Anda di halaman 1dari 23

1

2

BAB 1
PENGERTIAN DAKWAH

Dari segi bahasa, perkataan dakwah () yang merupakan kata terbitan daripada kata kerja
() bererti panggilan, ajakan, seruan sama ada kepada yang hak atau yang batil. Menurut
istilah syara pula ia membawa pengertian yang lebih khusus iaitu menyeru atau memanggil ke
jalan Allah
1
.Firman Allah:
~ jOE- EOj>1):Ec W-EONNu1
O) *.- _ _O>4N E4OO4 4^
^}4`4 /j_E4:E>- W =}E:c4 *.-
.4`4 4^ =}g` --g)O;^-
^g
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang
yang musyrik".
(al-Quran 12:108)
Para ulama' memberikan pelbagai definisi Dakwah dari segi istilah antaranya:
a. Menurut Syaikh Ali Makhfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin: memberangsang
manusia kepada kebaikan dan huda (petunjuk Allah) dan menyuruh membuat maruf
(kebaikan) dan melarang melakukan kemungkaran (kejahatan) supaya mereka itu berjaya
mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat
2



1
Mohd Rafie Yusof dan Mohd Norhusairi Mat Hussin. 2008. Siri memahami asas-asas Islam, Quranic Group 4,
bahagian 1. Kota Bharu : Itqan Event Management, ms : 3
2
Syeikh Ali Mahfuzah. 1958. Hidayat al-mursyidin ila thuruqi al-wazhi wa al-khithobah. Kaherah: Percetakan
Uthmaniyah, ms : 17
3

b. Menurut Syaikh Muhammad Khidr Husain dalam buku " Al-Dakwah ila al Ishlah " :
keupayaan untuk memotivasi orang agar berbuat baik dan mengikuti jalan petunjuk, dan
melakukan amar ma'ruf nahi mungkar dengan tujuan mendapatkan kesuksesan dan
kebahagiaan di dunia dan akhirat


c. Menurut HSM. Nasaruddin Latif dalam buku Teori dan Praktek Dakwah Islamiyah:
Setiap usaha atau aktiviti dengan lisan atau lukisan yang bersifat menyeru, mengajak,
memanggil manusia lainnya untuk beriman dan mentaati Allah sesuai dengan syariat dan
aqidah Islam

d. Menyelamatkan manusia dari kesesatan atau kejahatan dan mengingatkan mereka supaya
menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka mendapat balasan azab Allah
s.w.t.
3


Dari pengertian dakwah yang diberikan di atas, maka dapat disimpulkan bahawa maksud
dakwah ialah menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk mengingati Allah, mengenali
Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan melaksanakan atau mengerjakan perkara
yang makruf.
Di sini penulis berpendapat pengertian dakwah itu membawa makna yang terlalu umum
meliputi ajakan dan seruan terhadap perkara yang positif atau perkara yang negatif. Oleh itu
pengertian dakwah di dalam Islam mestilah dkhususkan kepada ajakan dan seruan yang
membawa kepada proses menyebarkan agama Islam itu kepada orang lain sebagai satu agama
yang benar di sisi Allah dan sebagai agama yang sentiasa menekankan aspek-aspek kebaikan
terhadap umatnya di dalam semua perkara berlandaskan konsep amar maruf nahi mungkar.
Dari sini, dapatlah ditegaskan bahawa pokok atau maudu dakwah itu adalah agama Islam.

3
Muslih Syed Bayumi . 1976. Udu ila sabili rabbika bil hikmah wa almauizhoh wa jadilhum billati ahsan. Kaherah :
Matabaah Hassan, ms : 8
4

BAB 2
DALIL- DALIL TUNTUTAN BERDAKWAH

Dakwah merupakan tugas yang dijalankan oleh semua para rasul dan nabi yang diutuskan
oleh Allah dengan prinsip agama yang sama iaitu mengakui dengan sepenuh hati bahawa tidak
ada tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah. Oleh sebab itu, mereka membawa agama
yang satu yang dinamakan Allah sebagai Islam yang disebut di dalam firman-Nya:
Ep) -g].- E4gN *.-
OUce"- 4`4 E-U4u=-
-g~-.- W-O>q =U4-^- )
}g` gu4 4` N-47.~E} OUg^-
O^4 _E4uO4 }4`4 O'4C
ge4C4*) *.- ]) -.- 7C)O=
=Og4^- ^_
Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang
yang Telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Kerana
kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka
Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
(al-Quran 3:19)
Allah s.w.t berfirman lagi
}4`4 ;u4-4C 4OOEN +Uce"- 44Cg1
}U 4:^NC +Ou4g` 4O-4 O)
jE4O=E- =}g` =}C@OOEC^- ^g)
Barangsiapa mencari agama selain agama islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama
itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
5

(al-Quran 3:85)

Oleh itu, menjadi kewajipan kepada setiap muslim tidak kira lelaki atau perempuan untuk
berdakwah di dalam meneruskan perjuangan yang dibawa oleh para rasul dan nabi serta para
sahabat r.a. . Orang orang yang beriman adalah mereka yang mentaati jalan yang ditugaskan
oleh rasulullah S.A.W. Maka mereka tidak akan sesekali meninggalkan tugasan dakwah ini
malahan akan berterusan melakukannya. Allah S.W.T berfirman:
4pONLg`u^-4 eE4g`u^-4
__u4 +7.41gu *u4 _
]+O4C NOuE^)
4pOE_uL4C4 ^}4N @OL^-
]O1NC4 E_OUO- ]O>uNC4
E_OEEO- ]ON1gCNC4 -.-
N.Oc4O4 _ Elj^q
N_+EOuO=OEc +.- Ep) -.- NOCjG4N
_1EO ^_
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi
penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah
dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-
Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
(al-Quran 9:71)
Terdapat banyak ayat al-quran yang telah menekankan tuntutan dan kewajipan berdakwah.
Antaranya:
Firman Allah S.W.T. :

6

}74^4 74g)` OE`q 4pONN;4C O)
)OOC^- 4pNON`4C4
NOuO^) 4pOE_uL4C4 ^}4N
@O4^- _ Elj^q4 N-
]O)U^^- ^j
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh
kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.
(al-Quran 3:104)

Terdapat dua pendapat ulama tafsir tentang perintah yang terkandung di dalam ayat ini
4
:

1. Perintah kepada umat Islam seluruhnya, mereka itu hendaklah menjadi umat dakwah
( ), maka tiap-tiap orang muslim diwajibkan berdakwah sekadar kuasanya supaya
umat Islam seluruhnya menjadi umat yang berdakwah kepada al-khair (kebaikan).
Tafsiran ini menunjukan berdakwah itu adalah fardhu ain.
2. Perintah yang hanya kepada sebahagian daripada umat Islam, iaitu mereka yang
memahami Islam, khususnya alim ulama. Tafsiran ini difahami dari kalimah (

) yang
bermaksud daripada kamu yang ditujukan kepada sebahagian daripada umat Islam bukan
kepada keseluruhannya. Pendapat ini menunjukkan berdakwah ialah fardhu kifayah.
Sungguhpun ada ulama tafsir yang berpendapat bahawa menjalankan dakwah itu adalah fardhu
kifayah bukan bererti ada antara muslimin itu merasakan dirinya terlepas daripada tuntutan
berdakwah sebab sudah ada orang lain yang berdakwah akan tetapi janganlah dia lupa bahawa
ada sebahagian ulama mengatakan berdakwah itu adalah fardhu ain supaya dia sedar bahawa
dakwah itu merupakan kewajipan dan menjadi tanggungjawab yang dipikulnya sekadar mampu.

4
Rabi bin Hadi al-madkkhali. 2006. Fiqih dakwah para nabi.Bogor : Media Tarbiyah, ms 15

7





Firman Allah swt lagi:

+-L7 4OOE= OE`q ;eE_@Ou=q
+EE4Ug 4p+O> NOuE^)
]OE_u4>4 ^}4N @OE:L^-
4pONLg`u>4 *.) O4 ;4`-47
Nu- U4-:^- 4p~ -LOOE= _-
_ N_uLg)` ]ON4g`u^-
N-+O4-4 4pOOE^- ^
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf,
dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman,
tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik.
(al-Quran 3:110)
Ayat di atas memberikan dua pengertian
5
:
1. Menerangkaqn tentang kebaikan umat
2. Kebaikan umat itu kerana tugasnya menyuruh dan mengajak berbuat maruf dan
mencegah dari berbuat mungkar


5
Abdul Karem Zaidan. 2009. Dasar-dar ilmu dakwah 2. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, ms : 4

8







Terdapat juga hadis yang menerangkan tentang kewajipan berdakwah. Antaranya ialah sabda
Rasulullah s.a.w. :
- - :



) (
Maksudnya: sampaikanlah oleh kamu semua dariku walaupun hanya satu ayat, dan barang siapa
telah berdusta terhadapku dengan sengaja maka bererti ia menempah tempat duduknya dari
neraka

: :

( )
Maksudnya: barangsiapa di antara kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia
mengubahnya dengan tangannya (perbuatan), sekiranya ia tidak mampu maka dengan lisannya
9

(percakapan), dan jika ia tidak mampu maka dengan hatinya (mengingkari perkara itu dengan
hatinya), dan itulah selemah-lemah iman




BAB 3
PENDAKWAH


Kerja dakwah merupakan kerja dasar yang dibawa oleh para anbiya yang kemudiannya
diteruskan oleh para muslimin. Oleh itu, kewajipan berdakwah tergalas di bahu mereka selagi
mana bergelar muslim.
Pendakwah ialah orang yang bekerja memperbaiki kehidupan hariannya demi
kepentingan dakwah yang lebih utama dari sesuatu yang lain.
6
Mereka sentiasa berusaha untuk
memperbaiki dan merpersiapkan diri mereka dengan segala kebaikan sebelum menyebarkan
dakwah kepada orang lain. Pada masa yang sama, mereka juga berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat tempat tinggal mereka tidak
terjerumus kepada perkara yang boleh mendatangkan seksaan api neraka. Hal ini bertepatan
dengan firman Allah s.w.t :
Og^4C 4g~-.- W-ONL4`-47
W-EO~ 7=O^ 7O)Uu-4
-4O4^ E-1O~4 +EEL-
7E4OEg4^-4 OgOU4 NOj^U4`
[+EgN 1-Eg- 4pOOu4C -.- .4`

6
S. Abul Ala Maududi. 1985. Beberapa peringatan untuk para dai. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, ms 28

10

-4O4` 4pOUE^4C4 4` 4p+OuNC
^g
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan.
(al-Quran 66:6)

Penulis menyimpulkan bahawa Pendakwah atau dai merupakan golongan yang
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyebarkan risalah Islam kepada semua peringkat
masyarakat tidak kira muslim ataupun bukan muslim dan berterusan. Oleh itu para pendakwah
adalah mereka yang sentiasa memastikan proses pemindahan risalah Islam itu berlaku dengan
lancar dan sampai kepada golongan sasaran dan menjadi pegangan mereka. Pendakwah ibarat
sebuah jambatan yang menghubungkan di antara dua bahagian. Tanpa jambatan ini, maka tidak
akan berlakulah proses perhubungan di antara dua bahagian tersebut.
Dakwah kepada muslim adalah bertujuan untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi
pengetahuan Islam yang mereka ketahui. Manakala dakwah kepada bukan muslim adalah
bertujuan untuk memperkenalkan kepada golongan ini tentang Islam dan kesyumulannya dengan
harapan mereka akan tertarik dengan Islam dan menerimanya.





11







BAB 4
GOLONGAN SASARAN DAKWAH

Golongan sasaran dakwah atau madu merupakan salah satu elemen penting kepada
proses penyebaran dakwah. Hal ini kerana, para pendakwah mestilah mengkaji golongan sasaran
sebelum memulakan gerak kerja dakwah. Kajian ini merangkumi aspek sosial dan psikologi
golongan sasaran dakwah. Ini meliputi peringkat umur, budaya, pemikiran dan lain-lain. Melalui
kajian ini, maka manhaj atau kaedah dakwah yang sesuai dapat dijalankan dan maudhu dakwah
dapat disampaikan dan difahami oleh golongan sasaran dengan sempurna.
Penerima dakwah Islam ialah seluruh umat manusia kerana agama Islam yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah agama yang terakhir dan bersifat universal.
Allah s.w.t. berfirman:
.4`4 ElE4UEcO ) LO-.
+EE4Ug -LOOg=E -6OCO4^4
O}4 4O4- +EEL-
]OU;4C ^gg
12

Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa
berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada Mengetahui.
(al-Quran 34:28)
Dari pengertian ayat dia atas, bahawa penerima dakwah Islam itu adalah seluruh umat
manusia tanpa terkecuali, seluruh umat manusia dituntut untuk menerimanya selagi dia berakal,
apakah dia lelaki atau perempuan, tanpa memandang kepada kebangsaan warna kulit, pekerjaan,
derah atau tempat tinggalnya. Sebagai bukti, ialah orang-orang yang pertama beriman kepada
Rasulullah s.a.w, seperti Abu Bakar dari kalangan bangsa Arab, Bilal bin Rabah dari bangsa
Negro, Suhaib dari bangsa Rumawi, Salman dari bangsa Parsi. Khadijah dari kaum wanita, Ali
bin Abi Thalib golongan kanak-kanak, Usman bin Affan dari kaum hartawan, Amar dari
kalangan orang yang tidak mampu. Ini membuktikan bahawa dakwah Islam tidak tertumpu
kepada bangsa-bangsa tertentu, peringkat tertentu, golongan tertentu, tetapi al-Quran yang
menjadi dasar dakwah itu sendiri hanya menyebutkan manusia sahaja.
7

Allah s.w.t. berfirman:
Og^4C +EE4- W-+:;N-
N7+4O Og~-.- 7U 4g~-.-4
}g` 7)U:~ 7+UE 4pO+-> ^g
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang Telah menciptakanmu dan orang-orang yang
sebelummu, agar kamu bertakwa
(al-Quran 2:21)
Gerak kerja dakwah Islam tidak hanya tertumpu kepada orang Islam sahaja sebagai
golongan sasaran. Bahkan ianya mestilah meliputi semua lapisan golongan tanpa mengira agama
mereka. Seperti yang dibincangkan pada bab sebelumnya, penulis berpandangan dakwah kepada
orang Islam adalah untuk memantapkan lagi pegangan mereka terhadap agama Islam. Manakala

7
Abdul Karem Zaidan. 2009. Dasar-dar ilmu dakwah 2. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, ms : 110-111



13

kepada golongan bukan Islam adalah untuk memperkenalkan kepada mereka tentang Islam dan
kesyumulannya dengan harapan mereka akan tertarik dengan Islam dan menerimanya.







BAB 5
SIFAT PENDAKWAH YANG MEMBERI KESAN KAPADA GOLONGAN SASARAN

Pendakwah atau daie merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian umum
apabila mereka tampil untuk menyampaikan dakwah. Pendakwah sentiasa menjadi ikutan
golongan sasaran baik dari segi percakapan, penampilan dan akhlak. Oleh itu, para pendakwah
mestilah mempersiapkan diri mereka dengan sifat-sifat yang terpuji dan mulia. Perlu diingati,
kadang- kadang tanpa bercakap atau bertutur dengan hanya menunjukkan akhlak yang mulia
sahaja sudah mampu menarik seseorang itu untuk berubah.
Sejarah Islam membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai akhlak yang mulia
sehingga baginda diberikan gelaran al-amin. Banyak peristiwa yang terakam di dalam
lembaran sejarah Islam yang membuktikan kehebatan akhlak Rasulullah s.a.w di dalam
berdakwah antaranya peristiwa seorang yahudi buta yang memeluk Islam selepas kewafatan
baginda yang mana baginda selalu memberikannya makanan walaupun dia tidak putus-putus
menghina dan mengutuk Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t :
14

;- 4p~E 7 O) Oc4O *.-
NE4Ocq O4L=OEO }Eg 4p~E
W-ON_O4C -.- 4O4O^-4
4O=E- 4OEO4 -.- -LOOgVE ^g
Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah.
(al-Quran 33:21)




El^^)4 _O>E -U7= 1g4N ^j
Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
(al-Quran 68:4)

Menurut s.abul ala maududi Sifat sifat yang perlu dimiliki oleh pendakwah di dalam
gerak kerja dakwah Islam terbahagi kepada 3 bahagian
8
:
1. Sifat sifat yang wajib dimiliki oleh setiap orang sebagai individu
2. Sifat sifat yang wajib dimiliki oleh setiap mereka di dalam pembentukan jamaah
3. Sifat sifat yang wajib dimiliki oleh setiap anggota jamaaah yang berjihad di jalan
Allah

8
S. Abul Ala Maududi. 1985. Beberapa peringatan untuk para dai. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, ms : 37

15

Di antara sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh setiap pendakwah adalah seperti berikut:
1. Sifat sabar

Sifat sabar merupakan satu sifat yang mulia dan banyak dituntut oleh Allah s.w.t di dalam
al-Quran agar diamalkan di dalam kehidupan seharian. Antaranya firman Allah s.w.t :

E_GC^4C -g~-.- W-ON44`-47
W-+O;- W-NO)=4
W-O7C)-4O4 W-OE>-4 -.-
7+UE ]O)U^> ^g
Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya
kamu beruntung.
(al-Quran 3:200)

Seperti yang diketahui, perjuangan menyebarkan dakwah Islam, sentiasa
menghadapi rintangan dan cabaran sehingga mampu melemahkan semangat dan iman
para pendakwah. Sejarah Islam, membuktikan bahawa para rasul dan nabi banyak
mendapat rintangan dan tentangan di dalam menyebarkan dakwah kepada kaum mereka
sendiri malahan daripada sanak saudara mereka sendiri. Tetapi mereka melandaskan
perjuangan mereka dengan sifat sabar yang unik. Para pendakwah sewajarnya
mencontohi perjuangan para anbiya dan sahabat di dalam menyebarkan dakwah. Mereka
tidak pernah berputus asa di dalam menyebarkan dakwah malahan bersabar dan sentiasa
menyusun strategi untuk memberikan dakwah yang terbaik kepada umat.

Sifat sabar mempunyai implikasi yang unik terhadap golongan sasaran. Walaupun
terus diherdik, dihina dan ditentang, berbekalkan sifat sabar, para pendakwah secara tidak
langsung telah mengajar golongan sasaran betapa besarnya erti bersabar di dalam
memberikan sesuatu kebaikan. Dengan sifat sabar yang berterusan ini, golongan sasaran
16

akan terus menghormati para pendakwah dan mengkagumi semangat waja mereka dan
terbukti mereka pada satu masa nanti akan mengakui kehebatan jati diri para pendakwah
yang bersifat sabar kerana mempraktikkan sifat sabar di dalam kehidupan seharian
bukanlah perkara yang mudah. Allah s.w.t berfirman:

W-ONL1g4c-4 )OO)
jE_OUO-4 _ OgE+)4
NE4OO)l ) O>4N 4-gg=C^-
^j)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu
sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
(al-Quran 2:45)





2. Beramal dengan ilmunya
Ilmu merupakan bekalan yang paling utama di dalam proses dakwah. Ilmu juga
merupakan senjata hujah bagi para pendakwah di dalam menyebarkan dakwah mereka
terhadap orang ramai. Persiapan ilmu sangat penting kerana pendakwah akan berhadapan
dengan golongan sasaran yang ternyata mantapnya pemikiran intelektual mereka. Maka
di sini Ilmulah menjadi ukuran kemampuan seorang pendakwah. Perkara yang perlu
diingati oleh para pendakwah ialah, memiliki ilmu semata-mata tanpa disertakan dengan
amalan terhadapnya, tidak akan memberi kesan kepada golongan sasaran. Perlu diingati
seorang pendakwah tidak semata-mata dinilai tahap ilmunya, malahan pembawakannya
terhadap ilmu tersebut juga menjadi keutamaan golongan sasaran.
17

Setiap pendakwah perlulah beramal dengan ilmunya dan janganlah sekali-kali
perbuatannya mendustakan perkataannya (iaitu perbuatannya berlainan dengan
perkataannya), dan zahirnya berlainan dengan batinnya. Janganlah dia menyuruh
seseorang melakukan kebaikan sedangkan dia sendiri tidak melakukannya dan jangan
pula dia melarangkan sesuatu sedangkan dia sendiri melakukannya
9
. Firman Allah s.w.t:

4p+O> "EE4-
)O^) 4pO=O4>4
7=O^ +^4 4pOUu->
=U4-^- _ E 4pOUu> ^jj
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu
berpikir?
(al-Quran 68:4)

Golongan sasaran dakwah sentiasa menghormati para pendakwah yang
mengamalkan ilmunya dan sentiasa mengkongsikannya dengan mereka. Perkongsian ini
merupakan elemen yang penting di dalam mengajak golongan sasaran dakwah berubah
ke arah kebaikan. Golongan sasaran dakwah akan sentiasa mengenang jasa baik
seseorang pendakwah yang mengamalkan ilmunya dan menyebarkannya samada dia
masih hidup atau sudah meninggal dunia. Rasulullah dan para sahabat sehingga hari ini,
nama-nama mereka masih menitir di bibir umat kerana kehebatan mereka di dalam sifat
ini.



9
Rabi bin Hadi al-madkkhali. 2006. Fiqih dakwah para nabi.Bogor : Media Tarbiyah, ms : 88

18

3. Kuat hujah dan fasih lidah
Di sebalik kekuatan ilmu, para pendakwah mestilah juga mempunyai kelebihan
dan berkebolehan untuk menyampaikan ilmu tersebut dengan kematangan hujah dan
kefasihan lidah. Kekuatan hujah dan kefasihan lidah merupakan penggerak utama di
dalam menyampaikan dakwah. Golongan sasaran terutamanya para remaja dan
profesional mudah tertarik dengan susunan kata-kata yang mantap, penuh hikmah dan
mampu menarik mereka untuk meminati dan menerima sesuatu kebaikan. Syeikh Ahmad
Deedat (wafat 8 Ogos 2005) merupakan contoh pendakwah yang hebat di pentas pidato
di dalam menyampaikan dan mematahkan hujah-hujah pihak lawan.
Para pendakwah yang tidak mempunyai hujah yang kuat dan lidah yang fasih
tidaklah mampu memberi faedah sepenuhnya, bahkan akan memberikan kecacatan
kepada kerja-kerja dakwahnya
10
. Maka berkata Musa a.s. seperti mana di dalam al-
Quran:



/C4 C]NOE- 4O- E=^ /j_g`
L^=Og N-cO =/R4` -w7u1jO
/j_~g-=NC W EO)E+) ~ p
]O+ONC ^@j
.Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, Maka utuslah dia bersamaku sebagai
pembantuku untuk membenarkan (perkata- an)ku; Sesungguhnya Aku khawatir mereka akan
mendustakanku".
(al-Quran 28:34)

10
Rabi bin Hadi al-madkkhali. 2006. Fiqih dakwah para nabi.Bogor : Media Tarbiyah, ms 93-94

19


Di samping itu, nabi Musa a.s. berdoa seperti mana di dalam al-Quran:
4~ p4O uE4O'=- Oj OjO;=
^g) uO]OEC4 EOj O@O^` ^gg
U;O-4 LEE^NN }g)` O)+=Og
^g_ W-O_^4C OjO~ ^gg
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku , Dan mudahkanlah untukku
urusanku, Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, Supaya mereka mengerti perkataanku,
(al-Quran 20:25-28)

Proses penyampaian sesuatu ilmu dan kebaikan akan menjadi lebih lancar dan sistematik
sekiranya para pendakwah memiliki dan mempraktikkan sifat ini. Tambahan lagi, kekuatan
hujah dan kefasihan lidah amatlah besar kesannya kepada hati manusia.





4. Tawadhu (merendah diri) dan menjauhi sifat ujub (sombong dan bongkak)
Tawadhu bererti tunduk dan patuh kepada kebenaran serta menerimanya dengan
penuh keikhlasan. Manakala ujub pula bermaksud sifat sombong dan bongkak. Kadang
kadang seseorang itu merasa ujub kerana memandang dirinya mempunyai pengetahuan
yang luas. Perasaan seumpama ini akan menjejaskan dan merosakkan proses penyebaran
20

dakwah. Malahan Allah s.w.t. sendiri tidak menyukai orang-orang yang bersikap
sombong dan bongkak seperti di dalam firman-Nya:
+O^^) OUg47 -)O'4-O^-
^g@
Tidak diragukan lagi bahwa Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka
rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong.
(al-Quran 16:23)
Kedua dua sifat ini memainkan peranan yang penting bagi seorang pendakwah
di dalam menyebarkan dakwah. Tawadhu mestilah diamalkan oleh para pendakwah
manakala ujub mestilah dihindarkan dari diri mereka. Golongan sasaran merupakan
manusia biasa yang berfitrah tidak sukakan sesuatu yang dipandangan mereka bersifat
takabur dan sombong. Keadaan ini akan menghilangkan rasa hormat mereka kepada para
pendakwah. Sifat tawadhu yang menjadi pegangan para dai dapat melahirkan rasa
hormat di kalangan golongan sasaran dakwah samada si pendakwah masih hidup atau
sudah meninggal. Ini akan membolehkan kelancaran proses penyebaran dakwah dapat
dilakukan.


5. Bersifat warak dan tenang
Sifat warak di dalam diri pendakwah lahir dengan menahan diri daripada
melakukan perkara yang sia sia samada melibatkan perkataan dan perbuatan. Para
pendakwah sentiasa melatih dan menjaga pekerti mereka dengan melakukan ibadat
kepada Allah s.w.t. Ikatan hubungan dengan Allah s.w.t. menjadi sumber kekuatan warak
kepada mereka dan menggunakannya sebaik mungkin di dalam menyebarkan dakwah.
21

Para pendakwah juga dituntut agar bersikap tenang di dalam berdakwah. Sikap
tenang mencerminkan keperibadian pendakwah yang sentiasa bersedia untuk
menyebarkan dakwah. Golongan sasaran, seperti yang dibincangkan, bukan sahaja
terkesan dengan kata-kata yang diutarakan oleh pendakwah semata- mata, bahkan
menjadikan sikap dan akhlak pendakwah sebagai elemen yang mampu memberi kesan
yang positif kepada mereka di dalam kehidupan seharian. Setiap pergerakkan dan
percakapan para pendakwah, menjadi ikutan dan tauladan golongan sasaran.











PENUTUP

Dakwah merupakan satu wasilah yang utama di dalam menyampaikan kebaikan dan kebenaran
wahyu Islam yang dibawa oleh para anbiya. Berdakwah merupakan kewajipan yang tergalas di
bahu setiap muslim tanpa mengira warna kulit, bangsa dan budaya kehidupan. Oleh itu, dakwah
22

mestilah dilakukan berterusan dan menyeluruh samada secara individu atau organisasi. Elemen
dakwah yang berkesan mestilah dilihat dari beberapa perkara. Antaranya pendakwah, golongan
sasaran, manhaj, sifat pendakwah, sifat golongan sasaran dan lain-lain lagi. Semua elemen ini
memainkan peranan yang penting di antara satu sama lain dan mesti difahami oleh mereka yang
mahu berkhidmat di bidang dakwah agar maudhu atau dasar dakwah dapat disampaikan dengan
sempurna dan diamalkan oleh golongan sasaran.
Penulisan ini menumpukan sifat-sifat pendakwah dan implikasinya terhadap golongan
sasaran. Penulis berpendapat, sifat sifat ini mestilah dikaji dan difahami serta diamalkan oleh
para pendakwah itu sendiri sebagai persediaan sebelum memasuki medan dakwah dan seterusnya
memindahkan sifat-sifat tersebut kepada golongan sasaran. Golongan sasaran adalah mereka
yang sentiasa ketandusan ilmu dan memerlukan bimbingan yang kuat daripada pendakwah. Oleh
itu, pendakwah merupakan golongan terpenting di dalam menghubungkan golongan sasaran
dengan risalah Islam agar perkara ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.







RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.

HADIS SOHEH BUKHARI

Abdul Karem Zaidan. 2009. Dasar-dar ilmu dakwah 2. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

23

Mohd Rafie Yusof dan Mohd Norhusairi Mat Hussin. 2008. Siri memahami asas-asas Islam,
Quranic Group 4, bahagian 1. Kota Bharu : Itqan Event Management.

Muslih Syed Bayumi . 1976. Udu ila sabili rabbika bil hikmah wa almauizhoh wa jadilhum
billati ahsan. Kaherah : Matbaah Hassan.

Rabi bin Hadi al-madkkhali. 2006. Fiqih dakwah para nabi.Bogor : Media Tarbiyah.

S. Abul Ala Maududi. 1985. Beberapa peringatan untuk para dai. Shah Alam: Dewan Pustaka
Fajar.

Syeikh Ali Mahfuzah. 1958. Hidayat al-mursyidin ila thuruqi al-wazhi wa al-khithobah.
Kaherah: Percetakan Uthmaniyah.

Anda mungkin juga menyukai