Anda di halaman 1dari 46

OLEH: KHAIRUL ARIFIN BIN MAT YIT

Teori tingkah laku, gaya dan kontingensi jarang


mengetengahkan idea bahawa pengikut boleh
diberi peranan melaksanakan kepimpinan
bersama.
Lazimnya, dipercayai bahawa pengikut hanya
memerlukan galakan setakat untuk
menyudahkan tugas atau pencapaian matlamat
tertentu, tetapi tidak untuk melonjakkan tahap
potensi dan keinginan kecemerlangan pengikut.
Teori Kepimpinan Transformasional juga
dikenali sebagai Kepimpinan Karismatik (Max
Weber, 1968), Kepimpinan Inspirasional atau
Institusional (Hunsaker, 1986)
Asas kepada teori ini adalah pemimpin
mengilhamkan atau menginspirasikan para
pengikutnya untuk mengenal pasti minat mereka
dan melihat ke arah tujuan yang berfokus atau
berpusat.
Menurut Simic (1998) minat terhadap keperluan
kepimpinan transformasional ini bermula awal
tahun 1970-an apabila berlaku perubahan
ekonomi global.
Banyak syarikat besar di di dunia yang
memerlukan perubahan transformasi untuk
memulihkan perniagaan mereka.
Ini bermakna kepimpinan transformasional amat
diperlukan jika berlakunya krisis dalam
organisasi terutama berasaskan
keuntungan.
Teori ini mula dipopularkan oleh James Mac
Gregor Burns dalam tahun 1978 dalam bukunya
Leadership.
Menurut Burns, kepimpinan transformasional
merupakan suatu proses yang membenarkan
wawasan pemimpin dikembangkan secara meluas
ke seluruh organisasi.
Ini merujuk kepada proses mempengaruhi kepada
perubahan besar dalam sikap kakitangan agar
matlamat organisasi dan wawasan pemimpin dapat
dicapai.
Menurut Burns, pemimpin transformasional
yang mempunyai visi akan berusaha untuk
menarik para pengikut mereka kepada
karakter yang lebih baik.
Pemimpin transformasional dianggap
sebagai agen perubahan.
Peranan pemimpin transformasional menurut
Burns akan:
Meningkatkan kesedaran pengikutnya tentang
pentingnya tujuan pasukan.
Membawa perubahan dalam diri pengikutnya
daripada kepentingan diri sendiri kepada
kepentingan pasukan.
Membawa transformasi karakter atau sifat
pengikut

Burns menggambarkan kepimpinan
transformasional sebagai proses di mana para
pemimpin dan pengikunya:
Mendorong satu sama lain untuk mencapai
peringkat motivasi yang lebih tinggi.
Memotivasikan satu sama lain untuk mencapai
peringkat moral atau etika yang lebih tinggi.
Bass (1985) telah menghuraikan idea kepimpinan
transformasional yang memfokuskan kepada
meningkatkan kesedaran tentang isu-isu
kepimpinan di kalangan pengikutya.
Peningkatan kesedaran ini memerlukan pemimpin
yang mempunyai wawasan, berkeyakinan diri,
mempunyai kekuatan dalaman untuk
memperjuangkan apa yang dirasakan baik untuk
organisasi.
Bass menjelaskan bahawa kepimpinan
transformasional memotivasikan pengikutnya untuk
mencapai tahap lebih tinggi daripada apa yang
diharapkan melalui:
Meningkatkan kesedaran pengikutnya tentang
pentingnya matlamat dan visi organisasi.
Mengharapkan pengikutnya mengutamakan
kepentingan pasukan lebih daripada kepentingan
diri.
Pemimpin berusaha meningkatkan potensi dan
tahap pencapaian pengikut di paras yang lebih
tinggi (Maslow self-actualization).
Ini dilakukan dengan meningkatkan keupayaan
pengikut melalui:
Pengetahuan
Kemahiran
Semangat dan nilai positif
Etika kerja
Kerja berpasukan yang berkesan
Stimulasi Intelek (intellectual stimulation)
Pemimpin transformasional berupaya
merangsang daya intelektual pengikutnya.
Pemimpin menggalakkan pengikut mendekati
masalah dengan cara yang baru, menumpukan
kepada penaakulan dan penyelesaian
masalah.
Empat tingkah laku tranformasional (Bass dan
Avolio, 1993)
Pemimpin transformasional memiliki darjah
kecerdasan dan kepintaran yang sangat tinggi,
turut mempromosikan kecerdasan, rasional dan
mengambil sesuatu tindakan penyelesaian
masalah dengan cara yang cekap dan penuh
hati-hati.
Pemimpin mencabar dan merangsang
pengikutnya untuk menjadi lebih kreatif dan
inovatif.
Bertimbang rasa secara individu (individualized
attention)
Pemimpin transformasional menjadi mentor
dan memberi bimbingan dan sokongan kepada
pengikut, dan berkomunikasi secara dua hala.
Pemimpin transformasional turut memberi
pertimbangan kepada kesedaran individu.
Mereka memberi perhatian kepada setiap
pekerjanya secara individu.
Pemimpin mewujudkan suasana yang
menyokong dan cuba memahami keperluan
pengikutnya.
Pemimpin menganggap pengikut seperti
pelatih yang perlu dibantu untuk meningkatkan
dan memenuhi keperluan mereka.
Pemimpin mendelegasikan pengikutnya dan
membantu mereka menghadapi cabaran.
Karisma (idealized influence)
Pemimpin mempertingkatkan keyakinan diri,
emosi, kepercayaan serta semangat dan pada
masa yang sama mewujudkan perasaan
optimistik di kalangan pengikutnya.
Pemimpin bukan sekadar menyediakan visi
atau hala tuju organisasi, malah turut
menyediakan pernyataan misi bagi mencapai
visi dan sentiasa menanamkan nilai
kebanggaan yg dikongsi bersama
Pemimpin juga sentiasa meniupkan semangat
orang-orang di bawahnya dan
menggambarkan diri mereka mampu menjadi
suatu kumpulan atau bangsa yang dihormati
dan dipercayai dengan syarat mereka percaya
kepada kebolehan diri sendiri.
Pemimpin menunjukkan teladan yang baik
(role model)
Motivasi inspirasi (inspirational motivation)
Pemimpin mengkomunikasikan wawasan,
menggunakan simbol untuk memfokuskan
usaha subordinat dan mengamalkan
tingkahlaku yang sesuai sebagai model
kepada pengikut.
Ciri inspirasi yang ada pada pemimpin seperti
ini mampu menjadikan dirinya sebagai sumber
inspirasi atau sumber dorongan ke arah suatu
pencapaian yang diingini.
Pemimpin juga mempunyai ekspektasi
(jangkaan) yang tinggi ke atas sesuatu yang
dilakukan dan baginya tiada suatu pun yang
mustahil untuk dicapai.
Pemimpin seperti ini bersedia menggunakan
lambang-lambang, simbol-simbol dan slogan-
slogan tertentu untuk membakar semangat
bawahanya.
Simbol, lambang atau slogan diulang-ulang
sehingga sebati dalam minda dan jiwa
pengikutnya.
Hubungan majikan dengan pekerja umpama
kontrak pertukaran. Ganjaran diberi untuk kerja
atau sokongan.
Ganjaran bersifat kontinjen.
Avolio dan Bass (1988)
Ganjaran diberi selepas tercapai matlamat dan
objektif.
Kadar/ jenis ganjaran diukur mengikut
produktiviti.
Ekspektasi produktiviti djelaskan dari
awal
Ganjaran atau insentif boleh berbentuk seperti
keselamatan kerja (job security), keadilan
penilaian, cuti tambahan, biasiswa untuk anak dll.
Pengurusan berdasarkan pengecualian
(management-by-exception)
Pemimpin hanya akan campur tangan dan
membaiki cara kerja sekiranya matlamat tidak
tercapai atau berlaku penyelewengan.
Lazimnya teguran atau intervensi ini
bersifat negatif.
Leithwood, Tomlinson dan Genge (1996)
menyatakan kepimpinan transformasional
dalam pendidikan merujuk kepada proses
mempengaruhi orang bawahan melaksanakan
tugasan mereka melebihi sasaran yang
ditetapkan.
Merangsang pembentukan dan menzahirkan
wawasan
Ketrampilan peribadi (role model)
Jangkaan dan keyakinan yang tinggi pada
guru
Menjana permuafakatan

Gaya kepimpinan transformasi yang diperlukan
dalam pendidikan:
Merangsang intelek dalam organisasi.
Keperihatinan individu
Ganjaran kontingensi.
1. Sokongan individu
2. Perkongsian matlamat dan visi
3. Stimulasi intelek
4. Pembinaan budaya
5. Penghargaan
6. Harapan tinggi
7. Simbol
Menurut Hallinger (2003), terdapat 7 komponen utama
dalam model kepimpinan transformasi pendidikan iaitu:
Banyak syarikat besar di Amerika seperti
General Motor dan AT&T memerlukan
perubahan radikal untuk memulihkan
perniagaan mereka.
Di Malaysia, syarikat penerbangan MAS
memerlukan pemimpin transformasi untuk
mengembalikan keuntungan setelah
mengalami banyak kerugian.
Faktor lain yang memerlukan kepimpinan
transformasional ialah apabila berlaku
perubahan teknologi yang cepat,
meningkatnya persaingan organisasi dan
persekitaran yang kompetetif
Apabila berlaku krisis (Kelly, 2003) seperti
yang dialami oleh syarikat Chrysler
Corporation Lee Iaccoca ambil alih
untuk selesaikan krisis.
Lou Gerstner yang berjaya memulihkan
syarikat IBM yang mengalami kerugian 8.1
billion dolar melalui transformasi budaya
organisasi.
Mahathma Gandhi mendorong pengikutnya
untuk memenuhi potensi dan mencapai
tujuan.
Menimbulkan pengharapan dan tuntutan
jutaan rakyat untuk mencapai kemerdekaan
India.
Proses perubahan membawa pengikutnya
untuk menggunakan protes secara
damai untuk mencapai matlamatnya.
Nelson Mandela komited untuk mencapai
perdamaian dan demokrasi di Afrika Selatan.
Walaupun dipenjara selama 27 tahun tetapi
tetap berusaha mencari jalan perdamaian
antara masyarakat kulit putih dan kulit hitam.
Sebelum kemerdekaan, banyak pihak mahu
menggunakan cara kekerasan, tetapi beliau
tetap komited menggunakan cara damai.
Ciri-ciri pemimpin ialah:
Eksploitatif
Menggunakan sepenuhnya peluang
Berorientasikan kuasa
Rendah nilai moral
Seringkali mementingkan diri sendiri
Mentransformasikan pengikutnya dengan cara
negatif
Contoh: Hitler
Tokoh Negara / Organisasi
Tun Dr Mahathir Malaysia
Lee Kuan Yew Singapura
Genghis Khan Mongol
Lou Gerstner IBM Corporation
Lee Iacocca Chrysler Corporation
Tokoh Negara / Organisasi
Jack Welch General Electric
Steve Jobs Apple
Dato Seri Idris Jala MAS
Tony Fernandes Air Asia
Menurut Leithwood (1994), cabaran dalam
penstrukturan semula sekolah mendorong
perubahan kepimpinan sekolah kepada
amalan kepimpinan transformasional.
Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah:
Ketidakpastian agak ketara tentang cara dan
hasil dalam bidang pendidikan (educational
mean and end).
Perubahan bukan hanya diperlukan untuk
melakukan perubahan teknologi di sekolah
tetapi juga kepada merekabentuk semula
organisasi sekolah yang akan menyokong
perubahan-perubahan tersebut.
Tumpuan harus diberikan kepada komponen
pedagogi sekolah menengah yang kompleks
Wujudnya keinginan untuk menjadikan bidang
pendidikan sebagai bidang yang profesional.
Menurut Leithwood, kepimpinan
transformasional didapati sesuai untuk
menghadapi cabaran-cabaran berkenaan
kerana:
Berpotensi untuk membina komitmen yang
tinggi di kalangan guru-guru yang diperlukan
dalam agenda penstrukturan semula yang
kompleks dan tidak jelas sifatnya.
Berkemampuan untuk meningkatkan
keupayaan guru-guru dan memberikan
respon yang produktif kepada agenda yang
telah dirancang.
Pengetua menggalakkan guru-guru berkongsi
pendapat untuk menyelesaikan masalah.
Mengharapkan guru-guru memahami visi dan
misi sekolah yang hendak dicapai.
Pengetua mengharapkan guru-guru
bekerja sebagai satu pasukan.
Menurut Mohd Salleh Lebar (2000), amalan
kepimpinan transformasional di sekolah lebih
berkesan jika:
Menghargai jasa dan peranan guru dalam bilik
darjah dan luar bilik darjah.
Pengetua selalu memberikan kepercayaan
kepada guru-guru untuk membantu kerja-kerja
yang dianggap mencabar.
Memelihara hubungan yang baik di antara
pengetua dengan guru-guru dan tidak ada
kecurigaan dalam tugasan harian.
Dapatan kajian Leithwood, Jantzi dan
Steinbach (1999) menunjukkan bahawa
kepimpinan transformasi adalah peramal kuat
yang dapat mempengaruhi perubahan sikap.
Menurut Walumbwa dan Lawler (2003) pula,
pemimpin transformasi mampu memotivasikan
pengikutnya bagi meningkatkan penglibatan
diri dalam kerja.
Avolio, Lowe dan Kroeck (2004) juga
menyatakan kepimpinan transformasi
mempunyai hubungan yang positif terhadap
sikap bekerja dan tingkah laku pada tahap
individu serta organisasi.
Kepuasan kerja
Komitmen terhadap organisasi
Prestasi kerja guru meningkat
Leithwood, Tomlison dan Genge (1997)
mengatakan dalam konteks pendidikan, gaya
kepimpinan transformasi pengetua mempunyai
kesan positif terhadap:
Menurut Hall, Johnson & Wysocki (2002),
kepimpinan transformasional mempunyai
potensi yang tinggi untuk penyalahgunaan
kuasa.
Pemimpin transformasi memotivasi pengikut
dengan merujuk kepada emosi yang kuat akan
cenderung kepada kuasa dan manipulasi.
Bass (1997) pula mengatakan bahawa
kepimpinan transformasi tidak mempunyai
`check and balance bagi mengimbangi
kepentingan, pengaruh dan kuasa.
Melalui karisma, pertimbangan individu, stimulasi intelek
dan inspirasi motivasi, pemimpin transformasi mempunyai
potensi besar untuk meningkatkan prestasi di luar
jangkaan dan memberi kesan perubahan-perubahan besar
dalam individu dan organisasi. Ia merupakan suatu bentuk
kepimpinan yang sesuai dengan keadaan dunia sekarang
yang bercirikan ketidakpastian dan ketidakstabilan
organisasi. Namun dalam usaha mentransformasi individu
dan organisasi, pemimpin harus mempunyai
tanggungjawab moral.

Anda mungkin juga menyukai