Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA


Semester 1

GC11022

ISU DAN CABARAN DUNIA

TUGASAN PROJEK INDIVIDU

NAMA PELAJAR
AIDIL IZZAT BIN RAZMAN

NO. KAD PENGENALAN


970129085859

KUMPULAN/ UNIT
SEJARAH

NAMA PENSYARAH
EN. AB. RAZAK BIN ABU KASSIM

TARIKH SERAHAN
21 OGOS 2015
1.0 ISI KANDUNGAN

Bil Perkara MukaSurat

1.0 Isi Kandungan

2.0 HalamanPengakuan

3.0 Penghargaan

4.0 TugasanProjek

5.0 Kesimpulan

6.0 Bilbiografi

2.0 HALAMAN PENGAKUAN


Bahawasanya ini saya mengaku bahawa semua pentaksiran tugasan kerja kursus
untuk mata pelajaran ini adalah cetakan asli setelah saya menjalankan analisis
menggunakan perkataan saya sendiri dan tidak mencedok mana-mana bahagian oang lain
untuk menyiapkannya sebagai ciptaan sendiri.

Saya mengaku bahawa saya:

SEMAKAN

1. Memperoleh semua maklumat pengetahuan dan kajian ✔


berasaskan media cetak dan elektronik

2. Tidak meniru mana-mana idea dan hasil kerja pelajar ✔


lain

3. Tidak membenarkan mana-mana pelajar meniru hasil ✔


kerja saya

Oleh itu, ini adalah hasil kerja kursus saya.

…………………………………………………

(AIDIL IZZAT BIN RAZMAN)


3.0 PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,


nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya. Tiada daya saya dalam menyiapkan tugasan ini kecuali di atas
kekuasaanNya.

Di kesempatan ini, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada


pensyarah saya, Ab. Raak B. Abu Kassim kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mak
tercinta, Pn Rozihan Bt. Ibrahim dan ayah tersayang, En. Razman B. Hj. Ahmad yang
memberi sokongan dan dorongan yang jitu kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini, termasuklah memberi bantuan kewangan dalam proses saya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat seperjuangan


yang banyak memberi peringatan dan teguran dalam proses saya menyiapkan tugasan ini.
Mereka banyak membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang bermain di
minda. Semoga kejayaan bersama kita selalu.

Tuntasnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau atau tidak langsung semasa saya menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah
S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa yang telah ditabur dan semoga kejayaan
bersama kita di dunia dan akhirat, In sha Allah.
4.0 TUGASAN PROJEK

4.1 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, pelbagai isu kemanusiaan telah timbul bagai cendawan yang
tumbuh selepas hujan di sekeliling kita. Malah, rantau Asia Tenggara sendiri tidak terkecuali
kerana turut dihantui isu pembantaian etnik minoriti rohingya yang kian memuncak akhir-
akhir ini. Isu etnik ini seharusnya diberi perhatian kerana telah menjadi isu antarabangsa. Isu
di Rohingya menjadisangat parah kerana melibatkan perbalahan antara dua agama, dan
pembantaian etnik.Pun begitu, masyarakat di seluruh dunia masih teragak-agak untuk
membantu etnik Rohingya. Ini mungkin kerana rupaparas, bahasa, dan warna kulit mereka
tidak sama dengan masyarakat Asia Tenggara yag lain. Oleh itu,perkara ini akan
dibincangkan lebih mendalam dengan mengenal pasti asal usul etnik ini dan
menggaitkannya dengan perkembangan terkini.

Negara Burma terdiri daripada tujuh negeri kecil bersempena dengan nama tujuh
etnik minoriti iaitu Shan, Chin, Kachin, Mon, Arakan atau Rakhine, Kayah dan Kayin serta
tujuh wilayah yang majoritinya didiami oleh etnik Bamar yang merupakan etnik majoriti di
Burma. Mengikut sejarah, pada mulanya Rakhine merupakan suatu wilayah diperintah
berasingan dengan wilayah dan negeri lain di Myanmar serta merupakan sebuah negara
yang berdaulat. Sehingga pertengahan abad ke-17, Rakhine dipengaruhi oleh
perkembangan politik di benua kecil India. Kesan daripada jatuh naiknya kuasa Maharaja
Mughal di Delhi, Rakhine berjaya mendapatkan Chittagong dan kawasan sekitarnya menjadi
sebahagian daripada negara Rakhine. Tetapi disebabkan berlakunya pergolakan dalaman
dalam kerajaan ini menyebabkan Rakhine telah jatuh ke tangan Raja Bodawpaya, Raja
Myanmar ketika itu lalu menjadikan negara ini sebahagian daripada wilayah di Myanmar
pada tahun 1784. Arakan merupakan nama lama bagi negeri itu. Tetapi semenjak tahun
1989, ianya telah ditukarkan kepada Rakhine oleh kerajaan junta. Begitu juga dengan nama
Burma telah ditukarkan kepada Myanmar pada tahun yang sama .

Melalui kajian Abu Talib Ahmad, seorang Profesor Sejarah di Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia mengatakan Islam sudah wujud sekitar abad ke-9
lagi di Arakan atau Rakhine. Raja Arakan ketika itu, Raja Narameikhla telah membina
sebuah masjid di Mrauk-U (Mrohaung) danmenjadikan bandar Mrauk-U sebagai pusat
pemerintahannya. Bandar ini menjadi kebanggaan bangsa Arakan sehingga abad ke-18.
Kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab yang berlabuh di pelabuhan Arakan
sebelum ke negara China menyebabkan Islam berkembang di Arakan.Kini di Arakan
terdapat dua golongan yang menjadi majoriti di sana iaitu etnik Islam Rohingya dan etnik
Buddha Arakan serta terdapat kelompok minoriti lain yang mengamalkan agama masing-
masing seperti Hindu, Kristian dan Animisme.

Semasa era penjajahan British (1824-1948), migrasi secara besar-besaran telah


berlaku. British telah membawa masuk ramai buruh asing dari China dan India, dan juga
masyarakat di wilayah Chittagong, Bangladesh yang majoritinya beragama Islam. Kesannya,
jumlah populasi di sana ketika itu dianggarkan kira-kira tiga juta orang. Dianggarkan kira-kira
700,000 hingga 1.5 juta adalah orang Rohingya, selebihnya adalah populasi yang dipelopori
oleh Buddha Rakhine yang berpopulasi besar, Islam Rakhine dan etnik minoriti yang lain
seperti Mro, Daignet, Kamein, Thet dan Chin. Kira-kira 800,000 atau 80% orang Rohingya
tinggal di bandar-bandar Utara Rakhine seperti Maungdaw, Daignet dan Rethadaung.

Orang Rohingya menjadi pelarian Myanmar kerana perlembagaan yang sering


dipinda dan faktor pemerintahan yang selalu bertukar ganti. Bermula dengan Akta Warga
Asing 1864 sehingga Undang-undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 yang terkini,
Myanmar tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang jelas bagi orang Rohingya
yang berada dalam situasi ‘Keadaan Tidak Berkerakyatan’ (KTB). Akta Kewarganegaraan
Kesatuan 1948 yang digubal oleh British, juga menidakkan hak orang Rohingya untuk
menjadi sebahagian warganegara Myanmar dengan mudah.Penafian secara keras
mengenai kewarganegaraan orang Rohingya di Myanmaradalah ketika negara diperintah
oleh rejim tentera yang merampas kuasa pemerintahan sivil U Nu pada tahun 1962. Ketika
Myanmar di bawah pemerintahan Jeneral Ne Win sebagai ketua rejim, orang Rohingya
dilabelkan sebagai PATI kerana dikatakan golongan ini telah dibawa masuk oleh penjajah
British. Kemuncaknya pada tahun 1974 perlembagaan baru telah dibentuk oleh kerajaan
junta Myanmar dan Akta Immigresen 1974 di dalamnya telah menafikan secara jelas hak
orang Rohingya sebagai warganegara Myanmar yang sah dan mereka dilabelkan sebagai
PATI.

Undang-undang yang digubal oleh rejim Myanmar telah disusuli oleh suatu operasi
besar-besaran yang dinamakan Naga Min atau Raja Naga pada tahun 1977. Operasi kejam
ini telah memaksa orang Rohingya meninggalkan kampung halaman. Dianggarkan seramai
200,000 orang Rohingya telah lari beramai-ramai ke Bangladesh pada tahun 1978. Secara
rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri
tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan
mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara
haram”. Kempen ketenteraan ini mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan
masjid serta penindasan agama secara besar-besaran. Lebih parah lagi, kebanyakkan orang
Rohingya di Bangladesh dipaksa pulang semula ke tempat asal mereka di Myanmar kesan
daripada perjanjian dua hala oleh kerajaan Bangladesh dengan junta Myanmar. Dalam
tempoh tersebut, dianggarkan 10,000 orang mati yang majoritinya adalah wanita dan kanak-
kanak disebabkan kekurangan zat makanan dan penyakit berjangkit.Penindasan ke atas
orang Rohingya menyebabkan seramai 250,000 orang meninggalkan kampung halaman,
gelombang kedua pelarian Rohingya ke Bangladesh telah berlaku sekitar pertengahan tahun
1991 hingga awal 1992.

4.2 TUGASAN ESEI

i. ASAL USUL WUJUDNYA KONFLIK DI MYANMAR YANG MEMBAWA KEPADA


TERCETUSNYA PELBAGAI ISU DAN CABARAN YANG MUNCUL KEPADA NEGARA
JIRAN DAN DUNIA AMNYA.

Masyarakat Rohingya di Myammar dipaksa menjadi pelarian di negara sendiri


berabad-abad lamanya dan isu ini bagaikan tiada penghujungnya.Kehiduan mereka sehari-
harian penuh dengan penderitaan dan kesengsaraan. Hal ini berlaku kerana pencabulan hak
asasi manusia ke atas mereka di samping undang-undang Myanmar yang menjadikan
mereka pendatang haram di bumi sendir.i Kerajaan Myanmar mendakwa pelarian Rohingya
merupakan pendatang haram oleh sebab mereka tidak mempunyai sebarang dokumen
kerakyatan yang sah (Abu Talib Ahmad, 2008). Hal ini menyebabkan mereka dalam situasi
terumbang ambing.Rejim junta yang menggunakan gelaran The State Peace and
Development Council (SPDC) telah menolak bangsa Rohingya sebagai salah satu etnik
dalam masyarakat Myanmar berlandaskan kenyataan seperti berikut: “In actual fact,
although there are (135) national races living in Myanmar today, the so-called Rohingya
people is not one of them. Historically, there has never been a ‘Rohingya’ race in Myanmar.
The very name Rohingya is a creation of a group of insurgents in the Rakhine State. Since
the First Anglo-Myanmar War in 1824, people of Muslim Faith form the adjacent country
illegally entered Myanmar Ngain-Ngan, particularly Rakhine State. Being illegal immigrants
they do not hold immigration papers like other national of the country.” SPDC juga telah
memberi respon kepada soalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Hak ke atas Kanak-kanak
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pada April 2004 berkaitan isu kewargangeraan orang
Rohingya: “The Governments renders full of equal treatment to these people, as with other
races, in matters relating birth and death registration, education, health and social affairs. In
the official records, they listed as Bengali racial group of the Bengali race and are recognized
as permenant residents within Myanmar.” Berlandaskan kenyataan di atas, tindakan ke atas
kerajaan junta ke atas orang Rohingya di Rakhine ke atas hak mereka masih dipertikaikan
dan sehingga ke hari ini.
Tragedi kemanusiaan etnik Rohingya yang semakin parah ini sedikit sebanyak
memberi kesan negatif kepada negara serantau. Ini kerana pelbagai isu dan cabaran yang
lahir mampu menggugat keharmonian bukan sahaja negara Asia Tenggara malah umat
dunia sejagat. Masalah ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana isu masyarakat
Rohingya ini melibatkan nyawa dan penindasan yang kejam terhadap sesama manusia.
Oleh itu, smua pihak seharusnya lebih peka akan isu ini seterusnya mengambil langkah
proaktif dalam menyelesaikan masalah ini.

Antaranya, pihak Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan penting


dalam menjaga keamanan dan kebajikan etnik Rohinga. Sebagai contoh, mereka sepatutnya
menghantar tentera pengaman PBB ke kawasan terjejas. Hal ini dilihat mampu
meningkatkan keselamatan etnik Rohingya yang berdepan pelbagai ancaman seterusnya
mampu membela nasib mereka yang teranaya. Etnik Rohingya turut berdepan penindasan
dari segi keperluan harian. Seharusnya, PBB juga perlu menghantar bantuan asas seperti
makanan, ubat-ubatan dan barangan kepreluan harian lain agar hak asasi etnik ini terjaga.

Selain itu, negara anggota ASEAN sendiri perlu mengambil tindakan tegas terhadap
ahlinya yang melakukan kezaliman. Prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
negara anggotanya perlu dikaji semula(ABDULLAH, 2015). Anggota ASEAN sewajarnya
membuat tekanan ekonomi dan politik terhadap kepimpinan negara Myanmar yang
mencabul hak asasi manusia. Negara anggota boleh memutuskan kerjasama ekonomi
dengan negara Myanmar untuk menekan negara ini selaras dengan situasi yang dihadapi
etnik Rohingya. Pemimpin politik juga perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Myanmar
di dalam setiap pertemuan pemimpin ASEAN.Tambahan lagi, negara serantau seharusnya
menyediakan tempat perlindungan seperti kem-kem pelarian kepada etnik Rohingya. Hal ini
adalah sangat perlu kerana acap kali kita mendengar, etnik ini mengambil peluang untuk
melarikan diri daripada cengkaman kezliman namun akhirnya mereka berkubur di laut lepas
kerana tidak diterima oleh mana-mana negara. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan
kapal yang sarat dengan pelarian di laut lepas. Malangnya, negar kita sendiri dan negara
jiran masih teragak-agak untuk menghuurkan bantuan kepada mereka. Mujur beberapa
orang nelayan di Aceh menghulurkan bantuan kepada mereka. Sudah jelas lagi bersuluh,
masalah ini sepatutnya menjadi tumpuan negara anggota ASEAN.

Melalui kaca mata lain, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) seharusnya menjadi
pelindung kepada etnik minoriti Rohingya yang beragama Islam. Pertubuhan ini seharusnya
mencari seribu satu jalan penyelesaian dalam konflik ini kerana mampu mencetus
perbalahan agama. Malah, apa yang berlaku pada hari ini sepatutnya menjadi pendorong
kepada mereka untuk menggandakan usha. Selain bantuan kemanusiaan yang sewajibnya
mereka serahkan, pemimpin OICsendiri perlu turun padang bersemuka dengan pemeintah
Myanmar. Isu ini perlu dibincangkan hingga ke akar umbi bagi mecari jalan keluar kepada
penduduk Rohingya. Myammar perlu dikecam atas tindakan mereka malah OIC sendiri perlu
mengusulkan pelbagai cadangan yang bernas untuk mengatasi masalah ini. Sokongan dan
perpaduan umat Islam sedunia dalam membela nasib saudara seagama seharusnya
menjadi pendokong kepada pemimpin OIC untuk bertindak dengan lebih pragmatik untuk
mengatasi isu ini.

ii. ULASAN DAN HUJAH SAYA TENTANG USHA DAN LANGKAH-LANGKAH YANG
DIAMBIL NEGARA SEKITAR MYANMAR DAN PERTUBUHAN DUNIA TERTENTU DALAM
MENANGANI ISU INI.

Pada pandangan saya, sebagai sebuah negara jiran yang mempunyai semangat
setia kawan, Malaysia dilihat berada di landasan yang betuldalam memainkan peranan
penting untuk menyelesaikan isu etnik Rohingya. Pelbagai usha telah diatur oleh negara kita
ke arah wujudnya keamanan dan keharmonian di rantau ini terutama dalam konteks
penduduk Rohingya.Namun bagi saya, suara kerajaan Malaysia masih lemah di peringkat
Asia dan antarabangsa. Oleh itu, wakil-wakil kerajaan Malaysia haruslah menyuarakan
permasalahan ini dengan lebih lantang di persidangan-persidangan antarabangsa dan Asia.
Antara persidangan yang disertai oleh Malaysia termasuklah persidangan OIC, PBB, WHO,
ASEAN dan sebagainya. Hal ini supaya permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat
Rohingya ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Dunia baru hari ini sedang
bergelut dengan penghidupan baru, satu dunia yang mana negara-negara mengenalpasti
tanggungjawab bersama untuk memupuk kebebasan dan keadilan seta negara yang kuat
menghormati hak-hak negara yang lemah (Kassim B. Thukiman, Prof. Madya Dr. Durrishah
Bt. Idrus, 2004). Oleh itu pemimpin-pemimpin Malaysia yang menyertai persidangan ini tidak
sepatutnya berasa malu dan takut untuk menyuarakan serta membangkitkan terus isu
penghapusan etnik Rohingya di Myanmar semasa persidangan berlangsung.

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean), yang sehingga kini masih patuh
kepada prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggotanya, perlu
memberi tekanan yang lebih kuat kepada kerajaan Myanmar supaya menangani punca krisis
etnik Rohingya secepat mungkin. Hal ini adalah bertepatan dengan saranan kumpulan Ahli
Parlimen Asean Mengenai Hak Asasi Manusia (APHR) dalam laporanya yang dikeluarkan
pada Rabu, empat hari sebelum berlangsung Sidang Kemuncak Asean ke-26 di Kuala
Lumpur dan Langkawi.“Peningkatan risiko jenayah kekejaman di Myanmar merupakan
ancaman secara langsung kepada negara-negara ASEAN, kerana risiko keselamatan dan
kekangan ekonomi boleh mengancam kesemua negara anggota ASEAN, serta menjejaskan
komitmen untuk melindungi rakyat daripada penindasan dan keganasan” kata Charles
Santiago, pengerusi APHR. “Kita sedang berdiri di atas jurang tragedi besar dan Asean
sebagai sebuah kumpulan dan setiap pemimpin negara anggota mempunyai
tanggungjawab, dari segi moral dan undang-undang antarabangsa, dalam bertindak untuk
mencegah kekejaman dan jenayah kemanusiaan daripada berlaku, " katanya. Namun
sehingga ke hari ini, negara anggota masih berdiam diri dan memandang sepi akan isu etnik
Rohingya. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada pandangan saya, jika dibiarkan
berpanjangan, keharmonian dan kesejahteraan rantau ini pasti tergugat.

Seterusnya, pada pandangan saya, negara-negara Islam di rantau ini juga perlu
mengambil beberapa inisiatif yang sistematik dan berterusan membantumasyarakat
Rohingya di Myanmar. Antara inisiatif tesebut termasuklah memberikan bantuan asasi dan
menyediakan pendidikan kepada anak-anak pelariaan ini. Dengan inisiatif yang berterusan
ini, sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Rohingya ini untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih baik kerana selama ini mereka hanya menjalani kehidupan disana
sebagai pelarian tanpa hak untuk ke sekolah.Hal ini kerana, pendidikan yang berkualiti
terbukti mampu melahirkan generasi berilmu dalam kalangan masyarakat Rohingya,
seterusnya mampu membuka pandangan mereka dalam menuntut hak mereka. Disamping
itu juga, semangat satu ummah yang dipupuk Islam sewajarnya diterapkan pemimpin-
pemimpin negara Islam. Ini kerana, pada pemerhatian saya, perpaduan ummah perlu
dipupuk kerana mampu menyuntik semangat baru kepada muslim Rohingya, seterusnya
menjadikan mereka lebih cekal dan tabah menghadapi aral yang melintang.
5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya yang berlaku di


Myanmar bukan sahaja memberikan kesan kepada negara Myanmar malah Malaysia juga
turut terkena segala kesan yang berlaku. Kesan ini berlaku tidak kira samada melibatkan
masyarakat mahupun negara kita sendiri. Walaupun isu ini tidak berlaku di negara ini namun
kesannya amat besar kepada masyarakat dan negara Malaysia. Malah, hal yang sama turut
berlaku terhadap masyarakat dunia. Dunia hari ini mula mmandang isu masyarakat
Rohingya dengan pandangan simpati. Pelbagai bantuan telah mula dihantar bagi membantu
etnik tertindas ini.Sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, kita seharusnya mengambil
iktibar terhadap isu yang berlaku ke atas etnik Rohingya. Hal ini kerana, negara kita terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum dan mengamalkan kepercayaan yang berbeza-beza.
Pun begitu, kita masyarakat kita masih mampu berdiri di bawah satu bendera. Seharusnya
rakyat negara ini bersyukur di atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang kita peroleh.
Oleh itu, sewajarnya kita menjaga dan memperkemas perpaduan antara kaum dalam negara
kita agar hal yang berlaku di Myanmar tidak berlaku di negara kita. Dalam pada itu, segala
bentuk bantuan kepada etnik ini seperti kelengkapan diri, makanan dan lain-lainn
seharusnya dipertingkatkan supaya sedikitsebanyak dapat membantu mereka dalam
menjalani kehidupan. Tanpa berdalih lagi, segala kudrat dan kelebihan kita hendaklah
dipacu sesegera mungkin bagi membantu golongan yang tertindas ini.
6.0 BIBILIOGRAFI

Ahmad Abu Talib. (2008). Konflik Dunia Abad ke-20. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ahmad Abu Talib. (2000). Sejarah Myanmar. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Rizky M. Umar. (2015) Rohingya dan Kekeliruan Cara Pandang Kita Soal Identitas.
Dirujuk dari

http://www.kammikultural.org/2015/05/rohingya-dan-kekeliruan-cara-pandang.html

Mohd. Asraf Ibrahim, Mohd. Aris Othman, Siti Fatihah Abdullah & Norazlan Ismail. (2014).
Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Uqbah Iqbal. (2002). Isu Pelarian Rohingya. Kuala Lumpur : Bookrix Productions Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai