Anda di halaman 1dari 18

Isi Kandungan

Pengenalan Definisi Wacana Konsep Wacana Strategi Pengajaran Wacana Ciri-ciri Kepentingan Aplikasi Wacana Aplikasi Penulisan Wacana Rumusan Bibliografi

23 45 6-7 8 13 14 15 16 17 18

Pengenalan Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-

penduduk Melayu di

Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri

Lankadan Afrika

Selatan. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepasbahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala diChina, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika

Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain. Bahasa adalah alat perhubungan yang paling efektif. Bahasa juga menggambarkan status seseorang . Penggunaan kata yang sempurna dan tuntas baik secara lisan mahu pun tulisan menjadikan bahasa itu semakin gramatis dan difahami. Penggunaan kata dan wacana dalam ayat yang dituturkan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang lengkap setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia.Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta percakapan. Manakala menurut pendapat Harimurthi (1982) pula, wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat. Sementara itu, Raminah Haji Sabran (1985) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku
2

dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. Di dalam tatabahasa, wacana ini diletakkan di tahap paling atas atau tertinggi mengikut hierarki. Kerjasam dan tanggungjawab untuk menjaga khazanah bahasa ini adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang budaya dan agama.

Definisi Wacana Apa itu wacana?. Wacana adalah satuan bahasa di atas tataran kalimat yang digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulis dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahwa wacana sebagai proses komunikasi antarpenyapa dan pesapa, sedangkan dalam komunikasi secara tulis, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan ide/gagasan penyapa. Disiplin ilmu yang mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara alamiah, baik dalam bentuk tulis maupun lisan. Adapun persyaratan terbentuknya wacana adalah penggunaan bahasa dapat berupa rangkaian kalimat atau rangkaian ujaran (meskipun wacana dapat berupa satu kalimat atau ujaran). Wacana yang berupa rangkaian kalimat atau ujaran harus mempertimbangkan prinsip-prinsip tertentu, prinsip keutuhan (unity) dan kepaduan (coherent). Dalam pengertian linguistik, wacana adalah kesatuan makna (semantis) antarbagian di dalam suatu bangun bahasa. Oleh karena itu wacana sebagai kesatuan makna dilihat sebagai bangun bahasa yang utuh karena setiap bagian di dalam wacana itu berhubungan secara padu. Selain dibangun atas hubungan makna antarsatuan bahasa, wacana juga terikat dengan konteks. Konteks inilah yang dapat membedakan wacana yang digunakan sebagai pemakaian bahasa dalam komunikasi dengan bahasa yang bukan untuk tujuan komunikasi. Menurut Hawthorn (1992) wacana adalah komunikasi bahasa yang terlihat sebagai sebuah pertukaran di antara orang yang berucap dan pendengar, sebagai satu aktiviti personal di mana bentuknya ditentukan oleh tujuan sosialnya. Sedangkan Roger Fowler (1977) mengemukakan bahawa wacana adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat dari titik pandang kepercayaan, nilai, dan kategori yang termasuk di dalamnya. Foucault memandang wacana kadang kala sebagai bidang dari semua pernyataan, kadang kala sebagai sebuah satu kelompok pernyataan, dan kadang kala sebagai sebuah praktik regulatif yang dilihat dari beberapa pernyataan.

Gillian Brown dan George Yule, Analisis wacana adalah analisis atas bahasa yang digunakan. Analisis wacana bertitik tolak dari segi fungsi bahasa, ertinya analisis wacana mengkaji untuk apa bahasa itu digunakan. Di dalam analisisnya kedua ahli tersebut memfokuskan pada dua fungsi utama iaitu yang pertama ialah fungsi transaksional, iaitu fungsi bahasa unttuk mengungkapkan isi, dan yang kedua ialah fungsi interaksional, iaitu fungsi bahasa yang terlibat dalam pengungkapan hubungan-hubungan sosial dan sikap-sikap pribadi.

Konsep Wacana Jika kita meneliti pada konsep wacana, wacana sebenarnya berasal daripada perkataan yang berasal daripada bahasa Jawa woco-no. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat dan wacana, menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal juga mendefi-nisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa seperti per-bualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir. Menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Wacana juga dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan lazim di samping pola bahasa. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi.Menurut Schiffrin et. al (2003:1), wacana mempun-yai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Kepada ahli bahasa, wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, definisi wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang melampaui ayat, penggunaan bahasa, dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa.

Analisis wacana menurut Johnstone, B. (2002:2-4), memfokus kepada proses memecahkan wacana kepada bahagian kecil dengan berdasarkan kriteria tertentu dan melihat ciri setiap bahagian itu. Selain melihat ciri struktur bahagian itu, analisis wacana juga melihat fungsi bahagian itu. Menurut beliau, analisis wacana sekadar metodologi.

Analisis wacana moden bermula pada pertengahan 1960-an dengan terbitnya analisis struktural wacana di Perancis. Di Amerika Syarikat terdapat aliran tagmemik yang dipelopori
6

oleh Pike, etnografi pertuturan oleh Hymes dan aliran tatabahasa stratifikasi oleh Lamb. Analisis wacana pada dekad 1970-an merupakan analisis secara sistematis dalam disiplin yang sama atau antara disiplin. Perkembangan ini merupakan tentangan terhadap tatabahasa formal dan bebas konteks transformasi generatif. Antara terbitan yang besar dalam tempoh itu ialah Halliday dan Hasan (1976). Mereka menghasilkan Cohesion in English yang oleh Brown dan Yule (1983:190) dikatakan paling komprehensif dan piawai dalam bidang tautan. Malah, dalam Sanat (2002:18) terdapat kesimpulan bahawa daripada 17 buah disertasi Ph.D di luar negara tentang tautan sehingga 1993, 15 buah daripadanya menggunakan kerangka sistemik Cohesion in English. Dekad 1980-an dan awal 1990-an menjadikan analisis wacana lebih padu dan berkembang, dan pada waktu yang sama merencam dan mengkhusus. Antara terbi-tan yang besar dalam tempoh tersebut ialah Beugrande dan Dressler (1981), Intro-duction to Text Linguistics, Longacre (1983), The Grammar of Discourse, Halliday (1985), An Introduction to Functional Grammar, Martin (1992), English Text: System and Structure, dan Cook (1994), Discourse.

Jika dilihat perkembangan pada dekad pertengahan 90-an dan awal abad ke-21, didapati analisis wacana memasuki tahap kritis seperti dalam Fairclough (1995,2001 dan 2003). Malah, beliau telah menghasilkan karya lebih awal daripada itu seperti Discourse and Social Change pada 1992. Seperti yang dinyatakan di atas, analisis wacana ini lebih menumpukan pada usaha membongkar kuasa yang ada dalam setiap proses bahasa kerana bahasa dilihat sebagai representasi yang memproduksi dan mereproduksi makna.

Strategi Pengajaran Wacana Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Berdasarkan pada soalan, terdapat pelbagai strategi pengajaran wacana penulisan karangan peringkat sekolah rendah. Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui andaian ini dapat disimpulkan bahawa pegagogi pengajaran haruslah berpandukan model, prinsip atau teori pembelajaran. Dalam sesuatu kelas yang mempunyai pelajar golongan sederhana pendidikannya, guru haruslah tahu untuk mencapai keperluan pelajar untuk belajar. Oleh yang demikian, saya menggariskan terdapat tiga pedagogi pengajaran yang boleh dipraktikkan oleh guru terhadap strategi pengajaran wacana penulisan karangan.

Strategi berpusatkan bahan

Strategi berpusatkan pelajar

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi berpusatkan bahan Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala pelajar pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu seperti video, graf, animasi, slaid, perakam video dan televisyen manakala cara berpusatkan bahan lain seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja dan bahan-bahan buat sendiri oleh guru. Hawkridge dan Vincent (1992) serta Mather dan Bos (1994): menyatakan bahawa pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia mungkin disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian. Tujuan utama strategi berpusatkan bahan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.Selain itu strategi berpusatkan bahan juga wajar untuk dikelolakan di dalam kelas. Hal ini kerana pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan yang maujud seperti surat khabar memberikan pelajar pengalaman merasai dan mengetahui apakah yang sebenarnya cuba disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, strategi berpusatkan bahan ini memerlukan beberapa ciri yang membolehkan strategi ini berkesan digunakan. Antara ciri-ciri
10

bahan yang digunakan mestilah tahan lama, sesuai dengan topik pengajaran, murah dan menarik.

Strategi berpusatkan pelajar Strategi seterusnya ialah strategi berpusatkan pelajar. Cukup dengan proses pembelajaran secara tradisional, guru boleh meningkatkan cara mengajar di dalam kelas dengan berpusatkan pelajar. Berdasarkan strategi ini, pelajar memainkan peranan mereka untuk belajar, bukannya guru. Pelajar digalakkan untuk bertindak secara aktif dan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti kelas. Di dalam kelas, guru bertindak sebagai pemandu arah ataupun fasilitator, manakala pelajar yang melakukan kerja dan faham apa yang mereka perlu belajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran pelajar. Pelajar berinteraksi antara satu dengan yang lain untuk berkongsi idea dan pendapat mereka. Perkongsian idea antara pelajar mampu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan keatif. Namun demikian, pendekatan ini hendaklah dikelolakan oleh guru dan semestinya pelajar faham proses pembelajaran tersebut. Pembelajaran secara koperatif juga mendorong pelajar untuk mencari bahan pembelajaran justeru meningkatkan sikap ingin tahu dalam kalangan pelajar. strategi berpusatkan murid juga mampu meningkatkan sosiobudaya pelajar untuk lebih bergaul antara mereka dan tiada perbezaan budaya dalam kalangan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini. Cadangan aktiviti adalah memberikan pelajar contoh wacana dan kemudianya mereka dikehendaki membuat satu jenis wacana pendek. Kita boleh menilai tahap kreativiti mereka serta daya pemikiran mereka dengan hanya penterjermahan yang singkat itu. Apabila mereka sendiri merasakan pengalaman membina satu wacana mereka pasti akan dapat membezakan antara tulisan karangan yang bercorak biasa dengan satu penulisan yang lebih berbentuk ilmiah dimana tatabahasa yang teratur dan tersusun dan penggunaan kesantunan yang lebih daripada kadar biasa. Husin Md. Omar (2009), peluang yang diberikan kepada pelajar adalah satu cara pelajar mengekspresi apa yang mereka tahu dan rasa. Hal ini menjelaskan berkenaan dengan pembelajaran berpusatkan pelajar dimana guru memberikan kuasa 100% kepada pelajar untuk mengekspresikan apa yang mereka tahu dan fikirkan secara terkawal melalui kaedah dan
11

topik pembelajaran. Perkara sedemikian mampu membantu dalam memantapkan lagi pemikiran pelajar serta keyakinan mereka dalam membuat sesuatu pekerjaan kelak. Pengalaman dan dorongan daripada guru amatlah diperlukan sehinggalah mereka berada pada tahap yang boleh dibanggakan dan mempunyai kekurangan kesalahan dari segi struktur ayat, penggunaan tatabahasa dan seterusnya kematangan penulisan yang menjadi kayu ukur sejauh mana kualiti wacana yang mereka karang.

Strategi berpusatkan guru Strategi ini mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Di dalam senario bilik darjah, sekiranya guru menggunakan strategi berpusatkan guru sahaja mungkin pelajar menjadi bosan dan tidak bebas untuk belajar. Strategi ini sesuai hanya dengan beberapa contoh pembelajaran seperti belajar sambil bermain. Guru boleh menyediakan kuliah seperti biasa namun unsur kecindan dan pelajar bebas untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelas. Strategi ini mungkin lama-lama membosankan bagi pelajar di luar Bandar disebabkan oleh belajar tanpa dikaitkan dengan kehidupan seharian. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan kehidupan seharian pelajar. Dengan cara ini, pelajar dapat mengaitkan apa yang dpelajari dengan kehidupan mereka dan proses kognitif pelajar di dalam kelas berfungsi dengan baik. Guru boleh bertindak sebagai penyampai namun pastikan murid juga berpeluang untuk mencelah dan bertanyakan soalan. Kaedah ini hendaklah mempunyai komunikasi dua hala iaitu guru dan pelajar sendiri. Pengajaran wacana sebenarnya sesuatu yang menarik. Guru hendaklah menyelidik terlebih dahulu berkenaan dengan wacana itu sendiri barulah dapat membina satu aktiviti yang berasaskan penulisan wacana. Tidak semestinya sesuatu yang formal dan ilmiah itu diajar secara formal, terdapat pelbagai cara yang wajar dibuat dan dibina bagi membentuk keadaan yang ceria, harmoni dan tidak mengabaikan apa yang cuba disampaikan. Hari ini perkembangan teknologi seperti cendawan yang tumbuh, maka dengan itu wajarlah jika seorang guru itu membuat satu aktiviti dan bahan yang seakan dengannya kerana pelajar sekarang cenderung akan perkara sedemikian. Faktor yang menjadikan pengajaran itu berkesan adalah guru itu sendiri. Tidak dinafikan pada hari ini pelajar semakin kehadapan dan seharusnya sebagai seorang guru haruslah bertindak agar sentiasa berada dihadapan bagi memberi tunjuk arah kepada pelajar. Tiada yang mustahil sekiranya seorang guru itu berusaha dalam mendapatkan apa yang

12

pelajar inginkan dan keperluan pengajaran wacana juga seperti pengajaran topik yang lain. Apa yang membezakannya adalah strategi pengajaran yang digunakan.

13

Ciri-ciri Wacana Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya. Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social ( laras bahasa ) dalam pertuturan. 1. Setiap wacana perlu dikaji kaitan penutur dalam masyarakat secara amnya yang akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal. 2. Wacana harus ada tujuan yang menentukan sesuatu jenis ayat, perbuatan, jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah.Begitu juga jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. 3. Sesuatu wacana mesti berdasarkan kaitan antara penutur dengan pendengar dalam bahasa lisan dan penulis dengan pembaca dalam bahasa tulisan. 4. Setiap wacana tidak boleh dimaksukkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Dalam wacana perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya.Ayat-ayat ini harus mempunyai urutan yang sangat rapat 6. Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi.Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Andaian disebut judul dan inferensi disebut ulasan.Inferensi menambah maklumat kepada andaian da lazimnya bahagian ini diberi tekanan suara yang tinggi. 7. Setiap ayat dalam wacana harus ada maklumat baru yang ada dalam ayat yang sebelumnya.Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat yang sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.

14

Kepentingan Penulisan Wacana Kepentingan dalam mengaplikasi ciri-ciri wacana akan membolehkan pelajar mengetahui cara untuk menulis wacana dengan lebih baik dan teratur. Setiap ayat yang dikarang mempunyai stuktur yang betul serta mempunyai makna dan hubungkait. Ayat yang gagal mempamerkan makna dan hubung kait antara satu perkataan dan satu perkataan boleh dianggap sebagai puisi. Namun begitu ia perlu diambil kira dengan susunan dan tujuan penulis atau penutur itu sendiri. Para pelajar seharusnya diberikan pendidikan dan pendedahan awal berkenaan dengan penulisan bahasa Melayu agar mereka dapat melahirkan rasa tanggungjawab dan jati diri demi menjaga bahasa Melayu supaya ia tidak mudah diperlekhkan oleh bahasa yang lain. Guru haruslah bijak dalam merancang strategi agar pengajaran bahasa Melayu dan pengisian pembelajaran bahasa Melayu tidak membosankan pelajar apatah lagi dalam aspek penulisan wacana. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang penulisan yang dikatakan mempunyai tujuan iaitu penggunaan tatabahasa dan perkataan yang langsung memberikan maksud kepada tujuan wacana itu ditulis. Selain itu juga, guru haruslah dapat mengkaitkan isi pembelajaran penulisan wacana ini dengan pengetahuan sedia ada pelajar agar mereka mudah mengadaptasi pengetahuan baharu berkenaan dengan penulisan wacana ini. Contoh yang boleh diambil adalah guru membawa satu keratan akbhar dan satu contoh puisi. Guru tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk membaca dua jenis bahan tersebut dan mengklasifikasikan dua bahan tersebut kepada jenis ayat. Sekirnya pelajar tersebut berjaya berbuat demikian barulah guru tersebut meneruskan sesi pengajaran penulisan wacana. Mohd. Ali Che Nasir (2009) menjelaskan bahawa ketangungjawaban dalam mengarang perlu mengambil kira akan situasi dan bahasa yang digunakan sebagai pandu arah keberkesanan penulisan serta pengaruhnya dengan pembaca. Penulis hari ini tidak boleh bergantung keapda beberapa sumber sahaja, idea yang bernas perlulah dirujuk dan di olah dengan lebih baik agar ia tidak memudaratkan pembaca untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Maklumat yang diberikan seharusnya tidak bercanggah dengan apa yang sudah dimaklumkan dalam penulisan terdahulu kerana ianya mampu mengelirukan pembaca dan melanggar ciri-ciri dan prinsip penulisan wacana. Para penulis perlu akur akan peraturan yang telah ditetapkan bagi menjaga nilai wacana itu sendiri.

15

Aplikasi Penulisan Wacana Mengaplikasi penulisan wacana adalah penting bagi seseorang guru untuk menilai tahap pemahaman murid dalam penggunaan wacananya. Seorang guru haruslah memilik sifat kreatif dalam mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap apa yang dirancang mampu memberi impak yang positif kepada pelajar. Guru hendaklah sentiasa fokus dengan kerjaya agar kualiti pengajaran itu mendapat hasil dimana pelajar memahami setiap tajuk dan ilmu yang diberikan. Tujuan pengaplikasian penulisan wacana didalam kalangan pelajar sekolah rendah bagi mengarang wacana berbentuk fakta. Secara amnya pelajar sekolah rendah akan diberikan topik yang mudah untuk mereka olah serta dekat dengan mereka. Hal ini bertujuan adalah untuk menguji sejauh mana tahap pemikiran mereka dan pemahaman mereka. Pendedahan serta eksplorasi pengalaman adalah perlu bagi memberikan pelajar inputinput yang berguna dan mereka boleh menterjamahkan idea baru itu kepada bentuk penulisan. Guru hendaklah membimbing pelajar secara ansur maju agar pelajar dapat menguasai satu per satu kemahiran menulis wacana. Bimbingan secara terus akan dapat membantu pelajar untuk membaiki kesilapan secara terus agar pelajar tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan semasa menulis wacana. Guru juga haruslah memberi contoh wacana terbaik sebagai rujukan pelajar dan inspirasi yang positif agar pelajar dapat mengikuti penulisan wacana yang baik. Sehubungan dengan itu, pengajaran guru juga haruslah sejajar dengan kehendak masa kini agar berlakunya kesinambungan antara pemikiran pelajar dan kehendak guru itu sendiri. Guru digalakkan memberi rangsangan yang pelbagai kepada pelajar bagi tujuan perangsangan minda yang kreatif dan pemikiran yang kritis. Selain itu, pendedahan yang menarik serta seronok mampu diterapkan kedalam kelas sekirnya terdapat topik yang menarik wajar diketengahkan. Buktinya pada hari ini, pelajar lebih gemar menimba ilmu secara audiovisual dan secara animasi kerana merasakan ia lebih menyeronokkan dan interaktif. Guru seharusnya mengambil langkah yang bijak dengan menggunakan kombinasi teknologi dengan strategi pengajaran bagi membina satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu pelajar meningkatkan lagi kemahiran pemikiran kritis dan kreatif serta dapat mengarang dengan baik. Soalan yang baik dan berbentuk ansur maju adalah penting bagi meningkatkan tahap pemikiran pelajar. Dari8 aras yang rendah, hingga ke aras yang tinggi, mereka akan dapat mengaplikasikan wacanan dalam penulisan mereka dengan baik.

16

Rumusan Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan. Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan itu. Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan. Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan. Secara kesimpulannya, tugasan ini banyak memberi kesan dan impak kepada pelajar tentang sejauhmana keberkesanan pengajaran penulisan wacana ini mampu mengubah darjat bahasa Melayu itu sendiri. Kesedaran berkenaan dengan pentingnya menjaga khazanah bahasa Melayu haruslah seringkali diingatkan kepada rakyat Malaysia keran setiap rakyat Malaysia haruslah memperingati erti kemerdekaan sebenar iaitu tidak mahu dijajah semula baik dari segi tanah, bahasa, budaya dan pemikiran.
17

Bibliografi

Buku Azwan Wan Chik(1985), Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 2, Latihan Guru & Bahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1985 Choong Lean Keaw PhD. Terbitan Kedua 2011, Tatabahasa dalam Bahasa Melayu, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Siri Pedidikan Perguruan Mohd. Hilmi Haji Ismail, Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekola sekolah rendah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1982 Mok Soon Sang (2002). Pedoman Bahasa Melayu , Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/10/pengertian-wacana-dan-ciri-ciriwacana.html http://jaafar2026.blogspot.com/p/fungsi-wacana-dalam-bahasa-melayu.html http://karwinode.blogspot.com/2012/06/definisi-wacana-menurut-para-ahli.html http://pusatlaguku.wordpress.com/2012/11/17/apa-itu-wacana-definisipengertian-wacana/ http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html http://pomizipedagogy.wordpress.com/strategi/strategi-pemusatan-bahan/

18

Anda mungkin juga menyukai