Anda di halaman 1dari 2

Anda yang perlu patuhi tujuh tip berikut.

1. Bermula dari rumah

Mengulangkaji dan wujudkan suasana belajar dari semasa ke semasa. Gandakan usaha tekadkan
semangat mengulang kaji saat peperiksaan menjelang tiba. Fokus pada kertas peperiksaan yang akan
dijawab keesokan pagi. Tindakan ini membuatkan adanya kesungguhan, semangat, daya saing untuk
terus memberikan yang terbaik.

2. Kerja sekolah mesti siap

Perkara ini yang paling membuatkan hati guru menjadi gusar dan remuk-redamu. Pagi-pagi lagi guru
akan melenting, membebel, mengamuk, memekikkan malang dan terganggu emosi, andai ada murid
yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Jadi, tekadkan dalam diri anda tidak mahu lagi menjadi
seorang 'pencuri'. Pencuri dimaksudkan adalah pencuri masa cikgu dengan masalah yang anda bawa
di dalam kelas. Jangan menjadi seperti kerbau membawa lumpur dan masalah kepada semua orang.

3. Fokus dalam kelas

Jangan leka dan fokus apa yang diajar oleh guru di dalam kelas. Duduk di dalam kelas bukan macam
kera kena belacan. Guru ibarat ibu dan ayah. Ini kerana keberkatan ilmu datangnya dari seorang guru.
Murid yang bersahsiah tinggi, ilmu senang diserap masuk ke dada. Paling penting, jangan sesekali
biadap dan tidak menghormati guru. Tanamkan dalam diri jangan sesekali sakiti hati seorang guru.
Bila mana sang guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan murid maka tunggulah saat
kehancuran.

4. Isi masa terluang

Andai kata, ada guru lewat masuk ke kelas, murid seharusnya bersedia mengulang kaji pelajaran dan
bukannya mengambil peluang untuk bersembang dan mengacau kawan lain membabi buta.
Bersedia dengan buku sepanjang masa dan menjadi ulat buku, bertanya kawan dan menghafal
formula yang telah dipelajari. Ingat, waktu PDP adalah waktu hakiki anda mengutip ilmu. Lupakan
segala aktiviti luar kelas yang lain.

5. Fahami soalan dan kaedah menyelesaikannya

Penting bagi seorang murid untuk memahami soalan yang diberikan oleh guru. Bertenang, elakkan
tekanan dan cuba baca dengan betul soalan yang dinyatakan. Kemudian lapangkan fikiran dan fikir.
Sesukar manapun soalan, anda pasti akan dapat menjawabnya, sekiranya anda faham kaedah untuk
menyelesaikannya.

6. Semak apa yang dijawab

Jangan yakin dan rasa diri terlalu pandai. Selepas menjawab murid mesti semak jawapan. Pastikan
imbuhan, tanda baca, ejaan, isi, fakta, huraian dan contoh yang diberikan adalah betul dan tepat.
Kesalahan ejaan paling penting. Ini kerana dengan kesalahan ejaan mampu menjadikan markah
murid berkurangan. Jadi semak selepas menjawab bukannya duduk berangan dan hanyut ke lautan,
bulan dan bintang.

7. Latihan berkumpulan.

Latihan berkumpulan membantu murid menguasai formula yang dipelajari. Selain dapat bertukar
pandangan murid juga dapat melatih pemikiran untuk fokus. Ia secara tidak langsung dapat
tajamkan daya ingatan dalam pembelajaran. Ingat, latih berkumpulan bukannya 'menggetah
bawang'. Kurangkan bercakap, bukannya banyak sembang macam gajah pun boleh terbang.

Selamat menuju kejayaan. Jangan sakiti hati guru-guru tahun enam.

Anda mungkin juga menyukai