Anda di halaman 1dari 53

ISLAM: AGAMA DAN PERADABAN

KULIAH 1

OBJEKTIF KULIAH 1
 Mengenali

Islam sebagai agama Samawi, universal dan sesuai dengan fitrah manusia.  Menyelami kedudukan peradaban Islam sebagai peradaban besar dunia.  Melihat rentetan sejarah pertentangan antara Islam dan Barat.

PENGENALAN
Islam : Agama dan peradaban, tamadun budaya, berasaskan wahyu. Islam bersifat Rabbani bagi mengangkat darjat manusia sebagai khalifah Allah di bumi ini.

Lantaran terbatasnya akal manusia, world view mereka perlu kepada wahyu untuk menganalisis aspek-aspek kehidupan dan kematian.

FITRAH MANUSIA MENGENAL PENCIPTA Fitrah manusia mengikut sunnatullah yang memperakui kebesaran Allah - memperakui Allah mengatur alam ini.

Manusia adalah sebahagian ciptaan Allah,merupakan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain.

Allah menjadikan manusia tidak dengan sia-sia tanpa tujuan atau faedah. Manusia perlu hidup berasaskan fitrah kejadiannya.

- Iaitu patuh kepada Allah melakukan maaruf menjauhkan larangannya mengerjakan amal soleh berterusan, meningkatkan ilmu dan akhlak melalui alQuran dan al-Sunnah Allah mengatur kehidupan manusia menghadirkan contoh-contoh umat terdahulu sebagai peringatan.

Abid kepada Allah mesti mematuhi hukumhukumnya mengetahui batas-batas haram, makruh, wajib, sunat dan harus. Lantaran Islam itu bermula dari konsep salama - Manusia akan hilang konsep ini apabila ingkar kepada Allah atau menolak kewujudan Allah.

Keterbatasan akal manusia, memerlukan ilmu daripada Allah. Tanpa ilmu manusia hilang erti kehidupan,

tanpa Rasul manusia hilang contoh ikutan dan sunnah. Manusia hilang jejak bagi menemui jalan yang benar. Keakuran kepada sifat kehambaannya serta

keterbatasan akal merupakan garis penghubung kepada pengakuan kebesaran Allah serta mentauhidkan

Allah. JENIS-JENIS TAUHID KEPADA ALLAH


I)

Tauhid Rububiyyah Dan sekiranya kamu bertanya kepada mereka (golongan musyrik) siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan mengedarkan matahari dan bulan,

Nescaya mereka menjawab Allah (al-Ankabut 29:61)

Dan sekiranya kamu bertanyakan mereka siapakah yang menurunkan hujan dari langit, yang dengannya bumi menumbuhkan tanaman selepas matinya, nescaya mereka menjawab Allah. (Al-Ankabut 29:63)

II) Tauhid Uluhiyyah Patutkah kamu mengambil dia (iblis) dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada ku, sedang mereka adalah musuhmu. Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) untuk orang-orang yang zalim. (Al-Kahfi 28:50)

Berkata kawannya sedang dia bercakap-cakap dengannya Apakah kamu kafir kepada (Allah) yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitik mani, lalu dia menjadikan kamu seorang lelaki yang sempurna? (Al-Kahfi 18 : 37)

III)Tauhid Asma dan Sifat Allah mempunyai nama-nama yang baik (asmaulHusna) al-Aziz, al-Ilah, al-Mannan dan lain-lain. WORLD VIEW (TASAWWUR) ISLAM Peradaban Islam berpandukan kepada

kewujudan 3 perkara: Tuhan, Manusia dan Alam.

Kefahaman tentang 3 konsep ini menzahirkan aspekaspek al-din dan akan membina World View Islam.

Menurut Syed Qutb: Tamadun Islam merupakan jelmaan ke alam lahiriah daripada suatu penghayatan Islam. Oleh itu World View Islam merupakan

jawapan yang pasti tentang perkara-perkara asasi yang membina kehidupan manusia.

- Prof. S.M. Naquib perkataan tamadun berkait rapat dengan al-din. Bertolak dari konsep ini bolehlah dikatakan bahawa Tamadun Islam adalah penzahiran aspek-aspek al-din dalam kehidupan. - Ini bermakna Tamadun Islam itu bukan hanya merujuk kepada bahagian sejarah masa lalu.

Memahami konsep ketuhanan merupakan perkara asas untuk membina pandangan semesta Islam.
-

Asas ini bersumberkan fahaman tauhid kepada Allah.

- Faham tauhid mempunyai kaitan yang kukuh dengan seluruh prinsip keimanan.

Kepentingan

Tauhid

dalam

Tamadun

Islam

dinyatakan oleh Ismail Faruqi. Tauhid ialah asas dalam memberikan identiti kepada Tamadun Islam, yang mengaitkan segala unsurnya, lalu menjadikan satu keutuhan wadah yang kukuh bergelar Tamadun.

-Implikasinya. i. Mengiktiraf 2 realiti Pencipta dan yang dicipta. ii. Hubungan 2 realiti ini membawa implikasi pengiktirafan terhadap satu kekuasaan saja. iii. Manusia diberi keupayaan bertindak sesuai

dengan persekitaran kehendak Allah.

iv. Diberi

kebebasan

bertindak

sesuai

dengan

tanggungjawab sebagai khalifah Allah. v. Mempunyai tanggungjawab terhadap alam yang harus dimanafaatkan. vi. Manusia dilahirkan dalam keadaan istimewa bukan berdosa seperti mana setengah-tengah ideologi lain. Dengan mematuhi perintah Allah

manusia mempertingkatkan tarafnya.

Implikasi keyakinan tauhid seperti kata Syed Qutb.

i. Melahirkan pengabdian diri kepada Allah. ii. Wujud suasana berorganisasi atas asas akidah. iii. Meningkatkan keagungan keluhuran nilai

kemanusiaan berbanding nilai kebendaan.

iv. Suburnya nilai-nilai kemanusiaan dan hilangnya sifat kehaiwanan. v. Terpelihara dan mantapnya kesucian keluarga. vi. Terlaksananya fungsi manusia sebagai Khalifah Allah. v. Terlaksananya syariat atau undang-undang Allah dalam semua urusan kehidupan.

ISLAM : PENDEKATAN DALAM MENANGANI ISU-ISU PERADA BAN

1. PEMELIHARAAN TIGA DASAR UTAMA a) Hubungan Manusia Dengan Tuhan - Dalam Islam Tuhan @ Pencipta dinamakan Allah. Mesti diyakini bahawa Allah yang mencipta

Makhluk tidak boleh wujud dengan sendiri pemikiran yang rasional tidak menerima makhluk terjadi sendiri. Tuhan bukanlah mengikut khayalan manusia

kerana jika tuhan bersumberkan daripada manusia maka ia lebih lemah daripada manusia dan sifat begini bukannya sifat Tuhan.

Maksud Firman Allah: Sesungguhnya Aku ini Allah, tiada Tuhan selain dari Aku, sembahlah Aku dan tetaplah mengerjakan sembahyang, untuk mengingati aku. (Taha 20:14) Maksud Firman Allah: Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Allah, tiada Tuhan selain daripadanya. Dia meliputi segala sesuatu

dengan pengetahuannya. (Taha 20 : 95) Orang-orang Islam mesti beriman dengan hakikat bahawa wahyu itu bukan khayalan manusia tetapi ianya adalah kata-kata Allah untuk manusia.

Maksud Firman Allah: Dan sesungguhnya kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam

perumpaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. (Al Kahfi 18:54)

b) i)

Hubungan Sesama Manusia Ciri-Ciri Manusia maksud Firman Allah Wahai manusia! Apakah yang memperdayakan (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang maha pemurah. Tuhan yang telah mencipta dan

mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggota mu sesuai (dengan tujuan yang kerananya

anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang

dikehendakinya. Ia menyusun kejadian mu. (Al-Insan 76:6-8) Manusia adalah kejadian yang lemah tidak berkuasa hatta kepada dirinya sendiri.

Perlu terima hakikat terpaksa akur dengan kehendak Allah. Hubungan Minannas. sesama manusia disebut Hablum

Manusia perlu hidup bermasyarakat dan

berhubung sesama sendiri dalam semua aktiviti kehidupan samada sosial, politik, ekonomi dan sebagainya semua ini diberi dosa dan pahala oleh

Allah. Tuhan menjadikan manusia berbagai-bagai bangsa untuk kenal mengenal dan bermuamalah antara satu sama lain. ii) Manusia dan Ibadah Ibadah merangkumi 2 perkara mengerjakan yang

disuruh dan meninggalkan larangan Allah. Perkara ini diingatkan Allah: Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkan menyeru mereka).

Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah

Thaghut (Al-Nahl 16:36)


c)

Hubungan Manusia Dengan Alam Alam ciptaan Allah disebut sebagai hablum min makhluqatillah Dasar hubungan ini mestilah berpijak kepada nilai akhlak dan hukum ketentuan Allah.

Manusia sebagai khalifah Allah mestilah menjaga amanah Allah yang ditaklifkan kepadanya. Para Rasul diutuskan untuk mengajar manusia mengenai erti sebenar kehidupan. Kehidupan dunia disifatkan dalam Islam sebagai kehidupan sementara, mainan (laibun) suka-suka (lahwun) berbangga (tafakhur), lalai (mata).

Firman Allah bermaksud Ingatlah bahawa kehidupan dunia ( yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat mainan dan hiburan. (Muhammad 47:36)

Hidup adalah sebagai ladang akhirat (mazraatul akhirah) tidak boleh, disia-siakan dengan hiasan dunia.

2)

MEREALISASIKAN BUDAYA ILMU Wahyu Allah yang pertama diturunkan ialah surah Iqra yang terkandung dalam perintah membaca yang tidak terpesong dari kehendak Allah. Zaman kegemilangan Islam ialah keberkesanan pancaran al-Quran ke atas umat Islam. digunakan untuk menyelidik dan memerhati Akal

perkara-perkara yang berlaku disekeliling manusia berpandukan asas-asas al-Quran.

Al-Quran membentuk satu iklim baru yang menganjurkan penyumbangan akal fikiran manusia serta menutup pintu menghalang kemajuan.

Al-Sunnah merupakan sumber kedua ilmu Islam. Wujudnya institusi pendidikan di Madinah ketika zaman Rasulullah telah menjadi asas kemunculan universiti-universiti di Baghdad,Salerno,Cordova dan Kaherah.

3)

MEMAHAMI MATLAMAT KEJADIAN MANUSIA. World View Islam meliputi pemahaman matlamat dan fungsi sebenar manusia dilahirkan. Kewujudan manusia bukan sia-sia. Mempunyai 2

fungsi iaitu sebagai Hamba Allah dan sebagai Khalifah Allah.

4)

PENGHAYATAN NILAI RABBANIYYAH Nilai Rabbani: Nilai yang berada dalam

lingkungan hukum-hukum Allah dan sistem Allah.

Nilai ini memperakui kesempurnaan hukum yang dicipta oleh Allah sahaja. tidak berubah. Tidak ada cacat dan

Nilai ini tidak menafikan keupayaan akal manusia tetapi ia perlu diselaraskan dengan kehendak wahyu. Aqidah Rabbaniah bila sebati dalam diri manusia akan melahirkan perasaan muraqabah (berhati-hati) serta mendorong kepada menunaikan kewajipan, Tidak lemah berhadapan dengan kezaliman dan godaan harta kekayaan.

5)

PEMELIHARAAN NILAI PERSAMAAN Manusia dicipta dari saripati tanah ditiupkan roh yang membolehkan manusia hidup dan dipandang mulia dari makhluk lain. Disisi Allah, manusia dimuliakan kerana

ketaqwaannya bukan kerana pangkat, harta, warna

kulit atau harta yang dimilikinya.

Manusia adalah ditegah sama sekali membezakan diantara satu sama lain. Melakukan kezaliman, tidak menghukum dengan adil, menipu dalam ekonomi, pilih kasih, melakukan pembaziran dan melakukan kerosakan dimuka bumi ini.

6) PEMELIHARAAN HAK KEBEBASAN MEMILIH Manusia dibekalkan akal dan nafsu dan diberi ruang untuk melakukan kebaikan atau keburukan betul atau salah, menjadi taat atau melakukan maksiat. Sekiranya pilihan itu menepati kehendak Allah, manusia diimbuhi dengan pahala tetapi jika keburukan

dan larangan Allah yang dipilih maka akibatnya akan diterima oleh manusia sendiri.

7)

PERLAKSANAAN NILAI TANGGUNGJAWAB Manusia dipertanggungjawabkan setiap tindakan yang dilakukan.

Al-Quran menyebut yang bermaksud Tiap-tiap diri bertanggungjawab ke atas apa jua tingkah laku perbuatannya,dan tidaklah seorang yang membuat dosa melainkan kemudaratan itu kembali kepada dirinya sendiri dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.

8) PENGHAYATAN NILAI KESEJAGATAN H.A.R. Gibb (orientalis Barat) mengatakan

kesejagatan Islam jelas dapat dibuktikan melihat kepada Islam itu sendiri yang tidak dinamakan khusus kepada pembawanya. Contohnya Budhisma adalah

sempena daripada Gautama Budha @ Zorostrianisme daripada Zoroester.

Islam

juga

bukan

yang

dibawa

oleh

Nabi

Muhammad saja tetapi ia merupakan kesinambungan Nabi-nabi dahulu seperti Adam, Idris, Noh , Hud dan sebagainya. Maksud Firman Allah Dan ingatlah ketika Isa putera Mariam berkata Hai

Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, membenarkan kitab sebelumku iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan kedatangan seorang Rasul selepasku yang namanya Ahmad (Nabi Muhammad). (Surah al Saf 61:6)

9) PENGHAYATAN NILAI KESYUMULAN Maksud Syumul (Menyeluruh) iaitu merangkumi aspek kehidupan dunia dan akhirat. Tamadun Islam menjelaskan cara menggabungkan tuntutan kerohanian dan tuntutan kejasmanian, spiritual dan fizikal.

Tamadun Islam merupakan complete way of life (cara hidup dan budaya) bukan upacara ibadah khusus semata-mata seperti sembahyang, puasa dan

sebagainya. Ia merangkumi cara berpolitik, bersosial, berekonomi hubungan antarabangsa dan sebagainya.

10) MEMENUHI KEPERLUAN MENURUT HIERARKI Tujuan syariat Islam (Maqasid al-Syariah) untuk menjaga maslahah Ammah (kepentingan umum) iaitu.

1. Menjaga Agama (Undang-Undang Murtad) 2. Menjaga Nyawa (Hukum Qisas) 3. Menjaga Akal (Melarang Minum Arak) 4. Menjaga Keturunan (Hukuman Zina) 5. Menjaga Harta (Hukuman Mencuri)

Menjaga 5 kepentingan umum ini berdasarkan tiga kategori mengikut keutamaan.


1. 2.

Dharuriyyat : menjaga al-Masalih alKhams Hajiyyat : Sembahyang jama dan qasr

3. Tahsiniyyat: Memperelokkan akhlak dalam amalan harian.

Anda mungkin juga menyukai