Anda di halaman 1dari 4

WACANA DALAM BAHASA MELAYU

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Unit bahasa
ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana
mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu
bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan
fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu
pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi
yang hadir selepas tingkat ayat.
Jenis Wacana
Terdapat dua jenis wacana dalam unit bahasa, iaitu wacana
lisan dan tulisan. Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi
secara langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana jenis ini,
ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk
menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya ialah perbualan
harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio.

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang
melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku
ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi
pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh
wacana

tulisan

ialah

rencana,

akhbar,

majalah,

buku

dan

novel.

Wacana boleh dianggap sebagai kesatuan bahasa yang paling tinggi, iaitu kumpulan
kalimat yang tertera dan berkesinambungan sehingga membentuk kesatuan yang
utuh.
Wacana terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup. Jenis-jenis wacana adalah
seperti berikut:
1. Berdasarkan Fungsi Bahasa:

1. Wacana ekspresif;
2. Wacana fatis;
3. Wacana informasional;
4. Wacana estetik; dan
5. Wacana direktif.
2. Berdasarkan Saluran Komunikasi (wacana lisan dan wacana penulisan),
Tanggapan Mitra Tutur atau Pembaca (wacana transaksional dan wacana
interaksional) dan Pemaparan
1. Wacana deskriptif;
2. Wacana ekspositoris;
3. Wacana argumentatif;
4. Wacana persuasif;
5. Wacana hurtatoris; dan
6. Wacana prosedural.
3. Berdasarkan Bilangan Peserta Komunikasi
1. Wacana monolog;
2. Wacana dialog; dan
3. Wacana polilog.
Namun demikian, ada juga kalangan sarjana bahasa yang membahagikannya
kepada empat, iaitu:
1. Wacana narasi;

2. Wacana eksposisi;
3. Wacana deskripsi; dan
4. Wacana argumentasi.
Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan dapat dilihat daripada
kewujudan hubungannya dengan aspek makna dengan berdasarkan
penggunaan

tatabahasa

yang

betul

dan

tepat.

Hubungan wacana dari aspek makna dapat ditinjau daripada


kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana dengan
berdasarkan aspek tatabahasa yang digunakan. Hubungan makna
antara

bahagian

bagi sesebuah

wacana

dengan

berpandukan

penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat dapat ditunjukkan seperti


pernyataan dan contoh-contoh berikut:
1. Hubungan sebab dan akibat, iaitu sebagai contoh: Ahmad tidak
bersungguh-sungguh

berlatih.

Dia

gagal

dalam

setiap

pertandingan yang disertainya.


2. Hubungan sebab dan tujuan, iaitu sebagai contoh: Siti sangat
rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
3. Hubungan sebab dan hasil, iaitu sebagai contoh: Salmah
begitu rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan akhir.
4. Hubungan latar dan kesimpulan, iaitu sebagai contoh: Rosmah
menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus
peperiksaan dengan cemerlang.
5. Hubungan syarat dan hasil, iaitu sebagai contoh: Pelajarpelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan
akan menghasilkan kejayaan.

6. Hubungan perbandingan, iaitu sebagai contoh: Rumah Romzi


besar. Rumah Rosli lebih besar. Hubungan penjelasan, iaitu
sebagai contoh, Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh
dahsyat. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan
nyawa, tetapi banyak harta benda telah musnah.

Anda mungkin juga menyukai