Anda di halaman 1dari 8

PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang


berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang
semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan
tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan
seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan
perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:
1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,Selanjutnya,
seterusnya, di samping
2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,Kemudian, kemudian
daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
diterangkan
4. Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,Umpama, bagai,
bak kata, sebagai
5. Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai Kesimpulan, akhir
kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,Bertentangan
dengan
7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada Mulanya,
lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
8. Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran,
jadi,Dengan itu
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2


9. Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama Juga
dengan
10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun,
namun begitu, bertentangan dengan
11. Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya,
tentulah,pastilah, sememangnya*
Penanda wacana
i) penanda permulaan karangan
a) pada era globalisasi ini,
b) pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) dalam meniti arus kemodenan ini,
d) dewasa ini,
e) pada masa ini,
f) kini,
g) dasawarsa ini,
h) dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) sejak sedekad yang lalu,
j) sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) kebelakangan ini,
l) belakangan ini,
m) sejak akhir-akhir ini,
sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal
dan minda kita telah .
sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri
ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran
dan rintangan yang bakal menghambat.
dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada
dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai
permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita
sendiri.
dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini
sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat
menyaksikan
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2


Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan
oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan
akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang
menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif
dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah
bersarang lama di negara kita ini.
setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju
dengan pendapat yang menyatakan .
tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar
masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

ii) penanda memulakan isi baharu
a) selain itu,
b) di samping itu,
c) sementara itu,
d) lebih-lebih lagi,
e) dalam pada itu,
f) lain daripada itu,
g) pada waktu yang sama,
h) dalam pada itu,
i) seterusnya,

iii) penanda huraian isi karangan
a) hal ini demikian kerana
b) hal ini berlaku kerana
c) hal ini terjadi kerana
d) hal ini disebabkan oleh
e) hal ini wujud akibat daripada
f) hal ini bersangkut-paut dengan
g) hal ini berpunca daripada
h) hal ini tercetus apabila
i) hal ini timbul apakala

iv) penanda memberi contoh dalam karangan
a) misalnya,
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2


b) contohnya,
c) sebagai contoh,
d) tamsilnya,
e) sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) antaranya adalah seperti

v) penanda menghuraikan contoh
a) hal ini mengakibatkan
b) hal ini menyebabkan
c) oleh itu,
d) maka,
e) oleh hal yang demikian,
f) oleh sebab itu,
g) jelaslah bahawa
h) justifikasinya,
I) sebagai contohnya
j) biar kita lihat
k) biar kita ambil contoh
l) bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
m) sebagai analoginya,
n) contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

vi) penanda menutup isi
a) kesannya,
b) natijahnya,
c) akibatnya,
d) akhirnya,
e) dengan itu,
f) dengan berbuat demikian,
g) dengan keadaan sedemikian,
vii) penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
contoh:
masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang
memeningkan kepala (huraian 1)_(x)_ membimbangkan semua
pihak. (huraian 2)
a) justeru
b) malah
c) malahan
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2


d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) penanda memulakan perenggan penutup
a) kesimpulannya,
b) intihanya,
c) secara tuntas,
d) konklusinya,
e) sebagai penutup wacana,
f) sebagai penghias bicara akhir,
g) sebelum mengakhiri wacana ini,
h) secara keseluruhan,
i) secara total,
j) sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
k) dengan ini diharapkan
l) bukan itu sahaja
m) mudah-mudahan perkara ini
n) dengan keizinan tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
o) jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan
p) demi merealisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita bersama-
sama

ix) penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) walau bagaimanapun,
b) walakin begitu,
c) namun demikian,
d) daripada perspektif yang berbeza,
e) jika dilihat dari sudut lain,
f) dengan kata lain,
g) kontradiksinya,
i) di sebalik itu,
j) dalam pada itu,
k) dari sudut lain,
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2



x) penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) bak kata peribahasa, .......
B) bak kata peribahasa melayu, ............
C) bak kata orang tua-tua, ...........
D) bak kata mutiara, .........
E) bak peribahasa, ............
F) bak kata cendekiawan, .............
G) persis kata peribahasa, ............
H) persis kata peribahasa melayu, .............
I) persis kata orang tua-tua, ............
J) persis kata mutiara, ............
K) persis peribahasa, ...............
L) persis kata cendekiawan, .............
M) hal ini sama dengan peribahasa ..........
N) senario ini persis dengan peribahasa melayu, yakni .......
O) fenomena ini dikatakan
p) masalah ini sama dengan peribahasa ...........
Q) saya yakin rakyat malaysia mengenali peribahasa ..........
Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan
a) kita dapat menyaksikan betapa
b) kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana
c) lazimnya, dalam keadaan
d) namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan
ialah
e) pada hemat saya
f) pada pandangan saya
g) pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa
h) sebagaimana yang kita ketahui
i) sebagaimana yang kita maklumi
j) sejak awal lagi
k) sejak kebelakangan ini
l) selain itu, pada masa ini juga
n) umum mengetahui bahawa
o) lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

penanda wacana untuk ayat 2 dan seterusnya dalam karangan
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2


bagi sesetengah orang
begitu juga dengan
begitu juga halnya dengan
bertitik tolak daripada itu
bukan itu sahaja
dalam hal ini
dalam konteks ini ..
dalam zaman yang serba canggih ini
daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa
dengan adanya
dengan berbuat demikian
dengan perkataan lain ..
disebabkan hal itu
disebabkan keistimewaan inilah kita ..
hal ini berlaku disebabkan
hal ini penting dalam
hal ini serupa dengan
hal yang serupa berlaku apabila
ini disebabkan
ini membuktikan bahawa
ini menggambarkan bahawa
ini secara tidak langsung akan
ini semua meninggalkan kesan kerana
ini tentu sekali membuatkan
jadi kita perlu
jadi kita hendaklah
keadaan ini tentunya
lantaran itu sehingga kini
kesemua ini menyumbang kepada
kita mengakui hakikat bahawa
kita sering menonton di kaca televisyen
kita sering membaca di dada-dada akhbar
memandangkan keadaan yang sedemikian
namun sejak kebelakangan ini
oleh itu, bolehlah dikatakan
secara logiknya masa yang
sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita
keadaan ini seharusnya boleh
PENGUNAAN PENANDA WACANA PANITIA BAHASA MELAYU SMKTSJ2


walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
kendatipun demikian, kita masih
yang paling nyata ialah
yang perlu kita pastikan ialah

penanda wacana untuk menyatakan statistik
berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini
menunjukkan
statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian ..
Pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

Anda mungkin juga menyukai