Anda di halaman 1dari 8

1

Pengenalan

Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan
sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-
tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu usaha-
usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara
meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan
untuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara." (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998)

Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan Negara memberi penekanan
kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan
insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini
bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh
kepada agama.

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


2

1. Bahaskan perkaitan antara kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan
semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia
terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak
yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan
warganegara yang baik dan terdidik.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.
Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula
dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan
tepat. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan
Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu
secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur
hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. (Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini.
Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat
yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Sesuai dengan matlamat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Bahasa Melayu) yang menekankan penggunaan bahasa
Melayu yang betul dengan penerapan nilai-nilai positif melalui pengajaran di dalam kelas.
Seterusnya memartabatkan bahasa Melayu di Antarabangsa.

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


3

2. Kajian tindakan untuk mengenal pasti satu masalah yang dihadapi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan cara bagaimana untuk
mengatasi masalah tersebut.

Isu Dan Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Membaca Dalam Kalangan Pelajar

2.0 Pengenalan

Membaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua
peringkat masyarakat di negara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah
yang diutarakan tentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penyelesaian
yang berkesan yang dilakukan terhadap masalah ini. Mungkin isu ini tidak nampak dan masalah
yang sebenar berkaitan dengan ilmu, pengajaran dan pembelajaran membaca. Salah satu masalah
yang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnya minat dan tabiat membaca dan ini
berlaku di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang
kepada usaha untuk menjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang
dan masyarakat kita sebagai masyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar
pendidikan, kurikulum, dan silibus pengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut
tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah. Malangnya isu dan masalah yang sama
dibangkitkan setiap tahun.

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


4

2.1 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Kurang Membaca

2.1.1 Masyarakat ASEAN Bukan Masyarakat Membaca


Masyarakat ASEAN bukanlah masyarakat membaca, sebaliknya masyarakat berbual. Mereka
lebih suka mendengar dan berborak berbanding membaca. Ini ada kaitan dengan tradisi
masyarakat itu sendiri. Malah, sarjana dalam masyarakat tradisional ASEAN sendiri
menyampaikan ilmu yang terkandung di dalam buku secara membaca dengan kuat. Malah, jika
perlu melakukan apa yang terkandung di dalam buku berkenaan kerana ketika itu sukar untuk
mendapat buku di negara terbabit. Budaya ini diwarisi dan menjadi penghalang memupuk tabiat
membaca di kalangan masyarakat.

2.1.2 Kelemahan dalam Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan dan Strategi


Apabila berlakunya kelemahan dalam pengurusan sumber manusia, kewangan dan strategi
seperti ini, akan mengekangkan lagi usaha bagi menarik minat masyarakat khususnya pelajar
untuk membaca. Ini kerana keadaan ini akan menyebabkan jumlah perpustakaan tidak
mencukupi kerana kebanyakan perpustakaan awam, sekolah atau pusat sumber khusus adalah
berpusat di bandar. Jumlah koleksi buku dan bahan bacaan untuk kegunaan awam dan pelajar
juga tidak mencukupi. Kekurangan tenaga pustakawan terlatih dan berpendidikan serta bajet
terhad untuk membeli koleksi bahan bacaan akan menyukarkan program-program membaca
dalam kalangan mereka tidak berjaya disebabkan masalah yang dihadapi sedemikian.

2.1.3 Tarikan Media Elektronik


Potensi mengenai kesan media elektronik seperti televisyen terhadap keupayaan membaca
kanak-kanak sering menjadi isu yang membimbangkan pendidik. Malah, ia selalu dikatakan
menjadi punca kurangnya minat membaca dalam kalangan kanak-kanak yang terlalu banyak
menghabiskan masa menonton rancangan hiburan berbanding berbentuk pendidikan. Program-
program yang ditayangkan juga sedikit sebanyak melekakan sehingga kanak-kanak tidak
mempunyai masa untuk membaca dan belajar. Jika kerajaan bijak, mereka akan gunakan
program-program di televisyen sebagai penarik minat kanak-kanak untuk menambah ilmu
melalui slot pendidikan yang menarik dan memberi manfaat kepada mereka.

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


5

2.2 Langkah-langkah Menarik Minat Membaca

2.2.1 Peranan Guru dan Pelajar


Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran membaca yang sebenarnya. Apabila guru mengajar membaca, sebenarnya kita
mengajar bagaimana pelajar dapat membentuk sikap terhadap isi kandungan yang ditulis oleh
penulis. Guru harus dapat menumpukan perhatian pembaca kepada bagaimana penulis
meluahkan pengalaman, pengetahuan dan pendapatnya ke dalam bukunya. Penulis mempunyai
perhubungan yang rapat dengan pembaca kerana kedua-dua mempunyai pandangan dan sikap
yang sama seperti pengalaman, pemprosesan maklumat, pembinaan isi kandungan, tujuan
membaca kemahiran menulis dan membaca. Kesemua ini saling terikat dalam usaha membina
pengalaman dan kemahiran yang berkesan dan berjaya dalam pembacaan.
Selain itu, pelajar perlu diberi motivasi melalui pengajaran yang terancang dan tersusun.
Guru memotivasikan pelajar dengan memberikan tugasan yang berjaya dilaksanakan oleh pelajar
secara mengintegrasikan apa yang hendak dipelajarinya itu dengan aktiviti yang sebenar.
Kelemahan yang berlaku ialah semasa di sekolah rendah guru merancang pengajaran membaca
berpandukan kepada pembacaan satu teks asas sepanjang tahun melalui kelas bahasa. Di situlah
fokus pembelajaran membaca tanpa pelajar berpeluang meluaskan kemahiran kepada bentuk
bahan bacaan yang bebeza.

2.2.2 Membantu Pelajar Menggunakan Strategi Memahami Teks


Peranan guru dalam pengajaran strategi ialah untuk mewujudkan satu suasana pengajaran yang
menegaskan bahawa dalam pembacaan teks yang bersambungan penggunaan strategi membaca
yang tepat adalah langkah yang penting. Pengajaran dalam proses kefahaman membaca bermula
dengan kefahaman mendengar pada peringkat permulaan literasi dan meningkat sedikit demi
sedikit kepada proses-proses yang lebih kompleks dan jenis bahan bacacan yang lebih tinggi.
Sesuatu proses kefahaman teks bacaan yang berkesan berfokus pada cara-cara dan penaakulan
yang digunakan untuk mengeluarkan maklumat, dan bukannya pandangan pembaca terhadap isi
kandungan teks. Tujuan perlakuan kefahaman ialah untuk membolehkan pembaca sedar tentang
cara membaca dan penaakulan yang digunakan itu di bawah kawalannya sendiri.

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


6

2.2.3 Peranan Kerajaan


Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan harus merancang aktiviti yang menggalakkan
minat membaca melalui kegiatan budaya dan seni seperti persembahan wayang kulit, sayembara
puisi, penglipur lara, mak yong dan awang batil.
Kos buku import dan kos penerbitan buku tempatan dapat dikurangkan dan merancang
supaya terbitan luar negara dapat dicetak semula di Malaysia serta mengurangkan cukai import
peralatan mesin cetak dan kertas. Ini adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Bagi Kementerian Penerangan pula, mereka seharusnya mempromosikan Kempen
Membaca Kebangsaan secara meluas melalui media cetak dan elektronik menerusi iklan serta
slot masa utama, di samping mempromosi budaya membaca menerusi radio dan televisyen.
Sebenarnya, kita memerlukan kempen membaca sehebat kempen pilihan raya, malah
lebih hebat daripada itu. Ia perlu dipromosikan bersungguh-sungguh sepanjang tahun dengan
menetapkan sasaran, mungkin dua tahun. Ini kerana usaha memupuk budaya membaca adalah
agenda negara sebagai perkara penting bagi memperkayakan ilmu, selain mencerdaskan minda
masyarakat dan khususnya para pelajar.

2.3 Penutup
Pelajar di Malaysia rata-rata tidak diberi tunjuk ajar tentang kemahiran membaca pada tahap
yang tinggi dan lebih kompleks dan berkesan untuk membaca buku-buku teks dan buku ilmiah
iaitu menggunakan petunjuk, tanda-tanda, ciri-ciri dan sifat-sifat yang disediakan di dalam buku.
Buku ulang kaji dan nota guru tidak mempunyai sifat-sifat dan bahagian seperti yang terdapat
dalam buku teks dan buku ilmiah. Membaca buku ulang kaji dan nota guru tidak boleh
digolongkan sebagai latihan kemahiran membaca buku kerana ia bukanya buku dalam erti kata
sebenar. Buku teks dan buku ilmiah yang sempurna banyak memberi petujuk kepada pembaca
untuk membaca secara kritikal.
Kita harus percaya sehingga hari ini ramai guru mempunyai pengetahuan yang samar-
samar tentang membaca kerana sebilangan besarnya tidak pernah mengikuti kursus tentang ilmu
membaca dan pengajaran membaca. Program pendidikan guru di peringkat diploma, sarjana
muda tidak mewajibkan guru mengambil kursus-kursus dalam bidang ini. Malah, di IPTA dan di

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


7

maktab-maktab perguruan tidak ditawarkan bidang Pengkhususan Ilmu Membaca dan


Pengajaran Membaca.
Perubahan mesti dilakukan demi masa depan negara.

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


8

Bibliografi

Hj. Abd. Razak Dali. (2009). Isu dan Masalah Membaca Di Sekolah-sekolah dan Institusi
Pengajian Tinggi. Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003

Sharbi Ali. (2005). Sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Dimuaturun September 12,
2005, daripada http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm

Zin Mahmud (2004). Utusan Malaysia. http://www.utusan.com.my/membaca

HBML 4303: Kurikulum dan Perkaedahan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai