Anda di halaman 1dari 7

Pengacara

Bismillah
Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi / salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Alhamdulillah bertemu lagi kita untuk siaran hari ini, Nasi Lemak
Kopi O, Edisi Rabu, 5 Ogos 2015 bersamaan 20 Syawal 1436
Hijrah.
Pejam celik pejam celik sudah 20 hari kita menyambut Hari raya
Aidilfitri dan saya pasti dalam kesibukan bekerja masih ada
individu yang sibuk menghadiri rumah terbuka dan menziarahi
sanak saudara pada hujung minggu.
Masih terasa kemeriahan syawal tersebut.
Walaupun sibuk mengunjungi rumah-rumah sahabat handai,
saya berharap segala tuntutan kerja dan tanggungjawab anda
di tempat kerja dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan
penuh bersemangat.
Baik, kita alihkan sebentar perhatian kita kepada segmen edisi
hari ini di mana kita akan berbicara dengan panjang lebar
bersama tetamu-tetamu jemputan yang akan saya perkenalkan
selepas ini tentang satu isu besar dalam dunia pendidikan yang
menjadi kerisauan warga pendidik seterusnya rakyat Malaysia
mengenai Gejala Sosial dalam kalangan remaja sekolah.
Sebelum itu, mari kita lihat sama-sama paparan yang telah
disediakan.
VIDEO

Saya nak perkenalkan tetamu hari ini...

Sebelah saya Cikgu Siti Hajar bt Bakar, guru disiplin di SMK Sri
Bahagia, Klang Selangor. Assalamualaikum cikgu.
Sebelahnya ialah Puan Qistina Thomas selaku Pengerusi PIBG
SMK Dato Mustaffa, Kuala Lumpur. Selamat datang puan ke
rancangan Nasi Lemak Kopi O
Tetamu seterusnya yang duduk di hujung sana, Puan Nurul
Atiqah bt Abd Kamal, Pengetua Rumah Pemulihan Akhlak
cawangan Sungai Besar, Selangor. Apa khabar puan?
Kepada penonton di rumah, sekiranya ada sebarang
pertanyaan atau perkongsian tentang isu kita hari ini, boleh
hubungi kami di talian 03-4547799
Kita masuk semula kepada isu yang ingin dibincangkan,
Saya ada membaca satu rencana dalam Utusan Online
berkaitan Remaja dan Masalah Sosial yang ditulis oleh Prof.
Madya Dr. Rusinah Siron pada 3 Ogos 2015.
Dalam rencana tersebut...
Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu dengan pelbagai
kegiatan jenayah yang berlaku hampir setiap hari.
Kebanyakannya memfokuskan kepada remaja dan masalah
sosial itu tiada hentinya untuk dibicarakan.
Contohnya, remaja mengandung luar nikah semakin
mengancam keharmonian masyarakat. Semakin banyak
ditegur, dipapar dan disiarkan gambar-gambar bayi, semakin
bertambah pula bilangan bayi-bayi yang dibuang.
Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli
masyarakat, ibu bapa dan juga pemimpin, mengapa masalah
sosial ini terus berlaku?
Adakah kita terlupa atau buat-buat lupa tentang punca atau
akar umbi masalah sosial tersebut?
Mungkin Cikgu Siti Hajar boleh terangkan perspektif cikgu
tentang masalah ini dari kaca mata seorang pendidik dan
apakah punca masalah sosial remaja kita?
Cikgu Siti Hajar

(Guru disiplin)
Terima kasih cikgu.
Kesimpulan pendek:

Sebelum kita mendengar pendapat daripada Puan Qistina


tentang isu ini...
Saya ada merujuk sebuah jurnal oleh Azlina Abdullah tentang
Tema dan Isu Penyelidikan Mengenai Gejala Sosial pada
Dekad Pertama Abad 21 di Malaysia.
Antara contoh penyelidikan bertemakan gejala sosial di
Malaysia ialah Kajian Abdullah Seif Abdullah (2001), UIAM
berjudul The Major Disciplinary Problems Among School
Students. Kajian ini memfokuskan kepada penglibatan pelajar
dalam pelbagai masalah disiplin seperti buli, pergaduhan dan
dadah memberi kesan negatif kepada prestasi akademik
pelajar.
Pengacara
Manakala menurut Kajian Che Bakar Che Mat (2004), UITM
berjudul Fenomena Hidu Gam di Kalangan Remaja Sekolah:
Kajian Kes di Kawasan Persisiran Pantai Sarawak mengkaji
beberapa aspek tentang gejala menghidu gam dan
perkaitannya dengan penagihan dadah.
Berdasarkan kajian-kajian tersebut, persoalannya di sini
mengapa dan bagaimana masalah sosial boleh berlaku
sedangkan pelajar di sekolah berasrama terikat dengan
peraturan yang telah ditetapkan sama ada di sekolah mahupun
asrama dan masa pelajar di sekolah harian pula lebih pendek di
sekolah berbanding di rumah.
Puan Qistina, menurut perspektif puan pula di manakah
pengawasan ibu bapa? Apakah punca-punca hal seumpama ini
berlaku?
Puan Qistina
(Pengerusi PIBG)
Pengacara

Terima kasih diucapkan kepada Puan Qistina atas hujah-hujah


beliau sebentar tadi.

Rumusan:

Soalan seterusnya saya ajukan kepada Puan Nurul...


Berdasarkan hujah Puan Qistina tentang kekangan masa ibu
bapa untuk bersama anak-anak telah menyebabkan para
remaja akan mencari keseronokan di luar bersama kawankawan dan lebih mudah terjebak dengan pelbagai masalah
sosial.
Soalannya di sini,
Mereka melakukan masalah sosial di luar dan disaksikan oleh
mata-mata masyarakat yang ada di sekitar mereka. Namun
masyarakat seperti menutup kedua-dua mata, tidak endah
sama sekali dengan isu ini dan berfikiran, mereka bukan anak
aku, mengapa aku perlu risau?
Pada hemah Puan Nurul, mengapa masyarakat bertindak dan
berfikiran seumpama ini dan apakah punca remaja melakukan
gejala sosial sehingga dimasukkan ke Rumah Pemulihan
Akhlak?
Puan Nurul
(Pengetua Rumah
Pemulihan Akhlak)
Pengacara

Terima kasih puan.


Kesimpulan:

Baik, kita ada dapat satu panggilan


Helo, Assalamualaikum
Siapa di sana?
Teruskan...
Secara ringkasnya, antara faktor yang menyumbang kepada
keruntuhan akhlak dan gejala sosial ialah:
1. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja seperti tidak
ada batasan sesama mereka lebih-lebih lagi antara lelaki
dan perempuan
2. Selain itu, mereka terlalu mencari hiburan secara

melampau atau sinonim dengan istilah hedonisme.


Untuk itu, saya tutup segmen pertama ini dengan serangkap
lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan nasyid,
Raihan suatu ketika dahulu...
Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilihnya,
Membuat kita jadi bersalah.
Nasi Lemak Kopi O berehat seketika dan kembali selepas ini.
Bertemu sekali lagi dalam segmen kedua, Nasi Lemak Kopi O
masih membincangkan isu yang sama iaitu gejala sosial dalam
kalangan remaja sekolah.
Pada segmen pertama, tetamu-tetamu kita telah berkongsi
buah fikiran mengenai punca-punca remaja terlibat dalam
gejala sosial.
Saya pasti setiap masalah yang timbul, pasti ada remedy atau
ubat untuk menanganinya.
Jadi cikgu, apakah program-program yang telah dijalankan di
sekolah untuk membanteras gejala sosial ini?
Cikgu Siti Hajar
(Guru disiplin)
Kesimpulan:

Pengacara

Baik, kita terus kepada Puan Qistina...


Apakah usaha-usaha yang dapat dilaksanakan oleh ibu bapa
dalam menangani isu ini?

Puan Qistina
(Pengerusi PIBG)
Pengacara

Kesimpulan:

Bagaimana pula dengan Rumah Pemulihan Akhlak? Apakah


pengisian yang dilakukan di sana dan saya tertanya-tanya
sebenarnya tindakan yang akan dikenakan oleh pihak Puan
Nurul jika terdapat pelajar yang lari dari Rumah Pemulihan
Akhlak.
Puan Nurul
(Pengetua Rumah
Pemulihan Akhlak)
Pengacara

Kesimpulan:

Ohh ya, terdapat seorang penonton di studio yang ingin


berkongsi pandangan atau mengajukan soalan. Silakan...
Intihanya,
1. Kerjasama daripada semua pihak tidak kiralah sekolah,
ibu bapa, ahli masyarakat dan sebagainya amat
diperlukan untuk mengatasi masalah gejala sosial. Bak
kata pepatah, bersekutu bertambah mutu.
2. Rakyat Malaysia tidak perlu menuding jari antara satu
sama lain sebaliknya setiap individu perlu mempunyai
sikap, hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa.
3. Perlu serius tentang masalah ini kerana dikhuatiri akan
merosakkan generasi akan datang.
Terima kasih banyak diucapkan kepada ketiga-tiga tetamu kita
pada hari ini.
Semoga perkongsian tentang isu gejala sosial dapat memberi
manfaat kepada semua penonton dan mengambil iktibar
bersama-sama.
Itu sahaja masa yang kita ada.
Jumpa lagi besok edisi hari Khamis, jangan ke mana-mana
terus setia bersama rancangan-rancangan menarik di TV9
Hatiku.
Jumpa lagi besok, Nasi Lemak Kopi O.

Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai