Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

Kertas kerja program ini adalah untuk memohon kebenaran daripada Penyelaras KoKurikulum, Pusat
Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi melaksanakan satu
Program Pembangunan Masyarakat secara maya iaitu Program No Plastic Bag.

Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar ijazah Sarjana
Pengurusan Awam, Pengajian Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia Pusat Miri dalam subjek
Pembangunan Masyarakat IV dalam aspek kerjasama, perancangan, protokol, pengendalian program
secara maya dan penjadualan pelaksanaan program yang akan dijalankan.

Seramai dua puluh tiga (23) orang pelajar akan terlibat sebagai ahli jawatankuasa program yang terdiri
dari pelajar-pelajar dari PJJ UUM Pusat Miri. Program e-Khidmat Komuniti ini dilaksanakan untuk
melengkapkan keperluan kursus Pembangunan Masyarakat IV bagi semester 7 sesi Oktober 2021/2022
(J212)
2.0 PENGENALAN

Penggunaan beg plastik di Malaysia adalah satu keperluan pada masa kini. Ianya boleh didapati dengan
harga yang murah, tahan lama serta mudah diperoleh secara percuma dan kita semua menggunakan
beg plastik hampir setiap hari dalam kehidupan seharian. Namun begitu, beg plastik adalah merupakan
bahan buangan yang paling banyak dibuang di negara ini. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
Negara, rakyat Malaysia menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 25% daripadanya
adalah plastik. Secara purata, rakyat Malaysia menggunakan sekitar lapan beg plastik setiap minggu.
Statistik ini amat membimbangkan kerana plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk dilupus
secara semulajadi.

Berikutan dengan isu ini, pada tahun 2012 Kementerian Perdagangan dalam Negeri telah
memperkenalkan kempen Hari Tanpa Plastik Beg atau “No Plastik Bag Day” di pasar raya terpilih
diseluruh Malaysia pada setiap hari Sabtu. Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
tentang gaya hidup hijau dan juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengurangkan penggunaan
plastik beg serta membawa beg kitar semula ketika membeli barang. Sehingga akhir 2019, semua pasar
raya di Malaysia tidak menyediakan beg percuma setiap hari Sabtu. Pasar raya yang terlibat dengan
kempen juga ini mengenakan cas 20 sen bagi setiap beg plastik jika pengguna tidak membawa beg kitar
semula sendiri.

Kami pelajar-pelajar PJJ UUM Pusat Miri memilih untuk mengadakan “Program No Plastic Bag” kerana
rakyat Malaysia masih kurang memberi perhatian terhadap kesan plastik pada alam sekitar.
Penggunaan plastik beg secara berlebihan masih berlaku kerana ada dikalangan rakyat masih sanggup
membayar 20 sen kerana nilai tersebut tidak besar bagi mereka, namun tidak menyedari impak jangka
panjang plastik terhadap alam sekitar. Oleh itu, program ini bertujuan mendidik rakyat untuk
mengurangkan penggunaan beg plastik, bukan sahaja pada hari Sabtu tetapi setiap hari.
3.0 OBJEKTIF

1. Program ‘No Plastic Bag’ ini adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan
seharian masyarakat

2. Program ini dibuat untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pendidikan terhadap orang awam
tentang bahayanya alam sekitar disebabkan penggunaan bahan plastik

3. Program ini adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dalam usaha
pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar

4. Program ini dilakukan untuk mewujudkan Negeri Sarawak sebagai sebuah ‘Negeri Hijau’ yang bebas
dari pencemaran bahan plastik

5. Program ini adalah untuk menggalakkan budaya kitar semula dengan usaha masyarakat yang
membiasakan diri membawa beg plastik sendiri atau shopping bag semasa keluar membeli belah
4.0 KOMUNITI SASARAN

Kami menyasarkan semua golongan masyarakat untuk bersama - sama mengurangkan penggunaan
beg plastik. Kesediaan pengguna boleh ditingkatkan dengan memberi maklumat serta tarikan program
pengurangan penggunaan beg plastik. Pihak kami menyasarkan seramai 35 orang para peserta akan
menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar - pelajar PACE UUM dan orang awam serta suri
rumah.

5.0 TAJUK PROGRAM

PROGRAM E-TRAINNING KOMUNITI “NO PLASTIC BAG”

5.1 TARIKH & LOKASI PROGRAM

Tarikh dan lokasi program adalah seperti berikut :


Tarikh : 26 Disember 2020 (Ahad)
Masa : 2.30 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : Secara Maya, menggunakan platform ZOOM
Link : ZOOM

6.0 MODUL PELAKSANAAN PROGRAM

Program E-Trainning Komuniti “NO PLASTIK BAG” merupakan salah satu program yang
akan dilaksanakan oleh kumpulan kami. Perlaksanaan program ini akan bermula pada bulan Disember
2021. Kempen ini bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi dengan menjadikan ianya sebagai
tabiat harian dan bukan sahaja pada hari sabtu atau ahad malah setiap hari. Program ini akan
dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan medium Zoom. Program ini akan dikendalikan
oleh penceramah jemputan iaitu En Saiful Azlan Bin Abd Karim. Beliau merupakan seorang aktivis
bebas yang sekarang sedang berusaha memastikan penduduk di Malaysia tidak menggunakan beg
plastik setiap hari tetapi digantikan dengan beg kertas kerana ianya mudah dilupuskan dan dikitar
semula. Kempen hari tanpa plastik yang dijalankan oleh beliau selama ini, telah menarik minat syarikat-
syarikat besar seperti 7-eleven, Emart Supermarket, Survey Hypermarket, Giant, Tesco dan sebagainya
untuk turut serta. Perubahan ini telah dapat dilihat dimana syarikat-syarikat tersebut telah beralih arah
daripada menggunakan kaedah beg plastik kepada beg kertas.
6.1TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA PLATFORM TINDAKAN

1.30 Urusetia akan membuat zoom


peringatan mesra (reminder) Biro Promosi
petang
untuk peserta program bersedia Pengarah

2.00 zoom Biro Teknikal


Semua peserta bersedia
petang Biro Audio Video

Bacaan doa Pembaca Doa


2.30 zoom
Ucapan Aluan daripada Pengarah Program
petang
Pengarah Program

Program E-Trainning Penceramah


Komuniti “NO PLASTIC Jemputan
BAG”
 Pengenalan
2.40 Tentang Plastik Bag zoom
petang  Kelemahan Penggunaan
Plastik Bag
 Kesan Penggunaan
Plastik Bag
 Penerangan Tentang
Pertukaran Daripada
Penggunaan Plastik Bag
Kepada Penggunaan
Beg Kertas Dan
Sebagainya
5.00 Kursus Berakhir zoom Timbalan
petang Ucapan Penutup Pengarah

6.2 BILANGAN PESERTA

BIL PESERTA BILANGAN


Peserta Kursus
1. (Pelajar UUM PJJ, Orang Awam, Suri Rumah) 35

JUMLAH KESELURUHAN 35

6.3 JEMPUTAN KHAS


BIL NAMA JAWATAN
Penceramah Jemputan
1. Encik Saiful Azlan Bin Abd
Karim. (Aktivis Bebas Persatuan Alam
Sekitar Hijau)
6.4 STRUKTUR ORGANISASI

Pengarah PACE

PROF MADYA DR. MOHAMAD

AINUDDIN ISKANDAR LEE ABDULLAH

Pensyarah KOK IV
TS DR. KESAVAN NALLALUTHAN

Pengarah Timb. Pengarah


Program ABI SARWAN BIN
PHILIP ABENG ABU BAKAR

Setiausaha Bendahari
KARTINA ANIKKI BINTI
BINTI ABDUL ABDUL RAHMAN
RANI

Timb. Setiausaha
LIZA AJANG

Biro Promosi Biro Teknikal


Biro Audio & Video
AWANG AZWAN DANIAL IZWAN
JESSICA
SHARIFAH NURULMUNIRA HUSNI
LING YEE CHING
RAHIMAH MOHAMMAD AZLAN KHAIRUL A’INI
SITI MARIAM DEBBIE TIMA WEATLY NURSYAERA
WAN DAUD NANCY NUR SYAZLIN
ZAILIZA JAQUALINE AQUINO
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Sumbangan ahli kumpulan RM20 x 23 orang RM 460

Jumlah (RM) RM 460

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi menjalankan


program ini. Butirannya adalah seperti berikut :

BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1. Bayaran kepada penceramah jemputan RM 200


(1 jam 30 minit)

2. Cabutan bertuah x 4 orang RM 200

3. Kos penghantaran RM15 x 4 orang RM 60

JUMLAH (RM) RM 460


10.0 SYOR SOKONGAN

Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang dirancang dan berjalan dengan
jayanya. Semoga program ini dapat memberi pengetahuan yang luas tentang penggunaan beg
plastik dalam kehidupan seharian masyarakat di sekitar Miri. Program E-Khidmat komuniti ini
diharapkan dapat memberi sumbangan yang baik kepada masyarakat mahupun alam sekitar.
Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

XXXX TS DR KESAVAN NALLALUTHAN

Timbalan Pengarah Pensyarah

Program e-Khidmat Komuniti Kursus Pembangunan Masyarakat IV

Universiti Utara Malaysia (Pusat Miri) Universiti Utara Malaysia

98000 Miri, Sarawak. 06010 Sintok, Kedah.

Tarikh : Tarikh :

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

PROF. MADYA DR.MARDZELAH PROF.MADYA DR.MOHAMAD AINUDDIN

BINTI MAKHSIN ISKANDAR LEE ABDULLAH

Penyelaras, Pengarah,

Kursus Pembangunan Masyarakat IV Pusat Pendidikan Profesional dan


Lanjutan

Universiti Utara Malaysia (PACE)

06010 Sintok, Kedah Universiti Utara Malaysia.

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai