Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Bahasa merupakan sistem yang amat penting bagi manusia. Bagi suatu unsur yang
dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati menggunakan pelbagai pendekatan untuk
mengkajinya. Antara pendekatan yang digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan
makna. ‘Semantik’ atau bidang makna sebenarnya menjadi sebahagian ilmu linguistik yang
mengkaji tentang makna sesuatu perkataan ,frasa, ayat dan ujaran .

Semantik secara ringkasnya sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan
dan ayat dalam bahasa. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu merujuk aspek–aspek
seerti dan rujukan , perkataan , ayat , jenis-jenis makna, peribahasa ( termasuk simpulan
bahasa ) dan unsur semantik dalam nahu.

Polisemi

Polisemi lazim diartikan sebagai satuan bahasa (terutama kata, bisa juga frase) yang memiliki
makna lebih dari satu. Umpamanya kata kepala dalam bahasa Indonesia memiliki makna (1)
bagian tubuh dari leher ke atas; (2) bagian dari suatu yang terletak disebelah atas atau depan
merupakan hal yang penting atau terutama seperti pada kepala susu, kepala meja, dan kepala
kereta api; (3) bagian dari suatu yang berbentuk bulat seperti kepala, seperti pada kepala
pakudan kepala jarum; (4) pemimpin atau ketua seperti pada kepala sekolah,
kepala kantor, dan kepala stasiun; (5) jiwa atau orang seperti dalam kalimat Setiap kepala
menerima bantuan Rp 5000,-.; dan (6) akal budi seperti dalam kalimat, Badannya besar tetapi
kepalanya kosong.

Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokus kajian
kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa , pada peringkat kata , frasa,
klausa atau ayat.Semasa kita menghasikan sesuatu output bahasa, tujuan utama kita adalah
tidak lain bagi menyampaikan makna yang tertentu, sama ada secara terus atau tersurat atau
secara berkias atau tersirat. Proses komunikasi hanya dikatakan berjaya apabila makna yang
ingin disampaikan kepada baik pendengar atau pembaca dapat dan mudah difahami
sebagaimana kita kehendaki. Dalam erti kata yang lain, makna yang harus ditafsirkan ialah
makna yang sebenarnya terkandung dalam sesuatu rangsangan bahasa. Istilah semantik agak
baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada
abad akhir abad ke -19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai satu bentuk linguistik sebagai
keadaan apabila penutur mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada
pendengar.Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat
apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh
seseorang.(Leonard Bloomfield : 1992)

Definisi Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada
perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala
atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan semantik iaitu
‘Sema’ yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan
dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, ‘meaning’,
‘mean’, ‘meant’ dan ‘means’ kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh
digunakan dalam pelbagai situasi.

Selain itu, perkataan semantik yang digunakan pada hari ini berasal daripada bahasa
Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini digunakan oleh Michael Breal sejak abad ke-19 lagi.
Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji makna,
manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Perkara ini menegaskan
bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan makna. Seterusnya , Siti Hajar Abdul
Aziz (2009) juga menyatakan sematik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang
ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu
merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian
fonologi, morfologi dan sintaksis. Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar
difahami kerana berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi.
Sehubungan itu, hingga kini suatu teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif
serta menyeluruh belum dapat diketengahkan secara mantap.

Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menganalisis makna baik pada
peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan
emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada
fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi apabila
penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada
pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata – mata, tetapi
juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar. Ada
juga pendapat lain yang dikemukakan mengenai semantik mengikut pendapat tokoh seperti
Sperber dan Wilson (1980) yang memberi pengertian semantik sebagai satu kajian tentang
makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi logiknya, khususnya pada peringkat
tatabahasa dan nahu bentuk logik.

Ullmann (1962), mentakrifkan semantik sebagai kajian “ kajian makna perkataan


“.Lyons (1981) pula telah mendefinisikan semantik sebagai kajian makna, sementara semantik
linguistik ialah kajian tentang semua jenis makna yang ditetapkan dalam bahasa. Selain itu,
Kreidler ( 1998 ) menerangkan bahawa semantik ialah kajian makna secara sistematik,
manakala semantik linguistik ialah kajian cara bagaimana makna disusun dan dinyatakan
dalam bahasa.Sementara Nathesan ( 2001) pula telah menyatakan bahawa semantik ialah suatu
bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Akmajian et al.(1995:
222) pula menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam
bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip dan
gabungannya.Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik
atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada
aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik
merupakan bahagian penting dalam tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa.

Menurut Palmer ( 1992 ) pula, istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna.
Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat ialah kajian tentang makna sesuatu perkataan.Pendapat-pendapat lain mengenai
semantik ialah daripada Sperber dan Wilson (1980), kajian tentang makna yang diaplikasikan
pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan
nahu bentuk logik.Harimurthi Kridalaksana ( 1983) ,Buku Bahasa Melayu II - berpendapat
bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan
makna dalam sesuatu bahasa. Frank Parker (1994), menyebut bidang kajian tentang makna
dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian daripada bidang kajian
tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian tentang sesuatu struktur dalam sesuatu
bahasa.

PENYATAAN MASALAH

Perubahan zaman menyebabkan kehidupan manusia turut berubah. Bahasa merupakan


salah satu elemen yang turut sama mengalami perkembangan dan perubahan. Dalam kajian ini
perubahan bahasa dilihat dari segi peluasan makna dalam penggunaan kata ‘lemak’ di dalam
konteks penggunaan oleh masyarakat pada hari ini. Situasi hari ini amat berbeza jika
dibandingkan dengan era penghujung abad ke 20. Perkembangan teknologi dan komunikasi
yang begitu pesat menyebabkan arus penggunaan bahasa turut terkesan. Penggunaan aplikasi
berlandaskan kepada internet cukup tersebar luas dan pesat. Pelbagai medium komunikasi turut
dicipta dan digunakan dengan sewenang – wenangnya. Dunia hari ini merupakan dunia tanpa
sempadan. Nasib bahasa turut berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.
Kewujudan aplikasi sosial seperti Twitter, Instigram dan Facebook menjadi faktor kepada
perkembangan penggunaan bahasa di kalangan penutur Bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa yang tidak terkawal dalam media social akan menyebabkan keadaan
tidak terkawal malah akan merencatkan perkembangan sesuatu bahasa.( Salinah Jaafar 2015 )

Akibatnya akan muncul pelbagai bentuk bahasa yang berkecamuk dan bebas tanpa mengambil
kira disiplin dan peraturan sesuatu bahasa itu.

Pencampuran bahasa sering berlaku seperti bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam
komunikasi seperti ‘I’ , ‘saya’, ‘like’, ‘suka’ dan sebagainya. Maka nilai bahasa akan tercemar
dan akan timbul satu lagi serpihan bahasa iaitu bahasa rojak. Tambahan pula penggunaan
singkatan yang ringkas seperti ‘sy’(saya), pepe ( ada apa – apa),lak ( pulak ) dan banyak lagi
akan menambahkan lagi keparahan bahasa sedia ada.Situasi ini akan mencacatkan penggunaan
bahasa Melayu standard.

Ekoran daripada permasalahan ini kajian ini akan cuba untuk meneroka isu peluasan
makna ‘lemak’ selain yang terdapat di dalam kamus dewan. Dominasi penggunaan kata
‘lemak’ dalam hubungan komunikasi seharian dalam aspek media sosial ,media elektronik dan
media cetak dapat dibuktikan lagi melalui tinjauan data korpus.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti makna ‘lemak’ yang lazim digunakan


2. Mengetahui makna ‘lemak’ yang lain dalam pelbagai media
3. Menghasilkan model kerangka jaringan radial untuk leksis ‘lemak’
PENDEKATAN KAJIAN SEMANTIK KOGNITIF

Semantik kognitif memberi penekanan kepada hubungan makna dan kognitif. Ini
bermakna pendekatan ini mengaitkan dengan pengalaman badaniah. Teori ini menjelaskan
bahawa makna tidak wujud dengan sendirinya daripada orang yang merekanya atau
menggunakannya. Sebaliknya teori ini mengaitkan dengan pengalaman lampau seseorang
dengan alam sekelilingnya. Makna dilihat sebagai struktur konseptual yang lazim. Menurut
Lakoff (1987 ) manusia mempunyai hubungan yang erat dengan setiap ungkapan yang
dituturkan. Ini bermaksud perkongsepsial makna dalam mental dapat digambarkan melalui
pengalaman dan interaksinya dengan dunia nyata. Pendekatan emantik ini melihat makna
berdasarkan kepada struktur konseptual. Lakoff (1987) turut menjelaskan struktur konseptual
kepada Idealized Cognitive Models ( ICM ) yang terdiri daripada 5 konseptual yang asas iaitu
skema imej, metafora, metonimi, proposi dan simbolik. Kesemua ICM ini digunakan untuk
memahami semua makna dengan mengaitkan sesuatu kata atau leksikal melalui pengalaman
sedia ada. Makna sesuatu kata yang terhasil dikawal oleh mekanisme kognitif dan bukannya
dihasilkan secara andaian sahaja. Kelebihan pendekatan ini dapat dilihat dalam peluasan makna
‘lemak’ yang akan dijelaskan dalam kajian ini.

Model Kerangka Jaringan Radial

Berasaskan kepada teori prototaip satu model kerangka jaringan radial telah diterbitkan.
Model ini digunakan untuk menerangkan lagi peluasan makna sesuatu kata. Kedudukan makna
sesuatu entiti dapat ditentukan melalui teori prototaip ini. Kedudukan sesuatu entity dapat
mengelas dan menjelaskan makana teras dan makna pinggiran sesuatu kata. Norsimah Mat
Awal ( 2002 ) menerangkan sesuatu entity yang tidak mempunyai persamaan yang ketara di
anggap sebagai makna pinggiran. Ini bermaksud mengikut teori prototaip ini kedudukan entiti
dalam sesuatu kategori berada pada tahap yang berlainan sama ada menjadi makna teras atau
pun makna pinggiran.

DATA KAJIAN
Sebanyak 44556 jumlah kata ‘lemak’ yang telah dikenal pasti dalam Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan sebanyak 891 jumlah kata yang sama
diperolehi daripada perisian webcorp.Kebanyakan penutur atau pengguna bahasa melayu ini
menggunakan kata ‘lemak’ ini merujuk kepada jenis makanan, rasa sesuatu masakan, bahan
seperti minyak dan sebagainya.Namun masih ada juga penggunaan kata ‘lemak ini merujuk
kepada perkara yang lain. Antara bahan atau medium yang dirujuk untuk memperolehi semua
kata ‘lemak’ ini ialah buku, majalah, akhbar tempatan, blog individu dan rasmi,laman social
seperti ‘whats up’’instigram’ dan ‘facebook’.

Jadual 1 : Sumber data, peralatan dan jumlah kata ‘lemak’

Sumber Data Peralatan Bilangan Kata

Webcorp Facebook 256

Blog 347

Laman Sesawang 288

Pusat Rujukan Persuratan Buku / novel 850


Bahasa Melayu, Dewan
Majalah 641
Bahasa dan Pustaka
Akhbar 42330

Jurnal 745

JUMLAH 45447

Daripada pemerhatian dan analisis sumber data utama atau korpus iaitu perisian webcorp dan
Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka didapati sebanyak 45447 kata
‘lemak’ yang telah ditemui. Penemuan ini berdasarkan kepada beberapa peralatan atau medium
yang digunakan seperti seperti laman sesawang, blog dan facebook manakala dari pusat
korkodans persuratan melayu ialah akhbar, majalah, jurnal dan buku.

Sebanyak 891 kata ‘lemak’ didapati daripada sumber data webcorp manakala sebanyak 44556
diperolehi daripada sumber data Pusat Rujukan Melayu, dewan Bahasa dan Pustaka.

Secara keseluruhannya, penggunaan peralatan atau medium yang pelbagai dalam sumber data
yang dinyatakan dapat memberi satu angka yang besar dalam penggunaan kata ‘lemak’ oleh
pengguna bahasa Melayu. Malah ia turut dapat membantu pengkaji untuk mengetahu dengan
lebih terperinci tentang penggunaan kata ‘lemak’ selain maksud kata yang telah ada di dalam
kamus Dewan pada hari ini. Seterusnya proses peluasan makna bagi kata ‘lemak ini akan
dapat dilakukan hasil daripada analisis ini.

KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian secara analisis teks untuk mengenalpasti
penggunaan kata ‘lemak’ yang ada di dalam pusat sumber data perisian webcorp dan Persuratan
Melayu dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan ( 2007) menjadi rujukan pertama analisis ini.Kebanyakan kata ‘lemak’ yang
ditemui akan dirujuk terlebih dahulu keberadaannya di dalam kamus dewan
tersebut.Kesesuaian makna yang ada dan menurut kamus dewan diperiksa terlebih dahulu
sebelum dipadankan dengan penggunaan ayat setiap yang mengandungi kata ‘lemak’ tersebut.

Hasil analisis secara terperinci menunjukkan bahawa terdapat beberapa kata ‘lemak’ yang tidak
sama maksudnya sebagaimana yang ada di dalam kamus Dewan ( 2007 ). Perincian beginilah
yang menjadi factor utama pengkaji untuk menjalankan kajian ini actor utama pengkaji untuk
menjalankan kajian ini terhadap kata terhadap kata ‘lemak’ ‘lemak’ ini. Situasi ini
menunjukkan pengguna Bhasa Melayu pada hari ini sudah tidak terikat lagi dengan maksud
asal kata ‘lemak’ sebagaimana yang telah mantap di dalam kamus dewan .

ANALISA DATA / PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada Kamus Dewan terbitan ke empat (2007) terdapat tiga maksud kata ‘lemak’
ini. Makna pertama dianggap sebagai makna teras dan makna yang kedua dan seterusnya
dikategorikan sebagai makna pinggiran.Di antara makna –makna yang di nyatakan adalah
seperti berikut :

1. Lemak 1 : zat minyak berwarna keputih – putihan yang melekat pada daging haiwan.
2. Lemak 2 : terdapat lemak atau minyak dalam sesuatu makanan seperti nasi lemak.
3. Lemak 3 : sedap atau enak di rasa atau dengar

Leksis ‘lemak’ adalah satu kata umum yang berada dalam jenis kata nama am. Ia menunjang
makna teras dan makna pinggiran. Mengikut maksud daripada Kamus dewan makna teras bagi
kata ‘lemak’ ini mendukung makna sebagai satu bahan atau benda iaitu sejenis minyak yang
berwarna keputih-putihan dan melekat pada daging haiwan.’Lemak’ haiwan ini berfungsi
sebagai penebat haba kepada haiwan daripada kesejukan.’Lemak’ ini turut memberi peranan
kepada sesuatu haiwan daripada kelaparan yang berlarutan seperti bonggolan pada badan unta.

Selain itu,’lemak 2 ‘juga membawa makna pinggiran iaitu minyak yang berada dalam sesuatu
makanan seperti nasi minyak dan nasi lemak. Bagi makna kata ‘lemak 3’ turut membawa
maksud pinggiran iaitu satu keadaan rasa yang sedap bagi sesuatu masakan atau makanan
seperti ‘gulai lemak’. Maksud ‘gulai lemak’ ini ialah sedap dan menyelerakan
pemakannnya.Bagi maksud enak di dengar ialah kelunakkan suara seseorang seperti qari yang
membacakan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun seorang penyanyi yang merdu suaranya
sehingga ramai orang terpesona mendengarnya.

Peluasan Makna ‘Lemak’

Terdapat banyak lagi makna ‘lemak’ yang telah diperolehi daripada analisis data korpus Pusat
Rujukan Persuratan Melayu dewan Dahasa dan Pustaka serta juga perisian webcorp.Makna
yang diperolehi ini tidak ada di dalam Kamus Dewan ( 2007 ) Jadual di bawah menunjukkan
peluasan mana bagi kata ‘lemak’.

Jadual 2

KATA MAKNA CONTOH AYAT

Lemak 4 Istilah dalam Sains 1. “ sebut saja tiga


Kesihatan dan perubatan perkara ini iaitu
yang membawa maksud asid kalori,kolesterol dan
lemak. Yang terbina ‘lemak’, tentu kita
daripada beberapa molekul tidak terfikir”
karbon dan bertindakbalas 2. Kalori adalah ukuran
dengan molekul monosida tenaga daripada
yang menghasilkan atom – makanan,lemak pula
atom hydrogen. ialah kalori
tambahan. Satu gram
lemak bersamaan
dengan 9 kalori

Lemak 5 Sejenis mentega yang 1. “Lemak mesti digaul


dihasilkan daripada tumbuh bersama adunan
– tumbuhan dan digunakan tepung agar kek nanti
dalam masakan kek atau lebih rasa enak.
pastri.
Lemak 6 Lemak manis…. Iaitu kata – 1. Pelbagai kata lemak
kata yang diucapkan untuk manis dilemparkan
memujuk orang lain kepada orang ramai
agar
mempercayainya.

Lemak 7 Naik lemak… Satu sikap 1. Akibat terlalu


atau perangai yang tidak baik memanjakan anak-
iaitu terlalu manja atau anak, kini anak- anak
berlebih – lebihan seperti pak uda telah
pepatah Melayu iaitu ‘Beri bersikap naik lemak
Betis hendak Peha’

Lemak 8 Zat lemak….Sejenis nutrisi 1. Kekurangan zat


makanan yang amat lemak di kalangan
diperlukan oleh badan kanak-kanak akan
manusia. menyebabkan
penyakit riket

Lemak 9 Peribahasa “ lemak manis “ Usah lah kamu bersikap


jangan ditelan, pahit jangan bagai lemak manis jangan
dimuntahkan. ditelan,pahit pula jangan
dimuntahkan,” kata guru
Maksud : sesuatu nasihat silat itu kepada muridnya.
hendaklah difikir dahulu baik
buruknya dan sesuatu
teguran keras,kritikan atau
celaan hendaknya tidak
ditolak mentah - mentah

Lemak 10 Kholesterol atau dikatkan Akibat berlebihan


dengan kegemukan lemak..dia nak bergerak pun
jadi malas

Makna pinggiran ‘lemak 4’

Makna pinggiran ‘lemak 4’ yang membawa maksud kepada beberapa istilah khusus dalam
bidang perubatan dan kesihatan. Makna ‘lemak’ di sini cukup membawa makna yang
berbeza daripada makana asal yang ada di dalam kamus dewan ( 2007 ).Jika ‘lemak’ di
dalam kamus dewan merujuk kepada sejenis minyak warna keputih –putihan yang melekat
di otot haiwan namun hasil daripada analisis korpus Persuratan melayu Dewan bahasa
menunjukkan makna ‘lemak’ di sini merujuk kepada rumus dalam bidang perubatan dan
kesihatan yang memberi kesan kepada badan manusia.Ini dapat dibuktikan melalui sumber
maklumat data iaitu persuratan melayu dewan bahasa iaitu “ sebut saja tiga perkara ini iaitu
kalori,kolesterol dan ‘lemak’, tentu kita tidak terfikir”.Makna ‘lemak’ di sini membawa
makna yang rapat dengan kata kalori dan kolesterol. Bukti makna ‘lemak’ yang lain dari
makna asal turut ditemui dalam Wecorp seperti penyataan ini “kalori adalah ukuran tenaga
daripada makanan,lemak pula ialah kalori tambahan. Satu gram lemak bersamaan dengan
9 kalori .Makna ‘lemak di sini merujuk kepada satu rumus kesihatan dan perubatan yang
digunapakai oleh masyarakat hari ini terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan
amalan pemakanan yang seimbang.

Makna pinggiran ‘lemak 5’

Makna lemak yang lain selain daripada apa yang terkandung dalam kamus dewan turut
membawa makna yang lain dan baru. Makna pinggiran‘lemak’ ini merujuk kepada bahan
utama atau mentega yang digunakan dalam proses masakan roti atau kek yang lebih enak dan
sedap. Pembuktian dari korpus dapat dinyatakan di sini seperti “Lemak mesti digaul bersama
adunan tepung agar kek nanti lebih rasa enak….Makna ‘lemak di sini membawa maksud
kepada bahan mentega yang digunakan untuk meningkatkan rasa enak dan sedap terhadap roti
yang sedang diproses. Penggunaan bahan ‘lemak’ ini dalam masakan pastri sudah tentu
merujuk kepada mentega.

Makna pinggiran ‘lemak 6’

Makna pinggiran bagi kata ‘lemak’ yang telah dikenalpasti ialah ‘lemak manis’.Kata ‘lemak
manis ini membawa makna ucapan atau kata – kata yang diberikan semata mata untuk
memujuk seseorang supaya mengikutinya atau mempercayainya. Data yang diperolehi
daripada Pusat rujukan Persuratan melayu adalah seperti “….pelbagai kata lemak manis yang
dilemparkan kepadanya agar mudah dia memepercayainya……Makna kata ‘lemak manis’ di
sini merujuk kepada gaya ucapan dan pertuturan seseorang terhadap orang lain yang bertujuan
untuk memujuk atau mempercayai.Jelas di sini makna baru ini amat berbeza dengan apa yang
difahami mengikut kamus dewan ( 2007 )

Makna pinggiran ‘lemak 7’

Berdasarkan kepada data korpus pusat persuratan melayu dewan bahasa dan pustaka dapat
dibuktikan lagi menerusi penggunaan simpulan bahasa oleh penutur Bahasa Melayu dalam
masyarakat pada hari ini. Penggunaan simpulan bahasa ‘naik lemak’ membawa makna yang
baru iaitu merujuk kepada sikap dan tabiat manusia yang terlalu dibelai dan dimanjakan oleh
seseorang seperti ibu bapa dan sebagainya akan menyebabkan seseorang itu menunjukkan
sikap yang melampau – lampau dan berlebihan.
Makna pinggiran ‘lemak 8’

Melalui perisian webcorp dan korpus DBP makna ‘lemak’ telah dikenalpasti lagi mempunyai
makna yang tidak sama seperti kamus dewan. Penggunaan ayat seperti di dalam korpus DBP
iaitu “kekurangan zat lemak di kalangan dewasa akan menyebabkan tulang menjadi cepat rapu
h dan patah. Kata lemak di sini membawa maksud kepada sejenis nutrisi makanan yang
berperanan penting dalam mengekal dan menambahkan kekuatan tulang manusia.Kata lemak
ini yang membawa maksud nutrisi merupakan satu lagi perubahan maksud asal ‘lemak’.

Anda mungkin juga menyukai