Anda di halaman 1dari 2

Sipnopsis Jalan Cerita (Persahabatan)

Kisah ini bermula apabila Aron (budak Bandar) terpaksa mengikuti ibu dan bapanya
pulang ke kampung halaman yang terletak di Changlun, Kedah selama 3hari 2malam.
Pada mulanya Aron tidak mahu pulang kerana dia merasakan bahawa keadaan
dikampung amat membosankan berbanding dibandar. Tambahan pula ‘line’ dikampung
itu sukar diperolehi. Atas dasar terpaksa, Aron perlu jua pulang.

Babak satu

Didalam perjalanan, Aron hanya mendiamkan diri sahaja. Selepas waktu Asar, Aron
berasa bosan lalu duduk ditangga rumah untuk bermain ‘game Angry Bird’. Dalam masa
yang sama Aron terdengar suara riuh rendah berhadapan rumahnya. Dia membuat
keputusan untuk pergi melihat apakah yang sedang berlaku. Namun begitu, dia tertarik
pada Meon dan Ipin (budak kampung) yang sebaya dengannya yang sedang bermain
permainan Keteng-teng. Dengan wajah yang sombong dan hairan Aron melihat Meon
dan Ipin bermain sambil ketawa kecil. Meon mengajak Aron untuk bermain bersama.
Tetapi Aron enggan untuk bermain. Malahan, Aron sangat bangga dengan Ipad miliknya.
Mereka saling mempertahankan permainan masing-masing.

Babak dua

Keesokkan harinya, setelah mendengar ayam jantan milik datuknya berkokok, Aron
tersedar dari tidur yang lena, dia mencuci muka dan berjalan disekitar rumah datuknya.
Dia melihat basikal usang milik datuknya. Dia mencapai basikal itu dan keluar tanpa
pengetahuan ibu dan bapanya. Sedang asyik dia bersiar-siar, Aron ditimpa musibah.
Mujur Meon dan Ipin yang sedang asyik melastik burung berhampiran kawasan kejadian
terdengar bunyi yang sangat kuat. Meon dan Ipin bergegas kearah dari mana datangnya
bunyi itu tadi. Mereka melihat Aron yang sedang menahan kesakitan dibahu jalan. Ipin
mengeluarkan ideanya untuk menelefon ambulans.
Babak tiga

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, didalam perjalanan keluar dari kampung, Aron
terserempak dengan Meon dan Ipin di tepi jalan. Aron turun untuk mendapatkan mereka
lalu memohon maaf atas kesombongan dia selama ini. Meon dan Ipin sedia memaafkan
Aron dengan syarat mereka perlu menjadi sahabat buat selamanya. Aron berasa seronok
kerana mempunyai rakan yang baik hati seperti mereka. Sejak dari peristiwa itu, Aron
selalu menghabiskan masa cuti persekolahannya di Changlun, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai