Anda di halaman 1dari 6

Isi Kandungan Pengenalan Apresiasi Seni Penutup Rujukan 2 3 5 6

Pengenalan Kritikan dan apresiasi seni visual dalam menilai dan menganalisis karya-karya seni adalah proses pembelajaran yang bersistematik dalam bentuk proses berfikir. Sememangnya perlu diterap dan disemai dalam kurikulum mulai sekolah rendah lagi namun sejauhmana idea ini dapat direalisasikan. Isu ini sentiasa mendapat perhatian daripada pendidik seni dan menarik perhatian penggubal kurikulum, pensyarah dan orang ramai. Keperluan isu ini penting untuk difikirkan bagi melahirkan modal insan yang terdidik berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung ilmu berhujah dan membuat interpritasi seni menuju ke arah yang positif dalam melahirkan generasi pewaris yang tahu membuat seni, bercakap tentang seni dan mengangkat martabat karya seni itu sebagai karya yang halus. Bagi Bernard Harrison, beliau membawa pandangan yang dikenali sebagaikritikan secara nature dengan meletakkan sesuatu karya itu baik setelah mengenalpasti beberapa kualiti yang terserlah. Dalam istilah R.G.Collingwood, kualiti ini dapat disenaraikan sebagai cara kita memahami apakah itu seni dan apakah yang dikatakan bukan seni. Sama ada ia dalam objek atau sudah ada tersemat di dalam minda boleh membawa perkaitan dengan kesempurnaan dan dianggap menjadi sebahagian daripada teori-teori seni. Penilaian dan apresiasi seni haruslah tidak terkongkong sama ada dalam statusnya tersendiri atau dalam lengkongan pengikutnya. Hilangkan kongkongan dan benteng yang menjadikan ia karya berstatus kepada karya yang diperagakan untuk suatu pengetahuan yang istimewa. Jika terlalu banyak kongkongan dalam menilai seni, boleh menjadikan seni itu kaku dan terhad kepada golongan tertentu. Suatu cara yang dicadangkan ialah kaitkan seni itu dengan fungsinya yang berbagai. Cara sebegini boleh memperkembangkan seni itu dalam statusnya yang luas dan apabila fungsi itu dikaitkan bersama karya seni, aspek nilai akan turut dibicarakan bersama.

Apresiasi Seni Dalam tugasan ini lebih menjurus kepada teori yang dikemukakan oleh Herbert Read. Sir Herbert Read adalah seorang profesor seni di Universiti Edinburgh 1931-1933 dan seorang pensyarah seni di Universiti Liverpool (1935-1936). Herbert Read mendefinisikan bahawa keindahan adalah kesatuan dan hubungan-hubungan bentuk yang terdapat diantara pencerapanpencerapan di sekeliling kita. Pada umumnya orang beranggapan bahawa yang indah adalah seni atau seni adalah selalu indah, dan bahawa yang tidak indah bukanlah seni. Pandangan seperti ini akan menyulitkan masyarakat dalam mengapresiasi seni sebab ianya tidak perlu selalu indah, Dalam buku Herbert Read, seperti The Meaning of Art (1930), Art Now (1933), Read berpendapat untuk 'bentuk organik' dan keperluan seni dalam pendidikan. Read telah mengadaptasi idea dari Freud, Jung, Hegel, Schiller, dan Marx. Dia telah menyangkal bahawa ada "hubungan yang diperlukan antara keindahan dan fungsi". Dalam English prose style (1928) pula, beliau mencerminkan kekecewaan terhadap era selepas perang dan kemegahan palsu. Read memuji kebaikan kesederhanaan, walaupun ianya tidak setidaknya itu menyampaikan perasaan kebenaran. Keindahan adalah kesedaran nilai yang muncul di dalam presepsi kita yang muncul sewaktu menanggapi ekspresi suatu objek. Keindahan adalah unsur emosional suatu perasaan terpesona yang menyenangkan pada diri kita, yang ditimbulkan dari unsur-unsur karya keindahan merupakan kesadaran yang bersifat apresiatif, suatu sensasi yang membangkitkan kekaguman dan penghargaan. Teori yang dikemukakan oleh Herbert Read iaitu Art is creative self-expression dan Works of art express and communicative universal values menunjukkan bahawa beliau berpendapat seni itu adalah hasilan daripada kekreatifan individu itu sendiri dan merupakan suatu nilai komunikasi yang universal (meluas). Sebagai guru pendidikan seni visual, perlu mempunyai pengalaman yang banyak serta tahu untuk mencari sesuatu yang baru dalam menghasilkan karya seni yang baik seterusnya dapat memberi pembelajaran kepada anak murid disekolah. Seni ini adalah suatu hal yang meluas yang memerlukan seseorang itu untuk melihat keadaan di sekelilingnya serta dapat memberi penilaian tentang apa yang dilihatnya. Seni bukanlah suatu benda yang khusus kepada suatu perkara, ianya sangat meluas dan seperti

Herbert Read menyatakan dalam teorinya bahawa karya seni boleh menjadi nilai komunikasi yang universal. Seorang guru seni seharusnya sentiasa memberi penghargaan tentang setiap pekerjaan atau hasilan murid yang di berikan. Kritikan yang membina harus diberikan agar perkembangan seni murid dapat ditingkatkan. Terutamanya murid-murid yang berada di sekolah rendah. Pada peringkat perkembangan mereka, tentunya idea mereka banyak untuk menghasilkan sesuatu yang mungkin d luar pemikiran biasa. Di mata orang lain, karyanya mungkin tidak secantik mana namun ada isi tersirat yang ingin disampaikan mereka. Seperti hasilan murid yang disertakan ini, dia menggunakan teknik tiupan dan montaj dalam karyanya. Teknik tiupan yang digunakannya adalah tidak tersusun untuk menampakkan atau menghidupkan lagi hasilannya. Jika dilihat secara tidak langsung, cara tiupannya adalah menjurus kepada batang-batang pokok yang kering dan tidak mempunyai daun. Namun, dengan montaj yang di lakukan iaitu gambar hidupan laut, barulah kita faham bahawa corak tiupan yang di lakukannya sebenarnya memberi erti yang berlainan iaitu rumpai-rumpai di lautan. Walaupun tekniknya tidak terlalu tersusun, namun ianya berjaya memberi hasilan yang sungguh baik. Melalui hasilan ini, murid berjaya menunjukkan kefahamannya dengan tema yang disampaikan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tema alam laut yang diberikan kepada mereka berjaya dihasilkan melalui kekreatifan penggabungan teknik tiupan dan montaj. Jika dilihat dari bahan yang digunakan pula, murid hanya menggunakan warna air dan cuba kepingan gambar-gambar alam laut seperti ikan, tapak sulaiman, sotong dan kura-kura. Murid ini menggambarkan hidupan dan suasana dalam laut yang dipenuhi dengan tapak sulaiman, pelbagai jenis ikan, rumpai laut dan hidupan laut yang lain. Walaupun bahan yang digunakan tidak banyak tetapi masih berjaya mentafsirkan apa yang difikirkannya. Melalui hasilan ini, murid cuba menyampaikan kepentingan hidupan laut kepada kita. Kepelbagaian fauna yang berada di dasar laut menunjukkan keagungan dan kebesaran Tuhan dalam mencipta alam semesta. Sebagai manusia yang sentiasa mempunyai rasa tamak dalam diri seharusnya sedar akan kepentingan hidupan laut dalam memberi ekosistem yang baik. Hidupan laut ini juga merupakan ciptaan yang mempunyai kepelbagaian dan keunikan yang tersendiri yang dapat memberi kedamaian kepada sesiapa yang cintakan alam laut. Walaupun terdapat
4

banyak hidupan laut yang menjadi sumber protein makanan kita, namun kita tidak seharusnya gelojoh dalam meneroka alam mereka. Karya murid ini sudah jelas menunjukkan bahawa pentingnya kita menjaga alam laut bagi memelihara tempat tinggal mereka. Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Dengan mengabungkan falsafah ahli. Psikologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read membantahkan sistem pendidikan seni yang merupakan replikasi kepada reality. Pada Read yang lebih penting juga adalah untuk mengeluarkan saranan baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada. Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya terhadap avantgarde. Jika diteliti dengan baik, teori Read ini memberi gambaran bahawa tugas guru pendidikan seni visual seharusnya adalah membimbing murid untuk lebih menonjolkan karya mereka dengan pelbagai teknik seni yang telah diajar dan seterusnya mampu mengembangkan minda dan kekreatifan mereka. Pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dapat membantu mereka menyampaikan apa yang tersirat dalam fikiran dan meluahkannya melalui karya seni mereka.

Penutup Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang sesuai digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.

Rujukan Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Isbell, R. & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. NY: Thomson Delmar Learning. Herberholz, D. W. (1994) Artworks For Elementry Teachers: Developing Artistic & Perceptual Awareness, 8th Edition. New York: Mc Graw.Hill. Hasilan Murid Tahun 5

Anda mungkin juga menyukai