mereka dengan makhluk yang lain seperti malaikat
dan haiwan.

Konsep Insan Seimbang
❑Insan seimbang membawa maksud semua keperluan
manusia mencukupi iaitu pertumbuhan akal, perkembangan
rohani, emosi dan jasmani secara sihat dan bersepadu.
❑Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi
dan jasmani dalam diri manusia adalah dalam keadaan
serasi dan sesuai.
❑Keadaan ini akan membawa hubungan baik antara manusia
dengan manusia, manusia dengan alam sekitar dan manusia
dengan Maha Pencipta.


❑Insan seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu
pengatahuan, berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang
sihat, tubuh badan yang sihat dan cergas serta mampu
bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai keyakinan yang
teguh kepada Tuhan.
❑Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan harmonis memiliki
kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam pelajaran.
❑Dalam alam pekerjaan mereka mampu melaksanakan tugas
dengan amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh dalam
menjalani kehidupan seharian iaitu segala masalah dan cabaran
yang dihadapi dapat di atasi secara profesional dan rasional.
❑Keseimbangan dapat dicapai melalui pendidikan
sempurna di sekolah dan rumah. Di sekolah telah
disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-
anak.
❑Hasrat ini tidak akan tercapai jika anak-anak tidak
ke sekolah. Oleh itu ibu bapa dan guru harus
bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini
sampai kepada golongan pelajar untuk memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Konsep ‘Sejahtera’ dalam segenap kehidupan Masyarakat
Ekonomi, Politik dan Kehidupan
❑Mencari kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat adalah asas utama
dan menjadi satu tuntutan besar. Ini kerana kehidupan tanpa
hubungan baik akan membawa kepada ketidakstabilan dalam sistem
sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara.
❑Dengan itu, setiap pihak perlu mempunyai sikap integrasi yang positif
dengan yang lain agar hidup sejahtera dapat menjadi satu elemen
berkekalan dalam masyarakat.

❑Islam telah memperincikan garis panduan dan teladan
untuk umat manusia melihat dan mengambil iktibar
daripadanya. Dalam konteks hubungan dengan bukan
Islam, al-Quran jelas memberi panduan kepada umat
Islam kriteria penting dalam hubungan dengan bukan
Islam.
❑Firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahanah, ayat
8 bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada
berbuat baik dan berlaku adil kepada orang bukan
Islam yang tidak memerangi kamu di dalam perkara
agama dan tidak menghalau kamu daripada kampung
halaman kamu.
❑Imam al-Zuhaili menafsirkan ayat ini dalam kitab tafsirnya,
al-Munir fi al-Aqidah dan al-Syariah wa al-Manhaj bahawa
Allah tidak melarang umat Islam daripada bergaul dan
berbuat baik kepada orang bukan Islam yang berdamai
dengan mereka dan yang tidak pula menyerang atau
menghalau mereka.
❑Termasuk dalam perkara yang baik mewujudkan hubungan
mesra, menerima mereka sebagai tetamu dan berjiran.
Allah SWT juga tidak menghalang orang Islam untuk berlaku
adil terhadap mereka termasuklah di dalam menunaikan
hak mereka, menunaikan janji dengan mereka, menunaikan
amanah, memberi hak harga pembelian dengan tidak
mengurangkan hak mereka dan sebagainya.
❑Ini diperkuatkan lagi dengan sunnah kehidupan nabi Muhammad SAW
yang memperlihatkan bagaimana baginda SAW menghormati bukan
sahaja dalam kalangan orang Islam bahkan bukan Islam.
❑Dalam aspek hubungan orang Islam dan bukan Islam, sejarah Islam
turut memperlihatkan teladan Saidina Omar al-Khattab ketika berjaya
menawan dan membuka kota Baitul Maqdis daripada Rom.
❑Sebagai pemerintah Islam, beliau memberi jaminan dengan
menghormati hak-hak penduduk bukan Islam kota berkenaan yang
terdiri daripada golongan Masihi dan Yahudi. Mereka diberikan
jaminan keselamatan, boleh kekal tinggal di Baitul Maqdis di samping
dapat mengamalkan ajaran agama masing-masing.
METAFIZIK (KONSEP INSAN 11)
MATLAMAT KEHIDUPAN "ASAL KEWUJUDAN DAN PENGAKHIRAN KITA”?

❑Matlamat utama kejadian manusia adalah untuk


menjadi makhluk yang mengabdikan diri kepada
Allah dengan mentaati suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya.
❑Perkara ini disebutkan al-Quran dalam Surah al-
Dzariyat, ayat 56 yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan
jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepada Ku”.
❑Penjelasan dan penentuan matlamat hidup yang diajar al-
Quran ini bertujuan memandu manusia dalam menjalani
kehidupan dunia yang penuh mencabar ini dan dalam masa
yang sama membantu mempersiapkan diri untuk kehidupan
akhirat.
❑Tindakan menjauhkan diri daripada panduan ini akan
menyebabkan manusia tersasar jauh daripada jalan kehidupan
yang digariskan Allah yang secara tidak langsung menghakis
daripada dalam diri manusia rasa keterikatan kepada Allah.
Sistem kepercayaan
❑Sistem kepercayaan terdiri daripada prinsip-
prinsip yang dipegang oleh individu. Seperti
dalam sains, terdapat prinsip-prinsip tertentu
seperti prinsip keabadian tenaga, prinsip
kuantum, prinsip graviti dan pelbagai lagi.
❑Begitu juga dengan manusia. Setiap orang
mempunyai prinsip hidup yang ‘mengatur’
tingkah laku mereka selama ini. Sama ada kita
menyedarinya ataupun tidak, ia masih tetap
berfungsi dan mengatur kita. Kita bertindak
berdasarkan apa yang kita percaya berkenaan
sesuatu.
Tuhan dan sifat Kewujudannya
❑Sifat wujud bagi Allah SWT adalah sifat yang utama yang
perlu difahami dan dihayati oleh setiap umat Islam kerana ia
adalah sifat bagi zat Allah SWT, dengan maksud sebarang
bentuk penafian atau salah faham terhadap sifat ini boleh
membawa kepada penafian dan salah faham tentang hakikat
kewujudan Allah SWT dan ini pastinya boleh membawa
kepada kekufuran kerana menafikan kewujudan Allah SWT.
❑Di samping itu, dari aspek yang lain pula, memahami dan
menghayati kewujudan Allah SWT dengan sebenar-benar
pemahaman dan penghayatan boleh meningkatkan
keyakinan dan keimanan seseorang terhadap ketuhanan Allah
SWT dan menghayati kedudukanNya dalam setiap aspek
kehidupan manusia.
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan yang
maha berkuasa yang menciptakan seluruh alam semesta. Melalui kepercayaan dalam
beragama kepada yang betul akan berupaya atau mampu menjadikan sesebuah bangsa
manusia berjaya dan maju bagi meneruskan lagi usaha untuk memajukan negara ini sebagai
sebuah negara mempunyai satu bangsa yang benar-benar maju serta berpegang teguh kepada
prinsip kepercayaan kepada kekuasaan-nya tuhan yang maha menguasai alamnya dan juga
sebuah tanah negara yang berdaulat dari segi peruntukan undang-undangnya yang
mengamalkan sistem undang-undang yang berpelembagaan persekutuan bagi menuruti
langkah serta mengikuti sistem yang berpandukan sebuah takrifan yang sudah ditakrifkan
sebagai yang mengikuti leraian peruntukan peraturan dasar yang sudah digubal bersama-sama
rang undang-undang Perlembagaan Persekutuan dari dasar sesebuah negara yang mempunyai
pelbagai jabatan kerajaan serta lembaga institusi Diraja yang mempunyai institusi Dan Majlis
Raja-raja Melayu sebagai raja pelembagaan dari yang berperlembagaan yang dinaungi payung
yang maha perlindung bagi memayungi kedaulatan institusi Diraja sebuah kemahkotaannya Ke-
bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang di-pertuan Agong Sebagai Raja
Tertinggi dan juga ketua utama negara dan juga turut bertindak sebagai Raja berperlembagaan
Malaysia.

Teisme, Ateisme dan Agnostisisme
❑Teisme ialah kepercayaan kepada kewujudan sekurang-
kurangnya satu tuhan - tidak lebih, tidak kurang. Ia tidak
bergantung kepada berapa banyak dewa yang dipercayai. Ia
tidak bergantung kepada bagaimana 'tuhan' ditakrifkan.
❑Ia tidak bergantung kepada bagaimana pegangan seseorang
terhadap kepercayaan mereka. Ia tidak bergantung kepada
bagaimana orang percaya mempertahankan kepercayaan
mereka. Teisme itu hanya bermaksud "kepercayaan kepada
tuhan," dan tidak ada lagi yang sukar difahami kerana kita
jarang menghadapi teisme secara terpisah.
❑Lebih tepat ialah fahaman Teisme merupakan kepercayaan kepada
dewa atau dewi. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani ,theos,
bermakna dewa.
❑Teisme memainkan peranan penting dalam kebanyakan agama,
namun berlainan agama mengandungi pengajaran yang berbeza
tentang tuhan. Penganut agama Yunani kuno dan Rom purba
bersifat politeisme iaitu, mereka menyembah lebih daripada satu
tuhan. Kini, penganut kebanyakan agama utama bersifat
monoteistik. Mereka menerima hanya satu tuhan. Perkataan teisme
digunakan terutamanya untuk membicarakan agama yang
mempercayai satu tuhan. Agama tersebut termasuk Islam, Kristian,
Yahudi, dan beberapa bentuk Hinduisme. Agama yang mempercayai
satu tuhan biasanya dikenali dalam kalangan para sarjana Islam
sebagai agama samawi iaitu dinisbah kepada langit.
Agama Monoteisme dan Politeisme serta Persoalan etika:
Bagaimana mencapai kehidupan sejahtera?
❑Monoteisme adalah kepercayaan yang berpendapat hanya
ada satu tuhan yang esa dan berkuasa penuh atas segala
sesuatu. Agama yang termasuk dalam monoteisme adalah
Yahudi, Kristen, dan Islam.
❑Dinukil dari buku Filsafat Agama (2018) oleh Kasno,
monoteisme terbahagi menjadi beberapa jenis, iaitu:
Monoteisme praktis, kepercayaan terhadap satu tuhan yang
dipuja, tetapi tidak mengingkari keberadaan dewa-dewa.
Monoteisme spekulatif, kepercayaan yang meyakini adanya
satu dewa yang awalnya terdiri dari dewa-dewa lain yang
kemudian menyatu hingga hanya tersisa satu.

❑Konsep politeisme yang didasari oleh materialisme yang bersifat naturalism
ini, membawa kepada konsep banyaknya dewa yang dihubungkan dengan
fenomena alam. Para dewa dianggap sebagai manifestasi kekuatan alam.
Konsep ketuhanan dalam agama Hindu dibahas dalam Sradha, yang mengkaji
keberadaan tuhan dengan jelas.
❑Ateisme berasal dari bahasa Yunani, yaitu atheos yang artinya tidak percaya
pada Tuhan. Manakala Ateisme pula ialah tidak percaya kepada dewa-dewa
seperti kepercayaan politeisme. Dalam pengertian luas, ateisme menjadikan
ketiadaan keyakinan pada keberadaan dewa atau Tuhan. Ateisme muncul
pertama kali pada abad ke-18. Di mana saat itu ada seseorang yang mengaku
berpaham tidak ada Tuhan di alam semesta.

Anda mungkin juga menyukai