Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Emosi merupakan salah satu tunjang yang penting dalam kehidupan setiap
insan di muka bumi ini.

Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud

perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Jika emosi
diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan
yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan
sesuatu perkara. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan
pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru perlu faham emosi pelajar
kerana dalam kalangan mereka terdapat perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani.
Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku
seseorang. Tekanan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi
melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Tekanan emosi boleh dialami
oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah. Jika
tekanan emosi yang terjadi kepada murid berlarutan, ini akan menjadi penyakit yang
lebih serius dan berlaku gangguan mental.
Definisi Tekanan Emosi
Tekanan emosi atau stres merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi
orang yang kerap menghadapi masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat,
tekanan emosi merupakan satu keadaan di mana seseorang itu merasa resah,
cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau fizikal. Morstt
& Furst (1979:7) menyatakan tekanan atau stress adalah sesuatu keadaan yang
dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujukan keadaan
tidak selasa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh
badan.
Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981:121) pula member definisi tekanan
sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa
yang boleh menggugatkan keupayaan seseorang untuk mengendali sesuatu situasi.
Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam mendefinisikan
tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296) yang menyatakan
bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri
dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu
dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan
individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia
akan menyebabkan individu mengalami ketegangan. Kesimpulannya, tekanan atau

stress merupakan satu tindak balas tubuh kepada keadaan fizikal atau emosi yang
menyebabkan ketidak seimbangan dalam kehidupan seseorang. Tekanan kadang
kala adalah suatu perkara yang normal dan boleh diramal dalam kehidupan kita.
Kanak-kanak dan remaja bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap
tekanan. Sesetengah mereka jatuh sakit. Sesetengahnya mungkin berputus asa,
gementar, dan ada juga yang marah-marah dan meminta perhatian. Dalam
sesetengah kes, tekanan emosi boleh juga membantutkan perkembangan pelajar
tersebut.
Secara keseluruhannya tekanan emosi adalah:

Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran,

gangguan fungsi kehidupan,

perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah,

kekangan dan desakan hidup,

peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang


negatif,

tekanan yang mengakibatkan kebimbingan,

keletihan dan ketegangan kepada individu

Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas
kimia dalam tubuh.

Hakikatnya tekanan emosi itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kadang kala
kita memerlukan tekanan sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh
dikendalikan ia akan membebankan kita.
TANDA-TANDA TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
Tekanan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan
pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan
kemurungan. Pelajar yang menghadapi tekanan emosi dapat dikenal pasti melalui
beberapa tanda iaitu kurang selera makan, loya tekak dan sering muntah, suka
menyendiri atau mengasingkan diri. Mereka juga sering mengalami sakit perut atau
sakit kepala, kemurungan, kelihatan sedih atau kecewa, kurang keyakinan diri,
kerap menangis tanpa sebab dan kencing malam. Selain itu, mereka juga suka
menggigit kuku, cepat marah dan bertindak agresif.

Mereka juga menunjukkan

kebimbangan yang melampau, kelihatan lesu atau letih dan sering mengantuk,
kerap diserang penyakit dan bertingkah laku ganjil.

PUNCA TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH


Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan
murid di sekolah. Terri Mouro (2004) menyatakan punca-punca gangguan emosi
murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor
guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.
Tekanan emosi dalam kalangan pelajar berpunca daripada persekitaran sekolah
yang tidak kondusif. Contohnya, berpunca daripada masalah kesesakan didalam
kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan
disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan
Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa
kecenderungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur
rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud pelajar mungkin melakukan
kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan
mengganggu emosi mereka.
Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa
kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses
pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada
pelajar nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
secara langsung akan mengganggu pelajar yang ingin belajar dan menyebabkan
mereka mengalami tekanan emosi.

Terdapat juga kes dibuli rakan semasa di

sekolah tanpa pengetahuan guru atau pentadbir menyebabkan mangsa mengalami


tekanan emosi yang hebat. Faktor guru yang sering mengamalkan diskriminasi
atau pilih kasih juga menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca pelajar
mengalami tekanan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan
perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan pelajar. Peristiwa dalam
hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang
yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan,
penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis
kewangan dan lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk
perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru.
Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke

atas masalah emosi seseorang pelajar. Peristiwa yang sedemikian akan


menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan
tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, pelajar akan
berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.
Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang
mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan
perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanakkanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari
segi tingkah laku, pelajar berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara
satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang
meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi.
Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang
memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak
tersebut. Pelajar yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan
aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan
sesuatu perkara.
Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit
berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun
begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan
daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan
merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.
Pelajar yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik
hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan
idea yang baik. Pelajar yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Pelajar ini
akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari
rakan sebaya. Pelajar sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan
terlalu mendesak. Pelajar yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior,
rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak
menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang
perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku pelajar di dalam kelas.

Faktor persekitaran masyarakat juga, antara faktor tekanan emosi dalam


kalangan pelajar. Pelajar yang pandai diterima oleh masyarakat manakala pelajar
yang lemah disingkirkan. Dikelilingi oleh masyarakat yang tidak mengambil tahu
dan tidak memperdulikan keadaan sekeliling.

Pelajar yang pernah mengalami

gangguan seksual atau dirogol oleh jiran pasti akan mengalami masalah tekanan
emosi jika tidak diuruskan dengan betul, kemungkinan pelajar terbabit akan
mengalami gangguan mental dan bertindak di luar dugaan.
ISU-ISU YANG BERKAITAN
Kes pertama, seorang pelajar lepasan UPSR 2007, dijumpai tergantung di jeriji
tingkap bilik tidurnya gara-gara mengalami tekanan emosi kerana tidak mendapat
5A di dalam peperiksaan tersebut seperti yang diharapkan oleh keluarga.
Kes ke dua, seorang pelajar tingkatan tiga, cuba menelan pil tidur berlebihan
dengan niat membunuh diri kerana tekanan emosi akibat masalah penceraian ke
dua ibu bapa, sering dimarahi guru dan bapanya di hadapan rakan-rakan.
Kes ke tiga , di Butterworth, seorang murid tahun enam mengalami trauma dan
tekanan emosi dengan tidak pulang ke rumah setelah dirotan oleh guru dan dihalau
keluar dari bilik darjah.
Kes ke empat, di Melaka, seorang pelajar tingkatan lima mati akibat tindakan
nekad meminum racun setelah kecewa dengan keputusan SPM.
Kes ke enam, di Kuala Terengganu, apabila seorang remaja membunuh bapanya
dan mencederakan abangnya dengan mengunakan pisau yang dihasilkan sendiri
oleh bapanya.
Dalam satu kes, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian
SekolahRendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit
perut, dan tidak dapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah,
dan kurang keyakinan yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan
jayanya.
Dalam kes yang lain pula seorang kanak-kanak enam tahun dibawa ke klinik
kerana sering kencing malam. Apabila diperiksa tahap kesihatannya memuaskan

tetapi apabila diselidiki keaadaan psikologi keluarganya, doktor mendapati bahawa


ayahnya bekerja jauh dan tidak pulang selama enam bulan dan kanak-kanak ini
rapat dengan ayahnya.

Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat

perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi atau stress akhirnya menyebabkan dia
sering kencing malam dan mencuri barang kawan-kawannya di tadika.
Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak-kanak sering kencing malam dan
tiada selera untuk makan akibat suasana rumah yang kurang stabil di mana ibu
bapa sering bertelagah dan ada ura-ura untuk berpisah atau bercerai.
Ini adalah antara kes yang dipaparkan disini sebenarnya banyak lagi kes-kes
lain yang berlaku akibat dari tekanan emosi dalam kalangan pelajar sekolah.
Gangguan emosi bukan sahaja terjadi dalam kalangan orang dewasa bahkan dalam
kalangan remaja, kanak-kanak malah peringkat bayi juga.
PENDAPAT DAN HUJAH
Kebelakangan ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri yang berlaku dalam
kalangan pelajar sekolah.

Walau apapun puncanya, sudah pasti ia berkaitan

dengan masalah tekanan emosi atau gangguan terhadap kesihatan mental pelajar
terbabit. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan
masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar adalah 20.3 peratus.
menunjukkan peningkatan berbanding 13 peratus pada tahun 1996.

Ini

Dengan

peningkatan ini, pada Januari 2011, Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental,
Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan memutuskan
supaya satu projek perintis Program Minda sihat Menangani Stress dilaksanakan di
enam buah sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Program ini adalah untuk

mengenalpasti status kesihatan mental pelajar-pelajar melalui saringan tahap


stress, keresahan dan kemurungan.

Mereka yang bermasalah akan diberi

intervensi sewajarnya termasuk kaunseling.


Peratusan kes daripada hasil kajian tersebut yang secara relatifnya agak tinggi,
sudah pasti membimbangkan kita semua. Hal ini perlu ditangani segera agar jumlah
kes tidak terus meningkat hingga mengundang keadaan yang lebih serius berlaku.
Oleh hal yang demikian, gejala masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja
atau pelajar perlu ditangani dari awal. Tekanan emosi sekiranya tidak diuruskan

pada peringkat awal, boleh menjadi parah dan seterusnya menular kepada masalah
mental.
Memang tidak dinafikan bahawa zaman kanak-kanak dan remaja ialah era
peralihan ke alam dewasa dan banyak perubahan dari segi perkembangan fizikal,
kognitif serta emosi berlaku dalam tempoh ini. Tidak mustahil pada usia ini, pelajar
sering dikaitkan dengan jiwa yang cenderung untuk memberontak. Apatah lagi,
alam remaja merupakan tempoh yang mendedahkan mereka kepada banyak
tekanan emosi. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor
pendidikan kerana menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia
remaja. Selain itu, remaja juga terperangkap dengan harapan ibu bapa yang
terlalu tinggi, masalah kurang perhatian keluarga dan tahap keyakinan diri yang
menurun.
Kita sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa, tetapi hakikatnya
perkara ini turut berlaku pada kanak-kanak dan remaja, justeru bayi mengalami
tekanan juga. Bayi menangis, mungkin kerana lapar atau kembung perut,
merupakan isyarat bahawa mereka mengalami tekanan. Cuma punca dan tahap
tekanan mereka berbeza daripada orang dewasa dan remaja.

Oleh hal yang

demikian, bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan
mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal
pasti puncanya terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk
seseorang itu menguruskan masalah tekanan emosinya.
Masalah tekanan emosi kadangkala membawa kepada kemurungan yang boleh
menyebabkan pelajar ini bertindak diluar kawalan seperti membunuh dan
mencederakan diri,

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi,

Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar M. Zain, berdasarkan kepada keskes remaja yang dirujuk, 15 peratus daripadanya adalah kes-kes kemurungan
akibat tekanan emosi yang dialami. Dari statistik tersebut, ia didapati lebih banyak
berlaku di bandar berbanding luar bandar. Ini adalah kerana system social di luar
bandar lebih baik kerana jiran dan saudara mara masih memainkan peranan dalam
perkembangan generasi muda ini. Ikatan kekeluargaan juga amat rapat berbanding
di bandar.

RUJUKAN

Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa April 2012

http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai