Anda di halaman 1dari 28

4

1 DEFINISI TUHAN

Perkataan tuhan secara amnya boleh didefinisikan dengan beberapa pengertian. Menurut
Kamus Dewan, tuhan adalah Allah yang mencipta alam semesta, merupakan Yang Esa Allah
yang hanya satu (Tunggal). Manakala bertuhan pula ialah kepercayaan kepada Tuhan.
Seterusnya, ketuhanan didefinisikan kepada tiga iaitu, sifat keadaan Tuhan, contohnya, Maha
Suci bagi Allah yang tinggi. menunjukkan sifat2 keadaan-Nya sebagai Tuhan. Yang kedua,
membawa maksud perihal Tuhan iaitu ilmu-ilmu mengenai Tuhan dan agama. Dan yang
ketiga membawa maksud kepercayaan (kebaktian) kepada Tuhan yang merupakan dasar
kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa (Kamus Dewan 1992:1394).

Definisi kedua untuk perkataan Tuhan ialah, sesuatu seperti dewa dan sebagainya yang
dipuja oleh golongan manusia yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan yang Esa. Bertuhan pula bermaksud percaya atau memuja Tuhan.
Hal ini ditujukan kepada mereka yang memuja sesuatu sebagai Tuhan. Bertuhankan pula
bermaksud bertuhan kepada sesuatu seperti harta benda iaitu mempertuhankan dengan
memuja sesuatu sebagai Tuhan atau memperdewakan sesuatu seperti pemikiran dan fahaman
Kapitalis (Ibid).

Berdasarkan kamus bahasa Inggeris, perkataan tuhan dipanggil sebagai ‘God’ yang
mempunyai dua definisi. Definisi pertama ialah sesuatu yang disembah dan dianggap
mempunyai kuasa terhadap alam dan mengawal segala urusan harian manusia. ‘God’ ini
dilambangkan atau digambarkan dalam bentuk kayu, batu, matahari, pokok dan
seumpamanya dengan menggunakan gelaran Dewa, Betara dan Dewata. Definisi kedua pula
ialah, pencipta atau pemerintah yang mentadbir seluruh alam (Dewan Bahasa dan Pustaka
2009:215)

Kalimah Allah yang digunakan dalam agama lain mempunyai makna yang berbeza dengan
kalimah Allah sepertimana yang terkandung di dalam al-Qur’an. Walaupun wujudnya
kemungkinan bahawa nama Allah turut disebutkan sama setelah tersebarnya keturunan kaum
nabi Nuh sebagaimana keturunan nabi Adam, namun ianya telah dicampuri dengan budaya-
budaya baru yang tidak selaras dengan risalah-risalah yang dibawa oleh nabi. Mereka
mencipta tuhan mereka sendiri yang dikenali sebagai dewa dan kemudian mereka sembah
(Ahmad Dzikran: T.T:45).
5

Firman Allah:

ِ ‫ِ أِل‬ ‫ِ هِنِ هِل‬


َ ‫َوﭐخَّتَ ُذواْ من ُدو ٓىءَا َةً اَّل خَي ْلُ ُقو َن َشيئًا َو ُه ْم خُيْلَ ُقو َن َواَل مَيْل ُكو َن َن ُفس ِه ْم‬
‫ضًّرا َواَل َن ْف ًعا‬

﴾٣﴿ ‫ورا‬ ِ
ً ‫َواَل مَيْل ُكو َن َموتًا َواَل َحيَاتًا َواَل نُ ُش‬

Maksudnya : “ Kemudian mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripadaNya (untuk


disembah), yang tuhan-tuhan itu tidak menciptakan apa pun, bahkan mereka sendiri
diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) sesuatu kemudaratan dari dirinya dan
tidak pula (untuk mengambil) suatu kemanfaatan pun dan juga tidak kuasa
mematikan, menghidupkan dan tidak pula membangkitkan.” (Quran, 25:3)

1.1 Definisi Tuhan Menurut Kristian.

Masyarakat atau penganut agama Kristan secara keseluruhannya berpegang kepada akidah
Tuhan itu tiga di dalam satu atau lebih lebih dikenali sebagai konsep Triniti. Triniti adalah
akidah yang mereka imani bahawa Tuhan itu satu tetapi di dalam tiga oknum. Ia meliputi
Tuhan yang bersemayam di syurga, Jesus anak Tuhan dan Ruh Kuddus (Rashidy Jamil
2008:28).

Istilah Triniti diperkenalkan oleh Tertullian. Istilah tersebut berasal daripada bahasa Latin
iaitu “trinitas”. Melalui penggunaan istilah tersebut, Tertullian menyatakan bahawa Tuhan
digambarkan melalui tiga individu iaitu Bapa (Tuhan yang bersemayam disyurga, Anak
Tuhan dan Ruh Kuddus sebagaimana yang dijelaskan oleh Rashidy Jamil melalui hasil
tulisannya cetakan 2008. Walaupun disebutkan dengan tiga oknum, Tertullian menegaskan
bahawa Tuhan adalah satu dan bukan tiga. Ini menunjukkan bahawa konsep Triniti yang
beliau perkenalkan adalah merujuk kepada monotheisme atau kepercayaan kepada Tuhan
yang satu (Louay Fatoohi 2009:368).

Berdasarkan pengertian tersebut dapatlah difahami bahawa penganut-penganut agama


Kristian percaya bahawa Tuhan itu satu. Walau bagaimanapun, pendefinisian terhadap
kedudukan satu Tuhan itu dalam tiga oknum tidak dapat diperjelaskan oleh penganut malah
ketua agamanya sendiri.
6

Manakala penyataan yang menyatakan bahawa Tuhan itu adalah bapa kepada Isa A.S.
merupakan fahaman orang-orang Yahudi yang tercatat dalam Perjanjian Lama (Old
Testament) bagi menunjukkan hubungan rapat antara Tuhan dan orang yang terpenting
bagiNya. Manakala, dalam Perjanjian Baru (New Testament) konsep Triniti lebih menjurus
kepada penyataan bahawa Isa A.S. atau lebih dikenali sebagai Jesus dalam kalangan penganut
Kristian adalah anak Tuhan. (Adel Elsaie 2012:44).

Berdasarkan kepada catatan sejarah, Isa A.S. tidak pernah mendakwa dirinya sebagai anak
Tuhan. Agama Kristian telah tersebar luas menjangkaui Empayar Rom. Kenyataan yang
mengatakan bahawa beliau adalah anak Tuhan datang daripada amalan dan kepercayaan yang
telah wujud dan tidak boleh dipisahkan daripada kalangan masyarakat pada zaman tersebut.
Pada ketika itu, masyarakat berpegang teguh kepada konsep Mithraisme dan apabila agama
Kristian tersebar, konsep Mithraisme itu diserap masuk ke dalam agama baru tersebut (Ibid).

Hal tersebut jelas menunjukkan bahawa istilah “Anak Tuhan” itu bukanlah datang dari
sumber asli agama Kristian itu sendiri tetapi kepercayaan tersebut diterapkan hasil daripada
percampuran budaya dan fahaman dalam kalangan penganut agama Kristian itu sendiri.
Keadaan tersebut berlaku akibat penyebaran agama Kristian yang meluas hingga ke Empayar
Rom yang pastinya melibatkan pelbagai latar belakang bangsa dan budaya dalam
masyarakat.

Konsep Mitraisme berasal daripada perkataan mithra atau mitra yang merujuk kepada
penyembahan penganut agama Hindu di India. Mithra atau lebih dikenali sebagai Dewa
Matahari dipercayai mempunyai peranan yang bertindak sebagai perantara yang
menghubungkan manusia dengan Tuhan dan juga jalan penghubung antara penduduk langit
dengan penduduk bumi (http://www.truthbeknown.com/mithra.htm 4 November 2013 :
1.47PM).

Perkara tersebut sama seperti yang diketahui pada masa sekarang bahawa penganut Kristian
mempercayai bahawa Jesus adalah anak Tuhan yang diutuskan ke bumi. Beliau menjelma
sebagai manusia untuk membimbing manusia ke arah kebenaran melalui cara hidup yang
ditunjukkannya (Rashidy Jamil 2008:23).

Hal tersebut menunjukkan terdapat sedikit persamaan dalam pemahaman konsep Triniti yang
diimani para penganut agama Kristian dengan konsep Triniti yang diimani atau menjadi
pegangan penganut-penganut agama lain khususnya agama Hindu.
7

Ayat yang menggunakan istilah “anak Tuhan” disebut berulang kali dalam Perjanjian Baru
(New Testament) dengan menggunakan kaedah yang berbeza sekaligus memberi makna yang
pelbagai terhadap penamaan istilah tersebut. Secara khususnya, istilah “anak Tuhan”
ditonjolkan melalui versi Matthew yang adakalanya tidak disebut oleh Mark dalam situasi
yang sama (Louay Fatoohi 2009:953).

Merujuk kepada Injil, nama Tuhan di dalam bahasa Ibrani terdiri daripada empat huruf iaitu
‘YHWH’. Nama ‘YHWH’ ini sepertimana yang diberikan kepada nabi Musa a.s ketika
baginda mempersoalkan siapakah namaNya di dalam Kitab Keluaran. Walaubagaimanapun,
orang Israel sangat takut untuk mengucapkan perkataan ini sehingga mereka hanya
menggunakan perkataan Adonai yang bermaksud ‘tuan,tuanku’ ketika membaca tulisan
YHWH (Yahweh) di dalam kitab suci mereka. (Ahmad Dzikran T.T:54)

Kepelbagaian perkataan yang digunakan dalam kitab ini juga boleh dilihat dalam kitab-kitab
Injil yang diterjemah kepada bahasa lain. Sebagai contoh sekiranya kita merujuk kepada al-
Kitab berbahasa Indonesia pula, perkataan YHWH ditulis dengan sebutan Tuhan sedangkan
perkataan Allah digunakan untuk merujuk kepada perkataan Ibrani iaitu El atau Elohim.
Terdapat 7 sebutan tuhan dalam bahasa Ibrani yang digunakan dengan sangat berhati-hati
oleh mereka, terutama para penulis Kristian iaitu Eloah, Elohim, Adonai, Ehyeh-Asher-
Ehyeh, YHWH, El-Shaddai, Tzevaot. Kepelbagaian nama-nama Tuhan ini menandakan
terdapat kepelbagaian dari sudut sumber ketika penyusunan kitab ini dilakukan. Kisah-kisah
Injil yang dikutip melalui pelbagai sumber ini belum tentu bersumberkan daripada firman-
firman Tuhan yang didakwa di dalam Injil. (Ibid:55)

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, dapat kita lihat terdapat banyak sebutan Tuhan
yang digunakan oleh orang-orang Yahudi dan kitab Injil. Ini menunjukkan tiada persamaan
dan persepakatan penggunaan kalimah Tuhan dalam kitab Injil tersebut. Hal ini nyata boleh
menimbulkan keraguan kepada penganut Kristian itu sendiri dan juga masyarakat yang ingin
mengkaji kandungan yang terdapat dalam al-Kitab atau Injil. Keraguan yang dimaksudkan
adalah berkenaan dengan konsep ketuhanan yang diimani oleh penganut Kristian.

1.1.1 Elohim ( El, Eloah dan Elohim )

Merujuk kepada al-Kitab versi Terjemahan Baru (1974) yang digunakan secara meluas di
Indonesia, samada oleh penganut agama kristian Katholik dan Protestan, perkataan Tuhan
8

menemui beberapa padanan perkataan iaitu Elohim, Eloah dan El. Antara teks yang
menyebut perkataan-perkataan ini ialah:

 Kejadian 1:1 “Pada mulanya Allah (Elohim) menciptakan langit dan bumi.
 Ulangan 32:7 “Mereka mempersembahkan kurban kepada roh-roh jahat yang bukan
Allah (Eloah)”.
 Mazmur 22:2 “Allahku (El). Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?”.

Dari segi bahasa, tidak dapat dinafikan bahawa perkataan Elohim, Eloah dan El berkaitan
dengar akar perkataan ‘L’ iaitu nama bagi dewa yang disembah dalam dunia Semit kuno. El,
Ilu atau Ilah adalah antara bentuk-bentuk nama yang secara umumnya digunakan untuk dewa
tertinggi. Nama El dan Elohim juga boleh digunakan sebagai gelaran, sebutan, panggilan
umum (generic appellative) ataupun nama diri (proper name) bergantung kepada konteksnya.
Misalnya, disebutkan dalam kitab Kejadian, “Allah (Elohim) Israel ialah Allah (El)”. Namun,
nama El lebih banyak digunakan sebagai nama khas bagi Tuhan, sedangkan Elohim lebih
banyak digunakan sebagai sebutan, gelaran atau panggilan umum. Nama El juga disejajarkan
dengan nama Yahweh. Sebagai contoh, disebutkan di dalam kitab Ulangan “ Aku, Tuhan
(Yahweh) Allahmu (Elohim) ialah Allah (El) yang cemburu” dan turut disebutkan di dalam
kitab Kejadian dan lain-lain. (Ahmad Dzikran T.T:62)

Menurut perspektif Injil, makna El atau Elohim pernah mengalami kemerosotan dalam
sejarah Israel kerana perkataan tersebut difahami sebagai Dewa Kanaan yang bernama Baal
( Hak, I Raj, Yer). Bahkan patung anak lembu emas yang disembah oleh Israel sewaktu nabi
Musa naik ke Gunung Sinai juga dinamakan sebagai Elohim dan Yahweh. “Mari buatlah
untuk kami Allah (Elohim)… Hai Israel, inilah Allah (Elohim)mu… Berserulah Harun,
katanya : “Esok hari raya bagi TUHAN ( YAHWEH)!”.( Ibid )

Ahmad Dzikran di dalam bukunya Kalimah Allah Untuk Siapa ? menyatakan Elohim
merupakan kata jamak untuk merujuk kepada Tuhan, iaitu salah satu dewa dalam bahasa
Ibrani moden dan kuno. Elohim bermaksud Sang Pencipta yang Maha Kuasa.. perkataan ini
berbentuk jamak dan secara harfiah bermaksud Ilah-ilah seperti yang terkandung dalam
kitab Keluaran. Namun perkataan ini biasanya digunakan untuk Tuhan Israel yang bermaksud
Yang Maha Kuasa, salah satu bentuk pemujaan kepada Tuhan seperti dalam bahasa-bahasa
lain.
9

El-Berith bermaksud Tuhan Pemilik Pandora dalam Hakim-hakim merujuk kepada Tuhan,
sama dengan makna Baal-berith dalam Hakim-hakim dan mungkin juga merujuk pada Dewa
Kanaan. Kota-kota Israel kuno juga menggunakan perkataan el, contohnya el-bethel yang
bermaksud Tuhan Bethel. Di sini dapat kita lihat terdapat kecurigaan tentang wujudnya
politeisme yang diterapkan oleh Bani Israel. Salah satunya ialah yang diajukan oleh Henry
Preserved Smith, dalam buku The Religions of Israel: A Historical Study yang mendasarkan
kecurigaan itu kepada penggunaan Elohim yang berbentuk jamak (plural) ketika merujuk
pada tuhan mereka. (Ahmad Dzikran T.T:68)

El ialah nama dewa Kanaan yang tertinggi yang merupakan nama Tuhan dalam Perjanjian
Lama yang disebut sebagai El, Tuhan (Elohim). Lazimnya frasa kata itu sering muncul
dengan tambahan, misalnya El Elyon yang bermaksud Tuhan Yang Maha Tinggi, merujuk
pada kitab Kejadian, manakala El Shaddai pula bermaksud Tuhan Yang Maha Esa, merujuk
pada kitab Kejadian, El Hai iaitu Tuhan Yang Hidup, dan kata jamak yang membawa makna
keagungan yang sangat umum, iaitu Elohim. Mitologi El ini berasal daripada dewa Sumeria
An. Dalam al-Kitab, El diterjemahkan sebagai Tuhan. Elohim ialah kata jamak bagi El.
Tetapi umumnya ayat dalam al-Kitab menggunakan perkataan Elohim yang diterjemahkan
dengan makna kata yang tunggal sehingga perkataan itu diterjemahkan sebagai tuhan,
bukannya para dewa atau tuhan-tuhan. (Ibid)

1.1.2 Yahweh

Yahweh merupakan nama Tuhan yang paling penting dan paling kerap dipakai dalam al-
Kitab Ibrani atau dikenali dengan sebutan Tetragrammaton iaitu perkataan yang tersusun dari
empat huruf. Perkataan YHWH selalu dikaitkan dengan peristiwa ketika Musa menanyakan
nama Tuhan Elohim. Sang Ilahi menjawab pertanyaan Musa dengan berkata “Aku ialah Aku”
seperti yang terkandung dalam kitab Keluaran. YHWH merupakan sebutan dalam bentuk
orang ketiga seperti “Dialah yang ada,Dialah Dia”. Perkataan Sang Ilahi seterusnya ialah
TUHAN (YHWH), Allah (elohei) nenek moyangmu, Allah (elohei) Abraham, Allah (elohei)
Ishak dan Allah (elohei) Yaakub, telah utus aku kepadamu: itulah nama-Ku untuk selama-
lamanya dan itulah sebutan-Ku turun-temurun”. Nama-nama Tuhan ini terdapat dalam kitab
Keluaran. (Ibid:70)
10

1.2 Menurut Hindu

Agama Hindu merupakan sebuah agama yang bertapak hampir 4000 tahun di Benua India.
Agama Hindu merupakan sebuah agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat kerana
kemuliaan akhlak penganutnya dan pengaruh yang mendalam terhadap agama lain hasil dari
penyebarannya dalam tempoh masa yang lama tersebut. Perkataan Hindu berasal daripada
bahasa Sanskrit iaitu “sindhu” yang membawa maksud “sungai”. Orang-orang Parsi pada
abad ke-5 sebelum Masihi menggelarkan penganut agama Hindu dengan nama tersebut
dengan merujuk kepada penempatan mereka yang terletak di Lembah Indus (Adel Elsaie
2012:47).

Penganut agama Hindu percaya bahawa semua manusia, binatang dan tumbuhan di bumi ini
dikuasai oleh ruh yang digelarkan sebagai Brahman. Mereka turut kepada konsep kelahiran
semula sesudah seseorang itu mati. Keadaan si mati selepas kelahiran semula itu ditentukan
pula dengan menggunakan konsep Karma. Karma adalah peraturan di alam ruh yang
dipercayai mempunyai kuasa yang hebat, sama ada ianya dapat dilihat ataupun disentuh.
Dilahirkan semula sebagai manusia yang menduduki kasta yang tinggi dalam masyrakat
adalah ganjaran kepada orang yang melakukan amalan kebaikan semasa hayat sebelumnya.
Manakala, manusia yang dilahirkan semula sebagai haiwan adalah balasan buruk kepada
mereka yang bertindak zalim dan kejam semasa hayat sebelumnya (Ibid).

Masyarakat yang menganut agama Hindu percaya Tuhan yang digelarkan sebagai Brahman
yang digambarkan dalam bentuk Tuhan yang pelbagai. Trinity dalam agama Hindu
melibatkan Brahma sebagai pencipta, Vishnu sebagai pemelihara dan Shiva sebagai
pemusnah. Vishnu disembah dalam pelbagai bentuk sebilangan Avatar yang mana Avatar ini
merupakan anak Tuhan yang diutuskan ke bumi dalam bentuk jelmaan manusia, haiwan dan
sayuran. Sungai Suci Gangga dikatakan sebagai isteri kepada Dewa Shiva manakala musik
dan sajak yang berunsur ketuhanan, Saraswati (yang berkaitan dengan Sungai Saraswati)
adalah isteri kepada Dewa Brahma. Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa
konsep trinity dalam agama Hindu adalah model terkemudian yang diambil daripada Doktrin
Kristian (Ibid:48).

Disamping itu, penganut agama Hindu juga mempercayai tuhan-tuhan yang kecil mempunyai
kaitan dengan tuhan-tuhan yang besar atau merupakan adik beradik dan rakan-rakan kepada
tuhan-tuhan yang besar. Sebagai contoh, Dewa Hanuman merupakan Tuhan Monyet yang
menjelma sebagai Ramayana yang merupakan pembantu Dewa Rama yang licik dalam
11

jajahan Lanka. Dewa Skanda merupakan anak kepada Dewa Shiva dan Parvati yang
berperanan sebagai panglima tentera Tuhan. Dewa Ganesha adalah Tuhan yang berkepala
gajah yang merupakan Tuhan yang berperanan sebagai penulis dan peniaga yang
bertanggungjawab untuk memindahkan penghalang dan merupakan objek pemujaan dalam
sesebuah perniagaan (Ibid:49).

Berdasarkan hal tersebut maka dapatlah difahami bahawa masyarakat yang menganut agama
Hindu turut mempercayai konsep Triniti. Walau bagaimanapun, mereka turut percaya bahawa
terdapat tuhan-tuhan lain yang membantu Tuhan utama mereka iaitu Brahman. Selain itu,
mereka juga diberi kebebasan untuk memilih mana-mana Tuhan yang mereka suka untuk
disembah.

Apa yang menarik untuk ditekankan adalah penyerupaan yang rapat antara nama-nama
“Brahma” iaitu penyatuan ruh dalam agama Hindu dan “Rahman” merupakan salah satu
nama Tuhan dalam agama Islam. Boleh dikatakan bahawa Hindu juga mempunyai
kepercayaan akidah yang berkonsepkan monotheism iaitu mengimani Tuhan yang satu (Ibid).

1.3 Menurut Islam.

Agama Islam merupakan sebuah agama yang paling banyak dianuti pada masa kini. Agama
ini merupakan sebuah agama yang dibawa oleh utusan Allah yang bernama Muhammad bin
Abdullah dari keturuanan Bani Hasyim melalui wahyu pertama yang dibawakan oleh
malaikat Jibril ketika baginda bertahannuth di Gua Hirak. Umat Islam menyebut nama
Tuhannya dengan lafaz “Allah” yang merupakan sebuah nama yang Maha Mulia, yang
diimani dan melakukan segala usaha semata-mata keranaNya. Hanya dari Dia manusia itu
datang dan kepada Dia juga manusia itu akan dikembalikan. Segala puja dan pujian yang
tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Allah kerana keagungan dan kebesaran yang ada
padaNya (Hamka 2004:43).

Umat Islam percaya bahawa apabila menyebut lafaz “Allah” ia akan menghasilkan wujud
serta hakikat Allah itu sendiri. Dengan namaNya itu, jalan menuju Allah menjadi sangat jelas
(al-Banjari 2011:21). Pengertian nama Allah ini dapat dijelaskan menggunakan dua rujukan
utama umat Islam iaitu al-Qur’an dan al-Hadis.
12

1.3.1 al-Quran

Di dalam al-Qur’an terkandung sebanyak 2,698 kali kalimah Allah. Secara tegasnya, Tuhan
Yang Maha Esa itu sendiri yang menamakan diriNya “Allah” dan memperkenalkan diriNya
sebagai Allah yang berhak disembah (Ibid).

Firman Allah:

ٓ ‫ﭐلص َٰٰلَو َة لِ ِذ ْك ِر‬


﴾١٤﴿‫ى‬ ِ
ْ َ‫إِنَّىِن ٓى أَنَا ﭐهللُ آلإَِٰٰلَهَ إِآَّل أَنَا ف‬
َ ‫اعبُ ْدىِن َوأَق ِم‬

Maksudnya: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu,
sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKu (al-Qur’an
20:14).

Allah memilih nama ini kerana tiga perkara. Pertama, kerana nama ini mutlak untukNya dan
tidak ada sesuatu pun yang berhak memilikinya selain Dia sebagai kiasan mahupun sebagai
hakikat kerana rahsia, hikmah, zat, keistimewaan dan keagungan yang dikandungnya. Kedua,
nama ini merangkumi seluruh makna dan sifat-sifat Allah yang lainnya seperti al-Khaliq
(Yang Maha Pencipta), al-Ghafurr (Yang Maha Pemaaf) dan sebagainya yang mana nama-
nama tersebut adakalanya mempunyai makna yang sama dan lafaz yang berlainan. Lafaz-
lafaz tersebut hakikatnya kembali kepada zat Allah. Ketiga, lafaz Allah mempunyai
keistimewaan dan keagungan yang lebih sempurna dan lebih menyeluruh yang tidak dimiliki
oleh nama-nama lain. Antara keistimewaannya ialah huruf-hurufnya sempurna, maknanya
menyeluruh, mempunyai rahsia yang tersendiri dan mempunyai perincian yang lebih tinggi
(Ibid:23).

Oleh itu, kalimah Allah merupakan satu-satunya kalimah yang merangkumi semua sifat dan
nama-nama Allah yang lain. Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama Allah yang lain sekiranya
disebutkan secara tunggal, ia merujuk kepada maksud tertentu sahaja dan dalam masa yang
sama ia mempunyai maksud yang sama dengan lafaz yang berlainan.

Allah turut menegaskan di dalam al-Qur’an tentang keesaanNya untuk disembah dan
kekuasaanNya Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Justeru tidak layak bagi mana-mana
makhluk untuk dinamakan atau dirujuk sebagai Allah kerana kekuasaan makhluk-makhluk
yang lain itu tidak standing dengan keagungan dan ketinggian Allah.
13

Sebagaimana firman Allah:

‫الس ََٰٰم ََٰٰو ِت َو َما ىِف ﭐأْل َْر ِضقلى َمن ذَالَّ ِذي‬
َّ ِ‫وم هَّلُو َما ف‬
‫ج‬ ِ ‫ج‬ ِ َِٰ
ُ ُّ‫ﭐهللُ اَل إٰلَهَ إاَّل ُه َوﭐحْلَ ُّي ﭐل َقي‬
ٌ َ‫وم اَل تَأْ ُخ ُذ ُهو سنَةٌ َواَل ن‬
‫ِ ٍ ِ ِ ِ مِب‬ ِ ‫صلى‬ ِ ِ ‫نده وإِاَّل بِِإ ْذهِنِج يعلَم ما ب‬ ِ ‫ي ْش َف‬
َ‫ني أَيْدهم َو َما َخ ْل َف ُه ْم َواَل حُي طُو َن ب َشىء ِّمن ع ْلمه ٓىإاَّل َا َشآء‬
َ َ َ ُ َْ ٓ َُ ‫ع ع‬ُ َ
﴾٢٥٥﴿ ‫يم‬‫ظ‬ِ ‫الس َٰٰم َٰٰو ِت وﭐألَرضصلى واَل يئُودهو ِح ْفظُهماج وهو ﭐلعلِي ﭐلع‬
َّ ‫ه‬ ‫ي‬
ُّ ِ ‫ج و ِسع ُكر‬
‫س‬
ُ َ ُّ َ َ ُ َ َ ُ ُ ُ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ َ

Maksudnya:Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia, Yang Tetap


Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya). Yang
tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada dilangit dan
yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di
sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan
mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tiak mengetahui
sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya)
meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga
serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat
kemulianNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).( Quran 2: 255).

Menurut Sibawaih pula, kalimah Allah itu adalah satu perkataan yang lebih daripada
pengetahuan, melampaui yang diketahui oleh manusia, nama yang paling agung dan
mempunyai segala ciri kesempurnaan dan sifat-sifatnya (DJa’far Soedjarwo 1972:39).

Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Hasyr:

ِ ‫يمن الع ِزيز اجلبَّار املتَ َكِّبرج سب ٰحن‬ ِ ِ ْ ‫السالم‬ ِ


‫اهلل َع َّما‬ َ ْ ُ ُ ُ ُ َ ُ َ ُ ‫ﭐملؤم ُن املَُه‬ ُ َّ ‫ُّس‬ ُ ‫ُه َو اهللُ الَّذي آَل إَِٰٰلَهَ إِاَّل ُه َو‬
ُ ‫امللك ال ُقد‬
ِ ‫الس ٰم ٰو ِت َواأل َْر‬
َّ ‫ص ِّو ُر لَهُ األَمْسَاءُ احلُ ْسنَٰى يُ َسبِّ ُح لَهُ َما يِف‬ ُ ‫﴾ ُه َو اهللُ اٰخلََٰلِ ُق البَا ِر‬٢٣﴿ ‫يُ ْش ِر ُكو َن‬
‫ج‬
‫ض‬ َ ُ‫ئ امل‬
﴾٢٤﴿ ‫يم‬ ِ ِ َ ‫َو ُهو‬
ُ ‫العز ُيز احلَك‬ َ

Maksudnya: Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia,
Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang
Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala
14

Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. Dialah Allah Yang
Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-
nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi.
Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Qur’an 59:23-24).

Pada zaman Sibawaih tersebut, muncul golongan yang berbeza pendapat berkenaan kalimah
Allah yang diimani oleh umat Islam seluruhnya. Mereka mempersoalkan sama ada kalimah
“Allah” itu merupakan kalimah yang utuh atau kalimah yang terurai, iaitu mempunyai
banyak maknanya. Bagi menjawab persoalan ini, Ibnu Jarir yang merujuk kepada apa yang
pernah disampaikan oleh Ibnu Abbas bahawa Allah ialah Yang Empunya Ketuhanan dan
yang wajib disembah oleh seluruh makhluk (Ibid).

Kepercayaan dan keimanan kepada Allah ini dikenali sebagai tauhid. Tauhid kepada Allah
terbahagi kepada tiga iaitu tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiah dan tauhid Asma’ wa Sifat.

Tauhid Uluhiyyah membawa maksud mengesakan Allah dari sudut perbuatan hambaNya
iaitu seseorang yang melakukan ibadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Sebagai
contoh, ibadah puasa, zakat, solat, sedekah dan sebagainya dilakukan dalam keadaan hati
yang ikhlas semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan balasan dan sanjungan daripada
manusia lain (Abdul Latif & Rosmawati 1998:9).

Oleh itu, mereka yang bergelar muslim dilarang keras daripada melakukan sebarang
perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain atau lebih dikenali sebagai syirik.

Firman Allah:

ِ ‫ب‬ ِِ ِ َٰ ‫قُل إِ َّن‬


﴾١٦٢﴿ ‫ني‬ َ ِّ ‫اي َومَمَايِت للَّه َر‬
َ ‫العالَم‬ َ َ‫صٰلَيِت َونُ ُسكي َوحَمْي‬
َ ْ

Maksudnya: katakanlah “ sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan


matiku, hanyalah kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam (Qur’an 6:162).

Tauhid Rubiyyah pula membawa maksud mengesakan Allah dari segi perbuatan Allah itu
sendiri. Iaitu seorang manusia mempercayai dengan yakin bahawa Allah sahaja Tuhan
semesta alam dan berkuasa atas tiap-tiap sesuatu menurut kehendak dan izinNya. Dengan
tauhid ini juga seorang muslim menyakini bahawa tiada kuasa yang dapat menandingi kuasa
dan keesaan Allah yang Maha Agung (Ibid:8).
15

Firman Allah:

ِ ‫السمو ِت واألرض لَي ُقولُ َّن خلَ َقه َّن الع ِزيز‬ ِ
﴾۹﴿‫يم‬
ُ ‫العل‬
َ ُ َ ُ َ َ َ ْ َ َ َ َّ ‫َولَئن َسأَلَْت ُهم َّمن َخلَ َق‬

Maksudnya: dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya


kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”
Sudah tentu mereka akan menjawab: “ yang menciptakannya ialah Allah Yang
Maha Kuasa Lagi Amat Mengetahui.” (Qur’an 43:9).

Berdasarkan firman Allah tersebut, maka jelaslah bahawa hakikat fitrah manusia itu, tidak
kira apa agama anutan mereka, mereka tetap mengakui bahawa Allah-lah Tuhan yang
berkuasa menciptakan hal yang tidak mungkin mampu untuk diciptakan oleh makhluk lain.

Manakala tauhid Asma’ wa Sifat pula ialah keyakinan yang pasti oleh seseorang terhadap
nama-nama dan sifat-sifat Allah. Melalui tauhid ini, mereka meyakini bahawa Allah memiliki
nama dan sifat-sifat kesempurnaan yang hanya layak bagiNya sahaja dan tidak ada pada
makhluk yang lain. Umat Islam diwajibkan untuk mempercayai dan mengimani setiap nama
dan sifat-sifat Allah tanpa sebarang keraguan (Ibid:10).

Firman Allah:

‫ولِٰلّ ِه األَمْسَاءُ احلُ ْسىَن ٰ فَ ْادعُوهُ هِبَا‬...


َ

Maksudnya: dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), oleh itu
serukanlah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu.. (Qur’an
7:180).

Berdasarkan ketiga-tiga pengertian tauhid tersebut, dapat difahami bahawa tuhan bagi umat
Islam adalah Allah Yang Maha Agung. Dia yang menciptakan setiap sesuatu di langit dan di
bumi dan tiada tanding kuasaNya dengan makhluk yang lain. Umat Islam turut dituntut
supaya memelihara kesucian nama Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu yang
lain.
16

1.3.2 al-Hadis

Hadis merupakan sumber kedua rujukan yang digunakan oleh umat islam sebagai panduan
dalam melaksanakan syariat dan ibadah yang dituntut dalam agama ini. Datangnya hadis ini
adalah daripada kalam mulia baginda Rasulullah S.A.W. yang merangkumi perbuatan, ikrar
dan percakapannya. Di dalam hadis juga terdapat sebahagian yang membicarakan tentang
Allah, kekuasaanNya dan keesaanNya. Umat Islam dididik dan dibesarkan dengan didikan
agama supaya terbit iman dalam hatinya. Iman merupakan kepercayaan yang kukuh dalam
hati seseorang terhadap sesuatu.

Beriman kepada Allah merupakan perkara pertama yang harus diimani oleh setiap penganut
agama Islam. Sebagaimana hadis yang tercatat dalam kitab Sahih Bukhari:

‫عن ابن عمر قال قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم بين اإلسالم على مخس شهادة ان ال إله إال‬

.‫اهلل و أن حممد الرسول اهلل وإقام الصالة وايتاء الزكاة واحلج وصوم رمضان‬

Maksudnya: Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dasar islam itu ada
lima perkara: mengakui tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan Allah dan
Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikat haji dan
berpuasa pada bulan ramadhan (Bukhari 2002:16).

Berdasarkan hadis tersebut maka jelaslah bahawa keimanan kepada Allah sebagai satu-
satunya Tuhan yang layak disembah dan tidak selainnya itu adalah perkara pertama yang
dituntut dalam Islam sebelum datangnya perintah untuk mengimani dan melaksanakan hal-
hal yang lain.

Didalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Ahmad dan Nasaei ada menyatakan
bahawa:

Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda yang mana maksudnya:
“Allah Taala berfiman: Anak Adam telah memakiKu. Tiada patut baginya bahawa dia
memakiKu. Anak Adam telah mendustaiKu. Tiada patut baginya bahawa dia
mendustaiKu. Dan adapun makian dia terhadapKu ialah kata-katanya bahawa Aku
mempunyai anak, sedang Aku adalah Allah Yang Esa, tumpuan segala hajat, tidak
beranak dan tidak diperanakkan serta tidak ada bagiKu sesuatupun yang
17

menyamaiKu. Manakala pendustaan dia terhadapKu ialah kata-katanya bahawa Allah


tidak akan membangkitkan daku selepas mati, sepertimana Allah menciptakan daku
permulaannya. Tidakkah mencipta awal kejadian adalah terlebih senang bagiKu
daripada membangkitkan semula (kedua-dua itu sama disisiNya)” (Majlis Agama
Islam Selangor 2013:11).

Jika dibacakan hadis tersebut dengan penuh penghayatan dan kefahaman yang tinggi,
dapatlah dilihat dengan jelas bahawa Allah melarang mendustakan konsep ketauhidan dan
keesaanNya serta kekuasaan Allah. Dalam dunia hari ini terdapat pelbagai pendustaan
orang bukan Islam lakukan terhadap benda yang mereka anggap sebagai Tuhan.
Sesungguhnya pendustaan yang berkaitan dengan nama Allah itu tidak wajar berlaku kerana
Allah adalah nama yang suci daripada perkara yang mereka pertuhankan.

Manakala dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim pula menyatakan
bahawa:

Rasulullah SAW telah mengakui satu syair oleh penyair Jahiliyyah iaitu Lubayd bin
Rabi’ah yang ada menyebut nama Allah dengan sabdanya yang bermaksud: “Sebenar-
benar perkataan yang dikatakan oleh penyair (Jahilyyah) adalah perkataan Lubayd bin
Rabi’ah yang berkata: ‘Ketahuilah semua perkara selain Allah adalah batil (hancur)’.”
(Ibid:13).

Dalam hadis tersebut Rasulullah SAW mengakui syair oleh penyair bukan Islam yang
menggunakan kalimah Allah yang diucapkan dalam erti yang sebenar iaitu, perkara yang
selain Allah itu adalah batil. Oleh itu, tidak ada salahnya jika masyarakat Islam dan pihak
berkuasa di negara ini mengambil inisiatif melarang penggunaan kalimah Allah dalam agama
bukan Islam khususnya Kristian dengan milihat kepada pelbagai penyelewengan yang
tersebar luas zaman ini.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi pula menyatakan:

Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas RA: bahawa pada suatu hari saya sedang
berada diatas binatang tunggangan Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda yang
maksudnya: “wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa
perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,
18

peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada


bersamamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau
meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika
semua umat Islam berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya
mereka tidak mampu memberi manfaat itu melainkan dengan sesuatu yang telah
ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan
sesuatu mudharat kepada kamu, nescaya mereka tidak mampu menentukannya
melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah ke atas kamu. Telah
diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan.”(Ibid:16).

Berdasarkan penghayatan kepada hadis tersebut, Rasulullah SAW menegeskan tentang


pemeliharaan terhadap hak Allah dan kewajipan kita sebagai hambaNya. Selain itu, baginda
Rasulullah SAW turut menegaskan tentang kekuasaan Allah yang Maha Agung yang tidak
dapat ditandingi oleh makhluk selainnya walau seramai mana tenaga mereka dikumpulkan
kerana kekuasaan Allah itu tiada tandingnya.

1.4 Kesimpulan

Setelah diteliti dan diperhalusi maksud atau definisi Tuhan dalam tiga agama yang utama di
negara ini iaitu Kristian, Hindu, dan Islam, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat perbezaan
yang ketara terhadap makna Tuhan bagi setiap agama itu sendiri. Pihak yang menganut
agama Kristian mempercayai bahawa Tuhan mereka adalah yang berada dalam tiga oknum
tetapi satu Tuhan. Manakala bagi penganut agama Hindu pula mereka percaya bahawa Tuhan
utama mereka iaitu Brahman mempunyai pembantu yang terdiri daripada dewa-dewa untuk
memudahkan pentadbiran Brahman terhadap alam dan manusia. Hanya agama Islam sahaja
yang beriman bahawa Tuhan itu satu yang tiada tanding kuasanya dengan sesuatu yang lain
dan Dialah yang memperkenalkan dirinya dengan nama “Allah” yang mana kalimah ini
menjadi isu untuk digunakan dalam agama selain Islam, khususnya agama Kristian.
19

2 PERBANDINGAN KALIMAH “TUHAN” DAN “ALLAH”.

Secara khususnya, penggunaan kalimah “Tuhan” dan “Allah” mempunyai beberapa


persamaan yang tertentu yang menyebabkan manusia mengimani dan menyembahNya. Selain
itu, terdapat juga perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kalimah tersebut. Persamaan dan
perbezaan kalimah tersebut meliputi aspek makna, penggunaan dan kekuasaannya.

2.1 Persamaan

Secara kasarnya dapat dilihat bahawa kalimah “Tuhan” dan “Allah” terdapat beberapa
persamaan dari sudut kuasa dan peranan menurut takrifan dan fahaman manusia yang
dipandu oleh agama masing-masing.

Persamaan dari sudut kuasa adalah “Tuhan” dan “Allah” mampu untuk menentukan nasib
baik dan buruk seseorang manusia. Dia yang menciptakan dan mematikan sesuatu. Selain itu,
manusia juga meyakini bahawa “Tuhan” dan “Allah” itu memberi pengaruh besar terhadap
setiap perbuatan dan pergerakan manusia. Selain itu, tuhan yang ditakrifkan dengan kedua-
dua perkataan tersebut dipercayai dengan yakin akan menghukum manusia yang melakukan
kesilapan dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan. Cara untuk
mengelakkan diri daripada menerima hukuman tersebut adalah dengan cara bertaubat
(menurut istilah yang digunakan dalam Islam) (Hamka 2004:45) atau penyucian diri
(menurut istilah yang digunakan dalam agama bukan Islam) (Louay Fatoohi 2009:364).

Manakala berdasarkan penelitian kepada persamaan kalimah “Tuhan” dan “Allah” dari aspek
peranan menurut fahaman manusia adalah sesuatu yang bertanggungjawab untuk memelihara
makhluknya atau ciptaannya daripada kecelakaan dan mudharat selain peranan untuk
menciptakan dan menentukan segala sesuatu yang ada dalam dunia ini. Dia juga yang
memainkan peranan sebagai yang memberi rezeki kepada makhluknya dan memastikan
perjalanan alam ini teratur (Aminah 1997: 14).

2.2 Perbezaan

Berbanding dengan persamaan di atas, perbezaan terhadap kalimah “Tuhan” dan “Allah”
lebih banyak dan jelas. Secara umumnya, “Tuhan” yang diimani oleh masyarakat yang
menganut agama bukan Islam adalah sesuatu yang diciptakan dan bersifat sementara serta
bergantung harap kepada yang lainnya. Sebagai contoh, penganut-penganut agama Kristian
percaya dengan yakin bahawa Jesus al-Masih adalah Tuhan yang agung yang diutuskan oleh
20

Bapa Tuhan dalam bentuk jelmaan manusia untuk memimpin manusia ke arah kebaikan
mengikut cara hidupnya (http://hisham-ahmad.blogspot.com/2013/10/isu-kalimah-allah-di-
malaysia-dan-di-z.html 24 November 2013: 9.50 A.M.).

Kalimah “Allah” merupakan lafaz yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa berasaskan
wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Manakala tuhan-tuhan yang diimani
atau dipercayai dengan yakin oleh penganut-penganut agama lain diberikan namanya oleh
penganut agama itu sendiri dengan pelbagai nama mengikut kehendak mereka seperti
perkataan “Anak Tuhan” yang merujuk kepada Jesus yang digunakan oleh penganut agama
Kristian. Manakala penganut-penganut agama Hindu pula menggelarkan Tuhan mereka
dengan nama “Brahman”. Kedua-dua tuhan ini dikatakan mempunyai ramai pembantu yang
memudahkan kerja dan tugasnya sebagai Tuhan di muka bumi ini. Sedangkan Allah hanya
berdiri dengan dirinya sendiri dan tidak memerlukan kepada sesuatu untuk membantunya
kerana sifat Allah itu adalah berkuasa dan berkehendak (Majlis Agama Islam Selangor
2013:24-26).

Selain itu, kalimah “Allah” merupakan kalimah suci yang dipelihara kesuciannya oleh agama
Islam melalui firman Allah dan Rasulullah SAW serta penganut agamanya sendiri. Kalimah
ini juga hanya tercatat dalam al-Qur’an dan kitab-kitab agama samawi yang “asli” iaitu
Taurat, Injil dan Zabur. Manakala kitab Bible iaitu injil yang telah diselewengkan oleh
penganut agama Kristian atas dasar kepentingan tertentu pada asalnya sememangnya tidak
menggunakan kalimah “Allah” sebaliknya mereka menggunakan perkataan “god” yang
bermaksud Tuhan. Kesucian kalimah Allah ini tidak mampu diselewengkan atau dicemar
oleh agama lain kerana terdapatnya hujah yang kukuh daripada umat Islam untuk
mempertahankan kalimah “Allah” agar tidak digunakan oleh penganut agama lain (Ibid:26-
27).

2.3 Kesimpulan

Dari aspek perbandingan ini maka dapatlah dikatakan bahawa perbezaan penggunaan
kalimah “Tuhan” dan “Allah” ini lebih banyak berbanding persamaannya. Hal ini kerana
persamaan kedua-dua kalimah tersebut hanya tertakluk kepada pentakrifan zahir manusia
yang dipandu oleh agama dan nafsu. Ia juga merupakan pentakrifan berasaskan fitrah
manusia yang mendambakan tempat bergantung yang berkuasa dan mampu mengubah
kehidupan mereka iaitu fitrah bertuhan.
21

3 KEPENTINGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM KALANGAN


NON-MUSLIM.

Bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan yang sering timbul dalam fikiran umat Islam
berkenaan dengan kepentingan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan non-Muslim,
beberapa temubual bersama wakil daripada tiga agama utama di negara ini telah dijalankan.
Wakil-wakil agama tersebut adalah merupakan penganut agama Kristian, penganut agama
Hindu dan penganut agama Islam sendiri.

3.1 Pandangan Kristian terhadap Nama Allah.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu ini, kami telah menemubual seorang wakil
Kristian yang bernama Elvina Jasson pada 17 November 2013, jam 8.40 P.M.. Beliau
merupakan salah seorang penuntut di salah sebuah universiti di Malaysia dan berusia 22
tahun. Tahap pemahaman agama oleh Elvina agak baik dan beliau sentiasa mendalami ilmu
agamanya. Beliau juga merupakan salah seorang penganut agama Kristian yang mengikuti
perkembangan isu kalimah Allah yang hangat diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia
baru-baru ini.

3.1.1 Temubual bersama Wakil Agama Kristian

Hasil daripada temubual dengan wakil Kristian ini, didapati bahawa beliau tidak bersetuju isu
kalimah Allah ini dibangkitkan di negara Malaysia. Hal ini kerana penggunaan kalimah Allah
menurutnya adalah merujuk kepada Tuhan dan bukan khusus untuk umat Islam sahaja.

Beliau berpegang teguh kepada pendapat yang menyatakan bahawa Allah adalah Tuhan
kepada semua agama yang dianuti oleh manusia. Selain itu, menurut beliau perkataan Allah
merupakan perkataan yang luas penggunaannya. Penganut agama Kristian di Sabah dan
Sarawak telah lama menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka dan baginya hal
tersebut tidak perlu dipersoalkan. Beliau turut memberikan alasan bahawa masyarakat yang
menganut agama Kristian di negara Arab juga menggunakan kalimah Allah.

Elvina turut menyatakan bahawa kalimah Allah merupakan salah satu daripada nama-nama
Tuhan yang tercatat dalam kitab Bible yang diimani dan menjadi rujukan kepada penganut
agama Kristian sejak berkurun dahulu. Dalam temubual tersebut, Elvina sempat meluahkan
rasa tidak puas hatinya apabila pihak mahkamah dan Jabatan Agama Islam mengeluarkan
fatwa bahawa kalimah Allah hanya milik umat Islam sahaja.
22

Hasil respon yang diberikan oleh Elvina dapat disimpulkan bahawa penganut agama Kristian
menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka untuk merujuk kepada Tuhan mereka dan
tidak menggambarkan bahawa mereka mempunyai apa-apa kepentingan yang tersendiri.

3.2 Pandangan Hindu terhadap Nama Allah.

Bagi mendapatkan pandangan daripada pihak penganut agama Hindu, kami telah menemui
seorang wanita, wakil daripada penganut agama itu sendiri yang bernama Uma Arumugam.
Beliau bertugas sebagai seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sedang
melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau berusia 30 tahun. Apabila ditemui untuk ditemubual, beliau mengakui kurang
mendalami agamanya tetapi bersedia memberikan pendapat berkaitan isu penggunaan
kalimah Allah ini. Temubual ini dilakukan pada 10 November 2013 tepat jam 5.30 P.M..

3.2.1 Temubual bersama Wakil Agama Hindu

Hasil daripada temubual dengan wakil agama Hindu tersebut mendapati bahawa beliau
dengan tegas tidak bersetuju jika isu kalimah Allah ini menjadi rebutan dalam kalangan
penganut agama yang berbeza khususnya Kristian dan Islam.

Menurut beliau, kalimah Allah merupakan sebuah kalimah atau perkataan yang merujuk
kepada Tuhan Yang Esa dalam agama Islam dan penganut agama Islam itu sendiri. Beliau
turut menyuarakan bahawa setiap agama mempunyai nama-nama Tuhan masing-masing dan
harus menghormati nama-nama tuhan dalam agama lain. Justeru penggunaan kalimah Allah
dalam agama Kristian tidak seharusnya menjadi pertikaian kerana umat Islam berhak untuk
mempertahankan nama Tuhan yang mereka sembah iaitu Allah.

Menurut beliau, penggunaan kalimah Allah ini tidak perlu dituntut oleh penganut agama
Kristian kerana “Allah” yang diimani oleh umat Islam dan “Tuhan” yang diimani oleh
penganut agama Kristian amat jauh perbezaannya dari sudut pentakrifan menurut agama
masing-masing. Selain itu, “Allah” dalam agama Islam adalah Tuhan yang tidak dapat
disamakan dengan sesuatu yang lain.

Berdasarkan temubual ini maka dapatlah dikatakan bahawa penganut agama Hindu tidak
bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama bukan Islam.
Hal ini kerana, tindakan tersebut akan menyebabkan penduduk negara ini tidak bersatu dan
sering mempertikaikan kedudukan agama masing-masing.
23

3.3 Pandangan Islam terhadap Nama Allah.

Pandangan daripada wakil dari agama Islam sendiri dilakukan pada 23 November 2013 pada
jam 5.45 P.M.. Wakil daripada agama Islam ini bernama Marinah binti Osman yang bertugas
sebagai penceramah agama jemputan berkaitan Fiqh, munakahat dan penceraian di sekitar
Semenanjung Malaysia. Beliau berusia 46 tahun.

3.3.1 Temubual bersama Wakil Agama Islam.

Wakil daripada penganut agama Islam tersebut, apabila ditanya tentang kedudukan kalimah
Allah, beliau menyatakan bahawa kalimah Allah merupakan kalimah Agung yang
mempunyai tempat yang tersendiri dan istimewa dan tidak dimiliki oleh perkataan-perkataan
atau sesuatu yang lain. Menurutnya, umat Islam harus mempertahankan kalimah Allah ini
dan tidak seharusnya dengan mudah membiarkan mereka yang tidak faham terhadap makna,
zat dan sifatNya menggunakan kalimah tersebut.

Apabila ditanyakan tentang dakwaan golongan non-Muslim yang menyatakan bahawa


kalimah Allah itu sudah lama mereka gunakan dalam agama mereka, beliau berpendapat
bahawa penggunaan kalimah Allah dari segi percakapan masih boleh dimaafkan tetapi harus
berhati-hati dengan kata-kata mereka. Akan tetapi penggunaan kalimah Allah dari konteks
penulisan dan cetakan haruslah dikawal rapi kerana hal tersebut pasti memberi impak kepada
akidah anak-anak muda yang sedang membesar dan mencari-cari kebenaran dalam situasi ini.

Menurut beliau juga, kalimah “Tuhan” dan “Allah” mempunyai perbezaan yang amat ketara
iaitu, “Tuhan” bagi agama lain disamakan atau diserupakan dengan makhluk seperti jelmaan
manusia (yang menjadi kepercayaan bagi penganut agama Kristian) atau haiwan dan alam
(bagi penganut agama Hindu). Manakala kalimah “Allah” pula merupakan kalimah yang
tiada sekutu baginya dan amat bersalahan dengan pentakrifan kalimah “Tuhan” dalam
agama-agama lain.

Ketika diminta pendapat tentang kepentingan penganut agama Kristian apabila bertindak
memohon untuk menggunakan kalimah Allah, beliau menyatakan bahawa pihak gereja
sedang dalam usaha untuk mencari pengikut yang lebih ramai di negara ini kerana ingin
masukkan pengaruh mereka ke dalam kelompok yang lebih besar iaitu kelompok yang
menganut agama Islam. Pendapat ini dinyatakan berdasarkan kepada Seminar Perbandingan
Agama yang dihadiri beliau di Kompleks Falak al-Khawarizmi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
24

3.4 Kesimpulan

Hasil daripada ketiga-tiga temubual yang telah dijalankan mendapati bahawa terdapat tiga
pandangan yang berbeza tentang kepentingan penggunaan kalimah Allah ini. Wakil daripada
penganut agama Islam berpendapat bahawa non-Muslim khususnya Kristian mempunyai
agenda tersendiri apabila bertindak memohon kepada pihak mahkamah untuk menggunakan
kalimah Allah dalam agama mereka. Manakala wakil daripada agama Hindu pula
mempertahankan pandangannya bahawa tiada kepentingan yang akan diperoleh oleh mana-
mana dengan timbulnya isu penggunaan kalimah Allah ini melainkan persengketaan. Wakil
daripada agama Kristian pula terus mempertahankan untuk menggunakan kalimah Allah
dalam agama mereka dan tidak ada apa-apa kepentingan tertentu dalam agama mereka
dengan penggunaan kalimah Allah.
25

4 KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM KALANGAN NON-


MUSLIM TERHADAP MASYARAKAT.

Sepertimana perkara-perkara yang lain, penggunaan kalimah Allah ada mempunyai kesan-
kesan sama ada yg jelas atau pun tidak.

4.1 Pengaruh Penggunaan Kalimah Allah terhadap Masyarakat.

Setelah dilakukan penelitian terhadap perbezaan konsep ketuhanan yang diimani oleh
penganut agama Kristian, Hindu dan juga agama Islam, terdapat beberapa kesan yang
dikenalpasti boleh berlaku sekiranya penggunaan kalimah Allah dibenarkan kepada non-
muslim. Pengaruh ini berpunca daripada beberapa faktor iaitu kelemahan iman dalam diri
seseorang, cetek ilmu pengetahuan disamping kurang pengamatan tentang agama yang
dianuti, pengaruh daripada tokoh ternama, kepentingan sesetengah pihak dan kepelbagaian
media masa kini. Kesan tersebut meliputi aspek agama, sosial, politik dan budaya (Majlis
Agama Islam Selangor 2013:73).

4.1.1 Pengaruh terhadap Umat Islam

Penggunaan kalimah Allah dalam kalangan non-muslim memberi kesan dari sudut pegangan
agama seseorang muslim, khususnya orang awam. Hal ini kerana, tindakan tersebut dilihat
berpotensi menjejaskan pegangan akidah dan pemikiran umat. Selain itu, ia juga mampu
mendorong kepada penyebaran fahaman negatif seperti fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Di samping itu, hal tersebut mendedahkan agama kepada gerakan yang menjatuhkan syiar
Islam serta meningkatkan statistik umat Islam yang murtad, atau keluar dari agama Islam
disebabkan oleh rasa bertuhan yang semakin berkurang dalam diri individu tersebut (Ibid:74).

Perkara ini akan menimbulkan gerakan penyamarataan agama bagi setiap agama yang wujud
di dunia ini. Hal tersebut akan menyebabkan Islam kembali asing dalam kalangan masyarakat
dunia sebagaimana sabda baginda Muhammad SAW:
26

‫ بدأ اإلسالم غريباً وسيعود‬:‫ قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬:‫عن أيب هريرة رضي اهلل عنه قال‬

.ً‫كما بدأ غريبا‬

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA; beliau berkata, telah bersabda Rasulullah
SAW: Islam berkembang dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing pula.
Maka beruntunglah orang yang asing (Ahmad Fahmi Zamzam 2013:444).

Sepertimana yang diketahui umum, permulaan bertapaknya Islam itu dalam keadaan yang
ganjil atau asing. Ganjil atau asing yang dimaksudkan ialah ajaran Islam dan agama Islam itu
sendiri sukar diterima oleh masyrakat setempat. Hal tersebut akan berlaku pada akhir zaman
ini sekiranya masyarakat bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah. Penyamarataan
agama tersebut akan menyebabkan umat Islam sendiri terasa asing dengan ajaran agama yang
dianuti mereka tetapi dalam masa yang sama mereka marah apabila mereka dikatakan
seorang yang bukan muslim (Ibid:245).

Penyebaran fahaman negatif dan penyamarataan agama tersebut akan menyebabkan negara
atau agama-agama lain selain Islam memandang Islam sebagai agama yang lemah dan mudah
untuk dipengaruhi. Hal ini dengan jelas menjatuhkan maruah Islam yang suatu ketika dulu
digeruni oleh masyrakat bukan Islam atau non-Muslim.

Selain itu, ia juga dilihat mampu untuk mewujudkankan kekeliruan dalam kalangan umat
Islam dalam soal agama dan menjerumuskan mereka ke lembah kesesatan dalam menjalani
hidup di dunia sedangkan mereka menyangka bahawa mereka masih berada dalam landasan
yang benar dan sedang melakukan kebaikan. Golongan seperti ini beriman kepada Allah dan
hari akhirat tetapi keimanan mereka itu hanya pada gambaran kulit sahaja. Keadaan akidah
mereka pula sentiasa bergelora kerana tidak berada pada landasan yang benar (Aminah
1997:32).

Jika difikirkan dari sudut sosial, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan non-muslim akan
menyebakan timbulnya rasa kurang senang dan suasana yang tidak sihat dalam hubungan
antara agama yang berlainan. Hal ini mampu mengancam keselamatan dan keamanan negara
lebih-lebih lagi apabila wujud kumpulan atau golongan yang taasub terhadap sesuatu
pendapat. Seterusnya, manipulasi daripada pihak media yang menyebabkan berlakunya fitnah
dan salah faham berkaitan perkara agama yang kemudiannya menimbulkan impak kecelaruan
27

terhadap nama Allah yang dipermain-mainkan sewenang-wenangnya (Majlis Agama Islam


Selangor 2013:74).

Perkara yang lebih parah lagi, apabila wujud golongan yang sanggup menjual agamanya
semata-mata untuk meraih kesenangan hidup di dunia. Golongan ini mementingkan
kepentingan mereka lebih daripada yang lainnya. Sekiranya kepentingan tersebut
bertentangan dengan syarak, maka hukum tersebut akan diubah mengikut kehendak mereka
dan mereka sentiasa menyembunyikan kebenaran yang telah mereka selewengkan. Golongan
ini turut bijak memutar belit fakta dan berhujah untuk menarik orang ramai terpengaruh
dengannya (Ahmad Fahmi Zamzam 2013:513).

Hal ini digambarkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yangdiriwayatkan oleh Al-
Tarmizi:

‫ خيرج يف آخر الزمان رجال‬:‫عن أيب هريرة رضي اهلل عنه أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم قال‬

‫ٌألسنتهم أحلى من الس ّكر وقلوهبم‬،‫خيتلون الدنيا بالدين يلبسون للناس جلود الضان من اللني‬

‫علي جترتئون؟ فيب حلفت ألبعثن على أولئك منهم‬


َّ ‫تغرتون أم‬
ّ ‫ يقول اهلل إيب‬،‫قلوب الذئاب‬
‫فتنةتدع احلليم منهم حريان‬.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA: beliau berkata Rasululhlah SAW bersabda:
“Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari keuntungan agama dengan
menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang
dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat
perhatian orang ramai. Dan perkataan mereka lebih manis daripada gula, padahal
hati mereka seperti hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang buruk). Allah
berfirman kepada mereka: ‘Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Demi
kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi
dikalangan kamu sendiri sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi
bingung (dengan sebab fitnah itu) (Ibid :512).
28

Hal-hal tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam kerana isu agama
dan ketuhanan melibatkan kedudukan akidah dalam diri manusia dan juga keselamatan
sejagat.

4.1.2 Pengaruh terhadap non-Muslim.

Penggunaan kalimah Allah dalam kalangan non-Muslim akan menimbulkan pelabagai kesan
dari sudut positif menurut persepsi agama mereka. Dengan penggunaan kalimah Allah yang
dibenarkan dalam agama mereka, maka peluang mereka meneruskan tipu helah dan
penyelewengan untuk menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam semakin luas. Hal
ini seterusnya akan menyebabkan agenda penyebaran fahaman pluralisme dalam agama
berberkembang lebih cepat (Majlis Agama Islam Selangor 2013:76).

Selain itu, dari sudut sosial, penggunaan kalimah Allah ini turut menyebabkan
penyalahgunaan dari sudut kelaziman harian. Sebagai contoh, perkataan in sya Allah yang
gagal diterapkan maksud dakwahnya kerana sudah menjadi kelaziman dalam kalangan umat
Islam sendiri dan kurang penghayatan terhadap maksudnya. Akan wujud suatu undang-
undang yang membenarkan masyarakat berkahwin dengan orang yang berbeza agama yang
dianutinya tanpa perlu menukar agama sepertimana yang berlaku di kebanyakan negara luar
kini (Ibid:77).

Apabila difikirkan kesan dari sudut budaya, amalan tradisi dan budaya umat Islam sedikit
demi sedikit akan mula luntur dengan mudah. Hal ini kerena, dalam keadaan umat Islam yang
kurang penghayatan terhadap pemantapan akidah dan kekeliruan agama, pihak non-Muslim
dengan mudah meneruskan agendanya melalui budaya dan juga hiburan. Hal ini seterusnya
menyebabkan budaya yang penuh dengan kesantunan dan adat akan hilang dan akan
digantikan dengan budaya barat yang tidak bermoral dan rosak akhlaknya (Ibid:78).

Hal tersebut berlaku, maka ia akan menyenangkan hati pihak gereja yang dari awal sejak
bertapaknya Islam di muka bumi ini amat berdendam dan merasa tidak senang dengan
kemasyhuran dan kegemilangan yang pernah diraih oleh Islam sebelum ini.
29

4.2 Kesimpulan

Berdasarkan kesan-kesan yang melibatkan dua kelompok masyarakat tersebut, dapat


diperkatakan bahawa Islam itu sedang diancam secara halus oleh golongan bukan Islam.
Mereka berusaha meruntuhkan institusi Islam sesebuah negara dengan cara psikologi dan
tidak lagi menggunakan kekerasan dengan mengangkat snejata seperti yang berlaku dan
tercatat dalam catatan sejarah yang menyaksikan tentera Islam dan tentera Salib beberapa kali
bertempur atas dasar menyebarkan agama.

5 KESIMPULAN

Kalimah Allah bukanlah isu baru di mata dunia. Pada asalnya, kalimah Allah ini merupakan
kalimah yang digunakan oleh agama-agama samawi atau agama yang diwahyukan oleh Allah
kepada para RasulNya. Agama-agama tersebut ialah agama Nasrani yang
dipertanggungjawabkan kepada Nabi Isa A.S., agama Hanif yang dipertanggungjawabkan
kepada Nabi Ibrahim A.S., dan agama Islam yang dipertanggungjawabkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W..

Walau bagaimanapun, dalam situasi sekarang, iaitu penyelewengan agama yang berleluasa
dalam kalangan masyarakat, pihak mahkamah dan Jabatan Agama Islam Malaysia telah
menetapkan undang-undang yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan non-
Muslim. Tindakan ini dilakukan bagi mengelak kekeliruan yang berlaku terhadap agama
Islam khususnya dan agama-agama lain amnya. Selain itu, tindakan ini juga merupakan
langkah pihak Jabatan Agama Islam dalam menyelamatkan akidah umat Islam daripada
menyeleweng daripada landasan yang benar dan sebagai usaha untuk menurunkan statistik
umat Islam yang keluar daripada agama Islam yang semakin meningkat saban hari.
30

RUJUKAN

Al-Qur’an

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali. 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala Lumpur; Pustaka
Salam Sdn. Bhd.

Adel Elsaie. 2012. History of Truth: The Truth about God and Religions. Comparative
Religions. 2. Nilai; Universiti Sains Islam Malaysia.

Adel Elsaie. 2012. History of Truth: The Truth about God and Religions. The Bible. 3. Nilai;
Universiti Sains Islam Malaysia.

Ahmad Dzikran. T.T. Kalimah Allah Untuk Siapa?Menurut Al-Qur’an, Al-Hadis dan
Sejarah Agama-agama Besar Dunia. Kuala Lumpur; Book Mart Publications Sdn.
Bhd.

Ahmad Fahmi Zamzam. 2013. 40 Hadis Akhir Zaman. Edisi Istimewa. Selangor; Galeri Ilmu
Sdn. Bhd.

Aminah Haji Noor. 1997. Beberapa Masalah Umat Islam Masa Kini. Selangor; Pustaka Ilmi.

Al-Banjari, Rachmat Ramadhana. 2011. Quantum Asmaul Husna. Mohd Puzhi Usop.
Muhammad Rizwan. Anita Mohd Zain. Selangor; Al-Hidayah House Of Publisher
SDN. BHD.

Al-Bukhari. 2002. Terjemah Sahih Bukhari. Jilid I. Zainuddin Hamidy. Fachruddin.


Singapura; Darel Fajar Publishing House.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2009. Kamus Dwibahasa, Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu.
Selangor; Dewan Bahasa dan Pustaka.

DJa’far Soedjarwo. 1972. Ketuhanan Yang Maha Esa Menurut Islam. Indonesia; Al-Ikhlas.

Hamka. 2004. Pelajaran Agama Islam. Selangor; Pustaka Dini.

Teuku Iskandar & Baharuddin Zainal. 1992. Kamus Dewan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Louay Fatoohi. 2009. The Mystery of The Historical Jesus: The Messiah in The Qur’an, The
Bible, and Historical Sources. Petaling Jaya; Islamic Book Trust.
31

Majlis Agama Islam Selangor. 2013. Wajib Pelihara Nama Allah. Selangor; Majlis Agama
Islam Selangor.

Rashidy Jamil. 2008. Mereka Bertanya Tentang Islam Anda Menjawab. Terengganu; Tuan
Sharifah Islamic Foundation.

Internet

Archya S/D.M Murdock. T.T. Mithra: The Pagan Christ. (atas talian)
http://www.truthbeknown.com/mithra.htm (4 November 2013).

Hisyam Ahmad. 2013. Isu Kalimah Allah dan Dr Zakir Naik (Pakar Perbandingan Agama).
(atas talian) http://hisham-ahmad.blogspot.com/2013/10/isu-kalimah-allah-di-
malaysia-dan-di-z.html (24 November 2013)

Utusan Malaysia. 2013. Kalimah Allah: Gereja Katolik Fail Permohonan Merayu. (atas
talian) http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131112/ma_11/ (11 Oktober
2013).

Utusan Malaysia. 2013. Keputusan Isu Kalimah Allah 14 Okt. (atas talian)
http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20131008/ma_04/ (29 Oktober 2013).

Anda mungkin juga menyukai