Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kesemua perkataan adalah terdiri daripada kata akar, kata berimbuhan dan kata

ganda. Perkataan bangun, tidur, cantik dan gentar merupakan kata akar atau kata dasar kerana perkataan ini dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna. Bagi perkataan biri-biri, anai-anai , anak-anak pula merupakan kata ganda penuh atau seluruh yang membawa maksud sama ada tunggal atau jamak. Perkataan pembangunan, gementar ,kecantikan dan menidurkan merupakan kata terbitan iaitu bentuk kata yang mengalami pengimbuhan, sama ada imbuhan awalan, sisipan, apitan ataupun akhiran seperti berikut : 1. kecantikan -- kata akarnya cantik --- imbuhan apitan------- kean 2. menidurkan -- kata akarnya tidur --- imbuhan apitan------ mekan 3. gementar -- kata akarnya gentar--- imbuhan sisipan ------ em 4. Pembangunan -- kata akarnya bangun-- imbuhan apitan-- pem.....an.

Assalamualikum, Empat baldi pasir halus. Kata baldi dalam ayat di atas tergolong dalam kata nama yang merujuk kepada benda. Kata nama (baldi) disertai oleh kata bilangan ( empat ) tanpa penjodoh bilangan. Kata nama juga dikenali sebagai kata benda. Dari segi semantik, kata nama ialah kata yang merujuk kepada nama bagi sesuatu, sama ada nama benda, orang, konsep, binatang, perkara dan tempat. kata nama boleh dalam bentuk kongkrit atau abstrak. Contoh ayat: Dua cawan gula melaka. Beberapa biji bola takraw.

Salam.

Asalamualaikum dan salam sejahtera, Menurut Nik Sapiah Karim et al ,2008 Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu. Contohnya, kata tugas ke, sangat, dan, sisi, tolong, apa, tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat kecuali hadir bersama dengan kata lain. selain itu, makna kata tugas tersebut timbul hanya dalam ayat. (i) akan (ii) memang, akan (iii) untuk (iv) amat untuk (v) (vi) (vii) jika, juga hanya jangan golongan kata prafrasa golongan kata prafrasa - golongan kata prafrasa golongan kata prafrasa golongan kata prafrasa jenis kata bantu jenis kata penegas jenis kata sendi nama jenis kata penguat bebas jenis kata sendi nama

golongan kata penyambung ayat jenis kata hubung golongan kata prafrasa dan pascafrasa jenis kata penegas golongan kata praklausa jenis kata perintah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Menurut pendapat Ahmad Khairi Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan Ton Ibrahim dalam buku Tatabahasa Asas (2012:115-116) t menyatakan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua, iaitu a. kata kerja perbuatan b. kata kerja keadaan.

Fokus kita ialah tentang kata kerja tidur, berenang, lusuh dan hilang. Jelas kepada kita perbezaan keempat-empat perkataan itu.Tidur dan berenang ialah kata kerja perbuatan kerana ia menampakkan gerak perbuatan manakala lusuh dan hilang kata kerja keadaan kerana tidak menampakkan adanya gerak perbuatan.

Anda mungkin juga menyukai