Anda di halaman 1dari 15

PEMBANGUNAN DALAM

ISLAM
Peranan Manusia
• Menjadi Khalifah Di Muka Bumi
• Firman Allah: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada malaikat: ‘Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi.” (al-Baqarah: 30).
• Manusia adalah khalifah Allah di bumi
• Tugas khalifah meliputi dua aspek, iaitu:
• Mengakkan agama Allah
• Membangunkan dunia dengan peraturan Allah
Definisi Pembangunan
• Dari segi bahasa: usaha /kegiatan
membangunkan, emajukan/mengembangkan.
• Pembangunan sering diertikan dengan
perubahan, pemodenan dan mobiliti.
• Dalam bahasa Inggeris disebut development,
iaitu perihal mengembangkan, perkembangan,
kemajuan dan pembangunan (Kamus
Dwibahasa, 1999)
• Dalam Bahasa Arab disebut dengan istilah al-
Taqaddum yang bermaksud
kemajuan/tatawwur yang bererti berkembang
(Munawwir, 1997)
• Dari segi istilah: usaha membangunkan
potensi yang ada pada diri manusia dan
persekitaran bagi mencapai kecemerlangan di
dunia dan mencapai hasanah di akhirat
• Walau bagaimanapun sehingga kini konsep
pembangunan masih kurang jelas dan samar,
menyebabkan ia sering dibataskan
pengertiannya kepada sesuatu yang berunsur
material dan keduniaan (seperti politik, sosial,
ekonomi, pentadbiran dan lain-lain) semata-
mata.
Menurut Ziauddin Sardar
• Pembangunan dalam konteks Islam
bermaksud keupayaan untuk mewujudkan
ciri-ciri keislaman dalam diri individu,
keluarga, masyarakat, ummah dan juga
negara.
• Semakin dekat sesebuah negara itu dengan
Islam, semakin majulah negara tersebut dan
begitulah sebaliknya.
• Pembangunan mengikut perspektif Islam
bermaksud pengucapan dinamisme budaya
yang dinyatakan oleh keinginan umat untuk
berada dalam keadaan Islam.
Aspek Pembangunan Islam
• Pembangunan dalam diri manusia:
– Jasad (fizikal)
– Roh (spiritual: jiwa, akal, intelek, budi, emosi dll)

Pembangunan di luar diri manusia iaitu kebendaan (material)


Ekonomi
Politik
Sosial
Ilmu pengetahuan dan falsafah
Peradaban
Sains dan teknologi
Skop Pembangunan Islam Vs Barat
• Barat: hanya mementingkan pembangunan
material/kebendaan semata-mata dengan menyediakan
segala kemudahan infrastruktur yang diperlukan dalam
kehidupan manusia, menjadikan mereka hidup senang
dan selesa.
• Islam: mementingkan pembangunan material dan
pembangunan spiritual/kerohanian – menyediakan
suasan yang boleh membentuk akal yang sejahtera dan
iman yang teguh kepada Allah SWT di samping
mewujudkan keadaan yang menjamin keamanan dan
kebebasan dari rasa takut/tekanan jiwa.
Unsur Kekuatan Untuk Mencapai
Pembangunan Hakiki
• Kekutan iman
• Kekuatan ilmu dan amal
• Kekuatan akhlak
• Kekuatan ekonomi
• Kekuatan sosial
• Kekuatan jihad
Ciri-ciri Pembangunan Islam
• Keseimbangan dan kesepaduan
• Keadilan dan kesamarataan
• Memenuhi kemaslahatan dan mengelak
mudharat.
• Penerapan nilai-nilai spiritual dan akhlak bagi
mewarnai aspek-aspek material.
Asas-asas Pembangunan Islam
• Tauhid: asas ini meletakkan beberapa peraturan
tentang hubungan manusia dengan Allah dan
hubungan manusia dengan sesama makhluk.
• Hubungan manusia dengan Allah: meliputi soal-soal
akidah kepercayaan dan kesedaran jiwa manusia
bahawa mereka adalah hamba kepada Allah.
• Hubungan manusia dengan alam ini: manusia harus
sedar bahawa mereka adalah bertanggungjawab
kepada manusia dan makhluk-makhluk lain termasuk
flora, fauna, udara dan alam sekeliling keseluruhannya.
• Khilafah: manusia diamanahkan untuk
memakmurkan bumi dengan acuan yang diturunkan
oleh Allah (wahyu).
• Tazkiyah: membangunkan dan menyuburkan
kebaikan yang sedia ada di dalam diri manusia
sehingga mereka mampu memenuhi kehendak dan
tujuan Pencipta iaitu dengan cara:
– Beriman dan beribadat serta mencintai al-ma’rufat
– Mengekang hawa nafsu dan membenci al-mungkarat.
– Muhasabah diri bagi memperbaiki akhlak.
Matlamat Pembangunan Menurut Perspektif
Islam
• 1. matlamat pembangunan insan
– Menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
– Mencapai al-falah di dunia dan akhirat.

2. Matlamat pembangunan material


- Menyediakan prasarana bagi peningkatan taraf hidup.
- Memenuhi keperluan hidup: dhruriyah, hajiyah dan tahsiniyah.
- Mengembangkan pengeluaran mengikut keperluan.
- Mewujudkan pembangunan yang adil dan seimbangan dari segi
bidang dan wilayah.

Anda mungkin juga menyukai