Anda di halaman 1dari 3

AQIDAH

KONSEP ISTIA’NAH DAN TAWAKAL


Muqaddimah

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran:

    


Bermaksud: ”Hanya Engkau sajalah yang kami sembah dan hanya Engkau sajalah tempat kami memohon
pertolongan.”
(Al-Fatihah:5)

Istia’nah dan tawakal mempunyai hubungan yang amat rapat dengan ibadah. Di dalam ayat ini Allah
SWT memerintahkan hamba-hambaNya untuk tulus ikhlas dalam beribadah, menundukkan diri dengan
kepatuhan mutlak terhadapNya dan hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah SWT di dalam
semua urusan.

Istia’nah

Dari pengertian bahasanya dapatlah difahami bahawa istia’nah adalah bererti memohon pertolongan, namun
begitu ianya memerlukan kepada huraian yang agak panjang. Ini kerana adalah sukar untuk menterjemah
maksud perkataan bagi satu bahasa ke bahasa yang lain terutamanya bahasa Arab, bahasa Al Quran yang
turun sebagai Wahyu Ilahi.
Penekanan yang di beri oleh ayat kelima Surah Al Fatihah itu adalah penyataan pengakuan yang
penuh; bahawa hanya kepada Allah SWT sahajalah kita mohon pertolongan, tiada yang lain!
Dalam ayat Iyyaka na’budu ditekankan hanya kepadaNya sahaja di hadapkan sekalian penyembahan
dan ibadah, lantaran Allah SWT itu tidak bersekutu. Maka mengakui hanya yang patut disembah sebagai Ilah
hanyalah Allah SWT dinamai Tauhid Uluhiyyah. Oleh itu jelas di sini bahawa terdapat perkaitan yang sangat
rapat dan halus di antara ibadah, istia’nah dengan tauhid uluhiyyah. Ketiga-tiganya meletakkan hanya Allah
sahajalah segala-galanya, baik dari segi sembahan, ketundukan mahupun dari segi memohon bantuan dan
pertolongan.
Istia’nah iaitu memohon pertolongan pada ayat ini adalah bererti pengakuan kita sebagai hamba
bahawasanya kita ini tidak mempunyai kuasa untuk mencapai segala perancangan kita, hanyalah dengan
bantuan Allah segala matlamat dan perancangan dapat dicapai. Tenaga kita sangat terbatas dan tidak
mungkin dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan dari Allah SWT. Ia juga merupakan pengakuan
bahawasanya kita juga tidak mengharapkan pertolongan dari yang lain, selain Allah SWT sebab telah
ditanamkan keyakinan dalam diri kita bahawa sagala yang lain tidak berkuasa dan tidak ada daya upaya untuk
menolong kita.
Namun begitu kita tetap diperintahkan oleh Allah SWT untuk bertolong tolongan sesama makhluk,
bertolong-tolongan sesama manusia, seperti mana firman Allah SWT:

            


Bermaksud: ”Dan tolong-menolonglah kamu di dalam (melakukan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu
tolong menolong di dalam membuat dosa dan permusuhan.” (Al-Ma idah: 2)
AQIDAH

Akan tetapi konsep tolong-menolong sesama manusia dan makhluk ini tidaklah dinamakan istia’nah,
tetapi mu’awanah. Ini bermaksud, sebagai seorang mukmin, isti’anah hanya ditujukan kepada Allah SWT
sahaja, tetapi kita masih tolong menolong (mu’awanah) sesama makhluk sebab melaksanakan perintah Allah
SWT juga.
Tauhid dengan jalan isti’anah membangkitkan kekuatan pada diri sendiri supaya terus berhubung
dengan Allah, yang menjadi sumber segala kekuatan. Memohon pertolongan dari Allah bukanlah kelemahan
tetapi di sanalah letaknya kekuatan. Hanya orang yang jahil sahaja akan mengatakan dirinya sanggup berbuat
apa sahaja yang dia kehendaki.

Tawakkal

Tawakkal juga mempunyai perkaitan rapat dengan keimanan kepada Uluhiyyah Allah SWT, juga berkait rapat
dengan istia’nah. Tawakkal adalah berasal dari perkataan wakalah iatu menyerahkan. Contohnya; Ahmad
mengwakalahkan urusannya kepada Ali. Bermaksud Ahmad menyerahkan urusannya kepada Ali dengan
menaruh kepercayaan kepada Ali untuk diuruskan.
Adapun orang yang diperserahkan tu dinamakan wakil . Dan dinamakan orang yang menyerahkan itu
yang mewakilkan kepadanya dan yang menyerahkan kepadanya (muwakkil).
Tawakkal mempunyai keutamaan tersendiri dalam peneguhan iman. Keutamaan-keutamaan ini
terdapat di dalam firman Allah SWT:

       


Bermaksud: ”Bertawakkallah kau kepada Allah, kalau kamu benar-benar beriman.” (Al-Ma idah:23)

Firman Allah SWT lagi:

     


Bermaksud ”Maka bertawakkallah kepd Allah orang-orang yang bertawakkal.” (Surah Ibrahim: 12)

Firman Allah SWT lagi:

      


Bermaksud: ”Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mempercukupkan keperluannya.”
(At-Thalaaq: 3)

Firman Allah SWT lagi:

     


Bermaksud:”Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal.” (Ali I’mran: 159)

Ayat kelima surah Al Fatihah ini selain daripada memerintahkan kita istia’nah hanya kepada Allah, turut
juga ditekankan supaya kita bertawakkal hanya kepada Allah sesudah berusaha. Adapun menurut Imam Al
Ghazali, tawakkal itu terdapat tiga darjat:
AQIDAH

 Pertama: Tawakkal kepada Allah SWT iaitu dengan mempercayai pertolongan dan bantuan dari Allah.
Umpama seorang itu menyerahkan urusan kepada wakilnya dengan menaruhkan kepercayaan kepada
wakilnya itu.

 Kedua: Peringkat tawakkal yang lebih kuat. Tawakkalnya (penyerahannya) itu kepada Allah adalah
seumpama anak kecil terhadap ibunya. Ia tidak akan berlindung selain dari ibunya, tidak berpegang
selain dari ibunya dan apabila melihat ibunya nescaya ia akan bergantung pada hujung kain ibunya.

 Ketiga: Merupakan peringkat tawakkal yang tertinggi, bahawa dia berada di hadapan Allah SWT dalam
segala gerak laku dan perbuatannya, dengan penyerahan yang penuh sebulat hati. Diumpamakan
seperti mayat yang menyerahkan urusannya bulat-bulat pada orang yang menguruskan jenazahnya itu.

Peringkat yang ketiga ini adalah yang paling tinggi. Pada tawakkal peringkat pertama, seseorang itu
boleh lagi menetapkan permintaan kepada wakilnya. Pada peringkat yang kedua pula, seorang anak kecil
masih lagi boleh merengek meminta susu kepada ibunya ketika lapar. Namun begitu pada peringkat ketiga
adalah tawakkal sepenuh hati dan sebulat-bulatnya tanpa sebarang permintaan lagi.

Khatimah

Dalam Islam konsep tawakkal yang di tuntut adalah Tawakkal bil amal, iaitu tawakkal yang disertai dengan
usaha dan perbuatan. Seperti mana yang terdapat di dalam satu kisah di zaman Nabi Muhammad SAW,
apabila datang seorang sahabat kepada baginda, lalu baginda bertanya: “Kemanakah perginya unta kamu?”
Jawab sahabat itu: “Aku bertawakkal kepada Allah SWT untuk menjaganya.” Lalu Rasulullah SAW memarahi
sahabat itu dan diperintahkan agar dia mencari kembali untanya untuk ditambat.
Ini bererti Rasulullah mengajarkan kepada ummatnya agar berusaha terlebih dahulu sebelum
diserahkan kepada Allah SWT. Andainya sudah berusaha, misalnya sudah berusaha bersungguh-sungguh
untuk berjaya di dalam peperiksaan, kemudian bertawakkal kepada Allah SWT, namun masih menemui
kegagalan; itu dinamakan taqdir Allah SWT yang mempunyai hikmah yang tersembunyi, kerana Allah SWT
sahajalah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Dan Allah SWT tidak sekali-kali akan menzalimi hambaNya.

Firman Allah SWT:


          
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (telah
berusaha) mengubah nasib mereka sendiri.”(Ar Ra’d: 11)

Anda mungkin juga menyukai