Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI (ANIS BINTI NASRI :5 PISMP MT/PJ/PI 2)

BINA INSAN GURU (FASA 5) : CERAMAH PROFESIONALISME KEGURUAN


Alhamdulillah, Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa kelima telah pun
melabuhkan tirainya. Kami akhiri BIG kali ini dengan slot ceramah yang
disampaikan oleh Encik Adnan, Ketua Jabatan Kajian Sosial. Tajuk yang
disampaikan sangat sesuai bagi kami iaitu Profesionalisme Keguruan.
Ceramah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Khairudin,
pensyarah unit GERKO yang turut menyentuh serba sedikit berkaitan persediaan
yang perlu kami lakukan sebelum berpraktikum. Ini merupakan praktikum kami
kali pertama dan sedikit perasaan berdebar di dalam hati. Saya asyik terfikir
tentang keadaan sekolah, guru, murid, penyediaan rancangan pengajaran
harian, bahan bantu belajar dan pemantauan daripada pensyarah pembimbing.
Encik khairudin mengingatkan kami supaya sentiasa kemas dan bersih kerana
guru merupakan satu ikon yang sangat baik untuk dijadikan contoh oleh muridmurid.
Encik Adnan merupakan seorang pensyarah yang berkaliber dan kelakar
orangnya. Beliau beriya berjanji untuk melepaskan kami awal dan sentiasa
mengulang ayat tersebut supaya kami sentiasa memberikan perhatian kepada
ceramah beliau. Ini merupakan salah satu teknik pengajaran yang baik. Muridmurid akan berasa teruja dengan ayat tersebut, mereka akan menunggu-nunggu
masa pembelajaran tamat di samping guru sentiasa mendapat perhatian mereka
terhadap tajuk yang dipelajari.
Encik Adnan banyak menyentuh berkaitan kerjaya seorang guru yang
semakin dikagumi oleh masyarakat. Adakah layak jika kerjaya seorang guru ini
dipanggil sebagai profesion keguruan? Apakah maksud profesion sebenarnya?
Encik Adnan telah mengupas dengan lanjut pertanyaan yang sering saya fikirkan
kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih memandang rendah terhadap
seorang guru. Kesimpulannya, saya bangga menjadi guru dan berkobar-kobar
untuk mengajar dan membina sahsiah yang baik dalam kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai