Anda di halaman 1dari 7

Etika di majlis rasmi / Peraturan di meja makan

Tatahias dan Hemah Diri dalam Menghadiri Majlis Rasmi Maksud Tatahias / Hemah Diri

Satu aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang kekemasan, Kesempurnaan dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi di majlis Aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri iaitu dari segi perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkan

Kepentingan Tatahias Menjaga Imej


Imej Organisasi Imej Peribadi

Anda hendaklah sentiasa peka tentang hiasan diri kerana ia merupakan mesej pertama yang dipamerkan apabila bertemu dengan orang lain. Dengan berpakian yang sesuai dan serba kemas keselesaan pertemuan dapat diwujudkan dan tanggapan negatif dapat diatasi Kepentingan Hemah Diri Hemah diri adalah : Pakian Rohani dan Jasmani seseorang individu yang dinyatakan melalui tingkah laku dan gerak-geri Layanan Layanan mesra dan bersopan adalah amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang seperti :

Memberi salam petemuan dan perpisahan Bertutur dengan jelas Tertib dan berbudi bahasa Pamerkan imej yang baik dan disenangi

Kesihatan / Kebersihan dan Kekemasan Aspek ini amat penting keranan ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada dirinya : Bahagian kepala dan muka

Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga Make up secara sederhana (Natural Look) Gigi sentiasa bersih Pernafasan tidak berbau

Bahagian badan dan tangan


Badan tidak berbau Baju bergosok Baju tercarik dan kelihatan kotor Kuku jari tidak kelihatan panjang Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik

Bahagian punggung dan kaki


Seluar / kain tidak bergosok Memakai stokin berwarna terang dan berbunga Kasut kelihatan kelabu Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah terhakis

Tips Tatahias untuk Wanita


Tahu memilih pakaian dari segi warna / fesyen Pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk tubuh badan masing-masing Wanita berbadan gemuk / besar sesuai memakai pakaian yang berwarna gelap / hitam. Tidak sesuai memakai pakaian yang berbunga besar atau terang Wanita yang berbadan kecil boleh memakai baju yang berwarna lembut cerah Pakaian hendaklah tidak melebihi daripada empat warna pada satu masa Memakai tudung tida menghalang untuk bergaya Selendang biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi dan formal Pakaian tidak perlu mahal asalkan pandai memilih dan menggayakannya 5 elemen untuk menambah keterampilan dan keceriaan : Gaya, Warna, Jenis Kain, reka Bentuk, VTO (Place, Time, Occasion)

Kekemasan Diri Wanita


Elakkan memakai pakaian berkilat / berkilau di siang hari Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krimas Corak fabrik tidak lebih dari empat warna Penggunaan alat solek tidak keterlaluan Hindarkan memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng jangan memakai skirt yang singkat. Skirt labuh dibenarkan (paras lutut)

Jauhi daripada memakai baju yang ropol ( frills) atau berbunga besar Pastikan anda harmonis dalam berpakaian Elakkn daripada memakai selipar / sandal Solekan muka hendaklah kelihatan natural Perhiasan hendaklah yang minima dan tidak menjolok mata Jangan memakai jam dan gelang tangan di tangan yang sama

Kesesuaian Pakaian Lelaki


Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar) Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang Sesuaikan warna tali leher dengan baju Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak Jangan memakai pakaian berjalur keseluruhan Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat Stokin putih tidak sesuai dalam majlis Gunakan ''cologne'' dan deodoran yang lembut Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ''cologne'' di kedua belah bahu Seluar dan busjaket hendaklah sama warna dan bahan dipakai pada siang hari sahaja

Kesopanan oleh tetamu amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis adalah juga bergantung kepada ketertiban dan kerjasam tetamu Tanggungjawab apabila menerima kad jemputan

Baca segera Teliti jemputan Teliti tarikh, hari dan masa Teliti tempat majlis diadakan Teliti pakaian yang dikehendaki Buat keputusan segera Jawab dengan kad jawapan jika ada

Persiapan bagi menghadiri majlis


Tempat majlis hendaklah diketahui Kenderaan dalam keadaan sempurna

Ketibaan di tempat majlis


Pelekat diletakkan di tempat sewajarnya Arahan pihak lalu lintas hendakla dipatuhi Masa ketibaan mengikut masa yang ditetapkan

Kad jemputan dibawa jika dikehendaki Penyanbut tetamu : patuhi arahannya

Dalam majlis perasmian


Sambutan oleh penyambut tetamu : elakkan bertengkar jika tak puas hati Mencari tempat duduk : bertanggungjawab jika ada masalah Meneliti program jika ada Berbual dengan sopan Berminat dengan majlis yang dihadiri Keluar masuk : elakkann kecuali dalam keadaan perlu sahaja

Majlis Jamuan

Minum sebelum makan : tidak gelojoh Mengambil tempat duduk : pastikan tempat duduk yang betul Menggunakan peralatan dengan betul Berbual dengan sopan dan tajuk yang dibenarkan Makan sup dengan tidak berbunyi Berjenaka berpatutan Tidak dibenarkan merokok Elakkan mencungkil dan menggaru Meninggalkan majlis apabila selesai majlis Majlis selesai : elakkan berebut-rebut, tunggu orang kenamaan dahulu Barang kenangan : jangan diambil

Majlis Tamat

Tetamu utama meniggalkan majlis Cara berdiri : menghadap tetamu utama Barang kenangan : elakkan daripada mengambilnya Kesopanan meninggalkan majlis : mengikut giliran

Kecacatan majlis disebabkan oleh tetamu


Tidak memberi jawapan kehadiran Memberi jawapan lewat Menjawab hadir tetapi tidak hadir Menjawab tidak hadir tetapi hadir Menjawab hadir bersama isteri tetapi hadir seorang Menjawab hadir tanpa isteri tetapi hadir bersama isteri Tetamu hadir membawa jemputan yang tidak dijemput Hadir lewat dari masa yang ditetapkan Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai

Tertib di meja makan Peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang. Terdapat tetamu dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan santun tetapi tidak faham akan peraturan menggunakan perlatan makan dengan betul. Terdapat juga tetamu yang melihat di antara satu sama lain bagi memulakan sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil. Akhirnya masingmasing menunggu orang lain untuk memulakan kerana bimbang tersalah ambil.Jika orang yang memulakan tersalah ambil atau tersalah cara, tetamu lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil. Ini akan menjadikan semua tetamu akan makan dengan cara yang tidak sesuai. Minum sebelum makan Minum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. Jangan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang tidak dihidangkan. Cara keluar masuk Masuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk. Napkin Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkinialah dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit Berbual Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja Hidangan Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri. Minuman (air sejuk) akan dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi

hidangan. Kedudukan peralatan Sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau kecil untuk mentega diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan. Cara menggunakan peralatan Cara menggunakan perlatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan yang. Makanan pembuka selera Makanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang apabila selesai makan. Sup Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu mentega seperti burger. Hidangan ikan Jika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan. Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan, pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam keadaan terlentang. Sorbet Selepas hidangan iakn, sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan bukannya dessert. Sorbetb dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan sebelum menikmati makanan lain.

Hidangan utama (steak) Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain. Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu. Dessert Dessert dihidangkan setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim, pusing dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan. Kopi Kopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula pula. Merokok Elakkan daripada merokok Berjenaka Jangan berjenaka semasa makan Meninggalkan tempat duduk Apabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan Cara keluar Keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya Mencungkil gigi Mencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup

Anda mungkin juga menyukai