Anda di halaman 1dari 1

TEKNIK PEMBACAAN CEPAT/ PANTAS

 Teknik Skimming atau Luncuran adalah satu kemahiran membaca


bagi seseorang yang ingin mendapatkan maklumat atau bahan secara
ringkas dan pantas.
TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SKIMMING (LUNCURAN)
 Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai
sesuatu bahan atau dokumen
 Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
CARA-CARA MEMBUAT SKIMMING (LUNCURAN)
 Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
 Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
 Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan,
tajuk utama dan rumusan
 Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca

TEKNIK SCANNING (IMBASAN)


 Teknik Scanning atau Imbasan adalah kemahiran membaca yang
digunakan oleh seseorang yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam.
TUJUAN MENGGUNAKAN TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
 Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai sesuatu tajuk
 Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada
sesuatu persoalan
 Untuk mengenalpasti isi keseluruhan sesuatu tajuk
CARA-CARA MEMBUAT TEKNIK SCANNING (IMBASAN)
 Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam
 Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatat kata
kunci dan konsep yang dinyatakan
 Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada

Anda mungkin juga menyukai