Anda di halaman 1dari 26

KEMAHIRAN BELAJAR

■ Satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan


perubahan tingkah laku yang baru secara
keseluruhan.
■ Pengalaman individu dalam melaksanakan
interaksinya dengan persekitaran.
■ Satu proses yang digunakan oleh seseorang untuk
memproses maklumat yang diperoleh dan membawa
kepada perubahan atau peningkatan tingkah laku.
■ Penguasaan kemahiran belajar penting kerana hanya
beberapa maklumat penting sahaja yang masuk ke
dalam minda dan disimpan dalam memori jangka
pendek dan jangka panjang.
■ Mengikut Slameto, (2003), belajar adalah suatu
proses usaha yang dilakukan seseorang untuk
memperoleh suatu perubahan tingkah laku yang
baru secara keseluruhan, sebagai hasil
pengalamanya sendiri dalam interaksi dengan
lingkungannya.
■ Sardiman A.M (2001), belajar merupakan proses
yang terus terjadi secara berkesinambungan
dalam kehidupan manusia baik dilakukan secara
sedar atau tidak sedar. Belajar merupakan
perubahan tingkah laku atau penampilan dengan
serangkaian kegiatan misalnya dengan
membaca, mendengar, meniru, dan sebagainya
■ Gagne dan Briggs (1988), perubahan tingkah
laku dalam proses belajar menghasilkan aspek
perubahan seperti kemampuan membedakan,
konsep kongkrit, konsep definisi, nilai,
nilai/aturan tingkat tinggi, strategi kognitif,
informasi verbal, sikap, dan keterampilan
motorik. Menurut Sudjana (1989), belajar juga
merupakan proses melihat, mengamati dan
memahami sesuatu.
■ Felder dan Henriques (1995), untuk berjaya,
setiap pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar
dan mampu menguasai kaedah belajar agar
pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi.
Pembelajaran Abad 21

■ PAK21 sebenarnya mestilah berasaskan


kepada konsep 4C dan yang paling penting
proses pembelajaran adalah mesti
berpusatkan pelajar.
■ Konsep 4C yang dimaksudkan ialah
C (Creativity), C (Critical Thinking),
C (Collaboration) dan C ( Communication).
Kepentingan Kemahiran Belajar
❑ Meningkatkan daya ingatan pelajar.
❑ Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara
sistematik
❑ Memupuk minat dan amalan suka belajar
❑ Dapat mengaplikasikan kemahiran belajar
❑ Melatih pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan
sebaiknya.
❑ Memupuk disiplin kendiri dalam pembelajaran
❑ Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
❑ Melatih pelajar mengumpul dan memproses maklumat dengan
cekap.
❑ Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan
kepada pelbagai sumber media.
❑ Menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
Persekitaran Pembelajaran di IPG
■ Institut Pendidikan Guru (IPG) sehingga 2010
mempunyai 27 kampus di seluruh Malaysia. Pada 13
Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah
Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada
Institut Pendidikan Guru.
■ Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan
bertaraf diploma dan sijil. IPG telah mendapat mandat
yang melayakkannya menganugerahkan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan dan ianya bertaraf universiti.
■ Sehubungan dengan itu, IPG melaksanakan program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Graduan
sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka
dan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada
tahun 2011.
■ IPG juga telah diberi mandat untuk
melaksanakan Program Pendidikan
Keguruan Praperkhidmatan dan dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam
Akta Pendidikan 1996.
■ Senat telah diwujudkan bagi membuat
keputusan mengenai dasar-dasar akademik.
■ Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
merupakan induk kepada 27 IPG seluruh
Malaysia bertanggungjawab merancang dan
memantau Perkhidmatan Pendidikan
Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
Sejarah Pendidikan Guru di Malaysia
■ Persekitaran dan budaya pembelajaran di IPG adalah
sangat berbeza dengan pembelajaran ketika di alam
persekolahan.
■ Peringkat awal pelajar akan menjalani kursus Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
selama setahun dan Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) selama empat tahun.
■ Fokus utama pembelajaran di IPG adalah untuk
melahirkan guru yang berkebolehan, cemerlang, kompeten
dan berjiwa pendidik sebagaimana visi utama iaitu
melahirkan guru peneraju kecemerlangan pendidikan guru
dan misinya pula melahirkan guru yang kompeten dan
berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang
dinamik ke arah pendidikan bertaraf dunia.
■ IPG adalah setaraf dengan Intitut Pendidikan Tinggi yang
lain.
■ Peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas
di mana selepas disahkan jawatan mereka layak
untuk melanjutkan pelajaran sama ada dengan
tajaan kerajaan atau tanggungan sendiri.
■ Membolehkan para guru melanjutkan pelajaran
dengan lebih mudah daripada peringkat Ijazah
Sarjana sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.
■ Persekitaran dan budaya di IPG akan mendidik
guru untuk mengamalkan beberapa budaya iaitu
budaya ilmu, budaya kepimpinan, budaya kerja
professional, budaya akhlak moral, budaya
penyayang dan budaya estetika.
Pembelajaran Regulasi Kendiri
■ Pembelajaran regulasi kendiri merupakan suatu
proses pembelajaran di mana pelajar menentukan
sendiri matlamat pembelajaran, memilih alat
sokongan belajar , mengaplikasikannya dalam
pembelajaran mereka, mengkaji dan menilai
pendekatan pembelajaran untuk mendapatkan
pemahaman yang lebih mendalam.
■ Pembelajaran Regulasi Kendiri adalah salah satu
kaedah selari dengan tujuan pendidikan iaitu
asasnya merujuk kepada proses metakognisi
(berfkirkan apa yang kita fikir).
Menurut Winne dan Hadwin (1998)

■ Fasa persepsi tugas iaitu pelajar mengumpulkan maklumat


dan membuat persepsi terhadapnya. Tahap ini ditentukan
situasi motivasi, keberkesanan diri, dan maklumat mengenai
persekitarannya.
■ Fasa menetapkan matlamat dan merancang bagaimana
menyelesaikan tugas PdPC. Ianya bergantung kepada tingkah
laku eksplisit, kognitif dan perubahan motivasi.
■ Fasa membuat perancangan dengan menggunakan kemahiran
belajar dan kaedah lain dalam strategi pembelajaran.
■ Fasa terakhir adalah adaptasi, di mana pelajar menilai prestasi
mereka dan menentukan bagaimana mengubah strategi
mereka untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi pada masa
akan datang.
Elemen Dalam Proses Pembelajaran
Regulasi Kendiri

■ Motivasi Kendiri - motivasi kendiri untuk


belajar dengan berkesan di mana pelajar
akan bermotivasi jika mereka mempunyai
kualiti kendiri yang tinggi berhubung dengan
kebolehan mereka menyudahkan tugasan
pembelajaran dengan cemerlang.
■ Perancangan Masa - kaedah ynag terbaik
menggunakan masa bagi sesuatu tugasan.
Perancangan awal tugasan dan
menggunakan masa dengan berkesan.
■ Pengawalan Tumpuan - fokus terhadap
tugasan pembelajaran dan cuba tumpukan
pada isi-isi pelajaran dan hindari fikiran dan
emosi daripada terganggu.
■ Aplikasi Strategi Pembelajaran -
menggunakan strategi dengan betul untuk
memproses bahan yang diperolehi.
■ Menetapkan Matlamat - mengenal pasti
matlamat akhir yang diingini untuk aktiviti
pembelajaran iaitu mereka mungkin mahu
belajar fakta dengan lebih spesifik atau hanya
untuk persediaan peperiksaan
■ Pemantauan Kendiri - pemantauan dari
semasa ke semasa untuk mendapatkan
sebarang perkembangan sentiasa memantau
perkembangan semasa tentang aktiviti
pembelajaran dan mengubah strategi
pembelajaran jika perlu
■ Penilaian Kendiri - pelajar menilai sendiri
hasil akhir pembelajaran dan menentukan
sanma ada apa yang dipelajari sudah
mencukupi bagi matlamat yang telah
ditetapkan
Perspektif Kognitif Sosial
■ Perspektif kognitif sosial melihat
pembelajaran kendiri ialah interaksi
seseorang kepercayaan tentang
kejayaannya, tingkah lakunya dalam
pembelajaran dan persekitaran melibatkan
maklum balas dari seseorang.
■ Zimmerman et al. (1989) dinyatakan tiga ciri
penting pembelajaran kendiri iaitu
pemerhatian kendiri penilaian kendiri dan
reaksi diri terhadap hasil prestasinya.
Perspektif Pemprosesan
Maklumat
■ Tujuan utama PdPc adalah untuk menghasilkan
pelajar yang dapat mengawal diri sendiri
■ Model Pemprosesan maklumat ialah melalui proses
menyimpan maklumat ke dalam memori jangka
panjang dan jika diperlukan pelajar dapat melalui
proses mengingat kembali.
■ Pemprosesan Maklumat mengikut prinsip-prinsip
asas psikologi ianya berkait dengan elemen motivasi.
Elemen motivasi memainkan peranan utama dalam
pembelajaran kendiri. Motivasi diperlukan untuk
membantu pelajar kekal dengan prestasi
pembelajaran mereka.
Perspektif Prestasi Pelajar
■ Lovett, Meyer dan Thille (2008), menunjukkan
prestasi pelajar perlu sealiran dengan
persekitaran pembelajaran yang distrukturkan
oleh pembelajaran kendiri.
■ Pembelajaran kendiri menjadikan
pembelajaran menjadi lebih cepat dalam
meningkatkan kadar pengekalan ingatan
jangka panjang.
Gaya Pembelajaran Akses
Kendiri
■ Gaya Pembelajaran Akses Kendiri ialah satu program
membuka ruang kepada pelajar bebas mengakses
tempat, bahan, bimbingan, cara dan tempoh belajar.
■ Pelajar belajar secara kendiri melalui bahan
pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran
sendiri serta menilai dan memantau perkembangan
sendiri.
■ Pelajar juga mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran
mereka. Aspek yang perlu ada dalam pembelajaran
regulasi kendiri ialah kawalan akhlak kendiri, kawalan
motivasi kendiri dan kawalan strategi kendiri.
TUTORIAL 1

■Huraikan secara
ringkas bagimanakah
cara anda belajar
sebelum masuk ke
IPG.
TUTORIAL 2
■ BANDING BEZAKAN
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN DI ALAM
PERSEKOLAHAN DENGAN
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN DI IPG
TUTORIAL 3
■ HURAIKAN IMPLIKASI
MENGAPLIKASIKAN
PEMBELAJARAN REGULASI
KENDIRI. HURAIAN ANDA
DISERTAKAN DENGAN
CONTOH YANG SESUAI.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai