Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 1

Pertikaian isu semasa yang berlaku di eropah dan timur tengah telah berlangsung berabad
lamanya dan tidak menemui jalan penyelesaian sehingga kini. Secara umumnya konflik ini
telah memberi kesan global dalam banyak aspek termasuklah politik, ekonomi, sosial dan
agama. Secara tidak langsung, polemik ini juga telah mempengaruhi sistem pendidikan di
malaysia dan negara-negara asia yang lain.

1. Percaturan politik dan konflik dunia semasa di eropah dan timur tengah telah
mewujudkan pelbagai isu global yang memberi kesan terhadap pendidikan di
malaysia. Bincangkan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2017), global boleh
ditakrifkan sebagai meliputi seluruh dunia atau pada keseluruhannya, mempengaruhi
atau mengenai seluruh dunia dan pada umumnya. Manakala globalisasi pula membawa
maksud sebagai satu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama
tanpa memerlukan sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka juga menakrifkan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan di antara manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi dan maklumat. Cendekiawan barat juga mengatakan bahawa
globalisasi ini merupakan satu proses kehidupan yang merangkumi segala aspek
kehidupan seperti bidang politik, bidang sosial dan bidang ekonomi. Rahayu (2015) juga
mengatakan bahawa globalisasi adalah semua bentuk dan proses yang merujuk pada
penyatuan seluruh dunia menjadi sebuah kelompok global yang lebih jauh merupakan
bentuk keterhubungan masyarakat dunia yang meliputi pelbagai bidang.

Isu global pula bermaksud sebagai masalah yang dihadapi dalam konsep dunia yang
tiada sempadan. Akibat tidak mempunyai semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat, maka terjadilah masalah-masalah yang memberi kesan terhadap satu
dunia. Contohnya, peperangan yang terjadi di antara negara Palestin dan Israel, konflik
etnik yang terjadi di Bosnia dan Asia dan konflik persempadanan dan tuntutan dan
bertindih di Asia. Konflik-konflik yang terjadi seperti ini disebabkan oleh ketidak
sepakatan, sifat negatif yang terdapat dalam diri, dan tiada toleransi dalam kalangan
masyarakat.

Konflik antara negara Palestin dan Israel

Negara Palestin merupakan negara yang berada di bawah pemerintahan Islam pada
zaman Turki-Uthamniyyah buat kali terakhir. Pada tahun 1516, empayar Islam Uthmaniyyah
yang telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam perang Marj Dabak.
Kelemahan kerajaan Turki-Uthmaniyyah juga mula kelihatan apabila bermulanya kejayaan
projek Yahudi-Zionis. Penubuhan negara Israel mula terbentuk pada 15 Mei 1948. Jadi kita
dapat lihat bahawa negara Palestin telah dijajah selama tujuh dekad. Berdasarkan sejarah
Palestin moden, negara Palestin telah jatuh ke tangan pihak British pada tahun 1917.
Akibatnya, rakyat Palestin terpaksa keluar daripada negara mereka dan terpaksa tinggal di
kem-kem pelarian sementara yang terdapat di Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir. Malangnya
keseksaan rakyat Palestin ini makin bertambah apabila dunia menghukum mereka kerana
mereka tidak bagi kerjasama kepada Israel.

Pada bulan Jun 1967, Israel telah memenangi Perang 6 Hari. Oleh sebab itu, orang
Islam tidak lagi boleh melawat Masjid Al-Aqsa dengan bebas, tetapi orang yang bukan
beragama Islam seperti agama Kristian dan agama Jew bebas untuk memasuki Masjid Al-
Aqsa itu. Disebabkan oleh kebebasan mereka yang beragama lain memasuki kawasan
masjid itu, pada tarikh 21 Ogos 1969, berlaku tragedi yang meruntun hati setiap umat Islam
di dunia ini. Berlakunya tragedi kebakaran masjid Al-Aqsa dan masjid itu telah diserang oleh
musuh Islam yang tidak bertanggungjawab. Bahagian masjid yang teruk terbakar adalah
pada bahagian sebelah tenggara yang dikenali sebagai Al-Haram Al- Sharif dan mimbar
masjid yang berusia 1000 tahun juga telah terbakar hangus. Mimbar masjid itu telah dibina
sejak zaman Salahuddin Al-Ayubi. Pembakaran ini telah dirancang dan dilakukan oleh
pelancong dari Australia yang bernama Micheal Denis Rohan iaitu penganut Kristian E
Vangelical iaitu mazhab yang dikenali sebagai Worldwide Church of God. Pada tahun 1987,
berlakunya kebangkitan besar-besaran rakyat Palestin untuk membela diri dari penindasan
berterusan kebangkitan besar-besaran ini berlarutan sehingga tahun 1993 dan telah reda
apabila terjadinya perjanjian Oslo.

Perjanjian Oslo yang dibuat untuk mendamaikan rakyat Palestin dan Israel. Terdapat
banyak proses yang dilakukan dalam melakukan penjanjian ini. Sebelum perjanjian ini
dibuat, terdapat tujuh perjanjian yang perlu dilakukan bagi mendapat kesepakatan dan
persetujuan dalam bidang politik antarabangsa dan dalam bidang ekonomi. Pada tarikh 13
September 1993, tarikh ini merupakan tarikh yang terpenting bagi sejarah Timur Tengah.
Hal ini kerana, pada tarikh itu telah munculnya persepakatan antara rakyat Palestin dan
Israel atas bantuan negara Amerika Syarikat dengan terbentuknya perjanjian yang bernama
perjanjian Oslo. Sungguhpun begitu, masalah rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah
dan hak milik rakyat Palestin itu masih lagi berlarutan dan pihak Israel juga masih lagi
menindas dan menyeksa rakyat Palestin sehingga ke hari ini.
Kesan konflik ini terhadap pendidikan di Malaysia adalah apabila berlakunya
keterlibatan pelajar kita dalam menghadiri protes-protes untuk mempertahankan tanah air
Palestin. Hal ini terjadi kerana, sememangnya pelajar sudah perlu mengambil berat tentang
isu-isu dunia yang berlaku pada hari ini. Tetapi disebabkan mereka yang terlalu mengambil
berat tidak sesuai dengan umur mereka, mereka menghadiri protes-protes atau perjumpaan
sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.

KONFLIK ETNIK GLOBAL

Antara konflik etnik yang pernah berlaku dalam dunia ini ialah konflik pembersihan
etnik dalam Bosnia. Pembersihan etnik yang berlaku di Bosnia ini berlaku pada April 1992
sehingga November 1995. Konflik ini menunjukkan konflik yang melibatkan senjata antara
puak Serbia Bosnia dan puak Muslim Bosnia dan Croatia Bosnia. Perkara ini juga
membuatkan situasi yang tegang antara pemimpin ketiga-tiga puak itu. Faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya konflik ini adalah kerana pengisytiharan kemerdekaan oleh
Croatia dan Bosnia daripada Serbia. Kuasa besar Eropah telah memberikan pengiktirafan
kepada Croatia dan Bosnia. Maka terjadinya peperangan Croatia-Serbia yang berlaku dalam
tempoh masa yang singkat tetapi peperangan ini berlaku dengan sangat kejam dan ganas.
Perang Croatia-Serbia ini meletus pada April 1992. Bosnian Serbs bertindak mengikut
undian Bosnia untuk mencapai kemerdekaan. Mereka menyerang Sarajero dan kawasan
yang lain yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat yang beragama Muslim. Manakala
pihak Serbs ini menuntut agar Serbia digabungkan bersama Bosnia. Peperangan ini
melibatkan sebahagian besar rakyat Muslim yang menyebabkan kematian. Serbs dan Croat
ini merebut wilayah Bosnia. Jadi disebabkan itu terjadinya penindasan ke atas rakyat
Muslim. Ramai lelaki Muslim yang dipaksa untuk keluar dan dibunuh dengan kejam. Serbia
yang menguasai etnik Yugoslavia ini, mereka memaksa etnik yang berada di Yugoslavia
menggunakan bahasa Serbs dan menganut agama Kristian Orthodoks. Perkara ini dapat
diredakan dengan bantuan Persatuan Pertahanan PBB UNPROFOR (UNITED NATIONS
PROTECTION FORCE). Peperangan itu memberi kesan yang amat dahsyat ke atas orang
Muslim. Orang Muslim yang terkorban melibatkan dalam lingkungan 200 000 sehingga 400
000. Manakala wanita Muslim yang dirogol oleh tentera Serbia Bosnia juga dianggarkan
seramai 20 000 hingga ke 40 000. Rakyat Muslim juga ramai yang dihalau keluar daripada
rumah mereka dan mereka yang dihantar ke kem-kem tahanan Serb akan didera dan
ditindas dengan kejam oleh tentera-tentera Serb Bosnia itu.

Konflik etnik juga berlaku di Asia Tenggara iaitu konflik Rohingnya di Myanmar. Konflik
ini mula tercetus selepas Myanmar mendapat kebebasan daripada penjajahan pihak British
pada tahun 1948. Punca utama yang menyebabkan konflik ini berlaku adalah disebabkan
dikriminasi status kewarganegaraan agama dan pendidikan yang tidak diiktiraf sebagai
warganegara Myanmar kerana mereka ini dianggap sebagai pendatang haram. Masyarakat
Rohingnya ini merupakan suatu etnik yang merupakan sekumpulan minoriti yang beragama
Islam, maka terjadilah suatu penindasan terhadap mereka dalam beberapa aspek seperti
aspek politik, aspek ekonomi dan aspek sosial. Dalam aspek politik, masyarakat Rohingnya
ini dihalau keluar daripada negara Myanmar itu kerana mereka dituduh sebagai pedatang
haram dan tidak diiktiraf kewarganegaraannya. Dari aspek ekonomi pula, peluang pekerjaan
untuk masyarakat Rohingnya ini disekat. Manakala dari aspek sosial, golongan etnik
masyarakat Rohingnya ini mengambil langkah untuk melarikan diri ke negara-negara jiran
seperti Malaysia juga menjadi tempat pelarian yang mereka duduki bagi meneruskan
kehidupan mereka. Negara Myanmar ini mahu menghapuskan etnik Rohingnya dalam
negara mereka kerana mereka menganggap bahawa etnik Rohingnya ini akan banyak
membawa permasalahan dan mereka khuatir bahawa etnik ini bakal menguasai negara
Myanmar pada satu hari nanti. Terdapat banyak NGO seluruh dunia yang mahu
menghentikan penindasan ke atas masyarakat Rohingnya, mereka juga telah bersatu padu
dalam menyuarakan penentangan terhadap penghapusan etnik itu. Malangnya perkara
yang dilakukan itu menjadi sia-sia dan tidak dapat merubah apa-apa pun.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penindasan dan penghapusan etnik


Rohingnya ini diabaikan. Antaranya ialah perkara ini menyumbang kepada cerita yang
menarik untuk dijadikan isu hangat dalam media atau berita. Jadi perkara ini diendahkan
hanya untuk mendapat cerita yang menarik yang boleh disiarkan kedalam berita dan media-
media sosial. Seterusnya kerana Asia Tenggara ini merupakan kawasan Asia yang kecil
yang menyebabkan kuasa besar seperti negara Amerika Syarikat tidak memandang dan
tidak mengambil endah tentang konflik-konflik yang berlaku di sini. Oleh sebab itu, segala
usaha untuk mengekalkan etnik Rohingnya dalam negara Myanmar ini menjadi sia-sia
kerana tidak dibantu oleh pengaruh kuasa-kuasa besar. Selain itu, disebabkan etnik
Rohingnya ini tidak mempunyai tanah kepunyaan mereka sendiri, jadi mereka tidak
mempunyai identiti yang boleh menunjukkan bahawa mereka berhak untuk berada di negara
itu. Oleh itu, penindasan ini masih terus berlaku ke atas masyarakat etnik Rohingnya.

Kesan konflik etnik ini kepada pendidikan di Malaysia amat memberi impak yang besar
kerana apabila warga Rohingnya yang melarikan diri ke negara kita, terdapat banyak
pengeluaran dana dan bantuan yang disalurkan kepada mereka. Oleh sebab itu,
sumbangan dan dana untuk pendidikan dan untuk sekolah semakin dikurangkan. Hal ini
kerana, perkara yang melibatkan kewangan dan ekonomi ini semakin bertambah apabila
bertambahnya penduduk dan warga asing dalam negara Malaysia ini.
2. Secara kritis, bincangkan langkah-langkah serta cadangan yang boleh dilaksanakan
oleh Malaysia dalam menangani permasalahan di atas.

Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia dalam menangani konflik-


konflik di atas ialah kerajaan Malaysia perlu memastikan dan mengehadkan umur bagi
menyertai sebarang protes atau perhimpunan yang melibatkan apa-apa isu global yang
berlaku. Hal ini bagi memastikan tiada pelajar yang dapat melibatkan diri mereka dalam
perhimpunan itu supaya pelajarannya tidak terjejas. Seterusnya, bagi aspek kewangan
pula, kerajaan juga perlu mengehadkan kemasukan warga asing ke dalam negara kita.
Hal ini bagi mengurangkan pengeluaran kewangan bagi menampung warga asing di
negara ini. Hal ini juga bagi mengelakkan Malaysia jatuh ke tangan negara asing yang
lain kerana hilangnya identiti negara akibat lambakan warga asing yang saban tahun
meningkat di negara kita.

Pada pendapat saya, Malaysia hanya perlu memberi bantuan dan dana kepada
negara-negara yang mengalami konflik, tidak perlu untuk membawa masuk dan
memberi keizinan kepada pelarian-pelarian negara asing untuk berhijrah ke negara ini.
Hal ini kerana, bagi mengekalkan identiti negara kita dan mengekalkan keharmonian
negara kita. Apabila terdapat ramai warga asing yang memasuki negara kita,
kemungkinan untuk berlakunya masalah konflik juga akan timbul kerana negara kita
mengamalkan sistem demokrasi iaitu sistem yang memberikan hak kebebasan rakyat
untuk bersuara. Jadi protes atau perhimpunan besar-besaran yang boleh menjejaskan
keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara kita juga kemungkinan akan berlaku.
Jadi apabila kita hanya memberikan sumbangan dan dana kepada negara-negara yang
terlibat, itu tidak akan menjejaskan negara kita.selain itu, kerajaan Malaysia juga boleh
mengadakan perjumpaan dengan Presiden negara-negara yang mempunyai pengaruh
kuasa yang besar bagi membantu dalam menangani konflik-konflik yang terdapat di
dunia ini. Hal ini kerana pengaruh negara seperti Amerika Syarikat,Rusia dan China ini
amat membantu dalam misi keamanan dunia ini.

Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa banyak konflik yang berlaku dalam dunia ini
melibatkan orang Muslim dan perebutan kuasa dan tanah. Konflik-konflik yang berlaku
ini amat memberi kesan yang mendalam terhadap negara-negara yang sedang
membangun seperti Malaysia. Jadi negara kita selaku negara yang mengangkat agama
Islam sebagai agama rasmi perlu mengambil bahagian dalam membantu masyarakat-
masyarakat Muslim yang ditindas dan dianiaya oleh musuh-musuh Islam. Hal ini bagi
menjamin kesejahteraan dan keamanan dunia.

RUJUKAN

Arif A. Isu Dan Cabaran Globalisasi Pendidikan Di Malaysia. academia.edu.

https://www.academia.edu/35501119/Isu_dan_Cabaran_Globalisasi_Pendidikan_di_

Malaysia

Dewan Bahasa dan Pustaka (2017) Definisi Global. dbp.gov. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?

keyword=global

Edrygon A. (2019) Isu-Isu Global Dan Kaitannya Terhadap Negara. slideshare.net.

https://www.slideshare.net/EdreygonAlexander/isu-isu-global-dan-kaitanya-terhadap-

negara

Erika A. Isu-Isu Global. coursehero.com. https://www.coursehero.com/file/48612038/7-Isu-

isu-globaldocx/

Fudzail F. (2018) Konflik Etnik Di Asia Tenggara. scribd.com.

https://www.scribd.com/presentation/368672943/Konflik-Etnik-Di-Asia-Tenggara

Madhurita S. Impak Globalisasi. academia.edu

https://www.academia.edu/14188405/IMPAK_GLOBALISASI?auto=download

Nurul A. Konflik Dunia Dan Implikasinya Terhadap Bidang Pendidikan Di Negara Malaysia.

academia.edu.

https://www.academia.edu/38473971/Konflik_Dunia_Dan_Implikasinya_Terhadap_Bi

dang_Pendidikan_Di_Negara_Malaysia

Roslan M.N. (2004) Konflik Israel-Palestin Dari Aspek Sejarah Moden Dan Langkah

Pembebasan Dari Cengkaman Zionis. um.edu.my.

http://eprints.um.edu.my/2004/1/05_Bil_5_Konflik_Palestin_dan_Harapan_Masa_De

pan_Dr_Roslan.pdf

Roslan M.N. Sejarah Kejatuhan Palestin Dan Kewujudan Israel. um.edu.my.

http://eprints.um.edu.my/2612/1/2._Dr_Roslan.pdf
Roslan M.N., Siti. Z.H. (2015) Perjanjian Oslo : Kajian Terhadap Proses Damai Konflik Arab-

Israel. file:///C:/Users/user/Downloads/8685-936-18054-1-10-20171107.pdf

Rosli H. (2019) Pembersihan Etnik Di Bosnia. pdfslide.tips.

https://pdfslide.tips/documents/pembersihan-etnik-di-bosnia.html

Ruhaida R. (2015) Isu Global Bukan Hanya Di Malaysia. hmetro.com.

https://www.hmetro.com.my/node/67813

Sing K.L. (2016) Esei Isu Dan Cabaran Semasa. slideshare.net.

https://www.slideshare.net/SkyLee1/esei-cabaran-dan-isu-semasa

Tasnim A. R., Zuriati M.K., Wan S. W. Y., Ahmad N.M. (2015) Konflik Islam Dan Israel Di

Palestin : Tentangan, Isu Dan Penyelesaiannya Dalam Karya Al-Faruqi.

researchgate.net.

https://www.researchgate.net/publication/309440310_KONFLIK_ISLAM_DAN_ISRA

EL_DI_PALESTIN_TENTANGAN_ISU_DAN_PENYELESAIANNYA_DALAM_KARY

A_AL-FARUQI

Zainal. A. (2007) Pengurusan Konflik Di Tempat Kerja. usm.my.

http://web.usm.my/mentor/download/konflik.pdf

Zuriani I. (2020) Krisis Etnik Minoriti Muslim Myanmar (Rohingnya). researchgate.net.

https://www.researchgate.net/publication/339253595_KRISIS_ETNIK_MINORITI_M

USLIM_MYANMAR_ROHINGYA

Anda mungkin juga menyukai