Anda di halaman 1dari 16

HBML 4203: Kesusasteraan

Melayu

Disediakan oleh:
En Johny
Tujuan Kertas Kerja

 Tujuan kertas kerja ini disediakan untuk mendapatkan


kelulusan bagi mengadakan Seminar Kesusasteraan
Melayu.
Latar belakang
Seminar Keusahawanan merupakan
program yang berkonsepkan
pendidikan yang dianjurkan oleh
Jabatan Pelajaran Daerah. Menerusi
seminar ini nanti, peserta akan
didedahkan dengan pengetahuan
berkenaan ilmu Kesusasteraan Melayu
yang sebenarnya mempunyai nilai-nilai
keindahan bahasa yang lebih
setanding dengan kesusasteraan
Eropah.
Matlamat

Program ini bermatlamat membentuk masyarakat yang bukan sahaja cenderung untuk

mendalami ilmu-ilmu sains dan teknologi malah juga turut mempelajari bidang Kesusateraan

Melayu yang dan sekaligus mampu menjadi perintis-perintis pada karya-karya yang berkualiti

untuk tatapan masyarakat kita pada masa-masa akan datang.

Selain itu, program ini mampu memberi pendedahan secara khusus berkenaan sejarah dan

perkembangan, teori-teori kesusasteraan Melayu, aliran-aliran, tokoh-tokoh dan semua isu-isi

berkaitan kesusasteraan Melayu yang kurang diketahui oleh sebilangan besar masyarakat kita

pada hari ini.


Objektif
i. Memberi pendedahan secara khusus berkenaan
Kesusasteraan Melayu moden dan tradisional kepada
semua peserta.
ii. Menanam semangat cintakan seni bahasa melalui
penghayatan nilai bahasa kesusasteraan Melayu yang
telah bertapak lama sejak berabad-abad yang lalu.
iii. Mengubah perspektif peserta tentang kemampuan
bidang kesusasteraan untuk berkembang jauh selari
dengan bidang sains dan teknologi.
BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : Seminar Kesusasteraan Melayu

Anjuran : Jabatan Pelajaran Daerah

Tarikh : 15 Desember 2010

Tempat : Ball Room 3, Hotel Promenade Tawau.


Pengenalan Kesusasteraan
 Istilah ‘Kesusasteraan’ dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan

literature dalam bahasa Inggeris. Dan evolusi istilah-istilah itu dari segi etimologi,
pembentukan kata dan perubahan konsepsinya dapat dikatakan berada dalam arus
yang sama.
 Istilah literature dalam bahasa Inggeris berkembang daripada kata Latin literature
dan berasal daripada kata litera yang bermakna huruf, abjad (letter). Dan literature
itu sendiri adalah terjemahan daripada kata Yunani grammatika yang berasal
daripada kata gramma yang juga bermakna huruf atau abjad.
 Istilah ‘Kesusasteraan’ dalam bahasa Melayu/Indonesia berkembang daripada
kata Sanskrit satra. Akar kata sas- adalah kata kerja terbitan bermakna
‘mengarahkan, mengajar, member petunjuk’ atau instruksi. Dan akhiran –tra
biasanya menunjukkan alat atau sarana.
Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional
dan Moden

 Kesusasteraan Melayu moden mengalami perkembangan yang pesat selepas


Semenanjung mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Ini sesuai dengan citra
baharu bagi Kuala Lumpur yang diisyhtiharkan sebagai ibu Negara, bukan sahaja
berperanan sebagai pusat pentadbiran malah juga menentukan pertumbuhan ilmu
ekonomi, seni dan budaya. Peranan ini kian meningkat apabila gagasan Malaysia
menjadi kenyataan pada 16 September 1963.
 Pada tahun-tahun 1960-an dan 1970-an dapatlah disebut zaman megah
kesusasteraan. Tanah air sedang membangunkan masyarakat yang mewarisi tradisi
dan meneliti penjajahan ke suatu dimensi baharu yang bermaruah pada zaman
kemerdekaan. Dalam dua dekad ini, dunia kesusasteraan Melayu amatlah meriah.
Kesusasteraan Melayu diterima sebagai kesusasteraan nasional. Sasterawan
Melayu yang menjadi pujaan ramai dan mendapat pengiktirafan melalui Hadiah
Sastera bermula pada tahun 1971.
 Gagasan Hadiah Sastera itu sudah diperkembangkan jauh ke hadapan dengan
wujudnya Anugerah Sastera Negara dan pihak swasta juga mempunyai hadiah-
hadiah sastera khusus masing-masing seperti Hadiah Sastera ESSO-GAPENA dan
lain-lain.
 Kesusasteraan Melayu tradisional mempunyai bentuk dan cirri yang berbeza
daripada kesusasteraan moden. Bentuk dan ciri ini merangkumi makna struktur,
plot, gaya dan teknik serta konvensi lain sastera yang dicirikan pula oleh
bahasa, persembahan, fungsi dan faktor-faktor luaran lainnya.
 Sastera tradisional selalunya bersifat kolektif, milik bersama masyarakat;
justeru itu tidak menyatakan nama penulis. Sastera tradisional juga terutama
dalam genre puisi bersifat fungsional; semua yang dicipta untuk digunakan dalam
kehidupan social masyarakat sehari-hari. Dan tradisi ini dilanjutkan dari zaman
lampau hingga hari ini.
Bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera

 Kesusasteraan Melayu Moden meliputi lima genre penting:


i. Puisi
ii. Cerpen
iii. Drama

iv. Novel
v. Esei Kritikan

 Kelima-lima genre ini tercipta daripada tanggapan penulis yang menghayati


permasalahan diri dengan alam sekitarnya secara imaginatif dan kreatif.
Setiap tahap perkembangannya, selaras dengan kemajuan kreativiti penulis,
turut mengalami perubahan.
 Kemajuan pesat dalam bidang sains, teknologi dan ilmu pengetahuan turut
mewarnai perubahan ini.
 Kesusasteraan Melayu Tradisional pula terdapat dalam bentuk cerita ditulis dalam
pelbagai genre seperti;
i. Cerita rakyat
ii. Panji

iii. Epik
iv. Hikayat dan sebagainya.

 Sementara itu karya-karya yang berbentuk bukan cerita pula yang merupakan
pelajaran dalam pengajaran merangkumi semua bidang ilmu yang berkaitan
dengan;
i. Keagamaan v. Ilmu senjata dan sebagainya
ii. Ilmu hisab
iii. Ilmu bahasa
iv. Ilmu bintang
Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik dalam
karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks sastera
sekolah menengah.

 Sastera ialah seni Melayu yang tertua dan terumit, yang memperlihatkan genius bangsa ini,
terutama dalam peribahasa, pantun dan Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu).
 Sastera Melayu dibentuk oleh mediumnya – sesuatu bangsa, yang juga mempunyai wataknya
yang khusus dengan sistem ucapan, bunyi dan pemakanan.
 Konsep keindahan bahasa pula pasti dipinjam dan dipupuk oleh bangsa yang berubah
mengikut perubahan waktu itu. Inilah hakikat tapak teori yang amat dasar.
 Sturukturalisme pada abad kita ini lebih memikirkan teks sebagai terjadi daripada susunan
bahasa yang tertera dalam sesebuah karya fragmen. Teori berorientasikan pembaca atau
reader oriented theory pula cuba menyelami dunia pemikiran dan perasaan pembaca sewaktu
berhadapan dengan sebuah karya dan menghayatinya.
 Bagi memikirkan sesuatu teori sastera, yang menyeluruh ataupun yang hanya melihat suatu
sudut atau pusat ni, kebenaran ini masih berlaku dan harus selalu hadir dalam pemikiran
seseorang ahli teori ini. Antaranya ialah melalui pengarang, karya, dan khalayak.
 Ditegaskan bahawa teks Melayu harus membebaskan teks daripada makna kata di
atas kertas dan perlu memasukkan jampi mantera seseorang tukang cerita,
suaranya, lagu penceritaan, jeda, dan apa yang dikatakan sewaktu dia berehat
terutama dalam sastera lisan.
 Dalam wayang kulit pula, jampi dan selawat juga harus dilihat sebagai teks begitu
juga bunyi ketuk di kotak patung, serta lagu-lagunya.
 Dalam cerita lipur lara, teksnya berubah setiap kali sesebuah cerita
dipersembahkan, episod disusun semula, bahagian-bahagian ditinggal atau
ditambah. Jadi setiap persembahannya itu mempunyai teks yang berlainan. Dan
teks ini terjalin dalam budaya persembahan, dan tidak boleh dilihat hanya dari segi
teks tradisi bertulis.
Kesimpulan
Penutup

Program ini mampu mendatangkan manfaat yang besar


kepada masyarakat kita dan mengubah perspektif
terhadap bidang kesusasteraan Melayu yang sering
dianggap sebagai bidang yang tidak mampu
berkembang selari dengan bidang-bidang lain. Justeru,
pertimbangan, sokongan dan kelulusan bagi
melaksanakan program ini amatlah diharapkan dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Terima Kasih Atas Perhatian Anda ..

Anda mungkin juga menyukai