Anda di halaman 1dari 3

A) PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

Pandangan semesta secara sinonim disebut juga sebagai pandangan alam atau tasawwur.
Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Ia
juga merupakan nama kepada hasil idea Professor Syed Naquib Al-Attas yang berpandangan
bahawa pandangan semesta Islam merupakan pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang
wujud sama ada kewujudannya secara nyata dan jelas atau kewujudan secara ghaib iaitu sesuatu
yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera manusia secara kebiasaannya. Pandangan semesta
amat perlu dan penting bagi setiap tamadun. Ini kerana pandangan semestalah yang akan
menentukan halatuju dan matlamat sesuatu tamadun. Dalam erti kata lain, pandangan semesta
merupakan kerangka bagi pembentukan sesuatu tamadun.
Pandangan semesta sesuatu tamadun sebenarnya bergantung kepada sumber teori ilmu
pengetahuan. Tamadun Islam misalnya bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara
sumber-sumber yang lain hanyalah sekadar sumber sokongan. Justeru itu, sumber wahyulah yang
menjadi paksi kehidupan manusia dan akan menentukan halal atau haram, berguna atau tidak dan
sebagainya. Inilah pegangan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun Islam.
Setiap tamadun mempunyai asas pandangan semestanya yang tersendiri. Terdapat tiga
asas utama dalam perbincangan mengenai pandangan semesta Islam terhadap pembinaan
tamadun manusia. Asas yang paling utama ialah pandangan semesta Islam terhadap pencipta.
Islam meletakkan kuasa yang mutlak dalam kehidupan hanyalah milik Allah SWT, Tuhan
pencipta alam dan pencipta seluruh manusia sebagaimana firman Allah SWT;
Maksudnya: Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Al-Quran, Surah Al-Alaq, 96:2
Menurut pandangan semesta Islam terhadap manusia, kejadian manusia adalah suatu
kejadian yang unik jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain terutama jika dilihat kepada
kurniaan akal dan roh yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan ke arah yang baik. Dengan
kurniaan akallah manusia mampu menerokai dan menerima ilmu dan pemikiran. Manakala
dengan kurniaan roh pula, manusia mampu berinteraksi dengan alalm rohani dan alam Tuhan
yang kedua-duanya tidak akan dapat dicapai oleh makhluk-makhluk lain. Manusia telah diberi

amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi. Walaupun manusia dianugerahkan akal
pemikiran tetapi manusia tetap bersifat lemah dan tidak berupaya memiliki sesuatu melainkan
apa yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT sahaj. Malah, segala kekuatan fizikal yang
dimiliki manusia hanyalah bersifat sementara dan tidak mutlak.
Alam yang terbentang di hadapan kita dalam pelbagai bentuk dan rupa serta penuh
dengan keunikan kejadiannya merupakan milik Allah SWT. Dia tidak pernah memberi milik ini
kepada manusia tetapi diberinya hanyalah untuk kemudahan mengguna dan memanfaatkannya
dalam kehidupan mengikut sempadan dan peraturan yang telah ditetapkanNya. Ini merupakan
pendangan semesta tamadun Islam terhadap alam. Kewujudan alam adalah merupakan bukti atau
tanda-tanda yang manzurah (dapat dilihat) tentang adanya Allah SWT sebagai penciptanya.
Secara umumnya, tasawwur Islam terhadap alam merangkumi alam manusia, alam binatang,
alam jamadat (batu, pasir,tanah), alam galian dan alam rohani (malaikat, jin,syaitan). Segala
bentuk tindakan manusia sama ada hubungan sesama manusia atau hubungan dengan alam bukan
jamadat perlulah mengikut ketetapan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini
mengikut pandangan semesta Islam henyalah sebagai kehidupan bersifat sementara.
B) PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT
Dalam tamdun Islam, agama dijadikan sebagai cara hidup manusia yang mencakupi
keseluruhan kehidupan manusia sama ada untuk perkara keduniaan mahupun keagamaan
manakala dalam tamadun barat agama dianggap sebahagian daripada kebudayaan di mana boleh
mengalami perubahan mengikut keperluan manusia itu sendiri. Tamadun Islam tidak
menghadkan batas-batas dalam kehidupan manusia. Tidak terikat kepada bangsa-bangsa tertentu
atau tempat tertentu tetapi ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada al-Din. Ini bermakna
tamadun Islam sangat sesuai dengan segala situasi dan menepati keperluan dan peredaran zaman.
Perkembangan tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada
sesuatu bangsa atau sempadan geografi tertentu dan inilah yang membezakannya dengan
tamadun lain seperti tamadun China, Greek, Parsi atau tamadun Barat hari ini.

Anda mungkin juga menyukai