Anda di halaman 1dari 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE 3103SMP KRAF TRADISIONAL JANUARI 2013

Nama No. Matrik No. K/P No. Telefon Email

: Mohd Aksan Bin Eragam : 720511125661001 : 720511125661 : 019-5320100 : aksan5661@yahoo.com

Pusat Pembelajaran : Tawau

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan

3-4

Kraf Melayu

5-8

Penggarapan Motif

9 - 11

Kesenian Islam Dan Melayu

12 - 14

Ukiran Kayu Tradisional

15

Kesimpulan

19

Rujukan

20

PENGENALAN Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti pengetahuan ialah kuasa. Menurut Paul J. Smith dalam bukunya Craft Today: Poetry of the physical, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan kraf tangan individu. Perspektif lain mengenai Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Kraf tangan juga

adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak mempunyai rentetan yang jelas namun beberapa penemuan yang boleh dikaitkan kepada budaya penemuan kraftangan tradisional yang boleh dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954 satu ekspidisi yang diketuai oleh Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah menemui beberapa peninggalan kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur Perlis dan Kelantan. Objek yang ditemui termasuk pisau batu, barangan tembikar berkaki serta serpihan yang jarang ditemui dirantau ini. (Beamish, 19:54.) Penemuan ini telah membuka mata masyarakat dunia terhadap kesenian dan kraftangan tradisional tempatan. Menurut William Hunt (1952:20) dalam bukunya An Introduction to The Malayan Aboriginese mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia dengan asimilasi budaya pribumi. Pendapat ini disokong oleh penemuan ahli anthropologi Gustay Schenk (66:61) yang mengatakan bahawa sebahagian kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar yang bersambung dengan Austrlia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Oleh itu tidak hairanlah barang kraftangan agak serupa. Menurut Dato Sulaiman Osman (20: 1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga turut dipengaruhi oleh

budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka. (Paul J. Smith (1995) Craft TodayPoetry of Physical m.s 11)

KRAF MELAYU Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kraftangan Melayu boleh dibahagikan kepada lima bidang iaitu aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah, logam dan tekstil. Kerja-kerja kraftangan banyak sekali dipraktikkan dalam masyarakat Melayu dan diterima sebagai hasil asas penciptaan masyarakat. Seni kraftangan bukan sahaja hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal sehinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Di antara kraf yang memerlukan penelitian adalah seni tembikar. Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang Melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Rekabentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembikar secara tradisional ini masih dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung ,Perak.

Seni anyaman juga merupakan kraf yang penting dalam kesenian Melayu.Menurut Kamus Dewan Bahasa (2005) Edisi 4, perkataan anyaman membawa maksud hasil daripada menganyam iaitu barang yang dianyam. Menganyam adalah proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan 5

dihasilkan melalui anyaman dicipta untuk alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.

Di samping itu, tekatan juga dikenali dengan nama suji dan merupakan sejenis kraftangan yang popular dalam masyarakat Melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya menggambarkan rekabentuk bunga dan pohon-pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasu, kipas, muka bantal dan balutaan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja dan upacara-upacara kebesaran yang lain.

Tekatan 6

Seterusnya, seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa, tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja-raja. Penciptaannya lebih rumit terutamanya dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

Seni Anyaman

Kraf yang paling popular adalah batik. Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat-peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasu sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

Seni Batik

PENGGARAPAN MOTIF Pada dasarnya, motif merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometri dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita lihat adalah corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya. Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarnakan dengan sempurna. Motifmotif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Di antara unsurunsur yang terdapat adalah bermotifkan flora dan geometri. Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan digunakan ialah pucuk rebung, bunga mangga, kenanga, cempaka, melur dan sebagainya. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta diperbagaikan dalam corak yang pelbagai. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif goemetri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garis lurus, swastika, gandaan huruf S, bulatan dan sebagainya.

Contoh motif-motif batik

Bagi motif hiasan labu sayong, labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam keadaan lembut. Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau motif geometri. Motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti lengkungan (gelung puyuh), jaluran cengkung (gelugur) atau garis timbul (panai). Manakala bagi permukaan labu puala dihias dengan cara tekanan (hiasan tekap) atau turisan. Terdapat juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik (hiasan takik), mengkelar (hiasan kelar) atau mengguris (hiasan guris).

Motif-motif labu sayong

Sementara itu, motif bagi songket dihasilkan di atas kain tenungan tangan. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam. Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama pokok-pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja seperti seri kaya dan tepung talam. Motif juga terdapat dalam ukiran dimana motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat, fauna, awan larat, koskos dan geometri. Bagi ukiran yang bermotifkan flora dari segi daun adalah seperti bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, pucuk paku dan ringgit manakala ukiran yang bermotifkan flora dari segi bunga adalah cempaka, kemunting, lawang, 10

ros, manggis dan lain-lain. Di samping itu, terdapat juga ukiran bermotifkan seni khat iaitu ayatayat Al Quran. Ukiran bermotifkan geometri adalah corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan jawi juga digunakan.

Contoh motif songket

11

KESENIAN ISLAM DAN MELAYU Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Manakala kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian zaman silam yang berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah S.W.T. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Kebudayaan masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan dengan kraf tradisionalnya. Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikan tersendiri. Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas. Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasikan bahan dipersekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat datipada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. Contohnya anyaman tikar. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau pandan. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupsksn geometri. Ragam hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur-jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar, ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi, tikar untuk bersembahyang dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, anyaman tikar adalah kesenian yang bersifat lahiriah dan mempunyai makna mendalam. Kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Bagi Peter Dolmer (1997) mentafsifkan makna kraf sebagai kreatif berkemahiran dan penelitian proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan seni anyaman ini menunjukkan bahawa ianya memerlukan pemikiran saintifik dan matematik yang kompleks dan rumit yang selalunya 12

hanya dianggap sebagai simbol tanda peka yang asli atau hasil kerja seni. Seni anyaman Melayu sememamngnya indah. Tanpa seni, tidak lengkaplah budaya dan warisan bangsa. Di samping itu keunikan dan kesepaduan Melayu dan Islam juga dapat dilihat pada penciptaan keris yang mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di kepulauan Melayu. Keris adalah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dalam masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu. Keunikan kesenian Islam dan Melayu juga terdapat pada seni khat yang dimajukan dalam pelbagai bidang. Antaranya tulisan ini diukir di atas kayu keras dan dijadikan sebagai pembahagi ruang dalam rumah. Warisan ini diwarisi turun termurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kesenian Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan sejata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Ayat Al Quran juga diabadikan di atas tenunan songket dan hiasan bagi menambahkan lagi keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu. Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara. Setiap kraf berfungsi dalam kehidupan seharian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubungkait dengan masyarakat luar seperti : Alat untuk mempertahankan diri seperti keris dan lembing. Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan dan membuat pertukangan seperti bubu, parang, cangkul dan sabit. Alat untuk kegunaan harian seperti tikar, tudung saji dan pakaian. Alat untuk upacara dan istiadat seperti bekas pembakar kemenyan dan gong. Alat untuk rekreasi seperti wau, gasing dan congkak. Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid menggunakan ukiran kayu.

Falsafah seni ukiran Melayu juga dapat dikenali melalui ilmu tauhid yang banyak mempengaruhnya. Setiap ukiran mesti ada dasar, asas dan puncanya. Setiap motif diambil dari alam iaitu flora dan fauna, alam yang lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu sendiri. Misalnya motif flora yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul pangkalnya yang menjadi punca

13

atau asas kehidupan. Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam seperti tiga tingkat(Allah, Muhammad dan Adam), 4 tingkat(zat, sifat, asma dan afa), 5 tingkat(rukun Islam), manakala 6 tingkat(rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan. Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyusur ke bawah. Walau ke mana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan. Seni ukir Melayu adalah satu jaalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. Di samping itu terdapat nilai-nilai estetik pada corak songket kontemporari. Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur dan motif yang digunakan mengikut kehendak pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain songket lebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempa motif-motif yang diminati. Bagi pengguna kain songket ini, konsep keindahan dapat dinikmati pada sesuatu motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan badanbadan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk dijadikan motif pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini menunjukkan bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan tentang pengaplikasiannya.

14

UKIRAN KAYU TRADISIONAL Seni Ukir merupakan cottage industry bagi orang Melayu pada zaman dahulu. Namun ia

tidaklah meluas dan hanya meliputi negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang sahaja. Corak yang terdapat pada ukiran ini adalah berbeza-beza diantara negerinegeri ini. Mengikut Nik Rashiddin, seorang pengukir tersohor, perbezaan ini adalah disebabkan oleh ilham pengukir itu sendiri serta pengaruh alam terutamanya flora dan fauna. Corak-corak ini telah diwarisi secara turun temurun dari generasi ke generasi sehingga ke hari ini.

Keasliannya tetap dapat dikekalkan sehingga kini. Satu-satu penghasilan ukiran kayu itu dapat dikenali mengikut dan berdasarkan corak, bentuk dan keasliannya. Seni ukiran kayu merupakan satu warisan budaya Melayu yang kaya dengan kepelbagaian rupa bentuk yang estetik dan di amalkan oleh masyarakat dahulu dan diwarisi sehingga kini. Seni ukiran kayu merujuk kepada seni penyobekan bongkah kayu atau permukaan papan yang dibentuk atau dicorak mengikut hiasan atau motif tertentu. Proses ini bermula dengan pemilihan kayu untuk dijadikan komponen pada bangunan atau kraf. Bongkah kayu atau papan ditaktik dengan cetar atau kapak, kemudiannya dipahat atau ditoreh dengan pisau wali dan pahat mengikut idea dan daya cipta pengukir. Jika dilihat hari ini sememangnya Ukiran Kayu Melayu tidak kira tradisi ataupun kontemporari mula mendapat tempat dihati peminatnya. Nilai-nilai estetik yang ada pada ukiran kayu ini mula dinilai apabila ada badan-badan kerajaan dan NGO mengambil langkah yang sewajarnya bagi memulihara warisan tradisi kita. Bahan yang digunakan itu sendiri juga menggambarkan betapa kita kaya dengan hasil hutan. Kayu seperti Cengal, Merbau, Balau, Seraya dan lain-lain lagi merupakan produk yang berkualiti dalam penghasilan ukiran kayu. Selain daripada bahan yang bermutu, kualiti dari segi ukiran juga menjadi faktor utama. Kehalusan pahatan oleh pengukir-pengukir kita menjadikan ia menjadi lebih sempurna.

15

Panel siling bermotifkan langkasuka

Sehingga kini masih ada rumah-rumah yang mengekalkan ukiran kayu yang bermotifkan motif tradisional dalam pembinaan sesebuah rumah. Liuk lentok sesebuah olahan pada ukiran kayu itu masih dikekalkan bagi menghidupkan suasana tradisional itu.

Seni Ukiran Kayu Kontemporari Seni Ukiran Kayu Kontemporari adalah merujuk kepada ukiran kayu yang mengaplikasikan motif flora dan fauna mengikut citarasa sendiri dan permintaan semasa. Kebiasaannya ia dihasilkan mengikut kesesuaian tempat dan kehendak pelanggan. Biasanya proses

penghasilannya, tidaklah terlalu lama berbanding penghasilan ukiran kayu tradisi. Ini kerana penggunaan teknologi terkini dan juga motif yang di gunakan adalah senang untuk diukir berbanding ukiran tradisi.

16

Aksesori dalaman rumah juga turut mengaplikasikan seni ukiran ini pada barangan seperti katil, lampu tidur dan pelbagai lagi hiasan dinding. Konsep pembinaan rumah juga berbeza dengan rumah moden yang ditambah dengan elemen tradisional yang menggunakkan motif-motif yang telah diubah suai mengikut gaya terkini.

Ukiran kayu motif pagar musang

Dari segi potensi Ukiran Kayu, penekanan yang boleh diambil adalah dari segi pembinaan dan aksesori rumah. Ini kerana jika hendak dibandingkan dengan Indonesia, mereka lebih menonjol dalam penghasilan produk dan lebih fokus dalam bidang itu. Kelebihan dari segi penghasilan rumah tradisional menjadi satu batu loncatan bagi kita untuk mempromosikan Seni ukiran Kayu ke persada dunia.

Ukiran motif kaligrafi Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan dan tiada akhirnya. Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Dalam gubahan ukiran awan larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya. 17

Ukiran kayu berunsurkan keislaman

18

KESIMPULAN

Kesimpulannya, negara Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kraf tradisional yang unik. Kraf tradisional ini amat penting terhadap masyarakat di Malaysia. Masyarakat Malaysia menganggap seni kraf ini penting kerana ia merupakan salah satu cara menyampaikan mesej kesenian dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Masyarakat melayu juga menganggap seni kraf tradisional ini penting kerana ia berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang mereka. Asas penting yang menjamin kesinambungan kraf pada masa lalu ialah kesenian dan kebudayaan yang diwarisi dari nenek moyang masyarakat Melayu. Hal ini menyebabkan masyarakat Melayu sangat menghargai seni kraf kerana ianya adalah satu warisan budaya yang harus di warisi dari generasi ke generasi. Harapan agar kraf tradisional akan berkembang subur dan mengalami perubahan mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati serta semangat kraf tradisional tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas hingga sepanjang zaman. Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah mempertahankan kesenian kraf tradisional mereka supaya tetap dan tidak pupus ditelenggami arus pemodenan masa kini.

19

RUJUKAN

Azhar Asmadi, Cherel Jaafar, (2011). Batik Siri Kraftangan Tradisional Malaysia. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Selangor. E-man, (2008). Anyaman Seri Warisan Seni Kraf. Cipta Publishing. Kuala Lumpur. Kraftangan Malasyia, (2005). Tembikar Tradisional. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kuala Lumpur. Khairudin Talib (2011). HBMT3103 Kraf Tradisional. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Syed Ahmad Jamal (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria Ali (1989). Dialog Seni Tampak (Terjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Rujukan Internet

en.wikipedia.org/wiki/Batik www.batikinspirations.com/ themalayartgallery.com/ tsabri.wordpress.com/.../the-use-of-traditional-malay-art-images

20

Anda mungkin juga menyukai