Anda di halaman 1dari 6

NARRATION TEXT

Amalina Biofuel (ABFTM) kini hadir sebagai jalan penyelesaian


1

yang progresif terhadap krisis pemanasan global. Proses baru


yang telah dipatenkan ini (dimiliki bersama oleh Hj Ramlan Majid
dan Encik Nishida) dibangunkan di Jepun, dan ia telah
dirumuskan sehingga menjadi bahan api bio serba guna yang
terbersih setakat ini.
Proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam kaedah
pengeluaran ABF dibiayai oleh Amalina Holdings, dan ia bermula
di Jepun. Pada tahun 2009, bahan api bio ABF yang pertama
seumpamanya telah berjaya dihasilkan di Kangsai.
Kini Haji Ramlan bin Abdul Majid, Encik Nishida dan Encik
Kazuhiro Hamada boleh berbangga dengan pencapaian mereka
dalam memperkenalkan bahan api yang paling mesra alam
kepada dunia. Ia turut mematuhi Polisi Bahan Api Bio
Kebangsaan yang menggalakkan pengurangan terhadap
penggunaan bahan api fosil, disamping meningkatkan daya saing
industri pertanian dan industri yang berasaskan komoditi.
Amalina Biofuel Generasi terbaru bahan api yang berasaskan
biojisim untuk generasi kini dan akan datang yang lebih peka
terhadap alam sekitar. Ia menyumbang terhadap ketara terhadap
pengurangan gas C02 di atmosfera memandangkan ia 100%
berasaskan biojisim.

Umat manusia di seluruh dunia kini menghadapi satu krisis yang


sama pemanasan global, dan kita tidak boleh lagi berpeluk
tubuh. Andainya tahap C02 tidak dapat dikurangkan dengan
ketara, bukan sahaja generasi kita, malah generasi akan datang
akan mengalami satu masalah besar, terutama sekali anak-anak

Insertion of PICTURE /
MOVIE

TIME

kita.
Hamada Boiler dari Jepun, dengan kelengkapan mereka yang
2

serba canggih, telah membangunkan sebuah teknologi baru untuk


memproses bahan api bio menggunakan Teknologi Pirolisis Haba
Terma (Pyrolysis Thermal Heat Technology). Kami
menggelarkannya sebagai Projek Amalina Biofuel (ABF).
Ia akan menyumbang terhadap pengurangan gas C02 di
atmosfera dengan ketara kerana ia bersifat biojisim.

- Bahan api diesel untuk kegunaan automotif dan sektor industri,


oleh kerana ia bersifat fosil, telah membawa kepada kandungan
gas C02 yang banyak di atmosfera.

- Apabila bahan api bersifat fosil digantikan dengan bahan api


fosil bersifat biojisim, ia akan menyumbang kepada pengurangan
pelepasan gas merbahaya ke udara dengan ketara, dan ini akan
memberi impak kepada dimensi politik dan sosial di seluruh
dunia.

- Memandangkan Malaysia adalah di antara negara pengeluar


minyak sawit terbesar di dunia, HAMADA Group percaya bahawa
tiada negara lain yang lebih sesuai untuk projek seperti ini.

- Marilah kita berganding bahu dalam merealisasikan penggunaan


100% Amalina Biofuel untuk sektor industri dan automotif demi
kesejahteraan generasi akan datang.

- Amalina Biofuel diperbuat daripada bahan-bahan mentah seperti


Tandan Sawit Segar (FFB), kacang kastor dan jatropha yang tidak
diproses. Tiada sebarang proses lain yang diperlukan, tidak
seperti biodiesel yang menggunakan Minyak Sawit Mentah (CPO)
sebagai bahan asasnya. Apa yang penting adalah proses ini tidak
memerlukan sebarang penyediaan lain, dan FFB boleh digunakan
dalam bentuk asalnya. Tandan yang terlebih masak mahupun
rosak tetap boleh digunakan, kerana asid lemak bukanlah satu isu
bagi teknologi baru ini, dan juga kerana produk siapnya (ABF)
bukan bertujuan untuk digunakan dalam makanan.

- Antara kelebihan utama ABF adalah dari aspek Titik Cecair.


Biodiesel konvensional, apabila digunakan dengan cara lama
hanya boleh bercampur dengan bahan api fosil sekitar 5%, dan
nisbah campuran ini tidak boleh bertambah kerana Titik Cecair
yang membekukan bahan api pada 13 darjah centigrade/celcius.
Oleh kerana titik cecair yang terdapat pada biodiesel
konvensional, ia tidak boleh digunakan di negara beriklim sejuk, di
mana suhu berada di bawah 13 darjah celcius. Dengan ABF, Titik
Cecair terletak pada paras suhu negatif 15 darjah celcius, maka ia
boleh digunakan hampir di seluruh pelusuk dunia. Boleh
dikatakan bahawa potensi produk siap ini tidak berpenghujung.

- Kaedah Pirolisis Baru tidak memerlukan sebarang penyediaan


sebelum proses dijalankan. Sebaliknya, proses bermula daripada
Tandan Sawit Segar dalam bentuk asalnya, dan Kaedah Pirolisis
Haba Terma diaplikasikan.

- Kaedah biodiesel konvensional menggunakan Pertukaran Ester


bersama Metanol dan Alkali sebagai pemangkinnya. Minyak
diesel yang dihasilkan oleh kaedah konvensional tidak boleh
bercampur dengan bahan api fosil lebih daripada 10% kerana
kewujudan Gliserin pada kadar yang banyak, di mana ia akan
menyumbat sistem penapisan bahan api. Satu liter bahan api fosil
menghasilkan 2.6kg gas C02 apabila digunakan. Oleh itu,
campuran pada kadar nisbah 10%, satu liter campuran biodieselfosil tetap menghasilkan 2.35 kg gas C02. Dengan bahan api baru
ABF, langsung tiada pelepasan gas merbahaya kerana ia Bebas
Karbon.

- Disamping Kilang minyak kelapa sawit menghasilkan Minyak


Sawit Mentah atau CPO, iaitu bahan asas untuk biodiesel, aliran
bahan buangan yang turut terhasil memerlukan rawatan yang
serius, itu belum termasuk lagi baunya yang kurang
menyenangkan. Ia juga menghasilkan lambakan Tandan Sawit
Kosong (EFB) yang sukar untuk dilupuskan.

- Kaedah baru sistem ABF adalah sangat mesra alam kerana


tiada sebarang aliran bahan buangan yang terhasil daripada
proses ini. Ia juga tidak memerlukan sebarang rawatan.

- Di dalam loji pemprosesan kami yang sebesar 2,000 kiloliter,


sebanyak 280 liter Minyak Ringan dihasilkan pada setiap jam
sebagai produk sampingan, dan ia cukup untuk menjana kuasa
untuk generator elektrik 1,800 KVA. Oleh itu, keperluan elektrik loji
ini dijana oleh kemudahannya sendiri.

- Antara produk sampingan lain adalah Gas Metana. Dalam setiap


loji 2,000 kiloliter, 1,050 kilogram gas metana pada kadar 6,000
kilo kalori setiap kilogram dihasilkan, cukup untuk menghidupkan
Relau Pemanasan. Sekali lagi, keperluan loji ini dijana oleh
kemudahannya sendiri.

- Satu lagi produk sampingan adalah sisa-sisa karbon yang


sedikit sebanyak mempunyai nilai komersial. Dalam bentuk
karbon, ia tidak mempunyai sebarang bau yang kurang enak, dan
ia juga senang diuruskan.

HAMADA BOILER akan terus menyambung usaha penyelidikan


dan pembangunan di dalam Sektor Tenaga Bio, dan ia akan
melibatkan diri dalam isu-isu alam sekitar dengan serius.

AMALINA HOLDINGS, Encik Nishida dan HAMADA BOILER


GROUP telah menandatangani MOU pada tarik April 29, 2009
dan kami berharap untuk memulakan projek loji ABF 2000 Kiloliter
pada bulan Ogos tahun ini. Kami nekad untuk memberi komitmen
kepada projek yang akan membawa kemakmuran kepada
Malaysia, dan akan menyumbang kepada pengurangan gas C02
ke atmosfera, demi masa depan dunia yang lebih hijau.

Anda mungkin juga menyukai