Anda di halaman 1dari 15

KONSEP

SYAHADATAIN
OLEH
SAPIYAH BINTI MD.RANGGA
JaPIM/IPGKPMM

PENGENALAN
Setiap individu muslim sama ada dari ibu bapa muslim atau

yang menganuti Islam wajib mengetahui dan memahami


konsep syahadah.
Semakin kita mengetahui, mengerti, memahami konsep
syahadah secara mendalami maknanya, semakin kuat
kesedaran kita untuk menunaikan tuntutan-tuntutannya.
Kalimah syahadah bukan setaraf dengan kata-kata ikrar biasa
yang diucapkan oleh manusia kerana ia mengandungi konsep
yang melambangkan keluasan dan kesempurnaannya.
Kita wajib meyakini bahawa syahadah merupakan syarat yang
pasti dan asasi bagi setiap yang ingin menganuti Islam. Ia
wajib diulangi ketika solat tidak kurang dari 9x dalam sehari
semalam, juga dikumandangkan di udara setiap masuk waktu
solat tidak kurang dari 15x .
2/6/2015

smr/ipgkpmm

PENGERTIAN SYAHADAH
Dari segi bahasa: iaitu hadir

dan menyaksikan juga ilmu dan yakin yang


dihasilkan oleh kedua hal tadi dalam diri
seseorang.
Syahadah juga mengandungi pengertian
ikrar, iktikad, pengakuan, pengiktirafan dan
kepercayaan.
Jika seseorang melafazkan syahadah dengan
lidah tetapi menyalahi apa yang tersirat
dalam hatinya, ia disebut syahadah yang
dusta ( ) . Manakala syahadat yang
menepati antara lidah
dan hatinya disebut
2/6/2015
smr/ipgkpmm

BUKTI DARI NAS


Surah al-Munafiqun: 1

Apabila orang munafik datang kepadamu (wahai


Muhammad), mereka berkata: kami mengakui bahawa
sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasulullah dan
Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau adalah
rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya
pengakuan mereka adalah dusta.
2/6/2015

smr/ipgkpmm

HUKUM ORANG YANG MELAFAZKAN


SYAHADAH
Setiap orang yang melafazkan syahadah

dengan kerelaan hatinya untuk menganuti


Islam adalah dikira muslim, yang mempunyai
hak-hak dan wajib diperlakukan ke atasnya
segala undang-undang dan peraturanperaturan Islam.
Jika benar pada ucapan lidahnya dan hatinya
maka ia adalah muslim dan mukmin di sisi
Allah dan di sisi manusia.
Jika sebaliknya, ia adalah muslim dan mukmin
di sisi manusia tetapi tidak mukmin di sisi
Allah s.w.t.
2/6/2015
smr/ipgkpmm
5

Bukti-bukti dari Nas


Surah al-Baqarah, 2: 14
Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman,
mereka mengatakan: Kami telah beriman. Dan apabila mereka
kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan:
Sesungguhnua kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah
berolok-olok .

Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Abu Hurairah

r.a.:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga
mereka mengucapkan: Tiada Tuhan disembah melainkan Allah , dan
mereka beriman dengan apa yang aku bawa. Apabila mereka
melakukan demikian terselamat darah mereka dan harta mereka
daripada aku kecuali dengan haknya. Perhitungan mereka itu di atas
Allah.
(Muttafaqun Alaihi)
2/6/2015

smr/ipgkpmm

Rukun Syahadah 1:

Syahadah pertama merupakan penyaksian kita ke atas

hakikat kebenaran Allah. Ia mengandungi 2 rukun :


i. Nafi ( ) : menafikan segala bentuk tuhan

sembahan

manusia
ii. Ithbat ( ) : menetapkan hanya Allah tuhan yang
sebenar yang berhak disembah

Firman Allah SWT yang bermaksud:


Allah menerangkan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia , (yang sentiasa mentadbir sekelian alam)
dengan keadilan dan malaikat serta orang yang berilmu (mengakui
dan menegaskan demikian), tiada tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Ali Imran: 18)
2/6/2015

smr/ipgkpmm

Rukun Syahadah ke-2:



Syahadah kedua menegaskan penyaksian kita ke atas

hakikat kerasulan Muhammad s.a.w. Ia mengandungi


2 rukun iaitu:
i. meyakini dan membenarkan bahawa Muhammad

adalah pesuruh Allah


ii. Meyakini bahawa apa yang dibawa oleh Baginda
adalah benar daripada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang kamu
melakukannya, maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya.
(Surah Al-Hasyr: 7)
2/6/2015

smr/ipgkpmm

TUNTUTAN DUA KALIMAH


SYAHADAH
REDA : Kita mesti reda Allah SWT itu tuhan kita yang

wajib disembah dan diesakan dari segi zat, sifat


dan afal-Nya.
TAKUT KEPADA ALLAH: Umat Islam hanya perlu
takut kepada Allah SWT dan melaksanakan perintah
Allah sekalipun dibenci sesuai dengan
firman-Nya:
Jangan kamu takutkan manusia dan hendaklah
kamu takut akan aku.
(Surah Al-Maidah: 41)
SYUKUR KEPADA ALLAH : Kita perlu bersyukur
kepada Allah atas nikmat-Nya lahir dan batin, pada
semua keadaan dan tempat.
2/6/2015

smr/ipgkpmm

TUNTUTAN DUA KALIMAH


SYAHADAH
MENCINTAI ALLAH : Islam menyuruh kita mencintai

Allah dan Rasul-Nya lebih daripada cinta terhadap


harta benda dan anak isteri.
Katakanlah (wahai Muhammad), jika bapa-bapa, anakanak dan saudara-saudara,kaum keluarga kamu dan
harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang
kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara
yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan
(daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab
seksa-Nya).
(Surah at-Taubah: 24)
2/6/2015

smr/ipgkpmm

10

TUNTUTAN DUA KALIMAH


SYAHADAH
MENGIKUT DAN MENGAMALKAN SUNNAH

NABI:
Kita hendaklah berhakimkan kepada
Rasulullah s.a.w. dalam setiap urusan hidup .
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak
beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
terhadap perkara yang mereka perselisihkan. Kemudian
mereka tidak berasa dala hati mereka sesuatu keberatan
terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka
menerima dengan sepenuhnya.
(Surah An-Nisa: 65)
2/6/2015

smr/ipgkpmm

11

TUNTUTAN DUA KALIMAH


SYAHADAH
TAWAKKAL KEPADA ALLAH :

Kita perlu bertawakkal dan memohon


pertolongan kepada Allah SWT dalam setiap
perkara (selepas melakukan usaha dan ikhtiar
dalam memperoleh sesuatu). Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan
apa yang diberikan oleh Allah dan rasul-Nya kepada mereka
sambil berkata : Cukuplah Allah bagi kami , Allah akan
memberi kepada kamu daripada limpah kurnianya,
demikian juga Rasul-Nya, sesungguhnya kami sentiasa
berharap kepada Allah.
(Surah At-Taubah: 59)

2/6/2015

smr/ipgkpmm

12

TUNTUTAN DUA KALIMAH


SYAHADAH
MEYAKINI HUKUM / PERATURAN ALLAH

Kita perlu meyakini bahawa tidak ada hukum atau


peraturan lain melainkan hukum Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman lelaki dan
perempuan apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara, mempunyai hak
untuk memilih keputusan sendiri mengenai urusan
mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah
dan rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat
dengan kesesatan yang jelas nyata
(Surah Al-Ahzab :36)
2/6/2015

smr/ipgkpmm

13

TUNTUTAN DUA KALIMAH


SYAHADAH
TAAT KEPADA PEMIMPIN

Kita juga mesti taat kepada siapa yang


mentaati Allah SWT dan memusuhi siapa yang
memusuhi Allah SWT dan hendaklah
melakukan dua perkara tersebut kerana Allah
bukan kerana mengikut nafsu. Mafhum firman
Allah SWT:
Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir
menjadi wali yang akrab (juga bererti pemimpin,
teman, pelindung dan penolong) dengan
meninggalkan orang mukmin. Barang siapa
berbuat demikian nescaya lepaslah ia daripada
2/6/2015
pertolongan Allah. smr/ipgkpmm
(Surah Ali Imran: 28)14

RUMUSAN
SYAHADAH dengan makna persaksian, kenyataan atau

perkhabaran mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan


iktikad. Seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah
dengan ikhlas dan penuh kerelaan hati dikira sebagai muslim
dan berhak diperlakukan ke atasnya segala hukum Islam.
Syahadah juga mengandungi ciri-ciri akidah Islam (rukun
iman), yang bererti tidak terdiri binaan Islam tanpa asas
syahadah. (Hadis Iman, Islam, Ihsan).
Syahadah pertama melambangkan hakikat ketuhanan
manakala syahadah kedua melambangkan hakikat
nubuwwah yang mana keduanya terkandung dalam rukun
iman. Pernyataan kedua syahadah ini pula terkandung dalam
rukum Islam yang paling utama.
Seorang muslim adalah terikat dengan tuntutan kedua
syahadah tersebut.
2/6/2015

smr/ipgkpmm

15

Anda mungkin juga menyukai