Anda di halaman 1dari 48

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PERLIS
PENGAJIAN ISLAM 2: AQIDAH
_____________________________________________________________________















NAMA : NOR AINA MARDIYYAH BT ZAIDAN
NO.K.P : 910428-04-5326



NAMA : NABILAH FARHANAH BT NOH
NO.K.P : 910329-05-5086



NAMA : IZATUL SHUHADA BT CHE BERAHIM
NO.K.P :

KUMPULAN/UNIT : PPISMP PA&AQ/BI/BA
NAMA MATAPELAJARAN : PENGAJIAN ISLAM 2/ AQIDAH 2
NAMA PENSYARAH : USTAZ ZULKARNAIN BIN MOHAMAD
TARIKH SERAHAN : 5 OKTOBER 2009


Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya



Tandatangan : .
Nama Penulis : .
Tarikh : ..



Tandatangan : .
Nama Penulis : .
Tarikh : ..


Tandatangan : .
Nama Penulis : .
Tarikh : ..













AQIDAH








JABATAN AGAMA ISLAM DAN MORAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PERLIS
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENGHARGAAN

PENGENALAN

SEJARAH PERKEMBANGAN AQIDAH ZAMAN NABI
MUHAMMAD, ZAMAN SAHABAT DAN ZAMAN BANI
UMAIYYAH

SEJARAH KEWUJUDAN MAZHAB-MAZHAB AQIDAH
SERTA PEGANGANNYA

KESAN AQIDAH TERHADAP TERHADAP
PEMBANGUNAN INDIVIDU PARA SAHABAT DAN
MASYARAKAT ISLAM

ISU-ISU AQIDAH DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN

SEBAB-SEBAB PERBEZAAN AQIDAH PARA SAHABAT
DENGAN UMAT ISLAM HARI INI

RUMUSAN

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN



PENGHARGAAN








BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kami
menyiapkan kerja kursus yang berkaitan dengan Aqidah. Kami mengucapkan
sekalung penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Zulkarnain bin yang
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami untuk menyempurnakan kerja
kursus ini dengan cemerlang. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada kawan-kawan yang banyak memberikan komentar terhadap kerja kursus
ini. Tidak lupa juga, ibu bapa kami yang banyak memberikan semangat dan
sokongan ketika kami menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kalam, jutaan terima
kasih kepada semua yang membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini
secara langsung mahupun tidak langsung..
Sekian.







PENGENALAN
Kata aqidah diambil dari kata al-aqdu, yakni ikatan dan tarikan yang kuat. Ia juga
berarti pemantapan, penetapan, kait-mengait, tempel-menempel, dan penguatan.
Perjanjian dan penegasan sumpah juga disebut aqdu. Jual-beli pun disebut aqdu,
karena ada keterikatan antara penjual dan pembeli dengan aqdu (transaksi) yang
mengikat. Termasuk juga sebutan aqdu untuk kedua ujung baju, karena keduanya
saling terikat. Juga termasuk sebutan aqdu untuk ikatan kain sarung, karena diikat
dengan mantap.
Istilah aqidah di dalam istilah umum dipakai untuk menyebut keputusan pikiran yang
mantap, benar maupun salah.
Jika keputusan pikiran yang mantap itu benar, maka itulah yang disebut aqidah yang
benar, seperti keyakinan umat Islam tentang ke-Esa-an Allah. Dan jika salah, maka
itulah yang disebut aqidah yang batil, seperti keyakinan umat Nashrani bahwa Allah
adalah salah satu dari tiga oknum tuhan (trinitas).
Istilah aqidah juga digunakan untuk menyebut kepercayaan yang mantap dan
keputusan tegas yang tidak bisa dihinggapi kebimbangan. Iaitu apa-apa yang
dipercayai oleh seseorang, diikat kuat oleh sanubarinya, dan dijadikannya sebagai
madzhab atau agama yang dianutnya, tanpa melihat benar atau tidaknya.














SEJARAH
PERKEMBANGAN AKIDAH
ZAMAN NABI,SAHABAT
DAN BANI UMAIYAH










SEJARAH AKIDAH ZAMAN NABI DAN SAHABAT
Pada zaman Nabi,Umat Islam dan para sahabat pada zaman Rasulullah S.A.W
menerima terus segala ajaran dan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W tanpa banyak
persoalan dan kiranya ada persoalan dan tidak faham mereka terus menemui
Rasulullah dan meminta penjelasan.Antara lain juga,Rasulullah sendiri pun
sememangnya menjelaskan segala perkara yang menimbulkan kemusykilan dan
kekeliruan di kalangan para sahabat.Justeru itu,pada masa Rasulullah persoalan
aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau sifat ketuhanan tidak
timbul.
Pada zaman sahabat pula tidak berlaku kerana para sahabat dapat memahami ayat Al
Quran atau sifat Allah sebagaimana yang disifatkan oleh Allah di dalam Al Quran
dan hadis.Antara lain juga para sahabat menerima dan memahami kandungan Al
Quran dan hadis berkaitan dengan aqidah dan sifat Allah khasnya tanpa
mempersoalkan makna yang sebaliknya.Untuk itu,pada zaman nabi kepercayaan umat
Islam sangatlah kukuh dan teguh.Contohnya,dalam surah al-Ikhlas:
~ 4O- +.- NEO ^ +.-
EO- ^g ;)-4C 4 ;ONC
^@ 4 }74C N-. -O lEO
^j
"Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa. Allah menjadi
tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak
diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setara denganNya"
(al-Ikhlas : 1-4)
Ayat di atas mendidik manusia supaya mengaku keesaan dan kekuasaan Allah
swt. Ayat ini diturunkan di Makkah di awal perkembangan Islam. Oleh kerana
akidah merupakan asas kepada kekuatan dan pembinaan Islam sebagai al-Din
maka wahyu-wahyu yang terawal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw
menjurus kepada pendidikan Akidah bagi menanam keyakinan yang teguh
dalam jiwa manusiatentang keesaan Allah swt.

Zaman nabi,Baginda menyatukan umat dan kaum muslimin serta menjaga
kedaulatan Islam.Untuk itu juga,semua kaum muslimin mengembalikan apa
sahaja masalah mereka kepada nabi.Antara lain juga,para sahabat pada masa
itu,disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran.Antara lain juga,nabi sentiasa
mengawal mereka daripada perpecahan dan perselisihan pendapat.Dimana
perdebatan dan perpecahan dalam masalah akidah merupakan suatu perkara
besar dan masalah yang sangat ditakuti.Untuk itulah kaum muslimin sentiasa
diingatkan supaya mentaati rasul dan ditegah daripada berselisih.Antara akibat
buruk daripada perdebatan itu,sebagaimana firman Allah swt:
W-ONOgC4 -.- N.Oc4O4 4
W-ONN4O4L> W-OU4=^4- =UE-'O>4
7+4jO W W-+O;-4 _ Ep)
-.- E74` -)OO- ^jg
Dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan,
yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah.
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(Al-Anfaal:46)
Namun begitu manusia telah dikurniakan akal pemikiran,maka begitu juga para
sahabat,ada di antara dan kalangan mereka yang memiliki tabiat suka
mengambil tahu dan berfikir ,yang telah mendorong sesetengah sahabat untuk
memikirkan tentang zat allah .Namun begitu,Rasulullah menegah mereka
berbuat begitu.
Antara lain juga nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam
masalah Qadar.Di mana pada suatu ketika nabi menemui para sahabat,sedang
waktu itu mereka berdebat tentang perkara qadar,maka Nabi bersabda kepada
mereka:


,
Terjemahan:Apakah kerana ini kamu diperintahkan ?apakah kerana ini aku
ditulis?Sesungguhnya binasa orang-orang sebelum kamu adakah di ketika
mereka berselesih masalah ini.Aku tugaskan diri kamu supaya jangan
berbantah-bantah pada qadar itu.

Dalam keadaan lain,nabi menyuruh supaya membuat pertimbangan dan
meneliti apa yang diterima atau daripada ahli ktab ,iaitu tidak
membenarkan terus apa yang mereka katakan dan tidak mendustakan
semuanya.
Disebabkan apa yang telah nabi sampaikan itu adalah terang,jelas dan
nyata,maka ia tidak perlu diperdebatkan lagi.Antara lain juga Al-Quran
menyuruh rasul-Nya mengahdapai kaum dengan member nasihat dn
peringatan .Firman Allah:
p)4 EO7EE_
+.- NUu E)
4pOUEu> ^gg +.-
N7^4 :E4uO4 4O4C
gOE41^- E1g
+L7 gO1g
]O)U4^C` ^g_
Dan jika mereka membantah kamu, Maka Katakanlah: "Allah lebih
mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan".Allah akan mengadili di
antara kamu pada hari kiamat tentang apa yang kamu dahulu selalu
berselisih padanya.(Al-Hajj:68-69)

Apabila perlu ada pertukaran fikiran,maka hendaklah dilakuakn dengan
cara yang paling baikdan perbincangan yang mendatangkan tujuan
baik.Antara lain Al-Quran mengarahkan akal manusia daripada dalil-dalil
akal dan menghindarkan perdebatan dan
perselisihanmanusia.Sebagaiman firman Allah:
4 W-EO7gO_q` u-
U4-:^- ) /-) "Og-
}=O;O ) 4g~-.- W-OU
_u4g` W W-EO7O~4 EL4`-47
-Og~-.) 4@O^q 4L^1)
4@O^q4 :O) E4_)4
7_)4 /g4 }^44
+O 4pO)UON` ^jg
Dan janganlah kamu berdebat denganAhli kitab, melainkan dengan cara yang paling
baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka dan Katakanlah: "Kami Telah
beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan
kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami Hanya kepada-Nya
berserah diri".(Al-Ankabut:46)

Para sahabat telah beriman sepenuhnya dengan akidah serta menyerahkan
segala jiwa mereka dengan penuh keyakinan dan ketaatan kepada Allah.Dengan
itu,pada masa itu tidak timbul masalah akidah.Antara lain juga waktu itu wahyu sedang
diturunkan,mereka juga hadir dan hidup dalam suasana dengan berdamping diri
dengan rasulullah,dengan itu nilai penghormatan dan persahabatan dengan Nabi begitu
kukuh dan menyebabkan mereka tidak timbul sebarang keraguan dan tidak ada apa-
apa syak terhadap akidah yang mereka terima daripada Rasulullah itu.
Dalam persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan sifat Allah,semua
para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya daripada Nabi dan mengikut apa
yang terdapat Al-Quran dan hadis.Penerimaan para sahabat juga sepenuhnya tanpa
ada keraguan atau kemusykilan terhadap apa yang terkandung dalam Al-Quran dan
hadis tersebut.Semua para sahabat mensabitkan sebagaimana yang terdapat atau
dijelaskan melalui Al-Quran dan al-Hadis dengan penuh keimanan dan
penerimaan.Para sahabat hanyalah bertanya dalam perkara yang berkaitan hukum
hakam,ibadah dan cara untuk melakukannya dengan sempurna.Bukti dan secara
logiknya dapat kita nilai,dimana perkara yang ditanya tersebut .sudah tentu ada hadis
yang dapat menjelaskan perkara tersebut,sebagaimana terdapat hadis yang
menjelaskan tentang hukum halal dan haram,kiamat an lain-lain.
Sebagai rumusannya,zaman Nabi segala kemusykilan dan masalah terus dirujuk
kepada Nabi dan Nabi dapat menjelaskannya dengan wahyu atau petunjuk wahyu atau
dengan ijtihad baginda dan dibetulakan oleh wahyu jika tidak tepat.Secara umumnya
pada zaman nabi tidak ada sebarang masalah dalam ilmu tauhid dan lainnya dan
sahabat juga tidak ada perselisihan dan mereka dapat merujuk terus kepada nabi dan
sumbernya bersih.Begitulah keadaan akidah zaman Nabi.

SEJARAH AKIDAH AKHIR ZAMAN SAHABAT
Setelah nabi wafat,dalam masa pemerintahan khalifah pertama dan kedua,umat
Islam tidak ada masa untuk membahaskan perkara atau dasar akidah, kerana
antaranya mereka sibuk menghadapi peperangan dan musuh dalam usaha
mempertahankan kesatuan islam.Dimana ketika itu tidak ada perselisihan dalam asas
akidah.Mereka membaca dan memahami Al-Quran tanpa ada tawil.Mereka mengikuti
al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah.Mereka juga mensifatkan Allah dengan apa
yang Allah sifatkan sendiri.Antara lain,mereka mensucikan Allah daripada sebarang
sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah.Apabila mereka berdepan
dengan ayat mutasyabihat mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan
pentawilan kepada Allah sendiri.
Pada zaman sahabat kalaupun berlaku perselisihan pendapat di kalangan
mereka,ialah perkara yang berkaitan dengan ijtihad dan dalam masalah furu sahaja,
namun mereka sependapat dan tidak berselisih dalam perkara Usul.Namun,sebenarnya
perselisihan pendapat dalam perkara furu tersebut telah bermula sejak zaman
Rasulullah hamper wafat lagi.Di dalam kitab al-Milal Wa al-Nihal karangan al-
Shahrastani menyebut dimana terdapat 10 perkara dan 10 perselisihan yang berlaku di
kalangan para sahabat ketika hampir Rasulullah wafat dan selepas baginda wafat.
Dalam perkara dan persoalan yang berkaitan dengan usul atau akidah,para sahabat
menerima apa sahaja yang mereka terima daripada Rasulullah sebagaimana semasa
hayat nabi dan semasa zaman Nabi.Untuk itu,para sahabat tidak gemar membahskan
atau menceritakan perkara yang berkaitan dengan perkara akidah atau yang
berhubungan dengan akidah.Langkah ini disebabkan perbincangan dan perbahasan
yang berkaitan dengan persoalan akidah boleh mencetuskan atau menimbulkan
perselisihan dan perpecahan dikalangan umat islam.Para sahabat lebih menekankan
perkara yang berkaitan dengan amali sahaja.Sekiranya terdapat perselisihan dalam
perkara amali,mereka akan merujuk al-Quran dan Hadis untuk mencari keputusan yang
tepat serta penyelesaiannya.Sekiranya ada yang tidak dapat diselesaikan berdasarkan
2 sumber tersebut,para sahabat akan mengkiaskan dengan perkara yang berlaku pada
zaman Nabi.
Para sahabat besar amat mengecam sesiapa yang menimbulkan dan
membahaskan perkara yang berkaitan dengan akidah.Saidina Umar menentang keras
mereka yang menimbulkan persoalan berkaitan dengan akidah,seperti tentangan beliau
terhadap mereka yang menimbulkan isu Nas Mutasyabihat.Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitabnya.
Dengan itulah kaum muslimin berada di atas landasan dan mendapat panduan yang
baik,sebagaimana firman Allah:
7vu1- _O) O):Ec El)4O
gOE'g4^) gOgNOE^-4
gO4L=OO4^- W _^gE_4
/-) "Og- }=O;O _ Ep) El+4O
4O- OU;N }E) E= }4N
g)-O):Ec W 4O-4 OU;N
4g4-;_^) ^g)
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(An-Nahl:125)

Walaupun secara langsung atau secara meluas perkara yang berkaitan dengan akidah
tidak dibincangkan pada zaman sahabat,namun pun begitu perkara itu juga dibahaskan
secara tidak meluas.Tetapi ia bukanlah untuk dibahaskan atau diperdebatkan,bahkan ia
bertujuan untuk mendalam dan memperluaskan ilmu pengetahuan agama.Antara lain
juga,penjelasan yang difikirkan oleh para sahabat jika ada keraguan yang timbul atau
diperselisihkan hanyalah semata-mata untuk menolak kekeliruan dan membuat
penjelasan semata-mata,tidak lebih daripada itu.
Boleh dikatakan kepercayaan dan pegangan umat Islam di zaman awal khulafa al-
Rasyidin tidak banyak bezanya dengan masa hayat nabi.Namun pun begitu,zaman
khulafa al-Rasyidin yang bemula dengan Abu Bakar,umat Islam telah berkembang
bertambah serta wilayah yang sebelumnya berada di bawah pengaruh Rom dan
Parsi.Dengan perluasan kuasa dan pengaruh,khasnya zaman pemerintahan Umar dan
Uthman,ramailah daripada kalangan umat bukan Islam dan bukan bangsa Arab
memeluk Islam.Mereka tidak mengerti tentang Bahasa Arab dan tidak mengerti dengan
mendalam perkara agama,khasnya tentang ilmu tauhid.
Jajahan dan Negara Islam telah meluas ke sebelah Timur,Utara dan
Selatan.Bangsa dan agama lain yang memeluk islam mempunyai adat dan
kepercayaan asal mereka yang tersendiri,oleh itu bukan senang untuk mengikiskannya
dalam diri mereka walaupun mereka telah memeluk Islam.Untuk menangani dan
menyelesaikan masalah serta memgembangkan agama Islam dan akidah Islam yang
lurus itu,ulama telah bertungkus lumus untuk membuat pengkajian dan memecahkan
ilmu agama yang bercampur adukdan sukar untuk difahami dan dipelajari itu.Lantaran
itulah ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap Ilmu Tauhid
atau Ilmu Akidah yang terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya.
Pada masa khalifah ketiga,lantaran berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik
yang berakhir dengan terbunuhnya Uthman.Maka umat islam terpecah kepada
beberapa fahaman dan puak.Masing-masing mempertahankan puak mereka
sendiri.Justeru itu,terbukalah ruang untuk mentakwilkan nas al-Quran dan Hadis,serta
tiblullah periwayatan hadis palsu..Justeru itu juga,perbahasan akidah bertambah
melebar dari hari ke hari.
Pada akhir zaman sahabat juag telah lahir mereka dan golongan yang telah cuba
mentakwilkan ayat Al-Quran khasnya ayat-ayat yang mempunyai hubungan dan kaitan
dengan sifat.Antara lain juga suatu golongan dan mereka itu cuba menimbulkan
masalah-masalah dan persoalan syubhat dan akhirnmya mereka itu telah
mentasybuhkan dan mentajsimkan Allah.Golongan tersebut adalah daripada golongan
pelampau,seperti golongan Sabiyyah.Maka dengan itu lahir pula golongan yang
menentang mereka .Golongan itu bermula dengan Jad Ibn Darham dan selepasnya
diikuti pula oleh Jaham Ibn Safwan dan seterusnya aliran dsn penentangan tersebut
diteruskan pula oleh golongan Mu;tazilah.Maka bermula daripada situlah,maka lahirnya
perbincangan berkaitan dengan sifat yang lenbih besar dan lebih meluas dalam
perbahasan ilmu kalam.

SEJARAH AKIDAH ZAMAN BANI UMAIYYAH
Setelah Negara dan jajahan takluk Islam mulai meluas,maka pemikiran mereka juga
luas berkaitan dengan akidah.Untuk itu,lahir segolongan umat Islam yang mulai
memperkatakan masalah qadar,antara mereka ialah:
1. Mabad al-Juhaini.Nama penuh beliau ialah Ma;bad Ibn Khalid al-Juhani yang
merupakan salah seorang tokoh tabiin.Dialah orang yang mula-mula
memperkatakan masalah qadar,dan menurut riwayatnya beliau mengambil
fahamannya itu daripada seorang Iraq yang beragama Nasrani yang murtad
selepas memeluk Islam.Mabad telah dibunuh oleh al-hajjaj kerana turut
memberontak bersama-sama dengan Ibn Asyath pada tahun 80 hijrah.
2. Ghailan al-Dimsyaqi.Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn
Muslim.Bapanya seorang hamba yang telah dimerdekakan oleh Uthman Ibn
Affan.Beliau telah datang ke Damsyik pada zaman pemerintahan Hisyam Ibn
Abdul Malik.Beliau merupakan seorang yang sangat petah bercakap dan beliau
mengikuti fahaman Mabad dalam masalah qadar.
3. Jad Ibn Dirham ialah seorang guru kepada Marwan Ibn Muhammad.Beliau
merupakan seorang yang berfahaman dengan qadar dan merupakan orang yang
mula-mula mengatakan al-Quran itu makhluk.Dia kemudiannya dibunuh oleh
Khalid Ibn Abdullah al-Qasri dalam masa pemerintahan Hisyam Ibn Abdul Malik.

Sebagai rumusannya,tiga tokoh tersebutlah yang mula memperkatakan tentang
qadar.Para sahabat yang hidup sezaman dengan mereka,seperti Abdullah ibn
Umar,Jabir ibn Abdullah,Anas ibn Malik dan ibn Abbas serta Abu Hurairah
mengatakan mereka itu adalah golongan yang salah dan menyuruh masyarakat
supaya jangan memberi salam kepada mereka ,menjauhkan diri,jangan
menziarahi mereka jika sakit dan jangan menyembahyangkan jenazah mereka.
Selepas itu,lahir pula golongan yang menafikan qudrat dan Iradat
manusia.Golongan ini memperkatakan begitu supaya tidak ada sekutu dalam
perbuatan Allah dan menafikan sifat-sifat Allah atau Allah itu bagi mereka adalah
tidak bersifat.Golongan ini dimulai atau dipelopori oleh Jaham Ibn Safwan.Beliau
merupakan asalnya seorang Parsi yang memeluk islam,beliau telah lama
meneap di Kufah,Iraq.Beliau bertemu dengan Jad dan kemudiannya menganut
beberapa pendapat Jad.Selepas itu,beliau bersama-sama dengan Harith Ibn
Syuraij telah melancarkan pemberontakan terhadap Bani Umaiyah di
Khurasan,lalu beliau dapat ditawan dan dibunuh.
Golongan atau puak ini dikenali dengan golongan Jabariah.Kadang-kadang
juga dikenali dengan puak Jahmiyah,iaitu dinisbah kepada pengikut Jaham Ibn
Safwan.Antara lain juga,mereka dikenali dengan puak Muaththilah kerana
mereka menafikan sifat-sifat Allah.Antara pendapat Jaham ialah:
Allah itu tidak brsifat kecuali dengan sifat khaliq,Qadir dan Fail sahaja.
Segala perbuatan manusia itu tidak ada kuasa melakukan sesuatu,apa
sahaja yang dilakukan manusia adalah daripada Allah.
Tidak harus disifatkan Allah dengan sifat yang boleh disifatkan kepada
manusia atau makhluk,kerana hal itu boleh menyebabkan Allah itu
menyerupai makhluknya.

Antara kaedah yang digunakan oleh golongan yang mengatakan al-
Quran Qadim dan menafikan sifat Allah ialah:
Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran menggunakan akal.
Menentang orang-orang yahudi dan Kristian serta agama majusi
yang boleh ditentang fahaman mereka.
Pada penghujung abad pertama hijrah tersebar pula fahaman dan puak serta
aliran khawarij.Mereka ini telah mengkafirkan orang yang mengerjakan dosa-dosa
besar.Pendapat tersebut telah disanggah oleh Hasan Al-Basri.Beliau telah menetapkan
pendapat yang menjadi ikutan orang ramai iaitu orang yang melakukan dosa besar
adalah fasiq dan tidak kafir.
Selepas itu,pendapat Hasan itu telah disanggah oleh anak muridnya yang
bernama Wasil ibn Ata dan selepas itu mengasingkan diri daripada majlis gurunya lalu
mebentuk majlisnya sendiri.Wasil berpendapat orang yang melakukan dosa besar
berada di antara dua martabat.Pendapatnya itu kemudian diikuti pula oleh Amru ibn
Ubaid.Lantaran mereka telah mengasingkan diri daripada majlis gurunya,mereka
dikenali muktazilah.
Wasil ibn Ata telah menyebarkan fahaman Muktazilah dengan menyuruh
pembantunya menyebarkan ke seluruh pelusuk daerah hingga ke Khurasan di Timur
,Moroko di Barat,Armiya di sebelah Utara dan Yaman di sebelah selatan.
Sebagai rumusannya,pada zaman inilah dikatakan mulanya bermula untuk
menyusun kitab berkaitan dengan ilmu Kalam atau tauhid .Namun kitab itu tidak ada
yang sampai ke tangan kita sekarang.



































MAZHAB AKIDAH














MAZHAB AKIDAH


Berkaitan dengan sifat Allah khasnya telah menyebabkan muncul berbagai-bagai
mazhab yang berfahaman dan berpegang kepada dengan iktikad mereka, iaitu
1. Qadariah
2. Jabariah
3. Murjiah
4. Muktazilah
5. Ahli al-Sunnah wa al-Jamaaah

1. Qadariah

Perktaan Qadariah adalah diambil sempena atau dinisbahkan kepada sifat Qudrat. Iaitu
dengan membawa maksud mereka yang beriktikad bahawa segala perbuatan yang
dilakukan oleh manusia itu sama ada perbuatan itu baik atau buruksemuanya adlah
lahir daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri, di mana ia tidak ada sedikit pun
hubung kait dengan kuasa Allah.

Pengasas mazhab ini ialah Mabad Ibn Khalid al-Juhani dan Ghailan al-Dimasyqi.
Iaitu mazhab yang muncul di Basrah ekoran daripada perselisihan dan perpecahan
umat Islam dalam perkara yang berkaitan dengan Qadadan Qadar. Justeru itu, nama
kumpulan atau mazhab diambil daripada al-Qadar. Hal itu kerana mereka mengatakan
segala usaha dan perbuatan juga kerja manusia itu terjadi atau berlaku denjgan
kehendak dan kuasnaya sendiri . Justeru iitulah iktikad ini dikenali dengan iktikad
Qadariah. Oleh itu, akidah Qadariah ialah :



a. Manusia bebas melakukan sesuatu menurut kemahuan dan kehendak merelka
sendiri. Iaitu manusia itu sendiri yang emeberi kesan terhadap segala
perbuatannya, namun begitu ia adalah berdasarkan dengan Qudrat Allah yang
diberikan dan dijadikan kepada manusia.
b. Mereka percaya bahawa Allah tidak membuat apa-apa takdir terhadap manusia.
Namun begitu, sebenrnya pendapat dan iktikad ini tidak tepat dimana ia adalh
bercanggah dengan kejadian manusia. Antara lain, apabila kita teliti dan kta
dapati bahawa banyak sekali perbuatan manusia yang tidak tercapai dan banyak
usaha yang terbengkalai. Di mana, sekiranya manusia itui sendiri yang berkuasa
, sudah tentu tidak ada seorang manusiapun yang ingin hidup dalam sengsara,
sakit, miskin, bahkan semuanya ingin bahagia dan Berjaya atau kaya, tetapi
hakikat hidup manusia sebaliknya.
Lantaran itulah, bahawa fahaman dan iktikad Qadariah itu adlah melampau
dan seolah-olah mereka tidak mengenal Qudrat Allah. Untuk itujuga, menurut
ulama Ahl al-Sunnah, mazhab Qadariah ini adalah fasiq, kerana fahaman itu
menunjukkan bahawa qudrat manusia itu dapat memberi apap-apa kesan pun,
kecuali qudrat Allah.

2. Jabariah

Mazhab itu muncul di Kufahpada zaman pemerintahan kerajaan Umayyah.
Pengasasatau ketua mazhab ini ialh seorang lelaki yang berasal dari Khurasan
bernama Jaham Ibn Safuan.

Perkataan dan nama mazhab Jabariah itu diambil daripada perkataan al-Jabr atau
Jabrun yang bermaksud digagahi atau tergagah. Ia membawa maksud mereka yang
beriktikad sesungguhnya manusia dan makhluk itu bergantung kepada Qada dan
Qadar ada sedikit pun bagi manusia ikhtiar dan tidak boleh memilih sama sekali. Untuk
itu, segala perbuatan baik ataupun buruk terhadap manusia atau yang dilakukan oleh
manusia itu bukan atas dasarkehendak mereka sendiri, bahkan mereka lakukan semua
itu secara terpaksa dan mereka melakukan semuanya itu dengan kehendak Allah.
Manusia itiu dikira atau diibaratkan sebagai kapas atau debu yang berterbangan atau
ditiup oleh angin, tiada usaha atau ikhtiar sama sekali. Di antara pendapat mazhab ini
ialah,

a. Manusia itu dikuasai sepenuhnya oleh Allah.
b. Manusia itu tidak mempunyai apa-apa usaha atau pilihan atau ikhtiar di dalam
melakukan perbuatannya.
c. Manusia itu diumpamakan seperti bulu atau kapas yang berterbangan di udara
yang boleh ditiup oleh angin ke mana sahaja arahnya.
d. Syurga dan neraka tidak kekal, kerana tidak ada yang kekal selain daripada zat
Allah. Apa yang dimaksud dengan kekal dinyatakan dalam al-Quran ialah untuk
bermaksud lama sahaja.
e. Kitab Allah adalah baru.
f. Allah tidak mempunyai sifat, selain daripada Zat-nya.
g. Allah tidak boleh dilihat pada hari akhirat kelak.

Asas atau dasar pegangan mereka itu berdasarkan firman Allah yang umum, iaitu :
~ Firman Allah:


Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu
( Surah al-Zumar ayat 62)

~ Allah mempunyai pengetahuan yang mengatsi segala pengetahuan dan kemahuan
manusia dan pengetahuan Allah tidak terbatas.
Justeru, apabila kita teliti dan nilai berdasarkan iktikad Jabariah tersebut menunjukkan
bahawa penciptaan syurga dan neraka perutusan rasul dan agama dan tiada guna.
Fahaman itu adalah salah dan sesat dan tidak bersesuaian dengan akal, adat dan
agama. Jumhur ulama Ahl al-Sunnah juhga menghukumkan fahaman Jabariah ini
adalah fasik dan tidak kafir, kerana mereka hanya berpendapat dan berpegang di mana
manusia itu tidak ada usaha dan ikhtiar, sedangkan manusia itu ada usaha dan ikhtiar.

3. Murjiah

Mazhab ini adalah berasal daripada golongan atau kumpulan politik, namun mereka
telah meninggalkan politik dan mengambil langkah berkecuali atai sikap berkecuali,
khasnyadalam maslah perselisihan umat Islam mengenai soal perlantikan khalifah yang
berlaku di antara puak Khawarij dan Syiah.

Perkataan Murjiah diambil daripada perkataan Arja yang bermaksud
menangguhkan. Merka dikenali atau dinamakan dengan Murjiah kerana mereka telah
menangguhkan persoalan dan perselisihan juga pertelingkahan di antara umat Islam
yang berlaku pertumpahan darah itu hingga hari kiamat dan seterusnya menyerahkan
perkara itu kepada Allah.

Masalah pokok mazhab ini tentang keimanan. Di mana mereka mengatakan
iman itu ialah mengenal Allah dan rasul-Nya. Justeru, sesiapa yang mengakui tiada
Tuhan melainkan Allah, maka itu sudah dikira beriman.

Namun begitu, ada daripada kalangan pengikut mazhab Murjiah ini yang
melampaui, di mana mereka mengatakan bahwa iman itu ilah iktikad hati sahaja. Untuk
itu mereka mengatakan seseorang yang mengaku secara terang-terangan dan mati
dalam keadaan tersebut, masih dikira beriman atau mukmin, jika hatinya masih
beriman, dan ia menjadi ahli syurga di akhirat nanti.

4. Muktazilah

Perkataan Muktazilah berasal dari perkataan Itazala . Ia bermaksud mengasingkan diri
dari puak pada masa itu. Dari segi istilah ia membawa maksud satu golongan yang lahir
dalam Islam pada wal kurun kedua Hijrah. Pengasasnya ialah Wasil Ibn Ata yang
mengasingkan dirinya daripada majlis gurunya Hasan al-Basri.
Wasil keluar daripada halaqah atau majlis gurunya kerana tidak bersetuju dengan
pendapat gurunya Hassan al-Basri tentang hukum orang yang melakukan dosa besar.
Wasil tidak bersetuju dengan pendapat gurunya kerana menurut pendapatnya orang
yang melakukan dosa besar itu tidak mukmin dan tidak kafir, bahkan mereka berada
pada satu tempat di antara dua tempat, iaitu al-Manzilah Baina al-Manzilataini. Perkara
inilah yang menyebabkan Wasil keluar daripada halaqah Hasan al-Basri dan
menubuhkan halaqah yang lain.
Atas dasar inilahMuktazilah telah mengembangkan prinsip mereka yang lima dalam
membicarakan masalah Islam, Iman dan Ihsan. Lima prinsip mereka itu ialah :

a. al-Tauhid
b. al- Adl
c. al-Wad
d. al-Manzilah baina al-Manzilatain
e. al-Amr bu al-Maruf dan al-Nahy an al-Munkar

Prinsip pertama : Tauhid. Apa yang dimaksudkan Tauhid menurut Muktazilah ialah:

i. Menafikan sifat Allah yang azali, untuk iu semua sifat Allah itu baru.
ii. Menafik azali kalam Allah dengan mengatakan al-Quran itu baru.
iii. Allah tidak akan dilihat di akhirat nanti.

Rumusannya, golongan ini sangat melampaudalam akidah tauhid dan tanzih, sehingga
mereka menyeleweng daripada ajaran yang sebenar. Hal itu kerana mereka
terpengaruh dengan aliran pemikiran Falsafah Yunani.





Prinsip kedua : Iaitu golongan ini berkisar perbuatan manusia yang mana manusia itu
bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala perbuatannya, sama ada yang baik atau
pun buruk. Tuhan tidaki menghendaki keburukan dan tidak mencipta perbutan manusia.
Tuhan hanya memberikan qudrat kepada manusia untuk membuat pilihan, sama ada
hendak melakukannya atau meninggalkannya. Allah tidak bertanggungjawab di atas
segala keburukan yang dilakukan oleh manusia. Dengan segala keburukan yang
dilakukan oleh manusia. Dengan sebab itulah berdasarkan dua prinsip tersebut, mereka
menggelarkan golongan mereka dengan Ahli Tauhid dan Keadilan.

Prinsip Ketiga : Iaitu janji baik dan janji buruk, golongan ini yakin bahawa Allah wajib
menunaikan janji-Nyadengan memeberi pahala kepada setiap amalan kebajikan dan
wajib menjatuhkan hukuman atau balasan Neraka kepada mereka yang melakukan
dosa, kerana Tuhan tidak boleh memungkiri janji. Bagi mereka yang melakukan dosa
besar, mereka tidak akan diampun oleh Allah melainkan dengan bertaubat,
sebagaimana orang yang baik tidak boleh dihalang daripada mendapat pahala.

Prinsip keempat: Iaitu satu tempat di antara dua tempat adalah prinsip mereka yang
paling yang memisahkan Wasil dengan gurunya Hassan al-Basri. Golongan ini percaya
bahawa orang yang melakukan dosa besar selain syirik adalh tidak mukmin dan tidak
kafir, tetapi fasik. Mereka mengambil jalan tengah dalam menghukum kedudukan
mereka ini. Mereka membahagikan maksiat kepada dua iaitu: Pertama: Syirik,
hukumnya kafir. Kedua: Melakukan dosa besar, hukumnya fasik.

Prinsip kelima: Ialah amar makruf dan nahi mangkar. Prinsip ini berkait rapat dengan
taklif hukum Fiqhdan kepercayaan atau tauhid. Prinsip ini adalah untuk berdakwah dan
memberi tunjuk ajar kepada orang-orangyang sesat dan jahil. Merka tidak segan silu
melaksanakan atai tidak teragak-agak melakukan hukuman termasuk bunuh walaupun
sesame Islam. Kerana menurut Muktazilah, orang yang menyalahi pendirian mereka
adalah sesat.


5. Ahli Sunnah wa al-Jamaah

Perkataan hl-Sunnah ialah mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan orang ramai.
Iaitu golongan yang mengikuti Sunnah Rasulullah. Walaupun semua umat Islam
mengakui mengikuti sunnah Rasul, namunpengertian ahl-Sunnah dapat difahami
dengan pengertian yang berikut dan ia dapat membezakan mereka daripada kelompok
Syiah, Khawarij dan Muktazilah : Menuryt pendapat al-Baghdadi, beliau
menggolongkan lapan kelompok yang tergolong dalam kumpulan Ahl al- Sunnah iaitu :

a. Kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang Tauhid dan
kerasulan. Antara lain mereka itu juga ialah yang mengikuti jalan ulama
mutakallimin Sifatiyyah, iaitu mereka yang tidak mentasybihkan Allah. Dengan
kata lain, ulama Kalam sifatiyyah itu berpegang bahawa Allah mempunyai sifat-
sifat sifat terterntudan sifat-sifat itu tidak menyerupai sifat-sifat makhluk.
b. Kumpulan orang Islam yang menjadi tokoh dalam bidang fekah dan mengikuti
jalan Sifatiyyah dari sudut akidah dan pegangan mereka. Antaranya ialh,
pengasas empat aliran mazhab iaitu, Imam al-SyafiI, Imam Malik, Imam Ibn
Hanbal dan Imam Abu Hanifah serta pengikut mereka.
c. Kumpulan orang Islam yang mempunyai ilmu dalam bidang hadis atau juga
dikenali dengan kumpilan ulam hadis.
d. Kumpulan orang Islam mempunyai ilmu dalam bidang adab, nahu dan saraf. Iitu
kumpulan ahli bahasa dan nahu.
e. Kumpulan oranh Islam yang mempunayi ilmu dalam bidang bacaan atau qiraat
dan tafsirannya. Iaitu kumpulan ahli qiraat dan tafsir.
f. Kumpulan orang Islam yang berjihad atau berjuang untuk menentang musush-
musush Islam di dalam peperangan dan mereka menzahirkan mazhab Ahl al-
Sunnah.
g. Kumpulan orang Islam yang zahid dan sufi.
h. Kumpulan orang Islam yang tinggal di negeri atau tempat di mana terdapat syiar-
syiar Ahl al-Sunnah dan mereka itu mengikuti ulama Ahl al-Sunnah dalam Tauhid
dan Fekah.

Berdasarkan kepada iktikad semua mazhab tersebut, maka iktikad Ahl al-Sunnah ini
adalah ikyikad yang sederhana dan pertengahan dan iktikad Qadariah dan Jabariah
adalah melampau. Untuk itu, maka iktikad Ahl al-Sunnah ini adalah benar dan
pertengahan, kerana ia adalah fahaman mengadakan perkara yang ada dan
mentiadakan perkara yang tiada. Iaitu hamba itu ada usaha dan sebenarnya pun pada
manusia itu ada usaha dan ikhtiar.

















KESAN AQIDAH
TERHADAP
PEMBANGUNAN
INDIVIDU PARA SAHABAT
DAN MASYARAKAT



KESAN AQIDAH TERHADAP PEMBANGUNAN INDIVIDU, PARA SAHABAT DAN
MASYARAKAT ISLAM

Sebagaimana diketahui akidah itu ialah sesuatu yang dipegang secara teguh di lubuk
hati dan sanubari seseoramg dan ia tidak berpindah daripada apa yang dipegangnya
itu. Kadang kala aqidah juga meliputi pegangan yang muncul akibat ikutan terhadap
individu lain atau masyarakat tanpa menilai asal usulnya. Apa yang akan dibincangkan
dalam konteks kesan aqidah itu dapat ditumpukan dalam dua skop sebagaimana
berikut, iaitu kesen aqidah yang wujud di dalam diri para sahabat Nabi dari sudut
pembangunan diri dan individu mereka serta kesan kewujudan aqidah terhadap
pembangunan masyarakat umum.
Untuk menilai dan menjelaskan berkaitan dengan kesan pembangunan dan kesan
wujudnya aqidah dalam diri individu para sahabat antaranya sebagaimana berikut :
1. Setiap para sahabat menyedari bahawa mereka terdiri dari golongan yang mulia
dan bertuah, khususnya mereka bersyukur di atas anugerah nikmat iman dan
berada di atas pegangan akidah yang luhur. Dari situ juga para sahabat sentiasa
menyedari kemuliaan dan mengakui kemuliaan iman dan akidah serta diri
mereka yang dianugerahkan dengan nikmat yang paling besar tersebut.

2. Para sahabat khususnya setiap dari mereka menyedari hakikat bahawa melalui
iman dan akidah yang lurus sahaja dapat menjamin kebahagiaan yang hakiki
sama ada di dunia serta mendapat keredhaan Allah dan rahmat-Nya di akhirat
kelak dengan ganjaran syurga. Justeru itu mereka menyedari juga bahawa diri
seseorang yng beriman dan berpegang dengan akidah akan terjamin kehidupan
mereka.

3. Para sahabat menginsafi dan menyedari hanya iman dan akidah yang mereka
miliki itu akan mendapat ketenangan jiwa dan ketenteraman.Lantaran itu mereka
yakin bahawa dengan keimanan sahajalah dapat menyelesaikan segala
permasalahan yang berkaitan dengan kerohanian.


4. Para sahabat merasakan melalui keimanan dan akidah yang mereka ikuti dan
pegang menyebabkan wujudnya perasaan redha di dalam diri mereka.
Keredhaan tersebut dapat mereka alami dan rasakan serta diterjemahkan baik
ketika mereka berada dalam kesenangan atau mendapat kenikmatan malahan
juga keredhaan sentiasa muncul sewaktu mereka diuji atau mendapat
kesusahan. Mereka yakin segala-galanya adalah tertakluk di bawah qada dan
qadar Allah dan di sanalah ada hikmat serta suratan tertentu yang Allah sahaja
mengetahuinya. Justeru itulah mereka itu redha di atas segala ketetapan Allah
dan Allah juga telah meredhai mereka. Hal ini dapat dikaitkan sebagaimana
firman Allah:
- 8 -
88 : 8

Terjemahan : Allah reda akan mereka -, dam mereka pun reda (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-
orang yang takut (melanggar perintah ) TuhanNya.
( Surah al-Bayyinah ayat 8)

5. Individu dan para sahabat yang berpegang dengan akidah yang benar serta
keimanan yang jitu membawa mereka ke arah pembangunan dari sudut spiritual
dan mental juga fizikal sekaligus. Hal ini dapat diteliti melalui keadaan mereka
yang sentiasa sabar serta tabah khususnya dalam menghadapi setiap dugaan
yang ,menimpa atau tekanan-tekanan yang mereka hadapi.

6. Setiap individu para sahabat yang telah menerima kesan akidah akan
membentuk pembangunan diri serta menyedari hakikat diri mereka itu sebagai
hamba. Justeru itu para sahabat sentiasa menyedari bahawa mereka
seharusnya mengakui kekuasaan Allah dalam apa jua bentuk yang sekaligus
menyebabakan lahirnya perasaan cinta kepada Allah dengan sentiasa bertakwa
dalam apa jua keadaan. Antara lain para sahabat juga akan menjalinkan
hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan
makhluk lain di samping menunaikan tanggungjawab terhadap diri mereka
sendiri.


7. Kesan akidah yang meresapi jiwa para sahabat telah menghasilkan
pembangunan individu yang mana mereka sentiasa bercita-cita dan bertekad
untuk bertekad untuk membentuk kemajuan diri dan menambahkan serta
mempertingkatkan keimanan mereka melalui ibadat dan apa jua cara yang
bersesuaian dengan syariat. Dari situ juga para sahabat akan berlumba-lumba
untuk membuat kebajikan, mendalami ilmu pengetahuan, serta membanyakkan
ibadat, baik ibadat khusus atau ibadat umum.

Dalam menilai kesan akidah terhadap pembangunan masyarakat khususnya
dengan memberi tumpuan kepada masyarakat di zaman para sahabat dan juga
masyarakat seluruhnya juga antaranya ialah sebagaimana berikut:

1. Kesan akidah dapat diteliti dengan terbentuknya serta lahirnya perasaan ukhwah
yang begitu tinggi di kalangan umat Islam dan masyarakat seluruhnya khasnya
pada zaman sahabat. Hal ini bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh
Rasulullah yang mengikis dan menghapuskan sentiment kesukuan. Lantaran
itulah mereka hidup dengan penuh kasih sayang dan atas persaudaraan Islam.

2. Kesan akidah juga telah membentuk masyarakat yamh bersatu teguh serta
menjadi kuat. Hal itu kerana kesatuan mereka dari sudut pendapat, sumbangan
dan kekuatan yang terbina kesan daripada akidah dan keimanan yang jitu telah
dapat mengatasi kekuatan yang berbentuk fizikal semata-mata.
3. Akidah yang luhur serta keimanan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat
dapat mengarahkan mereka ke arah kehidupan yang positif dan maju. Hal ini
juga tidak bertentangan dengan akidah Islam, di mana Islam itu menggalakkan
umatnya maju di dunia di samping mendapat keredaan Allah dan berjaya di
akhirat.

Sebagai rumusannya, kesan daripada akidah yang dimiliki juga meresapi setiap
individu itulah yang telah mengarahkan kepada pembangunan dalam sesebuah
masyarakat. Antara lain juga, bermula dari individu akan membentuk kumpulamn
dan saling berganding bahu untuk kemajuan masyarakat seluruhnya. Untuk itu
juga, individu seharusnya mempertingkatkan akidah yang mereka miliki dan
pegang dari masa ke semasa untuk mendapat keredaan Allah yang hakiki
sekaligus membentuk masyarakat madani.


















ISU AQIDAH DAN
KESANNYA DALAM
KEHIDUPAN







ISU-ISU AQIDAH DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN

Terdapat pelbagai cabaran yang menggugat keutuhan akidah Islam. Antara isu
aqidah yang berbentuk pemikiran ialah menularnya beberapa aliran pemikiran yang
dibawa oleh aliran-aliran pemikirang liberal, bidah dan ajaran-ajaran yang bertentangan
dengan manhaj Ahli al-Sunnah wal- Jamaah. Kalau sebelum ini aliran-aliran seperti
Muktazilah, Khawarij, Syiah dan lain-lain tidak berjaya mendominasi pemikiran
sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia Islam berkat usaha yang dilakukan oleh
ulama silam, namun akhir-akhir ini muncul lagi beberapa percubaan untuk
menyebarkan idea-idea pemikiran yang bertentangan dengan manhaj Ahli Sunnah wal
Jamaah di negara kita.
Di Malaysia, selain daripada aliran al-Asyairah, terdapat juga beberapa aliran lain
yang turut berkembang, seperti Islam Liberal, Syiah dan Wahabi yang dikaitkan dengan
Ibn Taymiyyah dan Muhammad bin Abd al-Wahhab. Kumpulan-kumpulan ini
mempunyai kaedah-kaedah tersendiri dalam mengembangkan idea-idea mereka sama
ada menerusi kuliah-kuliah agama, risalah-risalah dan program-program berbentuk
keagamaan sesuai dengan pegangan mereka.
Aliran al-Asyairah telah meninggalkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai
sandaran hujah setelah terpengaruh dengan metod Ilmu Kalam, sedangkan ulama
Kalam turut menerima dan mengiktiraf kedua-dua sumber tersebut sebagai manhaj
dalam pengisbatan aqidah. Sumber-sumber yang digunakan oleh mereka bagi
mengisbatkan perkara aqidah ialah al-Quran,al-Sunnah, Ijmak dan akal. Al-Quran dan
al-Sunnah adalah dua sumber rujukan utama berdasarkan seruan al-Quran supaya
umat Islam merujuk kepada Allah dan Rasul apabila berselisih dalam sesuatu perkara
(al-Nisa (4); 59).
Antara isu-isu aqidah yang lain ialah cubaan untuk memperlekehkan pendekatan
sifat-sifat 20 yang berteraskan aliran mazhab Asyairah iaitu yang telah diterapkan
dalam pengajian aqidah, khususnya di peringkat rendah dan menengah, sama ada di
institusi formal mahupun tidak formal adalah suatu cubaan yang kurang sesuai pada
saat ini. Apatah lagi timbul soalan-soalan seperti kenapa sifat Allah S.W.T. 20, tidak 19
atau 21 atau kenapa sifat Allah S.W.T. 20, sedangkan nama-Nya99. Ini kerana umat
Islam seluruhnya menerima bahawa Allah S.W.T. memiliki semua sifat-sifat
kesempurnaan dan ternafi daripada-Nya semua sifat-sifat kekurangan.
Terdapat pelbagai isu aqidah yang berlaku dewasa ini, selain daripada isu
murtad yang sering berlaku sejak dahulu lagi .Justeru, amat digalakkan agar pengajian
aqidah memberi penekanan kepada usaha mengembangkan potensi fitrah dalaman
manusia agar terbit dari diri manusia perilaku mulia dan sebagainya.




















SEBAB-SEBAB
PERBEZAAN AQIDAH
PARA SAHABAT DENGAN
UMAT ISLAM HARI INI





SEBAB PERBEZAAN AKIDAH PARA SAHABAT DENGAN UMAT ISLAM HARI INI.
Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap
menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di
zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya.
Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif.
Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah
Islam yang sebenar.
Akidah adalah alat terpenting dalam diri manusia yang menentukan hubungan mereka
dengan Allah SWT. Tanpanya mereka tidak akan diterima di sisi Allah sebagai hamba-
Nya yang patuh dan taat terhadap segala titah perintah-Nya yang mampu membawa
mereka menempuh hidup yang penuh dengan rahmat, keampunan daripada Allah SWT.
Apabila akidah tidak dijadikan alat terpenting dalam kehidupan manusia, maka
berlakulah krisis keyakinan manusia terhadap kebenaran yang ada dalam al-Quran dan
apa yang disampaikan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w., apatah lagi yang
dijelaskan oleh para sahabat baginda dan para ulama di kalangan Tabiin selepas
kewafatan para sahabat.
Ini kerana, apabila akidah tidak ada dalam diri manusia, maka segala tindakan,
ungkapan kenyataan, cara hidup, cara berfikir mereka disandarkan kepada ilham akal
semata-mata yang akan berfikir pada perkara yang tidak sempurna dalam hidup
mereka. Justeru, lahirlah manusia yang tidak percaya kepada kebenaran Islam,
lantaran beranggapan bahawa akal adalah utama yang memuktamadkan segala
keputusan dalam kehidupan.Lahirlah selepas itu, manusia-manusia yang menduakan
Allah (syirik) dengan anggapan bukan untuk tujuan mensyirikkan Allah, tetapi mahu
mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaran, sepertimana yang pernah berlaku di
zaman Jahiliyyah yang dirakamkan Allah menerusia ayat 3 surah az-Zumar, maksudnya
:Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi Pelindung
dan Penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan
supaya mereka mendampingkan Kami kepada Allah sehampir-hampirnya."
Jadi persoalan akidah tidak boleh disandarkan kepada akal semata-mata tanpa
disandarkan kepada wahyu Ilahi dalam al-Quran atau yang dijelaskan oleh baginda
Nabi Muhammad s.a.w. bagi memelihara ketulenan akidah daripada sebarang
penyelewengan, kerosakan yang mengakibatkan seseorang itu menjadi murtad,
musyrik, mulhid atau apa sahaja nama yang menunjukkan mereka terkeluar daripada
agama Islam.Antara faktornya ialah:
Iman runtuh akibat tidak dibajai dengan ilmu, kefahaman dan amalan

Benarlah, bahawa keruntuhan iman dan akidah apabila tidak dibaja dan dipelihara
setiap hari dengan ilmu, pembacaan al-Quran, zikir atau wirid, ia akan mendatangkan
masalah kepada orang tertentu, kerana iman boleh turun dan boleh naik, masyarakat
umat Islam hari lebih cenderung melihat iman mereka turun dan merundum jatuh
bagaikan pasaran saham di papan utama Bursa Malaysia.
Masalah pembuangan bayi orang Islam secara terbuka seperti yang dilaporkan oleh
media cetak baru-baru semakin berleluasa, pecah amanah tabung haji, penghinaan
terhadap baginda Rasulullah s.a.w serta para isterinya, penganjuran konsert dengan
menampilkan individu artis yang kontroversi dari dalam dan luar negara, penganjuran
pelbagai majlis anugerah bintang popular dan penyanyi dengan penampilan pakaian
artis wanita yang separa telanjang di bulan-bulan haji yang menganjurkan kita supaya
insaf dan patuh dan terlalu banyak lagi yang tidak mampu untuk menjelaskan
kesemuanya, adalah menunjukkan keruntuhan iman, harga diri, minda yang begitu
cetek terhadap agama Islam itu sendiri, sedangkan Islam seperti yang diketahui umum,
adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT.Justeru, para alim ulama
telah membahaskan isu berkenaan menerusi forum agama dalam laman web
islamonline.net, islam-qa.com, islamweb.net dan pelbagai yang lain, ia bertujuan untuk
menyelamatkan umat Islam dari menjadi mangsa keruntuhan iman yang semakin
meruncing.Walaupun terdapat larangan para alim ulama mengenai penganjuran
sesuatu konsert seperti Jom Heboh, namum seolah-olah larangan daripada mereka
yang berautoriti dalam bidang keagamaan tidak dipedulikan, ini menggambarkan
betapa masyarakat pada hari ini tidak mementingkan aspek agama dalam kehidupan,
dan tindakan itu memudahkan mereka terpesong daripada Islam, sedangkan sifat Islam
itu sendiri adalah menyelamatkan, iaitu menyelamatkan manusia daripada terjerunus ke
dalam api neraka dan menyelamatkan mereka daripada disentuh api neraka.
Kalau hendak dihitung satu persatu mengenai faktor yang menyebabkan manusia
beragama Islam tergelincir akidah mereka daripada kebenaran al-Quran terlalu banyak,
namun dalam keterbatasan perbincangan ini, penulis hanya menyenaraikan beberapa
faktor penting sahaja agar dapat dikongsi sama dengan rakan-rakan pembaca, supaya
kita sama-sama dapat meluruskannya sebelum dijemput Allah untuk bertemu dengan-
Nya.


Lemah dalam pendidikan

Kelemahan dalam aspek pendidikan formal dan informal (pengkaderan) sangat
dirasakan oleh umat Islam masa kini. Jika pendidikan juga pembinaan dan
pengkaderan lemah maka akan mustahil melahirkan anasir-anasir dalam nadhatul umat
(kebangkitan umat). Tarbiyah dikalangan ummat Islam masih sangat sedikit. Secara
formal melalui sekolah-sekolah yang hanya beberapa jam saja. Sedangkan sekolah
Islam sedikit. Keadaan ini masih kurang bila dibandingkan dengan kebutuhan saat ini.
Sekolah Islam pun tidak semuanya dapat menyajikan Islam dan tarbiyah yang baik
sehingga dapat merubah pribadi pelajar dan gurunya. Perlaksanaan tarbiyah secara
informal juga belum banyak dilaksanakan dengan cukup memuaskan.

Lemah dalam ilmu pengetahuan

Dewasa ini sedang sangat pesat perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi tetapi
umat Islam terasa tertinggal bila dibandingkan umat yang lainnya, ini disebabkan
karena wawasan umat Islam yang sempit dan terbatas juga lemah dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan ini disebabkan kemauan umat untuk menuntut ilmu
sangat rendah. Tsaqafah Islamiyah dikalangan muslim juga kurang seiring dengan
kurang efektifnya peranan tarbiyah dan sekolah-sekolah yang diselenggarakan oleh
umat Islam. Tsaqafah ini berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan wawasan ynag
bersifat Islam atau umum. Kemampuan ini belum banyak dimiliki oleh muslim.
Sebahagian menguasai tsaqafah Islam tetapi dalam masalah umum kurang menguasai
(misalnya politik, ekonomi, kemasyarakan), begitupun sebaliknya kurang di dapati
muslim yang mempunyai pemnguasaan bidang umum dan memiliki tsaqafah Islamiyah.
Muslim yang mempunyai ilmu dan tsaqafah tidaklah banyak, dan masih kecil
prosentasenya dibandingkan dengan jumlah muslim dan kebutuhan yang ada.
Sebagian muslim yang mempunyai tsaqafah ini kurang sesuai dengan pemahaman
aqidah Islamiyah, kurang merujuk kepada minhaj yang asal yaitu Al Quran dan sunnah.
Masih banyak merujuk kepada nilai Barat yang bertentangan dengan Islam. Juga ada
tsaqafah yang di suburkan oleh kepercayaan jahiliyah seperti ashabiyah, nasionalisme,
sekuler, kapitalisme dan komunisme.
Lemah dalam strategi

Umat Islam sekarang ini tidak memiliki strategi yang jelas. Rencana perjuangannya
penuh dengan misteri. Hal tersebut disebabkan umat Islam tidak diproduk dari
pembinaan-pembinaan yang baik dan tidak memiliki wawasan ilmu pengetahuan yang
memadai. Dawah Islam pun nampaknya terkena gangguan. Banyak yang hidup segan
dan mati tak mau. Dawah sebagian ummat yang berjalan pun mungkin perlu
dipertanyakan ghayah (sasaran akhir) yang akan dituju dan cara (langkah) yang
dilakukannya. Hasil dawah sekarang ini belum dapat di banggakan bahkan keadaan
sekarang ini menunjukkan bahawa dawah tidak berjalan karena tidak nampak
bertambahnya pengikut atau pengikut yang ada pun semakin berkurangan. Dawah
Islam tidak berkesan karena sebahagian sudah hilang tujuan akhir yang sebenarnya
kerana sudah terpengaruh oleh berbagai pendekatan yang kurang Islamiyah. Dawah
kurang berkesan disebabakan menjadikan dawah sebagai organisasi kekauman atau
kumpulan elite atau pun perkumpulan yang tidak berdasarkan kepada nilai-nilai Islam.
Dawah yang tidak berjalan adalah satu masalah sendiri yang sedang berjalanpun perlu
dilihat bagaimana keadaan yang sebenarnya adakah sesuai dengan minhaj atau tidak.
Mereka yang tidak berdawah juga merupakan masalah besar kerana mereka dijadikan
sebagai mangsa yang sangat senang di makan oleh pihak musuh.


Lemah dalam pengorganisasian

Sekarang ini terjadi gerakan-gerakan yang mengibarkan bendera kebathilan, mereka
membangun pengorganisasian yang solid sementara umat Islam lemah dalam
pengorganisasian sehingga kebathilan akn diatas angin sedangkan umat Islam akan
menjadi pihak yang kalah. Sesuai perkataan khalifah Ali ra Kebenaran tanpa sistem
yang baik akan dikalahkan oleh kebathilan yang terorganisasi dengan baik. Tanzim
atau organisasi yang di kendalikan oleh Islam perlu dipertanyakan sejauuh mana
mereka mengamalkan Islam dalam dalam tanzimnya. Tanzim dapat dibagi-bagi kepada
tanzim berupa jamaah yang komitmen pesertanya melalui baiah, organisasi Islam yang
terbuka dengan menjalankan beberapa keperluan dan aktiviti Islam secara terbuka,
atau organisasi Islam yang berwarna syarikat, pertubuhan, NGO dan yang lainnya.
Bagaimanapun tanzin ini perlu dilihat semula kerana keadaan ini mungkin juga sama
dengan keadaan umat Islam yang sedang sakit. Apabila pengendali sedang sakit maka
ada kemungkianan yang di bawanya pun menjadi sakit.

Lemah dalam keamanan

Masa kini umat Islam lengah dalam menjaga keamanan diri dan kekayaan baik moril
dan materil sehingga negeri-negeri muslim yang kaya akan sumber daya alam
dirampok oleh negeri-negeri non muslim. Begitu pula dengan Iman, umat lslam tidak
lagi menjaganya tidak ada amniyah pada aqidah dan dibiarkan serbuan-serbuan aqidah
datang tanpa ada proteksi yang memadai.

Lemah dalam memobilisasi potensi-potensi diri

Umat Islam dewasa ini tidak menyadari bahwa begitu banyak nikmat-nikmat yang Allah
SWT berikan dan tidak mensyukurinya. Jika umat Islam mersyukuri segala nikmat Allah
dari bentuk syukur itu akan muncul kuatut tanfidz yaitu kekuatan untuk memobilisir diri
dan sekarang umat Islam lemah sekali dalam memobolisir diri apalagi memobilisir
secara kolektifitas.


Kelemahan dalam moral

Akhlak sebagai cermin muslim sudah di cemari oleh berbagai akhlak jahiliyah yang
dilandasi oleh budaya dan gaya hidup masyarakat jahiliyah. Banyak didapati muslim
yang secara statusnya masih sebagai muslim tetapi tidak mencerminkan lagi akhlak
Islam yang susah di bezakan dengan mereka yang bukan muslim. Akhlak remaja
sangat kentara merupakan wujud yang salah. Akhlak muslim tidak mewarnai diri muslim
secara keseluruhan. Muslim lupa kepada akhlak sebenar yang mesti dimiliki. Keadaan
demikian tidaklah mustahil mengingat ghazwul fikri yang sangat kuat dan hizbusyetan
menguasai dunia saat ini.

Hilangnya keberanian

Umat Islam tidak seperti dahulu yang berprinsip laa marhuba illalah (tiada yang ditakuti
selain Allah) sehingga tidak memiliki keberanian seperti orang-orang terdahulu yakni
Rasulullah dan para sahabatnya yang terkenal pemberani. Sekarang ini umat Islam
mengalami penyakit Al Juban (pengecut). Rasa takut dan berani itu berbanding terbalik
sehingga jika seorang umat Islam takut kepada Allah maka ia akan berani kepada
selain Allah tetapi sebaliknya jika ia takut kepada selain Allah maka ia akan berani
menentang aturan-aturan Allah SWT.



Hilangnya sikap teguh pendirian

Umat Islam mulai memperlihatkan mudah mengalami penyimpangan-penyimpangan
dan perjalanan hidupnya kerana disebabkan oleh :

1. termakan oleh rayuan-rayuan
2. terserang oleh intimidasi atau teror-teror.

Salah satu illutrasi hilangnya keteguhan ini adalah prinsip-prinsip hidup kaum muslimin
tidak lagi dipegang hanya sering diucapkan tanpa dipraktekan. Sebagai contoh Islam
mengajarkan kebersihan sebagian dari Iman tetapi di negari-negeri kaum muslim
keadaanya tidak bersih menjadi pemandangan pada umumnya.

Hilangnya semangat untuk mengingat Allah

Dalam Islam lupa diri sebab utamanya ialah karena lupa kepad Allah. Umat Islam
dzikirullah-nya lemah maka mereka kehilangan identitas mereka sendiri sebagai Al
Muslimum. Sebagaimana Allah berfirman dalam Qs. Al Hasyr ayat 19 Dan janganlah
kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa
kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

Hilangnya kesabaran

Kesabaran merupakan salah satu pertolongan yang paling pokok bagi keberhasilan
seorang muslim, sesuai firman Allah Qs.2:153 Hai orang-orang beriman mintalah
pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat sesungguhnya Allah
bersama orang-orang yang sabar.



Hilangnya komitmen

Dewasa ini kaum muslimin kebanyakan tidak istiqamah berkomitmen terhadap Islam
bahkan tidak sepenuhnya sadar bahwa Islam harus menjadi pengikat utama dalam
hidupnya sehingga mereka banyak menggunakan anasir-anasir yang lain.
Antara faktor lain ialah:
1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan
dengan Allah SWT.
2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka
yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di
kalngan para ulama
3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas farduain, kelas al-Quran,
tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap
tanggungjawab kepada Allah.
4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara
makruf.
5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta
benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.
6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur
kata mari, rumah kata pergi.
7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan
untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas
antara lelaki dan perempuan lain.



RUMUSAN
Konsep aqidah Islamiah amat penting dan perlu difahami oleh setiap umat Islam kerana
ia dituntut dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah. Dengan kefahaman yang betul umat
islam dapat menilai dan membuat perbandingan antara aqidah yang sahih dan aqidah
yang fasad. Sehubungan dengan itu, aqidah ahli Sunnah wal Jamaah adalah aqidah
yang bersumberkan kitab suci al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW dan menjadi
anutan dan pegangan para sahabat dan para salafus saleh hingga ke hari ini.
Pegangan kepada yang benar ini akan menjadikan umat Islam umat yang cemerlang
dan gemilang seperti yang dilalui oleh generasi para sahabat dan tabiIn. Walaupun
terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain,
namun pertelingkahan itu tidak tersasar daripada dasar-dasar akidah. Walau
bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat
Islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam
mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat
serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran
luaran.Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada
zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama
ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi
tumpuan bagi menghadapi masalah pokok yang melanda umat Islam dan menentang
musuh yang sebenarnya






REFLEKSI

Bagi subjek Bahasa Arab, kami telah mendapat kerja kursus untuk mencari teks bahasa
Arab daripada internet . Langkah pertama bagi memulakan tugasan ini, ahli kumpulan
kami telah mendengar penerangan dengan jelas daripada pensyarah penasihat
berkaitan dengan kerja kursus ini.Selepas itu kami mencari maklumat yang berkaitan
dengan teks seperti terjemahan teks,perkataan yang susah,murakab dan penandaan
baris bagi teks. dengan membuat rujukan buku-buku di pusat sumber,melayari laman
web di internet dan serta perbincangan dengan pensyarah dan senior untuk dijadikan
rujukan bagi melengkapkan maklumat-maklumat dalam tugasan ini..

Selepas mendapat maklumat yang berkaitan dengan teks, kami membahagikan tugas
dengan ahli kumpulan dan seterusnya menyiapkan tugasan ini kerana terdapat sedikit
kekangan .Hal ini kerana tugasan ini diberkan sebelum cuti..

Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak yang dapat kami pelajari. Antaranya ialah,
kami dapat menambah pengetahuan kami tentang mengkaji teks arab seperti
mengirabkan ayat dan lain-lain.Selain itu,ia menjadikan kami lebih yakin serta
menambah minat dalam mengkaji teks arab dengan lebih mendalam.Secara tidak
langsung ia menambah ilmu ahli kumpulan kami Insyaallah. Kami juga dapat
meningkatkan semangat kerjasama dalam ahli kumpulan kami dan mengeratkan
ukhuwah antara satu sama lain.








BIBLIOGRAFI
BUKU
1. Ab.Latif b. Muda,Rosmawati Ali@Mat Zin,(1998),Pengantar Ilmu
Tauhid,Selangor:Pustaka Salam Sdn Bhd
INTERNET
1. Ust. M Ihsan Arliansyah Tanjung,(2009),Isu Murtad,
http://taghyir.multiply.com/journal.Accessed on 3 October 2009
2. Ustaz Zainudin Hashim,(2009),Akidah Umum Kian Terhakis.
http://www.harakahdaily.net,Accessed on 4 October 2009













LAMPIRAN
i

Anda mungkin juga menyukai