Anda di halaman 1dari 61

**23-26

Perkembangan Ilmu Tauhid dan Perpecahan Islam

1. Al-Quran al-Kareem telah bergerak pada penjelasannya bagi masalah-masalah


akidah dalam 2 langkah:
#Langkah 1: Membina akidah yang sahih pada hati dengan menjelaskan tuntutan
yang mudah diterima akal, memuaskan perasaan, Al-Quran ini menggunakan
uslub-uslub yang pelbagai, dan menggunakan dalil yang banyak yang sesuai
dengan fitrah yang sejahtera. Maka Al-Quran ini menerangkan apa yang wajib
bagi seorang muslim itu tentang i’tikadnya dengan beriman kepada Allah,
malaikat, kitabNya, rasulNya, hari kiamat serta qada dan qadar.

#Langkah 2: Menolak akidah yang batil yang tersebar dalam kalangan musyrikin
dan ahli kitab: maka ianya menolak ke atas penyembah-penyembah berhala,
bintang-bintang, malaikat dan membatalkan tuduhan/dakwaan orang Nasrani yang
mengatakan Tuhan itu Trinity dan tuduhan membuat penetapan anak-anak bagi
Allah, dan menolak dakwaan Yahudi yang mengatakan Uzair ini anak Allah, dan
menolak ke atas sesiapa yang mengingkari utusan Allah dari kalangan manusia,
dan juga menyanggah tuduhan orang-orang yang ingkar terhadap uluhiah(sifat
ketuhanan) dan mereka yang mengingkari perbahasan selepas mati.

Dan telah tersebarnya akidah-akidah ini pada wilayah Arab sebagai gambaran apa
yang telah wujud di seluruh alam.

Dan adapun ayat-ayat Al-Quran ini didatangkan pada aspek hukum-hakam syarak
kurang dari 600 ayat, maka selebihnya Al-Quran ini berkisar tentang tauhid dan
yang melengkapinya dan yang berkaitannya.

2. Dan adalah Nabi Muhammad itu menyampaikan apa yang telah diwahyukan
kepadanya daripada akidah ini, memperincikan perkara dan penjelasan umum,
menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya daripada orang mukmin
dengan tujuan untuk memahamkan dan menerangkan mereka, dan menjawab
persoalan-persoalan yang diberikan para musyrikin dan ahli kitab yang bertujuan
untuk mengelirukan dan menguji baginda. Dan kadang-kadang Al-Quran yang
menjawab pertanyaan mereka.

Dan Rasulullah tidak berpindah kepada Rafiqul A’la (Allah) yakni wafat
melainkan permasalahan Tauhid ini telah sempurna, dan telah jelas pada
pemikiran sahabat, menenangkan hati mereka.

3. Dan para muslimin telah berkumpul pada 1 tempat bernama Saqifah Bani Saadah
sebelum pengebumian Nabi untuk pemilihan khalifah. Dan kaum Ansar
berkeingingan untuk memimpin, mereka mencadangkan Saad bin Ubadah sebagai
khalifah, akan tetapi mereka menarik balik cadangan itu ketikamana disebut dan
diingatkan tentang kelebihan Abu Bakar Siddiq, dan dialah selayaknya untuk
tugas ini, dan Rasulullah juga pernah memintanya menggantikan menjadi imam
dalam solat, maka pandangan ini telah disepakati, dan (dengan persepakatan ini)
Allah telah memelihara umat ini dari keburukan perbezaan dan perpecahan.

Kami lega ke atasnya(cadangan tadi), kerana dikuatkan lagi dengan tsiqah dari
ahli sejarah dengan sanad-sanad yang sahih bahawa Saidina Ali bin Abu Talib
telah menyerahkan baiah janji setia kepada Abu Bakar bersama dengan orang-
orang yang berbaiah sebelum pengebumian Nabi. Dan apabila datang berita
kepada pengetahuan Ali bahawa Abu Bakar sudah duduk untuk dibaiah. Ali terus
keluar dengan hanya berpakaian baju tanpa memakai jubah luar mahupun
selendang, kerana dia tergesa-gesa, tidak mahu terlewat sampai untuk baiah
tersebut, maka kemudian dia berbaiah, dan dia menghantar utusan untuk
menghadirkan pakaiannya yang tertinggal tadi dan kemudian dia duduk berbaiah
bersama pakaiannya itu, dan dia telah tidak terlewat dalam urusan baiah itu.
Dan urusan baiah Ali itu tidak berpaling ke selain demikian, kerana bagaimana
kita boleh lihat dia tidak bercanggah dengan Abu Bakar, tidak pernah
memutuskan apabila menjadi makmum solat Abu Bakar, tidak berat hati
kepadanya untuk memberikan pandangan, beri nasihat, bermesyuarat dan pernah
keluar bersamanya ke 1 peperangan(zil qisah) yang terkenal yang mana beliau
sendiri mengangkat pedang untuk membunuh orang murtad.

Benarlah, Ali telah menghabiskan masanya bersama isterinya Fatimah Azzahra’


kerana kesakitannya dan beliau berbuat demikian kerana ingin menghiburkan hati
isterinya yang sedang dalam kesedihan di atas kewafatan ayahnya Rasulullah dan
Fatimah amat merinduinya. Khususnya ketika Fatimah menegur secara lembut
kepada Abu Bakar ketikamana Fatimah meminta beliau harta peninggalan
ayahnya Rasulullah, maka Abu Bakar menjawab kepadanya (Fatimah) dengan
hadis Nabi : “Kami para Nabi tidak mewariskan apa-apa, tetapi yang kami
tinggalkan semuanya adalah sedekah”. Maka Fatimah terima teguran itu, maka
Ali lah yang menjaga perasaannya, dengan itu kita kata sesungguhnya Ali ini
sentiasa berada di sisi Fatimah.
Dan Abu Bakar bukan sahaja telah menghalang Fatimah seorang, tetapi beliau
juga menghalang seluruh kaum kerabatnya termasuklah anaknya Aisyah R.A.
Dan lebih wajar dikatakan bahawa Ali sendiri tatkala beliau memimpin menjadi
khalifah selepas khalifah-khalifah lain, beliau pun tidak mengubah sesuatu pun
daripada apa yang telah Abu Bakar lakukan dalam masalah pewarisan harta ini.

Dan ketikamana Abu Bakar mengetahui akan Fatimah sakit, beliau telah pergi
melawatnya, dan beliau telah minta keredhaannya. Dan beliau telah berkata:
“Demi Allah aku tidak akan tinggalkan rumah, harta, ahli keluarga, kaum kabilah
melainkan aku mengharapkan redha Allah dan redha RasulNya dan redha kamu
sekalian ahli bait” maka dia (Fatimah) meredhainya. Inilah mereka orang-orang
yang mempunyai jiwa yang besar dan hati yang bersih.

Dan ketikamana kewafatan Fatimah selepas 6 bulan dari kewafatan Rasul, Ali
telah bersegera untuk menguatkan baiahnya kepada Abu Bakar, dan telah
mengangkat janji setia baginya untuk kali kedua, untuk menghilangkan
keraguannya disebabkan persoalan dan kata-katanya tentang harta pusaka itu.

Dan para muslimin pada zaman Abu Bakar sibuk memerangi golongan murtad,
dan pemerintahannya Abu Bakar tidak panjang, beliau telah bertemu Allah pada
Jamadil Akhir tahun 13 H selepas memerintah selama 2 tahun 3 bulan sebagai
khalifah muslimin.

4. Pada zaman Saidina Umar, para muslimin telah membantu beliau menyebarkan
Islam ini di dunia, contoh, telah tunduknya kebanyakan negara-negara Parsi,
termasuklah jatuhnya negara Syam, Palestin, Mesir dan Barqah. Dan Umar lebih
mengutamakan pembinaan daulah maka beliau membukukan undang-undang, dan
telah menubuhkan kementerian-kementerian dan menyusun sistem yang
terperinci. Adalah masyarakat seluruhnya ketika itu ibarat 1 keluarga, tiada ruang
untuk perselisihan dan perdebatan pada sudut masalah akidah.

Dan para musuh Islam telah berdendam akan cahaya dan kebenaran, yang mana
ketika itu para muslimin telah menguasai negara-negara mereka(musuh Islam)
dan telah menghilangkan pemerintahan mereka, maka mereka telah mengatur
perancangan untuk membunuh Umar, maka beliau telah ditikam oleh Fairuz yang
digelar Abu Lu’luah ketika beliau sedang solat Subuh bersama muslimin, pada
bulan Zulhijjah tahun 23H, dan demikianlah terbukanya pintu fitnah,
berpanjangan prasangka buruk dalam pemikiran orang muslim.

Telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Huzaifah berkatalah: “Dahulu ketika


kami duduk-duduk di sisi Umar lalu beliau mengatakan, : siapa antara kamu yang
masih hafaz hadis Rasulullah berkenaan fitnah?
Huzaifah berkata: Fitnah seseorang lelaki yang timbul kerana keluarganya,
hartanya, anaknya mahupun jiran tetangganya, akan tetapi semuanya itu boleh
dihapuskan dengan solat, sedekah dan amar makruf nahi mungkar.
Umar berkata: Bukanlah itu yang aku maksudkan dalam persoalan, akan tetapi
aku inginkan cerita tentang fitnah yang datangnya bergelombang bagaikan
gelombang ombak laut.
Balas Huzaifah: Tidak ada urusan ke atasmu wahai Amirul Mukminin,
sesungguhnya antara kamu dan fitnah itu terdapat pintu yang terkunci.
Kata Umar: Adakah pintu itu nanti akan terpecah atau dibuka?
Jawab Huzaifah: Tidak. Bahkan ianya akan terpecah.
Jawab Umar: Sekiranya demikian, maka pintu itu tidak akan tertutup selamanya.
Kata Huzaifah: Benar.
Kami pun bertanya kepada Huzaifah: Adakah Umar mengetahui siapakah yang
dimaksudkan dengan pintu itu?
Jawab Huzaifah: Ya, sepertimana beliau mengetahui bahawa setelah malam ini
akan datang lah esok hari. Dan demikianlah sesungguhnya aku telah menceritakan
kepadanya 1 hadis yang tidak termasuk perkara yang merumitkan. Maka kami
suka untuk tanyakan tentang siapakah pintu ini, maka kami diperintahkan untuk
bertanya Masruq, maka kami pun tanyakannya.
Tanya kami: Siapakah pintu ini?
Jawab Masruq: Ianya Umar.”

**26-29

5. Dan apabila meluasnya penaklukan pada era Saidina Uthman Bin Affan RA, dan
ini memaksa penentuan sebahagian gebenor daripada saudaranya yang melihat di
dalamnya peluang untuk mengambil alih jawatan ini, dan musuh Islam telah
mengambil kesempatan kesan dari keaiban keluaganya itu, dan adalah pada ketua
ini Abdullah Bin Saba’ (Ibn Sauda’) seorang yahudi yang menghantar sebahagian
pengikutnya ke kawasan Islam untuk menghasut dan menjatuhkan Saidina
Uthman, mereka ini sebahagiannya daripada Basrah, Kufah dan Mesir.

Dan menyampaikan Saidina Uthman mengadu manusia daripada pekerja-


pekerjanya atas satu kawasan, dia menulis kepada mereka bersedialah kamu
semua untuk berhimpun pada musim haji, dan mereka mendengar.
Peguam mengambil ftnah peluang menemuduga khalifah semasa
ketiadaan gabenor, menghasut manusia keluar ke Madinah Munawwarah bertemu
khalifah, Khalifah mempertahankan dasarnya tetapi peguam jahat tidak mahu
kecuali tercetusnya api, memakan perpaduan muslimin, menyerbu pemberontak
tempatan Uthman dan membunuhnya, dan dia membaca kitab Allah pada bulan
Zulhijjah tahun 35 hijrah.

6. Dan terpaksa Saidina Ali Bin Abi Talib RA menerima tapuk kepimpinan dan
menyarakan kepada orang yang menuntut dengan darah Uthman seperti
(Muawiyah Bin Abi Sufyan) dan ke Syam, dan kerabat Uthman dengan
meninggalkan pertumpahan darah ke penyelesaian secara aman, untuk
menghukum penjenayah, dan menjatuhkan hukuman.

Dan tidak menjawab Saidina Muawiyah Bin Abi Sufyan, dan kesan
kepada Ali, mengganggu perasaan orang-orang Islam itu yang datang membawa
pakaian Uthman yang terpalit darah padanya, dan meletakkan atas mimbar
Damsyik : meraung, berkumpul disekelilingnya dan menangis.

Dan bersedia Ali untuk keluar ke Syam untuk bertemu Muawiyah dan
bersamanya orang-orang yang keluar. Akan tetapi dia mengetahui Sayyidah
Aisyah RA telah keluar dari Mekah ke Basrah dan bersamanya Talhah Bin
Abdullah, dan Zubair Bin ‘Awam RA, dan bersama mereka himpunan sahabat
yang menuntut kepada Ali dendam bagi Uthman, ini memaksa Saidina Ali
bertukar arah ke Basrah mengharapkan dalam penindasan, hasutan yang
bertindihan, akan tetapi penghapusan Allah tidak menjadikan melakukan, berlaku
perang Jamal pada tahun 36 hijrah terpukul musuh-musuh Islam yang lain dari
orang-orang Islam.

Kemudian berlaku perang Siffin pada tahun 37 hijrah antara Ali RA dan
orang-orang Syiah dan Muawiyah RA yang berkeras atas keluarnya Khalifah Ali
RA, dan berlaku masalah menentukan pemilihan sahabat Ali (Abu Musa Al-
Asya’ari) timbalan bagi Ali, dan pemilihan Ahli Syam (Amru Bin Al-‘as)
timbalan kepada Muawiyah RA.

Dan tidak benar apa yang mengingatkan nya banyak daripada sejarawan
daripada tentang Ali menipu Abu Musa Al-Asya’ari membuatnya meninggalkan
Ali dan Muawiyah. Kemudian datang dia meninggalkan Ali, dan terbukti
Muawiyah dalam pemerintahan, hal ini disebabkan tidak mengikut etika daripada
Tuhan Nabi SAW.

Dan adakah berlaku Muawiyah seorang khalifah atau keluar daripada bagi
kejayaan hingga meninggalkannya atau membuktikannya kepada Amru Bin Al-
A’us?
Dan memberi amaran Imam Ibn Kathir dan Qadi yang mengikuti riwayat
ini kata mereka, “ini penipuan nyata, apa yang berlaku kepadanya watak mustahil,
dan sesungguhnya dia dicipta dan bid’ah, dan dibangunkan sejarah untuk raja-raja
pendapat dan nasihat ahli yang gila”.

Dan sesungguhnya bersetuju penilaian pada tentang menyerahkan dengan


perintah kejayaan orang-orang Islam ke sebahagian daripada kiri dan kanan
sahabat yang ketika Rasulullah SAW wafat mereka bersama dengannya berpuas
hati.

Akan tetapi sekali tentang Ali berdiri atas penerimaan keputusan berpecah
pengikutnya kepada dua kumpulan, kumpulan yang diterima bersamanya, mereka
(Syiah) yang melihat kelayakan dalam kepimpinan kepada kerabat Rasulullah
SAW, ikatannya, daya tarikannya, ilmunya dan penerimaannya.

Dan kumpulan keluar atasnya, dan mereka berkata (tidak ada yang
menghukum selain Allah) dan berkata Ali kalimah yang masyhur (kalimah
kebenaran yang saya mahukan oleh kebatilan) dan mereka mengkafirkan Ali, dan
orang-orang yang menghukum dan sesiapa yang reda dengan keputusan itu.
Dinamakan dengan (Al-Khawarij) kerana keluarnya mereka atas Ali RA.

Atau dinamakan Al-Khawarij pada diri mereka kerana firman Allah


SWT : dan siapa yang keluar dari rumahnya dengan sebab hijrah kepada Allah
SWT dan Rasul Nya kemudian menimpanya kematian maka tetap pahala atas
Allah. (An-Nisa : 100)

Sebagaimana dinamakan pada diri mereka (Al-Syurah) mengambil dari


firman Allah : sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang beriman
diri mereka dan harta mereka dengan Syurga. (Al-Taubah : 111)

Dan berkumpul Al-Khawarij di Kampung (Hurura’) dan dinamakan


Hururiyyah. Dan berlaku dalam sahabat sakit hati dengan peranan licik mereka
memecahkan askar Ali RA. Antara al-Khawarij adalah : Al-Asy’as Bin Qoyyis,
Masud Bin Fadka Al-Tamimi, dan Zaid Bin Husin Al-Toi.

Dan Al-Khawarij tidak melanda bahaya kepada ummah ini, hal ini
dibuktikan kesannya dalam banyak daripada kumpulan dan Jemaah Islam melalui
sejarah.

7. Dan ini melahirkan kumpulan sahabat yang mempesona, yang membenci


pergaduhan dalam perlucutan senjata, dan menyerahkan pembalasan pada mereka
kepada Allah SWT. Dinamakan dengan (Al-Murjiah) daripada mereka Abdullah
Bin Umar, Said Bin Abi Waqas, Zaid Bin Thabit, dan Usamah Bin Zaid RA.
Dan ini membuktikan sebahagian Jemaah Islam berpecah kepada tiga : Al-
Khawarij, Al-Murjiah, dan perbezaan antara keduanya kira-kira berkisar dalam
asas kepimpinan dan hukum. Dan ia berkembang dengan bidang politik,
seterusnya berlakunya dalam pandangan masalah akidah.

**30-32

8. Khawarij mengatur perancangan untuk membunuh Ali, Muawiyah, dan Amru al-‘Ash.
Abdul Rahman Bin Muljam telah membunuh Ali dengan pedang di masjid ketika beliau
sedang solat subuh pada bulan ramadhan tahun 40 hijrah. Muawiyah dan Amru al-‘Ash
terselamat daripada perancangan pembunuhan khawarij.

Ahlul Iraq telah berbai’ah kepada Saidina Hasan bin Ali bin Abi Talib untuk
menjadi khalifah selepas kematian ayahnya (Saiduna Ali bin Abi Tolib). Akan tetapi
selepas enam bulan, Saiduna Hasan telah menyerahkan urusan kekhalifahan kepada
Saidina Muawiyah untuk menyatukan perpaduan ummah dengan sebulat suara

Dan demikian itu, membenarkan apa yang dikhabarkan dengannya as-sodiq al-masduq
SAW ketika mana baginda bersabda tentangnya : sesungguhnya keturunan aku ini adalah
Tuan. Semoga Allah memperbaiki dengannya antara dua puak dari kalangan umat Islam.

Hasan turun dari tampuk pemerintahan sebagai khilafah, jadilah muawiyah pula
sebagai imam bagi kaum muslimin, raja yang pertama ke atas mereka dan sebaik-baik
raja mereka.

Oleh yang demikian terhentilah khilafah an-nubuwwah dan bermulalah sistem


beraja monarki pula. Seperti mana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dengan bersabda
(yang bermaksud) : Khilafah an-nubuwwah selama 30 tahun. Kemudian Allah telah
datangkan kerajaan bagi siapa yang dikehendaki.

Sesungguhnya khilafah Abu Bakar selama 2 tahun 3 bulan, khilafah Umar al-
khattab selama 10 tahun, khilafah ‘Uthman bin ‘Affan selama 12 tahun dan khilafah Ali
bin Abi Talib selama 4 tahun 9 bulan.
Disandarkan juga kepadanya akan khilafah an-nubuwwah selama 6 bulan yang
mana telah diperintah oleh Hasan bin Ali untuk menjadikan selama 30 tahun, kerana
wafatnya Rasulullah SAW. Wafatnya Rasulullah pada bulan rabi’ul awwal tahun ke-11
hijrah, Hasan meletak jawatan bagi muawiyah iaitu pada bulan rabi’ul awwal tahun 41
hijrah.

9. Muawiyah menyedari bahawa perlantikannya sebagai khilafah bukanlah dalam


keadaan diredhai dari kebanyakkan individu dalam kalangan umat, demikian itu kita
dapat lihat tersebar atas mimbar-mimbar untuk menetapkan fahaman manusia
sesungguhnya pemerintahan muawiyah itu, sesungguhnya ia adalah apa yang ditentukan
dan dikehendaki oleh Allah maka tidak boleh seorang pun muslim membantahnya.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Warad hamba kepada Al-Mughirah bin
Syu’bah berkata : Muawiyah telah menulis surat kepada al-Mughirah : Aku menulis apa
yang aku dengar dari Nabi yang bersabda selepas solat: Tiada tuhan melainkan Allah,
tiada sekutu baginya Wahai Tuhan kami! Tidak ada yang boleh menghalang
pemberianMu dan tidak ada pula yang memberikan apa yang Engkau halangi, dan tidak
kekayaan itu memberi manfaat (yakni, menolong) yang empunyanya kecuali daripada
Engkau memberi pertolongan.

Dan berkata Ibnu Jarih : Aku dikhabarkan ‘Ubadah bahawa Warad


mengkhabarkannya dengan ini. Kemudian ditujukan kepada Muawiyah, maka aku
mendengar Muawiyah menyuruh manusia kepada kata-kata ini.

Wahai Tuhan kami! Tidak ada yang boleh menghalang pemberianMu, dan
sesungguhnya pemberianMu iaitu Muawiyah dan bani ‘Umayyah suatu pemerintahan,
maka tidak ada yang boleh menghalang pemberianMu dan tidak ada pula yang
memberikan apa yang Engkau halangi, dan sesungguhnya telah menegah Allah Ta’ala
akan pemerintahan daripada Ali dan Syiah, maka tidak ada pula yang memberikan apa
yang Engkau halangi.

Bigitulah beraninya pemikiran Bani Umayyah : (al-jabbar) satu alasan untuk


menzalimi mereka bagi mereka yang mengatakan : sesungguhnya ini adalah salah, dan
manusia bebas memilih.
Salah seorang dari mereka iaitu Ma’bad bin Abdullah al-Jahni seorang at-taabi’i
yang telah bangkit ke atas mereka sehingga mereka mengatakan : (Tidak ada ketetapan
dan perkara yang dihina) dan memberi kesan kepada bani Umayyah, maka Ma’bad
dibunuh oleh Al-Hajaj secara perlahan-lahan dengan cara tidak memberi makan dan
minum sehinnga mati pada tahun 80 hijrah.

Matinya Ma’bad, akan tetapi selepas itu munculnya mazhab (al-Ikhtiar) atau
Firqah(al-Qadariah) yang mendatangkan manfaat dari kehendak manusia.

Jika setiap perbuatan itu menolak perbuatan yang sama, terdapat kadar yang
bertentangan haluan, maka sesungguhnya kita melihat kelampauan pada kata-kata yang
mana pada pemilihan itu mendatangkan penerimaan kepada pemaksaan.

Maka telah muncul al-Ja’du bin Dirham sekitar tahun 118 hijrah dan Jaham bin
Safwan sekitar tahun 128 hijrah bagi menolak Qadariah dan mengasaskan Firqah (al-
Jabariah) atau (al-Jahmiyah) yang dinisbahkan pada Jaham bin Safwan.

10. Perkara yang berlaku tadi, telah muncul suasana Islam pada lima keadaan(puak) :

3 yang pertama dengan perlantikan khilafah

Ke-4 dan ke-5 dengan pemaksaan dan pemilihan

Setiap pengikut Firqah itu berpegang pada al-Quran al-Karim,dan sunnah apa
yang menguatkan mazhab mereka dengan hak dan dengan kebatilan, dan menolak
mazhab yang bertentangan dengan mereka.

Dan adalah perbezaan bagi mereka yang tidak melindungi kebaikan untuk Islam,
tersebar daripada pandangan semasa yang dipegang kemurnian aqidah Islam, dan khusus
selepas perluasan pembukaan Negara Islam, dan telah masuk Islam dari mereka yang
tidak mahir bahasa al-Quran al-Karim dan tidak merasai lisan jawami’ al-kalam SAW.

Isu-isu di atas memberi kesan pada perdebatan : (sifat-sifat Allah Ta’ala): Telah
datang ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi boleh jadi mendatangkan keraguan pada
zahirnya menyamakan Allah dengan makhlukNya pada zat dan sifatNya.
Seperti mana terdapat ayat al-Quran dan Hadis lain, Mahasuci Allah dari yang
demikian. Adapun yang memiliki keimanan yang benar, kebanyakkan mereka
mensucikan ayat dan hadis tadi, mereka beriman dengan ayat dan hadis sifat dan
mengikut seperti mana yang telah datang.

Adapun yang ada dalam hati mereka keraguan. Mereka menyamakan zat Allah
dengan zat yang lain, atau menyamakan sifat Allah dengan sifat ciptaannya, dan
diketahui bahawa orang yang mempunyai pemahaman ini (menyamakan sifat dan zat
Allah dengan ciptaannya) dan bagi musuh-musuh Islam, mereka mengambil kesempatan
menyebarkan fahaman salah tadi di antara orang-orang Islam.

**33-35

11) Telah duduk orang berilmu iaitu ahli Sunni di masjid, untuk mengajar manusia
(rakyat) tentang akidah yang benar, dan member respon (menolak) syak wasangka
(keraguan) yang dibangkitkan oleh ahli ahwak (mengikut hawa nafsu), dan di antaranya
ialah imam tabi’ Hassan Basri yang suka kepada rakyatnya yang mengagungkan ilmu
pengetahuan disamping memperkasa dan menjaga ilmu tersebut, dan mereka berkumpul
di sekitar (sekeliling) Masjid Basra untuk bertanyakan soalan kepadanya, meminta fatwa
darinya, dan beliau mempunyai Risalah fi Qadr yang telah dicetak.

Telah masuk seorang lelaki semasa sesi pembelajarannya dan berkata : Wahai
pemimpin agama, muncul dalam zaman kita kumpulan yang mengkafirkan orang yang
membuat dosa besar, dan adakah mereka (dinamakan) Khawarij, dan ada kumpulan yang
kembali kepada hokum asal (Islam), dan adakah mereka (dinamakan) al-Murjiah)?

Dan sebelum (sempat) Hassan Basri bercakap, telah menjawab salah seorang
pelajarnya iaitu Wasil bin A’tha’ melalui kata-kata : Sesungguhnya saya tidak
mengatakan bahawa pemilik dosa besar itu mukmin mutlaq (sepenuhnya), dan tidak juga
kafir mutlaq (sepenuhnya). Bahkan ia di dalam satu tempat antara tempat-tempat yang
lain (satu kelompok kecil dalam satu kelompok yang lain), iaitu iman dan kufur.
Dan Wasil telah keluar daripada kumpulan Hassan Basri dan sesiapa yang
mengikutinya telah dinamakan al-Muktazilah.

Dan Wasil telah menulis dan merekodkan dalam sejarah :(Asnaf al-Murjiah),
(Makna al-Quran), (Tempat antara dua tempat), (Peringkat orang-orang yang berilmu dan
orang jahil) dan sebagainya.

Sesungguhnya sahabatnya Amru bin A’bid seorang yang bijak, zuhud, berani
dalam (menyatakan) kebenaran telah berkata sesungguhnya dia telah solat subuh dengan
(menggunakan) air wuduk solat isyak selama 40 tahun. Dan penulisannya ialah
(Penolakan terhadap al-Qadariah) dan (Kitab Keadilan dan Tauhid).

Dan sesungguhnya al-Muktazilah telah menguji dengan baik dalam


mempertahankan prinsip-prinsip Islam yang mendapat tentangan (serangan) yang ganas
dari masyarakat bid’ah, yahudi, nasrani dan agama lain yang meniru agama terakhir
(Islam).

Dan sesungguhnya telah wujud musuh-musuh yang telah memperlengkapkan diri


dengan bersenjatakan pemikiran dan mereka mempelajarinya, untuk mempertahankan
Islam, dan sesungguhnya telah diterjemahkan FalsafahYunani dan mereka
mempelajarinya, dan bercampur ilmunya.

Telah menjadikan (mendirikan) al-Muktazilah dua sekolah :

Sekolah di Basrah : Telah dimashyurkan oleh Abu al-Hazil al-Muktar, Ibrahim al-
Nazam, dan al-Jahiz.

Sekolah di Baghdad : Telah di mashyurkan oleh Basyar bin al-Muktar, Thamamh bin
Ashras dan Ahmad bin Abi Daud.

Dan al-Muktazilah telah memperoleh (mempengaruhi) pemikiran pemimpin,


maka difardhukan pengasingan ke atas manusia (rakyat) selama 200 tahun. Akan tetapi,
ulamak moden telah menolak pendekatan al-Muktazilah secara akal, dan mereka telah
mentafsirkan (menggunakan) nas-nas agama. Ia menyebabkan sebahagian mereka
ditimpa musibah dan krisis. Seperti ujian (memberi kepayahan) kepada Imam Ahmad bin
Hanbal.

Dan sebahagian daripada ulamak moden menyangka bahawa Muktizilah ini


adalah golongan yang bebas berfikir dalam Islam, dan menggunakan hukum akal dalam
penghakiman. Dan sebenarnya sesungguhnya al-Muktazilah bersungguh-sungguh apa
yang di sebalik yang selalunya. Iaitu masalah-masalah pertelingkahan apabila kita
mengambil masalah dengan akal, jauh sekali daripada wahyu yang dipelihara dan
menimbulkan peperangan yang tidak ada makna baginya seperti ciptaan al-Quran.

Dan malangnya mereka telah mengunakan dari awal lagi dalam Islam pencelaan,
penipuan menentang penentang-penentang dalam pemikiran. Dan yang tidak mendahului
skop (pemikiran) ini melainkan Khawarij.

Dan selepas kekalahan, pemikiran (al-Muktazilah) bersara (asingkan diri)


dihadapan pemikiran ahli Sunni yang bebas dan telah berkembang pesat ilmu alam dan
muncul tamadun Islam.

12) Dan sebelum itu, Imam Abu Hanifah an-Nukman berhujah dengan al-Khawarij,
al-Rawafid, al-Muktazilah dan ahli Irja’, beliau mengarang (Fikah Akbar), (FikahWasid),
(Risalah kepada Abi Uthman al-Butti) dalam kitab (al-A’limu wa Muta’allim).

Dan adalah Abu Hanifah berhujah dengan ahli Batil, dan telah mengarang dalam
menerangkan (penghujahan) akidah ahli Sunni. Dan menolak terhadap yang bercanggah,
dan (beliau) tidak suka pertengkaran yang panjang lebar dan banyak perbahasan, jadi, dia
menghalang anaknya, Hamadan tentang perkara tersebut.

Dan berkata Abu Hanifah kepada anaknya : Aku telah melihat engkau bercakap,
(dan ada juga) engkau perhati, jadi apa yang nak di sangkalkan?

Maka berkata (ayahnya) :Wahai anakku, kita berkata-kata, setiap satu patah kita
(yang kita ucapkan) umpama burung di atas kepala (dan) bimbang ia akan tergelincir
kepada pemiliknya, dan hari ini kamu berkata-kata, dan setiap sepatah kamu mahu hilang
pemilikan, dan sesiapa yang mahu hilang pemilikan, maka sesungguhnya mereka mahu
menjadi kafir, dan sesiapa yang mahu menjadi kafir, maka telah jadi kafir sebelum kafir
pemilik lagi.

Maka Imam yang di rahmati Allah itu bimbang terhadap anaknya dari tertipu, dan
takut anaknya daripada cenderung kepada penyelewengan (ikut hawa nafsu) dan sesat.

Telah pun Imam Muhammad bin Idris as-Syafie seorang yang bersungguh-
sungguh, berjiwa besar dan dimuliakan telah menerangkan akidah Islam yang benar,
menolak kepada penyelewengan, pandangan tahyul, dan seperti yang telah dijelaskan
kepada kita dalam kitabnya (Imam Syafie dan Ilmu Kalam).

**35-38

13.Dan ingin kami tekankan di sini adalah salah satu faktor penting dalam kemunculan
al-Kalamiyyah yang tersebar dalam kalangan masyarakat dan kami telah menunjukkan
sebelum ini. Dan peranan pemilik-pemilik agama terdahulu.

Ahli-ahli sejarah Yahudi(‫د بن األعصم‬RR‫) لبي‬telah menyatakan terdapat daya tarikan yang
terdapat pada Nabi Muhammad S.A.W ,yang dikaitkan dengan kewujudan al-Taurat dan
dia juga mengatakan berkait dengan kewujudan al-Quran. Dia mendapatkan perkara ini
daripada (‫ )طالوت‬dan (‫ )طالوت‬mendapatkan daripada (‫)بيان بن سمعان‬, dan ( ‫معان‬R‫ان بن س‬R‫)بي‬
mendapatkan daripada ( ‫)الجعد بن درهم‬.Perkara ini kemudiannya disebarkan kepada antara
kaum Muslimin.
(‫ر المريسى‬RR‫)بش‬pada tahun 218 Hijrah, telah menyampai dakwah tentang kewujudan Al-
Quran.Ayahnya merupakan seorang Yahudi. Riwayat awal kepada Ibnu Khutaibah
tentang siapa yang bercakap mengenai kewujudan Al-Quran ialah Al-Muqirah Bin Said
Al-‘Ajli pada tahun 119 Hijrah.Dia merupakan pengikut kepada Abdullah bin Saba’.
Sarhun Bin Mansur seorang lelaki Rom berbangsa Nasrani penulis kepada Mu’awiyyah
Radiallahu’anhu. Yahya Al-Damashqi telah berkhidmat pada zaman Umawi.Dia
merupakan saintis Nasrani kepada tulisan dan pemikirannya.

Yazid Bin Muawiyyah berpegang kepada soal jawab tentang perkelahian (‫ )األخظل‬seorang
penyair lelaki berbangsa Nasrani.

Telah berlaku perbahasan di antara ulama’ Muslimin dengan Nasrani dan sebahagiannya
bersetuju dengan Majlis Khulafa’.
Untuk Parsi telah wujud peluang yang nyata dalam arena: kebanyakan perbahasan di
antara kaum Muslimin dengan Al-Sumaniyyah,dan Al-Sanawiyyah. Pandangan daripada
Amru bin Ubaid ,bahawa Jarir bin Hazim al-Azda merupakan dari golongan Al-
Sumaniyyah, dia menyertai Wasil bin ‘Ataq bersama ‘Amru bin ‘Abid dalam penyeliaan
Basyar bin Wardi dan Soleh bin Abdul Qudus. Mereka merupakan golongan Al-
Sanawiyyah.

14.Dan kembali kepada Muktazilah atau pertemuan pengetahuan bersama seorang


Syeikh yang terkenal iaitu Abu Ali Al-Jabai pada tahun 235 sehingga 303.Mereka duduk
belajar di masjid tentang akidah daripada ketua-ketua mereka.Dia menyatakan bahawa
keharusan melakukan kebaikan dan yang paling baik ialah melakukan kebaikan kepada
Allah taala oleh hamba-Nya. Seorang murid bernama Al-Imam Abu Hasan Al-Asy’ari
pada tahun 260 sehingga 330 hijrah. Dia telah bertanya tentang 3 orang saudara yang
telah meniggal dunia iaitu seseorang yang mati dalam keadaan sangat taat, kedua seorang
yang lain mati dengan keadaan dosa yang besar, dan yang ketiga seorang budak kecil.
Berkata Al-Jabai’ yang pertama diberi ganjaran syurga, yang kedua dihukum neraka dan
yang ketiga tidak ada ganjaran dan tidak dihukum.

Dan berkata pula Al-Asya’ari: Orang ketiga berkata: Wahai Tuhan kami, alangkah
baiknya jika aku mati sewaktu besar, aku boleh melakukan kebaikan dan aku boleh
masuk ke syurga. Apa yang dikatakan oleh Tuhan?

Berkata Al-Jabai : Tuhan telah berkata bahawa Sesungguhnya aku mengetahui jika kamu
membesar dan mengingkari, kamu akan masuk ke neraka. Dan lebih baik kamu mati
sewaktu kecil.

Dan berkata mengenai orang yang kedua, tidak akan bercita-cita seorang budak kecil
akan sesiapa yang akan masuk ke dalam neraka? Dan apa yang dikatakan oleh Tuhan?
Al-Jabai berasa kagum.Ini adalah mazhab Al-muktazilah Imam Al-asya’ari dan Imam Al-
Hadorin yang menjadikan dia berjaya kembali kepada setiap pandangan itu kembali
kepada pandangan yang hidup bersamanya selama 40 tahun umurnya.

Sesungguhnya pendapat Rasulullah s.a.w. pada 3 impian, menuntut Baginda mengubah


daripada sunah Baginda.

Kemenangan terletak kepada hadis nabawi yang awalnya pada Al-muktazilah. Telah
bermula kisah-kisah dan syafaat Nabi s.a.w. dan cerita riwayat orang beriman kepada
Tuhannya hari Kiamat dan sebagainya.

Telah mengambil pendekatan yang sederhana pada perkara-perkara akidah. Tidak


mengikut keghairahan akal semat-mata dan mengambil daripada Al-Quran dan Al-Sunah,
bersederhana dalam mengambil nas tanpa kefahaman. Muktazilah melakukan
menggunakan akal dalam mentakwil nas atau sebaliknya.

Ash’ari talah menyusun karya yang banyak tentang keimanan, mazhab-mazhab yang
berbeza pendapat dengan akidah ahli sunah. Di antaranya ialah, ketepatan tentang usul
keagamaan, memberi jawapan kepada golongan yang menyimpang., perkara-perkara
berkaitan keislaman, mesej tentang iman, imam yang rapat ,membalas kepada pandangan,
menggalakkan mempelajari al-kalam dan lain-lain lagi.

Ramai umat Islam menerima kaedah Asha’ari dalam pendekatan akidah dengan
penerimaan. Pendekatan mazhab, penyebaran bukunya, Ulama’ Muslim mengikut beliau
pada kebanyakan ilmu-ilmu Islam dan mereka pergi kepada mazhab mereka dan menjadi
pilihan kebanyakan umat Islam-dan apa yang masih-Asha’ari.

Di antara ulama’-ulama’ Ash’ariah yang terkenal ialah Imam Abu Bakar Al-Baqolani
(430 H) Imam Abdul Qohar Al-Baghdadi(429 H), Imam Haramain Al-Juwaini (478 H),
Imam Abu Hammad Al-Ghazali (505 H), Imam Fakhr al-Razi (606 H), Imam Nasr al-
Din al-Baidhowi(685 H), Imam Izzuddin al-Ibaji(756 H), Imam Saiddudin al-Tafatazani
(791 H), Imam Ibn Hajar al-‘Asqolani(852 H).

Beliau sempat sezaman dengan Imam Ash’ari di timur negara Islam.Ilmu akidah ini
merupakan ilmu terakhir yang menjadi asas kepada akidah umat Islam yang hampir sama
dengan mazhab Ash’ari. Beliau merupakan Abu Mansur al-Maturidi (333 H).Kitab karya
beliau ialah Al-Maqolat,Tauhid, al-Takwilat pada tafsir al-Quran yang mulia, kitab
berkaitan mukhtazilah dan lain-lain lagi.

Imam Maturidi telah ,mengambil banyak daripada Imam Abu Hanifah. Ia juga hampir
sama dengan mazhab-mazhab lain di timur negara Islam. Setiap pengikut Ash’ari,
Maturidi, al-Qolabiah mempunyai pendapat yang hampir sama di antara Muslimin
kontemporari. Mazhab mereka mengetahui mazhab ahli sunah dan jemaah.

**39-40

15. Telah datang Imam Ibnu Taimiyah (661-728 H) dan beliau terkesan dengan cara
/gaya pendapat Imam Ghazali dari sudut kritikannya terhadap ilmu falsafah dan beliau
terpengaruh dengan Imam Ibnu Rashid (yang meninggal pada 59 H) juga dalam
kritikannya terhadap ahli kalam. Akan tetapi gaya bahasanya lebih kejam(tajam) dan
lebih kuat kritikannya ,lebih tegas hujahnya terhadap golongan –golongan yang
bertentangan dengannya daripada golongan mutakalimin iaitu ahli kalam, ,ahli falsafah,
ahli sufi dan ahli fekah.

Barangkali sepanjang kehidupannya beliau mendapati apa yang tersebar di dalam


masyarakat islam daripada perkara bid’ah merupakan faktor jelas terhadap ketegasan ini ,
di dalam kritikannya.
(IMAM IBNU TAIMIYAH TELAH MEMBUAT PERHATIAN TERHADAP
ULAMA MUTAKALIMIN TENTANG BEBERAPA PERKARA UMUM AGAR
PENGARANG DAPAT MERUMUSKANNYA SEPERTI BERIKUT)

Mereka membahaskan topik-topik tauhid dengan falsafah Yunani dan Islam: dan mereka
menjadikan ilmu mantik sebagai pendahuluan yang penting untuk mengkaji Ilmu Tauhid:
Walaupun sebahagian daripada kerja-kerja mereka tidak difahami oleh orang-orang yang
tidak menguasai kaedah-kaedah mantik.
Apabila bertembung hukum aqal dengan zahir nas syarak sama ada dari
quran,atau hadis yang mutawatir maka dahulukan nas-nas ini untuk bersepakat bersama
hukum aqal sekalipun hadis itu hadis ahad. Mereka berpendapat jangan kamu berpegang
dengannya dalam perkara akidah.
Mereka (ulama mutakalimin)berpegang bahawa kaedah takwil nas-nas al quran
adalah lebih baik daripada menyerahkan maknanya kepada Allah . Oleh demikian mereka
berkata: Sesungguhnya ulama khalaf lebih mengetahui ,dan lebih bijak.
Oleh kerana itu ,Imam Ibnu Taimiyah dan ulama’ selepasnya iaitu dari anak
murid (Imam Ibnu Qayyum AlJauzih )yang telah meninggal pada 158H telah berusaha
menghidupkan mazhab salaf melalui pendekatan golongan Hanbali.
Tetapi mazhab ini diikuti oleh ulama kontemporari. Mungkin sebahagian daripada
mereka mewarisi sesuatu daripada kekuatan dan ketegasan Imam Ibnu Taimiyah terhadap
golongan –golongan yang menentangnya , dan mereka mewarisi keikhlasannya dalam
berdakwah serta kesabarannya terhadap seksaan ,cercaan daripada golongan –golongan
yang menentangnya , tetapi lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahui.
Sekiranya pada hari ini pengikut –pengikut Mazhab Al Sya’ari, Maturidiyah dan
Taimiyah bertemu, dan mengikhlaskan niat kerana Allah serta menjauhkan sifat
Assabiyah dalam mazhab nescaya mereka mendapati bahawa kepentingan didalam kajian
lebih kuat berbanding dengan bercanggah pendapat. Tetapi ianya lebih memberi manfaat
kepada ajaran agama Islam serta orang-orang Islam untuk melawan propaganda yang di
bawa oleh orang –orang yang menentang ,atheis dan lain-lain lagi. Perkara tersebut akan
memonopoli seluruh negara –negara Islam. Dan akan bertambah buruk dari semasa ke
semasa.
Sesungguhnya Ibn Taimiyyah tidak pernah mengkafirkan Mu'tazilah dan skop
perselisihan antara beliau dan mereka lebih luas berbanding daripada antara beliau dan
Asy'ari, tetapi dia tidak mengkafirkan Khawarij dan skop perselisihan antara beliau dan
mereka (khawarij) terlalu luas.
Banyak daripada masalah-masalah berikut adalah satu perselisihan / perbezaan
diantara puak-puak Imam Al-Asyari dan pengikut Ibnu Taimiyah dalam perkara-perkara
sensitif/sukar yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Dan bukanlah dalam
perkara Fardhu Ain, tetapi ia adalah khusus dalam ilmu kalam. Wajib dijauhi daripadanya
(perselisihan) oleh orang awam.
***

16. Dan apa yang dikarang selepas itu dalam ilmu tauhid kebanyakkannya syarah /
huraian bagi kitab-kitab sebelumnya (kitab lama) dan nota-nota kaki, dan laporan-
laporan, atau kesimpulan / ringkasan matan-matan, yang dihafal oleh golongan mubtadi
(mula belajar).
Pada zaman sekarang, Syeikh Muhammad Abduh, (1266 - 1323 H) telah menulis
“Risalah Tauhid”, dengan menunjukkan padanya penyampaian dan gaya bahasa yang
unik. Dan menjauhi daripada masalah-masalah ahli falsafah, dan menyeru kepada
masyarakat agar bebas daripada tradisi nenek moyang dan hidup dalam zamannya yang
baru.
Dan pada zaman sekarang, percubaan-percubaan (usaha bersungguh-sungguh)
serius daripada ulama Al-Azhar As-Syarif untuk mengulangi gaya penyampaian dan
pembentukan (ilmu tauhid) pada kerangka yang selaras dengan bahasa terkini samaada
dalam bentuk pengukuhan akidah ataupun dalam bentuk mempertahankanya daripada
serangan pembangkang. dipihak yang mempertahankannya atau pihak yang menolaknya.
**41-43

Al-Tasawwur : Memikirkan perkara yang tiada hukum ke atasnya .

Apabila disebut : Al- Kaabah , Masjid An-Nabawi As-Shariff , maka dengan itu
seseorang itu memahami dan menanggapi sesuatu gambaran tanpa memberi sebarang
hukum . Itulah dipanggil Al-Tasawwur .

Ia ada Al-Tasawwur Al-Dhoruri dan Al-Tasawwur Al-Nadhori .

1) Al-Taswwur Al-Dhoruri : Ianya yang tidak berhenti hasilnya dalam pemikiran


seseorang itu terhadap apa yang dilihat dan difikirkannya . Contohnya , wujud dan
tiada .

2) Al-Tasawwur Al-Nadhori : Ianya yang berhenti hasilnya dalam pemikiran


manusia terhadap apa yang dilihat dan difikirkannya . Contohnya , malaikat .

Al- Tasdiq : Perkara yang difikirkan bersama hukum keatasnya .

Ia ada Al-Tasdiq Al-Dhoruri dan Al-Tasdiq Al-Nadhori .

1) Tasdiq Al-Dhoruri : Ianya tidak berhenti hasilnya dalam pemikiran seseorang itu
terhadap apa yang dilihat dan difikirkannya . Contohnya , ayah lebih besar
daripada anaknya. Percanggahan yang tidak berkumpul antara keduanya .

2) Tasdiq Al-Nadhori : Ianya berhenti hasilnya dalam pemikiran manusia terhadap


apa yang dilihat dan difikirkannya . Contohnya , Allah itu Esa . Nabi S.A.W
pengakhiran kepada nabi-nabi .

Maksud kajian : Penyusunan maklumat berdasarkan pencarian yang sampai kepada kita
tuntutan dan maklumat ini apabila kita sambung kepada gambaran hakikat sesuatu
perkara yang majhul ke atas kita dan ia dinamakan Pentakrifan yang apabila sampai
kepada kita dengan Al-Tasdiq sesuatu perkara dan dinamakan ia AL-HUJAH ataupun
AL-DALIL .

Dan sesungguhnya Allah S.W.T telah mewajibkan kepada kita melihat dan berfikir untuk
mencapai kepada mengenal Allah . Firman Allah s.w.t :

101. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Perhatikan dan fikirkanlah apa Yang ada di
langit dan di bumi dari Segala kejadian Yang menakjubkan, Yang membuktikan keesaan
Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, Segala tanda dan Bukti (yang menunjukkan
kekuasaan Allah), dan Segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan
memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang Yang tidak menaruh
kepercayaan kepadaNya. – Surah Yunus (101)
24. (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah
manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya): - Surah
A’bassa (24)

5. (setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa
ia diciptakan. – Surah At-Thoriq (5)

6. (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup


semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit Yang ada di sebelah atas mereka
(dengan tidak bertiang) Bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami
menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan Dengan keadaan tidak ada padanya retak-
renggang? – Surah Al-Qaf (6 )

7. dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan Dia sebagai hamparan,
dan Kami letakkan padanya gunung-ganang Yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan
padanya pelbagai jenis tanaman Yang indah subur? – Surah Al-Qaf (7)

8. Patutkah mereka merasa cukup Dengan mengetahui Yang demikian sahaja, dan tidak
memikirkan Dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), Bahawa Allah tidak
menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya itu melainkan
Dengan ada gunanya Yang sebenar, dan Dengan ada masa penghujungnya Yang
tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? dan sebenarnya banyak di antara
manusia, orang-orang Yang sungguh ingkar akan pertemuan Dengan Tuhannya. – Surah
Ar-Rum (8) -

Al-Dalil

Ia apa yang diperlukan daripada sesuatu perkara dengan sesuatu perkara bersama
kewujudan Madlul (benda yang ditunjuk) . Dalam erti kata yang lain ialah sesuatu
perkara yang dapat melahirkan atau menyebabkan wujudnya petunjuk . Dan ia samada
Aqli atau Naqli :
1) Dalil Aqli –Ia sesuatu yang dapat ditangkap atau dapat difahami melalui akal
fikiran semata-mata .

2) Dalil Naqli – Ia membawa menetapkan sesuatu atau sebahagiannya darinya


diambil dari Al-Quran Al-Karim atau As-Sunnah atau Ijmak Ulamak .

Hukum : Ia ditetapkan sebagai suatu perintah atau penafian tentang sesuatu . Antaranya
ialah Hukum Syari’ , ‘Adi dan ‘Aqli .

1) Hukum Syari’ – Ianya bergantung kepada dalil Al-Quran atau Hadis Nabawi .
Contohnya , solat itu wajib berdasarkan firman Allah s.w.t (‫ )اقيموا الصالة‬.
Seterusnya Kezaliman itu HARAM berdasarkan hadis nabi S.A.W ( ‫اتقوا الظلم فان‬
‫)الظلم ظلمات يوم القيامة‬
2) Hukum A’di – Ianya bergantung kepada mulahazah (iaitu pemerhatian yang
dijalankan oleh seseorang pengkaji secara sengaja) dan tajribah (percubaan) .
Contohnya : Besi akan berkembang kalau kita panaskan . Emas tidak akan
berkarat .
3) Hukum Aqli – Ianya disandarkan kepada akal semata-mata , di mana ia selain dari
mulahazah dan tajribah serta wahyu . Contohnya : Bapa lebih besar daripada
anaknya . Percanggahan yang tidak berkumpul antara keduanya .

Apabila kita ingin menghukum kepada sesuatu hukum aqli , maka sesungguhnya kita
perlu menghukum ke atasnya dengan salah satu daripada 3 hukum kerana samada kita
menghukum kepadanya dengan yang wajib , atau yang mustahil atau yang harus .

1) Perintah Wajib – Perintah yang ditetapkan ADA iaitu yang tiada bertemu dengan
zatnya . Contoh : Allah itu maha kuasa .
2) Perintah Mustahil – Perintah yang TIADA iaitu yang tidak mungkin ada selama-
lamanya . Maka ia tiada bertemu asal zatnya . Contoh : ada pencipta kepada alam
ini .
3) Perintah Harus – Perintah yang mungkin ADA atau TIADA . Contohnya ,
turunnya hujan . Terjadinya janin lelaki dan perempuan .

Dan untuk itu sesuatu perintah itu mungkin ia ada dan tiada . tetapi ia ada bukan pada
zatnya , dan ia ada selain darinya . Seterusnya padanya perintah yg boleh terjadi , adanya
yg baru dan tiada yang lama . Maka ia sampai kepada adanya sesuatu .

Manakala perintah harus itu wajib ada . Ia disebut “ Wajib bilGhair” . Contohnya ,
apabila Allah mengetahui akan terjadi untuk kamu anak yang soleh maka adalah anak
ini . –pada zatnya- Akan tetapi , berpegang dengan ilmu Allah Taala menjadi perintah
wajib dari yang lain kerana ilmu Allah tidak mungkin berubah .
Seterusnya perintah harus pula ia mustahil ada . Ia disebut Al-mustahil bil-Ghair
.Contohnya : Apabila Allah mengetahui bahawa kamu takkan selamanya melahirkan
anak perempuan maka melahirkan anak perempuan pada zatnya mungkin terjadi akan
tetapi untuk apa yang kamu tahu ilmu Allah selepas adanya ia , itulah Mustahil BilGhair
kerana sesungguhnya ilmu Allah itu takkan pernah berubah .

**45-49

KEWUJUDAN ALLAH S.W.T

Adakah kewujudan Allah memerlukan kepada dalil?

‘Ulama membahagikan tajuk ini kepada 2 perbezaan :

Kumpulan ini berpandangan (pertama) sesungguhnya wujudnya Allah suruhan yang


pasti, tidak memerlukan kepada dalil, kerana ianya fungsi pada fitrah manusia.

Kumpulan ini berpandangan (kedua) sesungguhnya wujudnya Allah perkara yang perlu
pada teori/pemikiran, memerlukan pada pensabitan/bukti kepada dalil, dan jika ianya
adalah satu perkara yang pasti/jelas (tidak perlu pada dalil) tidak ada yang
bergaduh/menyeleweng, dan tidak ada sebilangan manusia kufur.

Dan pandangan yang pertama sesungguhnya rasul ditugaskan untuk mentauhidkan Allah,
kewujudan Allah tidak ada pensabitan/bukti.

Berkata imam sya’rani : (( tidak diutuskan para nabi dan rasul untuk ajar kepada kita
kewujudan pencipta, tetapi mereka datang kepada kita untuk menyeru kita mentauhidkan
Allah, firman Allah, : (( maka ketahuilah sesungguhnya tiada tuhan selain Allah )). Dan
makhluk semua melakukan syirik selepas akur kewujudan Allah, atau menafikan wajib
pada sifat allah, atau sabitkan mustahil bagi Allah, atau mereka mengingkari kenabian ))

Pengakuan ini yang menunjukkan kepada sya’rani ialah disebut dalam firman Allah :
{ dan (ingatlah) ketika tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu
adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya
berfirman), “ bukankah Aku ini Tuhanmu? ” Mereka menjawab, “ betul (engkau Tuhan
kami), kami bersaksi ” (kami lakukan yang demikian itu) agar dihari kiamat kamu tidak
mengatakan, “ sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini (۱۷۲) atau agar kamu
tidak mengatakan, “ sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersukutukan Tuhan
sejak dahulu, sedang kami adalah keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka apakah
engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang (dahulu) yang sesat?
(۱۷۳) dan demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali (kepada
kebenaran) (۱۷۶) } (surah al-a’raf)

Dan dijelaskan pendapat ini oleh doktor Abdul Halim Mahmud maka berkata : (( realiti
ketika Rasulallah mula berdakwah secara terang selepas lebih kurang 3 tahun Rasulullah
berdakwah secara senyap, maka sesungguhnya Rasulallah tidak mula pensabitan/bukti
kewujudan Allah, akan tetapi mula menunjukkan kebenaran keatas dirinya, dan orang
arab mencabar kebenaran Rasulallah, dan sebelum itu ketika rasulallah dikejutkan
malaikat didalam gua, dan diturunkan wahyu kepada Rasulallah, bukan bermula dengan
malaikat atau tidak bermula wahyu dengan pensabitan/bukti kewujudan Allah, dan hanya
bermula dengan suruhan untuk Rasulallah membaca dengan nama Allah.

Adapun banyak ayat-ayat yang mana sebahagian manusia fikirkan sesungguhnya


turunnya ayat tersebut untuk membuktikan wujudnya Allah, maka tidak sedikit dan tidak
banyak, ianya menerangkan kebesaran Allah, kemuliaannya, kekuasaannya, dan
menguasai dengan sempurna keatas alam, kebesaran suruhan daripadanya, tidak terlepas
penguasaan kecil dan besar, dan tidak keluar bukti yang keterlaluan/berleluasa))

Menguatkan pandangan kumpulan ini (pertama) bahawa kewujudan Allah adalah fitrah
tidak perlu kepada dalil berdasarkan ayat-ayat quran dibawah :

 { Dan jika engkau bertanya kepada mereka, “siapakah yang menciptakan langit
dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” pasti mereka akan menjawab,
“Allah”. } (surah al-ankabut : 61)
 { Dan jika kamu bertanya kepada mereka, “ siapakah yang menurunkan air dari
langit lalu dengan air itu dihidupkan bumi yang sudah mati?” pasti mereka akan
menjawab, “Allah”} (surah al-ankabut :63)
 { Dan sungguh, jiak engkau tanyakan kepada mereka, “siapakahyang
menciptakan langit dan bumi?” niscaya mereka menjawab, “Allah” } (surah
zamr : 38)
 { Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, “siapakah yang menciptakan langit dan
bumi ?” pastilah mereka akan menjawab, “semuanya diciptakan oleh yang Maha
Perkasa, Maha Mengetahui.”} (surah 9 : ‫)الزخرف‬
 { Dan jika negkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka,
niscaya mereka menjawab, Allah. } (surah 87 : ‫)الزخرف‬
 { Apakah belum sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (iaitu) kaum
Nuh, ‘Ad, samud dan orang-orang setelah mereka. Tidak ada yang mengetahui
mereka selain Allah. Rasul-rasul telah datang kepada mereka membawa bukti-
bukti (yang nyata), namun mereka menutupkan tangannay kemulutnya (kerana
kebencian). Dan berkata , “sesungguhnya kami tidak percaya akan (bukti bahawa)
kamu diutus (kepada kami), dan kami benar-benar dalam keraguan yang
menggelisahkan terhadap apa yang kamu serukan kepada kami”. (9) Rasul-Rasul
mereka berkata, “apakah ada keraguan terhadap Allah, pencipta langit dan bumi?
(10) } (surah Ibrahim)

Dan bertentangan pandangan kumpulan ini (kedua) untuk membuktikan kewujudan


Allah, mereka mengatakan :

(( bagaimana untuk menunjukkan adanya Allah, dan dialah (Allah) yg menjelaskan


sesuatu, atau mengetahui sesuatu, dan dialah (Allah) yang lebih mengetahuinya, dan
bagaimana perlu kepada dalil untuk menegakkan bukti (adanya Allah)? ))

Dan berbual salah seorang daripada mereka tentang Allah, berkata : (( tuhan, bagaimana
untuk menunjukkan wujud kekurangan keatas kamu!! Mesti ada yang lain muncul untuk
menjelaskan apa yang tidak keatas kamu sehingga dia (Allah) menjelaskannya!! Apabila
mendapatkannya sehingga perlunya kepada dalil untuk menunjukkan ke atas kamu!!
Apabila ketinggalan jauh sehingga kesan dicapai keatasnya yang mana bersambung
kepadanya (Allah)!!

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, dan dia (Allah) yang
menjelaskan setiap sesuatu.

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, dan dia (Allah) yang
menjelaskan setiap sesuatu.

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, dan dia (Allah) yang
menjelaskan pada setiap sesuatu.

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, dan dia (Allah) yang
menjelaskan sebelum wujud setiap sesuatu.

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, dan dia (Allah) yang
menjelaskan daripada setiap sesuatu.

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, dan dia (Allah) yang satu
tiada sesuatu yang bersamanya.

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, dan dia (Allah) yang dekat
dengan kita daripada setiap sesuatu.

Bagaimana hendak menggambarkan sesuatu yang terhijab, malah padanya wujud sesuatu.

Antara perbezaan yang besar menunjukkan padanya atau menunjukkan keatasnya,


menunjukkan padanya mengetahui hak ahlinya, maka disabitkan suruhan dengan
kewujudan asalnya, dan menunujukkan keatasnya tiada sambungan kepadanya, kecuali
apabila terlepas sehingga menunjukkan keatasnya, dan apabila jauh sehingga dapat
dikesan yang bersambung padanya.
Ini pandangan orang-orang yang beranggapan bahawa kewujudan Allah tidak
memerlukan kepada dalil, ulasan pada pandangan ini, kita berpandangan bahawa naluri
agama ada pada semua manusia, dan bahawa mengenal Allah diketahuai pada setiap
makhluk{ langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada
Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu
tidak mengerti tasbih mereka.Sungguh, dia maha penyantun, maha pengampun } dan
kajian-kajian moden menunjukkn tentang isu ini, kerana mereka membuktikan bahawa
naluri agama ada pada semua masyarakat, dan orang yang menafikan kewujudan tuhan,
ia menyembah kepada kuasa lain.

Namun selepas kelahiran manusia terpengaruh dalam banyak faktor, menjelaskan antara
satu sama lain apabila kita bercakap mengenai keperluan agama untuk manusia
contohnya: persekitaran yang rosak dan pendidikan salah : dan kepentingan kebendaan,
dan kecenderungan hawa nafsu, dan peranan syaitan dan pembantu pada kewujudan…..
kesan-kesan ini memainkan peranan yang penting dalam penyelewengan sifat manusia.

Daripada ini memerlukan manusia pada : peringatan dan kepada : orang yang memberi
peringatan.

Oleh itu, ayat-ayat al-quran adalah untuk memberi amaran dan peringatan, terutamanya
sebagai cara pengetahuan deria manusia, dan akan terdedah kepada kesilapan, dan tajuk
ini mengetahui kewujudan Allah lebih mulia daripada batasi sesuatu, atau dibatasi oleh
gambaran, kadang-kadang sesuatu terlalu zahir, atau penjelasan yang jelas, atau terlalu
dekat, boleh menjadi sebab/punca tersembunyi pada kesamaran.

**49-52
Perumpamaan Abu Hamid al-Ghazali, sebagaimana dia berkata :

Sesungguhnya, kelawar melihat di waktu malam, dan tidak melihat di waktu


siang, tidak juga dalam kesamaran siang dan tersembunyi. Namun, pada kehangatan
tengah hari, sesungguhnya penglihatan kelawar menjadi lemah, cahaya matahari yang
terbit amat menyilaukan. Maka, kehangatan tengah hari dan kelemahan penglihatannya
adalah sebab kepada tidak dapat melihat. Maka tidak melihat sesuatu pun kecuali apabila
bercampur sinaran dengan kegelapan dan munculnya kelemahan.

Begitu jugalah kelemahan akal kita. Kecantikan kewujudan ketuhanan pada


penghujung yang berseri-seri dan bercahaya. Dan pada tujuannya yang menyeluruh.
Maka, kemunculannya menjadi sebab kesamaran keindahan daripada terlindung dari
sinaran cahaya. Maka dengan kemunculannya, akan lenyaplah penglihatan dan
pandangan.

Jika perpecahan ulama’ dalam masalah ini membawa kepada 2 kumpulan yang
menunjukkan kepadanya bukan kewajipan. Seperti yang dipersetujui oleh semua pemikir
yang diperlukan, dan tidak pula bertelingkah antara kedua-duanya. Kami akan
menunjukkan kepada masyarakat tentang bukti-bukti kewujudan Allah : sebagaimana
pengajarannya pembaca-pembaca dalil, atau pengajarannya dari bab peringatan atau
larangan keatas apa-apa yang telah ditetapkan semasa fitrah :

Pertama : Dalil Hudus.

Mereka berpegang atas dalil yang banyak disebutkan oleh kebanyakan ulama’
dalam kitab mereka. Adalah alam ini baru, dan setiap yang baru mestilah ada pencipta.
Maka, alam mestilah ada pencipta. Iaitu Allah taala.

Apa yang dimaksudkan dengan alam ini : setiap perkara selain Allah, ia
diibaratkan seperti jirim dan sifat serta penjelasannya : dan sesungguhnya pembahagian
ini terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Wujud yang memerlukan kepada tempat : yang mana ia mengambil ruang. Ia


adalah : I) yang dihimpun dari bahagian-bahagian yang kecil. Tidak menerima
perubahan. Dan ia dinamakan : al-Jism.
II) atau tidak dihimpunkan dari bahagian-bahagian kecil. Sesungguhnya ia
mudah dan tidak menerima perubahan. Ia dinamakan : jauharul fardi.

2) Wujud tidak memerlukan kepada tempat : yang mana ia tidak mengambil ruang.
Ia adalah :
I) Yang memerlukan dalam wujud kepada al-jism yang terdiri dengannya,
dan mengandungi padanya, dan ia dinamakan : al-aradun (perkara).
Contohnya : warna, suara, pergerakan dan sukun.
II) Yang tidak memerlukan kepada wujudnya al-jism yang terdiri
daripadanya iaitu : Allah taala.

Apa yang dimaksudkan dengan (hadis) dalam kata-kata kami ialah : (alam yang
baru) sesungguhnya ia diwujudkan selepas tiada apa-apa.

Penerangannya : sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sifat-sifat jisim. Dan


inti sari masing-masing yang baru dengan penglihatan. Maka sesungguhnya kita melihat
pergerakan yang berubah yang baru selepas ia tetap, dan ia tetap selepas ia berubah, dan
kita melihat pelbagai perubahan warna sesuatu dan bentuknya, perubahannya dari
keadaan kepada keadaan dan ini membawa kepada pembaharuannya.

Jisim-jisim juga adalah baharu jika jisim itu dari jisim-jisim yang tidak
mempunyai sifat baharu. Contohnya seperti berubah atau tetapnya. Apa yang tidak ada
tentang pembaharuan, maka ia tidak dikenali sebagai perkara yang baru.

Jika keseluruhan alam adalah baru, maka sesungguhnya ia adalah baru, dan ia
diwujudkan selepas ketiadaannya, maka ia memerlukan kepada pembaharuan serta
wujudnya dari ketiadaannya. Ini kerana mustahil bagi akal akan kewujudan yang baru
tanpa pembaharu, atau perlakuan tanpa pelaku. Dan ini perintah yang disangkal. Tidak
memerlukan dalil. Dan diiktiraf oleh kanak-kanak serta orang dewasa. Dan pencipta itu
yang menciptakannya. Dan ia wujud dari ketiadaan Dia (Allah) yang tertinggi dari
kecacatannya. Terutamanya sejak ia tidak dipanggil esa. – semasa zaman sejarah yang
berbeza-beza- sesungguhnya ia adalah pembaharuan alam. Dan ia wujud selepas
ketiadaannya. Dan tidak mendakwa dirinya salah satu yang terbaru. Sehingga yang
didakwa ketuhanan tidak mendakwa. Sesungguhnya yang disebut itu keatas yang fasih
utusannya iaitu Allah taala. Dan pendakwaan diserahkan kepada tuannya selagi tiada
sesiapa mempertikaikannya.
Ditanya orang Arab tentang dalil kewujudan Allah? Maka dia berkata : anak unta
menunjukkan adanya ibu unta. Dan najis yang ada pada keldai menunjukkan adanya
keldai. Dan kesan tapak kaki menunjukkan kepada adanya orang yang berjalan. Maka,
bintang-bintang adalah zat langit. Dan gunung-gunung adalah zat bumi. Ia menunjukkan
kepada yang maha mengetahui.

Dan kita mungkin mengemukakan dalil baru dengan jalan lain bergantung
padanya atas (dilalah lafziyah) untuk perkataan : almuhdis – dal berbaris kasrah – dan
muhdas – dal berbaris fathah – dan sesungguhnya 2 kalimah ini dari perkara idhofi,
sesuatu yang difikirkan oleh pihak yang wujud tanpa wujud pihak yang akhir. Dan
kewujudan muhdas – dal berbaris fathah – tidak dapat dinafikan kepadanya, apa yang kita
lihat dengan mata kita – dan membawa kepada wujudnya muhdis – dal berbaris kasrah –
adanya Allah taala.

**60-65

CONTOH DARIPADA AL-QURAN YANG MENUNJUKKAN BUKTI


PENCIPTAAN

1. PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI


Firman Allah Taala : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut
kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan
sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan
sekalian alam, Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya
(tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia
menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang
menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu
berlaku) dalam empat masa. Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-
bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan
kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau
dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan
sukarela; Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu
kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi
langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang
bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah
ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushilat : Ayat 9-12)

Telah diceritakan tentang penciptaan langit dan bumi sebanyak 42 tajuk daripada Al-
Quran – dan tajuk ini mempunyai pecahan yang banyak, di mana diterangkan bahawa
Allah Taala mencipta bumi dalam masa dua hari, memberi keberkatan, kuasa dan
kekuatan padanya pada dua hari yang lain, dan mengosongkan langit dalam masa dua
hari, maka langit dan bumi dicipta dalam masa enam hari, sepertimana yang diberitahu
dalam Al-Quran pada kebanyakan surah, dan setelah langit dan bumi berhubung antara
satu sama lain, Allah Taala menciptakan air. Firman Allah Taala : “Dan tidakkah orang-
orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu
pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara
keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa
mereka tidak mahu beriman? Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang
menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-
celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai
keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung
yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak
memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.” (Surah Al-Anbiya :
Ayat 30-32)

Al-Baidhawi berkata : “Adalah sesuatu itu satu, dan hakikatnya ia bersatu, maka kita
betulkan kedua-duanya dengan kepelbagaian dan pertimbangan”

Dan didatangkan hadis : “adalah Allah dan tiada sesuatu selainnya, dan mencipta
arasy-Nya atas air, dan menulis dalam memberitahu setiap sesuatu, dan mencipta langit
dan bumi”

Diriwayatkan Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas : “Sesungguhnya arasy Allah berada di atas
air, dan tidak mencipta sesuatu selain apa yang dicipta sebelum air, maka jika Allah
hendak mencipta, dikeluarkan asap daripada air, dan naik ke atas. Maka dinamakan
sebagai langit, kemudian diletakkan tanah atas air, maka terptalah bumi. Maka air adalah
sumber kepada semua ciptaan”

Dan sesungguhnya Al-Quran mentakrifkan bilangan langit

 “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya,”
(Surah Al-Isra’ : Ayat 44)
 “Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu
dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-
makhluk Kami.” (Surah Al-Mukminun : Ayat 17)
 “Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-
lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah
itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah” (Surah Al-
Mulk : Ayat 3)
 “Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah
menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, Dan Dia menjadikan
padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu
(yang terang-benderang),” (Surah Nuh : Ayat 15-16)
Adapun perkataan bumi diulang sebanyak 461 kali kecuali satu ayat yang
menunjukkan kepada bilangannya dan ia adalah : “Allah yang menciptakan tujuh petala
langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di
antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui
bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa
sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Thalaq :
Ayat 12)

2. PENCIPTAAN MANUSIA
Telah diceritakan tentang penciptaan manusia dalam Al-Quran sebanyak 42 tajuk.

Antaranya apa-apa yang berkaitan dengan penciptaan manusia yang terawal iaitu
Nabi Adam a.s. dan daripadanya apa-apa yang diambil untuk mecipta isterinya Hawa,
dan daripadanya berkisar tentang penciptaan keturunannya.

Adapun apa-apa yang berhubung dengan penciptaan manusia yang pertama iaitu Nabi
Adam maka sesungguhnya Al-Quran, dan diterangkan peringkat penciptaannya; untuk
mensabitkan kewujudan pencipta, dan menzahirkan bukti-bukti ilmu-Nya, kehendak-
Nya, dan kekuasaan-Nya.

Al-Quran menerangkan bahan-bahan untuk mencipta Nabi Adam, dan bagaimana dari
peristiwa ke peristiwa, sehingga menjadi manusia yang soleh untuk menjadi khalifah di
bumi.

Dan bahan-bahan ini ialah tanah, firman Allah Taala : “Sesungguhnya perbandingan
(kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah
menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka
jadilah ia.” (Surah Ali-Imran : Ayat 59)

Dan air, firman Allah Taala : “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari
air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan)
dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).”
(Surah Al-Furqan : Ayat 54)

Dan daripada tanah dan air adalah tanah liat, firman Allah Taala : “(Ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak
menciptakan manusia, Adam dari tanah;” (Surah Shad : Ayat 71). Dan adalah tanah liat
itu mengeras dan melekat. Menampal dengan tangan, firman Allah Taala :
“Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan
diciptakan semula).” (Surah Al-Shaffat : Ayat 11) dan memilih daripada keturunannya
yang dipilih. Firman Allah Taala : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dari pati (yang berasal) dari tanah.” (Surah Al-Mukminun : Ayat 12).

Dan keturunan ini adalah kehitaman dan berubah, maka dijadikan daripada tanah
yang kental dan berubah warna. Firman Allah Taala : “Dan sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental
yang berubah warna dan baunya.” ( Surah Al-Hijr : Ayat 26). Adalah daripada tanah liat
yang kering, seperti daripada tanah yang kental dan berubah warna, maka ia adalah
seperti tembikar. Firman Allah Taala : “Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari
tanah liat kering seperti tembikar.” ( Surah Al-Rahman : Ayat 14)

Dan selepas sempurna penciptaannya dan tiupkan roh padanya. Firman Allah Taala :
“(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya
Aku hendak menciptakan manusia, Adam dari tanah; Kemudian apabila Aku
sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka
hendaklah kamu sujud kepadanya.” (Surah Shad : Ayat 71-72).

Adapun apa-apa yang berkaitan dengan penciptaan isteri Nabi Adam iaitu Hawa
maka sesungguhnya Al-Quran telah mencantikkan cerita tentangnya, firman Allah Taala :
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan
kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat
keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai” (Surah Al-Nisa’ : Ayat 1). Dan Firman
Allah Taala : “Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang
satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk
bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain.” (Surah Al-A’raf :
Ayat 189).

Dan hadis nabawi menerangkan “sesungguhnya Allah menciptakan Hawa daripada


tulang rusuk Nabi Adam A.S..

Adapun Al-Quran menceritakan tentang penciptaan keturunan Nabi Adam, maka ia


adalah cerita yang menyeluruh, ia terdapat dalam banyak tajuk, dan semua tajuk ini
menunjukkan kewujudan pencipta yang agung, dan dicirikan dengan gaya persembahan
yang teliti, dan kecantikan yang menakjubkan, dan keajaiban sains.

Daripada tajuk ini, firman Allah Taala : “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis)
air benih pada penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi
sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian
Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang
itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang
lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik
Pencipta.” (Surah Al-Mukminun : Ayat 12-14).

Dan apabila kita faham tentang penciptaan manusia pada nas-nas yang berkat bahawa
manusia pertama yang dicipta ialah Nabi Adam A.S. maka sesungguhnya ia dicipta
daripada pati yang berasal daripada tanah liat dan telah diterangkan dalam ayat-ayat yang
mulia sebelum ini.

Dan apabila manusia kehendaki dengan manusia yang lain secara umumnya seperti
Nabi Adam dan keturunannya, maka sesungguhnya ilmu hadis telah menetapkan bahawa
jisim manusia terdapat unsur-unsur yang terdapa dalam tanah dan ia adalah kalsium,
potassium, sodium, klorin, magnesium, zat besi, manganese, tembaga, iodin, fluorin,
kobalt, zink, silicon, aluminium,dan ini merupakan unsur-unsur untuk tanah, dan jika
nisbahnya berbeza pada manusia dari yang lain dan manusia dari tanah kecuali jika
namanya yang satu.

Dan unsur-unsur ini berasal daripada makanan, dan daripadanya menjadi daging yang
diibaratkan seperti dari mani lelaki dan telur perempuan.

Sesungguhnya ia adalah satu sel, dan ia merupakan bukti kewujudan pencipta, dan
adakah terdapat gambaran yang tepat tentang rahim ibu

Dan sel yang satu ini berkembang dengan banyak, dan daripadanya ia menjadi
daging, kulit, tisu, tulang rawan, cecair, dan pelbagai organ lelaki yang berbeza dan ajaib
sesungguhnya satu sel ini boleh membawa sifat kewanitaan sama ada dari segi jasmani,
akal, atau jiwa.

“(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: Dari


apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim);
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.” (Surah Al-Thariq :
Ayat 5-7). “Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit
dipandang orang? Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh, Serta Kami
tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan
melakukan (tiap-tiap sesuatu)! Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang
mendustakan (kekuasaan Kami)!” (Surah Al-Mursalaat : Ayat 20-24)

“Lihatlah kepada bayi itu : bagaimana dia makan dalam perut ibunya, dan bagaimana
dia bernafas, dan bagaimana tali pusat yang mengikat dengan perut ibunya untuk
mendapatkan makanan daripadanya, telah diambil kira semasa ditetapkan untuk
mencapai tujuan baginya untuk menjadi tanpa memanjangkan yang boleh menyebabkan
penapaian makanan. Atau mempercepatkan pemberian makanan kepadanya yang boleh
menyebabkan berlakunya penyakit. Apabila kita memikirkan tentang itu, maka kita tidak
boleh memiliki kecuali jika kita mengenali dengan kekuasaan dan kelembutan pencipta.”

Dan jika kita merenungkan bagaimana Allah menyiapkan untuk bayi keadaan yang
sesuai, tempat yang sesuai, dan dikelilingi oleh tiga membrane yang keras, tidak terkena
dengan panas luaran, dan tidak keluar air atau cahaya daripadanya, dan tidak
mengeluarkan bau yang boleh menyakiti rongga ibunya : “Dia menciptakan kamu dalam
kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian.
Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah
Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu
bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?” (Surah Al-Zumar :
Ayat 6)

Dan Rasulullah S.A.W. menerangkan kepada kita makna firman Allah Taala : “dari
satu kejadian ke satu kejadian.” Maka diriwayatkan oleh dua orang syeikh : (Jika salah
seorang dari kamu membawa ciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari, ia akan
menjadi benih, kemudian ia akan menjadi darah beku, kemudian ia akan menjadi daging,
kemudian diutuskan kepadanya malaikat, dan ditiupkan roh padanya, dan diperintahkan
dengan menulis empat kalimah : rezekinya, ajalnya, amalannya,dan kesedihan dan
kebahagiaan.)

Maka ibu akan merasai pergerakan bayi selepas 120 hari semasa ditiupkan roh
padanya dan roh ini akan ditetapkan tangungjawab ke atasnya dan dihisab selepas baligh,
dan kehidupan ini adalah berbeza dengan kehidupan yang pertama iaitu kewujudan sel.

Dan setelah berlalunya hari-hari kehamilan sehingga tiba waktu kelahiran, tetapi
bagaimana bayi ini keluar daripada tempat yang susah selepas jirimnya membesar dan
beratnya bertambah?

Sesungguhnya Allah Taala telah menyiapkan sebab-sebab itu : maka dirembeskan


cecair rahim yang diperlukan untuk mengeluarkan bayi ini ke bahagian luar. Firman
Yang Benar : “Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar
kekufurannya? (Tidakkah dia memikirkan) dari apakah dia diciptakan oleh Allah? Dari
air mani diciptakannya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk
bertanggungjawab; Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya
(untuk menimbang dan mengambil mana satu yang dia pilih);” (Surah Abas : Ayat 17-
20)
**66-70

,‫ وموافقة كل عوالمه لوجوه‬,‫وهذا الدليل يعتمد على مانشاهده في هذا الكون من تسخير كل أجزائه لخدمة األنسان‬
‫ حكيم‬, ‫ قادر‬, ‫وهذا التسخير وتلك الموافقة يدالن داللة قاطعة على وجود فاعل‬

Dalil ini berdasarkan kepada apa yang kita saksikan setiap bahagian alam untuk
kemudahan manusia,bertepatan dengan keerluan manusia,dan kesepakatan yang ada ini,
menunjukkan bahawa adanya pencipta yang berkebolehan (menentukan), bijaksana.
‫تأمل تسخير عالم األفالك لالنسان يقول تعالى‬
Perhatikan kemudahan yang diberikan dalam alam ini kepada manusia,firman Allah:

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana
yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan
matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya
beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala
urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin
kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). [surah al ra’ad ayat 2]

Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang
menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk
mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan
Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. [surah al ana’am ayat 96-97]

“Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman
kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut.” Sesungguhnya kami telah
jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. .
[surah al ana’am ayat 96-97]

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; “dan
bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu”.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan
kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya. [surah an nahl ayat 12]

Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang
daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat
yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengetahui

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir
peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung)
seperti tandan yang kering.

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-
apung di tempat edarannya masing-masing. [surah ya sinn ayat 37-40]
‫ يقول تعالى‬.‫وتدبر تسخير عالم الحيوان والطيور‬
Dan menguruskan kemudahan alam haiwan dan burung. Allah berfirman

Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya
benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan
daripadanya juga kamu makan.

Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika
kamu membawanya balik untuk berihat (pada waktu petang), dan ketika kamu
membawanya keluar (pada waktu pagi).

Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri


yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah.
Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya.

Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan
untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.[surah
an nahl ayat 5-8]
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang
mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari
dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang
bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
[surah an nahl ayat 66]

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di
gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang
didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau
sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan
dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
[surah an nahl ayat 68-69]

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian
dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan
bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di
atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian
daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta
dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan
menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.[surah al hajj ayat 32]

Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; “dan Ia
mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat
mengenderainya,”

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu
apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:"
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami
sebelum itu tidak terdaya menguasainya -
[surah az zukhruf ayat 12-13]

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-


layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah;
sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah) bagi kaum yang beriman.
[surah an nahl ayat 79]

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-
burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung
itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada
jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha
Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[surah al mulk ayat 19]

‫ يقول تعالى‬.‫وانظر الى تسخير عالم النبات النسان‬

Dan melihat manfaat tumbuhan kepada manusia, Allah berfirman:

Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman
kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan)
untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya.

Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-
pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. [surah an nahl ayat 10-11]

Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar
tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-
tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang
bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari
buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau
menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau
belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.
[surah al an’am ayat 141]

(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia
melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):

Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.

Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-
tumbuhan, -

Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

Dan buah anggur serta sayur-sayuran,

Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma

Dan taman-taman yang menghijau subur,

Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, 

Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu [surah aaba saa ayat 24-32]

‫ يقول الحق‬.‫وفكر في تسخير عالم الرياح والبحار واألنهار‬

Dan berfikir tentang penciptaan alam angin,laut dan sungai.Allah berfirman:


Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang
mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu
membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering
kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan
air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan
(menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil
pelajaran daripadanya). [surah al a’raff ayat 57]

Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu
Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya;
dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. [surah al hijr
ayat 22]

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian
Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan
menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-
celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang
dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira. [surah ar ruum
ayat 48]
Dan Dia lah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang
lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan
untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar
padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya
kamu bersyukur. [surah an nahl ayat 14]

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan
sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-
ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan
yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak
mengetahui. [surah an naml ayat 61]

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti
gunung, belayar laju merempuh lautan.

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu


terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda
(yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap
sabar, lagi sentiasa bersyukur. [surah asy syuura ayat 32-33]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu
azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain
dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?"

Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan
kepadaNya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan
Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu). [surah al an’aam 40-41]

Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di


laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka)
dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan
kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur".

Katakanlah: "Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala
jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu
yang lain)".
[surah al an’aam ayat 63-64]

‫وتمعن في تسخير أجهزة جمسك وأعضائه لك‬


, ‫ وأن تخطو بفد ميك‬,‫ فلك أن تنظر يك‬.‫ قد سخره هللا لك حسب ارادتك واختياركك‬,‫ والتحكم فيه‬,‫ما يسهل استحدامه‬
‫وهكذا‬,‫ وأن تنطق بلسانك وشفتيك‬,‫وأن تحمل بيديك‬.

Dan merenungkan kepelbagaian organ-organ dan anggota badan kamu.


Sesungguhnya apa yang memudahkan penggunaanya, dan pengawalannya, dan Allah
telah memaksa untuk anda mengikut kehendak dan pilihan kamu.Bagi kamu melihat
dengan dua mata kamu, dan menghapuskan keraguan,dan membawa dengan tangan
kamu, dan menyebut dengan lidah dan bibir kamu, dan sebagainya.
.

‫ يعمل ليال ونهارا‬,‫ فقد سخره هللا له اضطرارا‬,‫أما ما يصعب على االنسان التحكم فيه من أجهزته وأعضائه‬
Apa yang menyukarkan untuk manusia mengawal organ-organ manusia dan anggota-
anggotanya, dan Allah menyuruh manusia menggunakannya pada tempat yang
sepatutnya sepeti bekerja siang dan malam.

‫ وبنكرياس‬, ‫ وأمعاء وكبد‬, ‫ معدة‬. ‫ وتأمل تسخير جهازك (الهضمى) وما فيه من‬-

- Dan mengambil berat dalam memanfaatkan organ dalaman anda (pencernaan) dan di
mana. Perut, usus, hati, dan pancreas.

‫ وشعيرات‬, ‫ وأوردة‬, ‫ وشرايين‬, ‫وجهازك (الدورى) وما فيه من قلب‬. -


- Peranti (Liga) dan jantung, arteri, urat dan kapilari.

‫ ورئتين‬, ‫ هوائية‬, ‫ وقصبة‬, ‫ وحنجرة‬, ‫وجهازك (التنفسى) وما فيه من أنف‬. -

- Peranti (pernafasan) dan Hidung, Tekak, dan tunggul, Beg, dan paru-paru.
‫ جل فى عاله‬, ‫فمن سخر كل ذلك لالنسان ؟ ليس اال هللا‬.
Semua ini untuk dimanfaatkan oleh manusia? Kecuali Allah yang maha Agung yang
menciptakan kita.

‫ دليل اجابة المضطر‬.‫خامسا‬


Bukti jwapan kepada pemaksaan.

‫ أو المرض‬, ‫ أو الحيرة والقلق‬, ‫ على ما يشعر به كل انسان فى وقت الشدة والضيق‬R‫ وهو يعتمد‬,‫ويسمى الدليل النفسى‬
, ‫ ويكشف ما به من سوء‬, ‫ ويفرج كربه اذا تضرع اليه‬, ‫ يجيب دعاءه اذا سأله‬,‫ من وجود قادر حنان منان‬, ‫أو الغرق‬
‫ ومن منا لم يمر بمثل هذه األوقات‬, ‫اذا لجأ اليه‬
Yangdinamakan diri kita bergantung kepada apa yang kita rasa bagi setiap manusia
dalam setiap masa keperluan dan kesusahan, atau kekeliruan, keresahan, sakit, atau mati.
Wujudnya pencipta yang penyayang dan pemurah (Allah), berdoa kepadaNya apabila
ditimpa musibah, dan melegakan kesakitan jika berdoa kepadanya, dan mendedahkan apa
yang buruk, dan mendatangkan balasan kepada pelakunya,dan tak memerintahkan pada
masa itu!

‫ تدبر هذه اآليات‬. ‫وكم أجاب هللا دعوة المضطر‬


Dan seperimana yang dijawab oleh Allah adalah seruan pemaksaan.dan hayati ayat ini
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam
segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala
Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah
dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang
menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah
diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.
[surah yunus ayat 12]

Dia lah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan
menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera,
dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan
angin yang baik, dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya
angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala
penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka
semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya
semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya
Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur"
“Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan
perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar.” Wahai
manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap
diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia
(bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan
memberitahu apa yang kamu telah lakukan. [surah yunus ayat 22-23]

Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan
kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah
selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah
manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). [surah al israa’ ayat 67]

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa
kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti
(umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan
yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat
Allah itu). [surah an naml ayat 62]

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut),
mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya.
Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik
kepadaNya.[surah al ‘ankabuut ayat 65]

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya
dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah
memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala
bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan
sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah.
Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi
sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.[surah az zumar ayat 8]

**71-73

Dialog dengan ahli-ahli material.

Selepas diteliti pelbagai bukti atau dalil-dalil terhadap kewujudan Allah SWT, penulis
ingin berhenti seketika untuk membersihkan perhitungan tentang ahli-ahli material yang
berpegang kepada kecintaan mereka terhadap kebendaan. Ahli-ahli material ini tidak
mengimani kewujudan sesuatu melainkan kebendaan sahaja. Dan apa yang dilihat dengan
mata, atau yang didengar dengan telinga, atau yang dihidu oleh hidung, atau yang
dinikmati oleh mulut, atau yang disentuh/dirasai oleh deria, semua itu adalah wujud tetapi
yang selainnya bagi pencinta kebendaan ini, ianya tidak wujud.

Dan apa bila diperhatikan, cara mereka mengenali sesuatu adalah dengan melalui uji kaji
dan tidak dengan cara yang selainnya.
Mereka membataskan kewujudan terhadap sesuatu perkara itu dan suasananya, dan
apabila mereka hendak memahami sesuatu maka tiadalah dihadapannya melainkan
peringatan dan uji kaji.

Dan mereka menafikan bahawa kebendaan tertegak dengan apa yang dimulakan dengan
kewujudan Tuhan, pencipta alam ini, dan apa yang tersusun adalah atas sebab kewujudan
ketuhanan ini daripada kedudukan kenabian,kebangkitan, pengekalan, dan sebagainya.

Dan kebanyakan yang kita dengar daripada mereka bahawa, sesungguhnya alam ini
wujud dengan semulajadi, atau wujud secara kebetulan, dan alam ini lama, tiada baginya
permulaan dan akan berterusan tanpa pengakhiran, dan sesungguhnya agama
menerangkan bahawa alam ini adalah baharu.

Perlu dibincangkan sepertimana dibawah:

1. Terdapat beberapa perkara yang diyakini kewujudannya oleh pakar-pakar


kebendaan, dan hal itu tertegak atas sebab suasananya, dan tidak dilihat oleh alam
satu daripadanya. Contohnya: elektonik yang diyakini oleh pakar-pakar
kebendaan dan kebanyakan kewujudannya dicetuskan oleh suasana dan pilihan.
Kesan yang digambarkan oleh sesuatu kewujudan adalah baik, tiada timbangan
baginya, tidak disebabkan oleh desakan atau tekanan dan ianya melengkapi
kewujudan kseluruhannya.
Daya tarikan yang didorong kewujudannya oleh hakikat sains / keilmuan,
kebanyakannya ditafsirkan tercetus daripada suasana.
Dan apakah yang dikatakan sebagai material atau kebendaan dalam perkara ini?
Adakah boleh seseorang itu mendakwa bahawa dirinya sudah melihat sesuatu
daripada kebendaan tersebut?
Maka mengapa mereka menyangkal kewujudan Tuhan yang tidak dapat dilihat
sekarang? Sesungguhnya kita meyakini bahawa kewujudan Tuhan itu daripada
pandangan dan pemilihan.
Ulama tabiiyah berkata: sesungguhnya merasainya (cahaya) adalah dengn
kesannya, dan ketika dihampirkan dengan matahari dan itulah sumber semulajadi
kepada cahaya. Dan ada pula orang-orang yang menyetujui bahawa penciptaan
cahaya itu kuat dan diyakini. Tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Tidak akan
wujud cahaya semata-mata. Dan ianya wujud dengan kewujudan sesuatu yang
muncul dengan cahaya seperti debu dan pertikel zarah yang berterbangan diudara.
Maka cahaya adalah ciptaan daripada ciptaan Allah, dan tidak dapat dilihat. Maka
bagaimana untuk mengakui kewujudan pencipta, yang tidak dapat dilihat
sekarang?
2. Dan kepada mereka yang berfikir bahawa alam ini wujud dengan semulajadi,
kami bawakan kepada mereka persoalan ini : apa itu tabi’ie atau semulajadi?
apakah yang dimaksudkan dengannya? Dan apakah hakikatnya?
Adakah ia sesuatu yang hidup atau sesuatu yang mati? Berkuasa atau lemah?
Mengetahui atau jahil?
Dan sekiranya mereka mengatakan : hidup, berkuasa dan mengetahui , maka
itulah Allah.
Adapun sekiranya jawapan selain dari itu, maka tidaklah digambarkan
daripadanya tentang penciptaan. Kerana sesungguhnya kehilangan sesuatu itu
menyalahi hakikat ketuhanan. Dan apabila diteliti apa yang ditulis oleh Syeikh
Muhammad Al-Ghazali:
“Peranan antara aku dan golongan Athies mempunyai jurang yang jauh berbeza,
aku meresapi diriku dalam diri athies itu, dan aku memelihara kesabaranku,
sehingga ‫ يهش‬terhadap apa yang ditegakkan, dan aku bertahan dengan hujahku
yang tenang yang tidak mempunyai sebarang keraguan.”
Dia berkata: sekiranya Allah menciptakan alam, maka siapa pula yang
menciptakan Allah?
Aku berkata kepadanya: seolah-olah kamu dengan perkara ini atau dengan
perkara ini menjadi hamparan atau penerangan bagi kamu yang mengukuhkan
bahawa sesungguhnya harus bagi tiap-tiap sesuatu itu ada pencipta.
Dia berkata : aku tidak memperoleh apa yang aku inginkan. Jawablah
persoalanku.
Maka aku berkata kepadanya : tiada ketetapan dan tiada peranan . sesungguhnya
kamu melihat bahawasanya alam ini tidak mempunyai pencipta : iaitu
kewujudannya adalah dari zatnya sendiri tanpa kehendak untuk wujud. Maka,
mengapa pula ditemui kenyataan bahawa alam ini wujud daripada zatnya yang
dibekalkan. Dan kamu merasa pelik terhadap ahli agama yang berkata :
sesungguhnya Allah yang menciptakan alam ini bukan dengan kewujudannya
yang asal.
Sesungguhnya itu dakwaan yang utama. Dan mengapa kamu membenarkan diri
kamu ketika bersumpah, dan mendustakan selainmu ketika yang lain itu
bersumpah?
Dan apabila kamu berpendapat bahawa tuhan itu tidak mencipta maka itu adalah
karut, alam tanpa pencipta adalah karut, dan begitulah disesuaikan dengan
pemikiran yang disembunyikan ke atasnya.
Dia berkata: sesungguhnya kami hidup di alam ini dan kami merasai
kewujudannya dan kami tidak mampu untuk mengingkarinya/menyangkalnya?
Aku berkata: siapa yang meminta kamu untuk menafikan kewujudan alam?
Sesungguhnya apabila kami menunggang pedati, atau kapal laut, atau kapal
terbang, dipisahkan dengan kami pada jalan yang menakutkan, kami ditanya tanpa
pedti. Dan soalannya : adakah kamu berjalan seorang diri atau berjaln dengan
pimpinan seorang pemimpin yang bijaksana?
Dan seterusnya aku membiasakan untuk bertanya kepada kamu soalan yang
pertama dengan berkata kepadamu: sesungguhnya perkara tadi tidak diterima ke
atasmu. Aku dan kamu mengetahui bahawa kewujudan itu ditegakkan, tiada ruang
untuk menafikannya, kamu mendakwa bahawa tiada permulaan bagi sesuatu
melainkan ianya berkaitan dengan kebendaan. Dan aku melihat sesungguhnya
tiada permulaan bagi sesuatu itu melainkan penciptanya. Dan sekiranya aku ingin
mencemuh kewujudan yang tiada mulanya, maka aku akan mencemuh dirimu
sebelum aku mencemuh kebendaan itu.
**73-75

3) Adapun mereka berkata bahawa sesungguhnya alam ini wujud secara kebetulan, maka
kami berkata kepada mereka : Dari mana kamu tahu tentang penyusunan alam yang ajaib
yang mana akal kita terbatas untuk memikirkannya.

Dan sesungguhnya apa yang berlaku secara kebetulan tidak berulang, apa yang boleh
kami nilaikan ilmu ini adalah salah satu daripada ilmu-ilmu sains dan matematik.

Dan ilmuwan yang beranggapan barangkali atom yang terkumpul itu terdiri dari molekul
yang satu daripadanya ialah amino-acid dan ia merupakan perkara yang awal dalam
proses pembinaan protein dan daging-maka wujudlah alam yang memerlukan berbilion
tahun untuk berkembang menjadi alam semesta yang sangat besar ini.

Untuk pemasangan molekul ini ada satu yang hilang. Maka apa yang difikrkan kehidupan
adalah semua benda yang hidup seperti tumbuhan dan haiwan, dan tidak ada perkara
yang dapat difikirkan selain darinya dengan wujudnya kehidupan dan kekuasaan langit
dan bumi.

Dan sesungguhnya mustahil menurut akal boleh sempurna perkara yang berlaku secara
berulang-ulang atau dengan hentaman yang membuta tuli. Dan semestinya setiap perkara
memerlukan kepada Pencipta yang Maha Besar, dan mengambil ilmu daripada setiap
perkara, dan ketentuan dari setiap perkara yang diberi petunjuk.

Untuk itu kami mengajak untuk membalas kata-kata (atheis) tentang kewujudan dunia ini
secara kebetulan kepada ulama-ulama besar yang dikhususkan dan pakar dalam bidang
ini untuk mendapatkan jawapan yang tepat dengan membalas hujah-hujah mereka
mengikut dalil yang ditetapkan ilmu agama.

Doktor Biologi alam semulajadi Frank Allen berkata: sesungguhnya bumi ini sesuai
untuk kehidupan seperti dalam banyak gambaran, dan tidak boleh dijelaskan terjadinya
alam ini secara kebetulan atau penolakan, dan bumi ini seperti objek bulat yang terapung
di angkasa, dan ia berpusing dengan sendirinya. Dan berlakulah proses malam berganti
siang dan ianya mengelilingi matahari sekali dalam setahun. Maka berlakulah proses
musim berganti musim yang meningkatkan tempat untuk didiami dengan baik di
permukaan planet. Tambahan pula perbezaan jenis-jenis sayur yang banyak di bumi yang
aman ini.

Dan berkata Doktor John Klaifland Kothrand, Ketua Bahagian Alam Semulajadi
Universiti Dholas: Bagaimana akal boleh terfikir dan membayangkan perkara yang
abstrak daripada akal dan kebijaksanaan dengan mencari sendiri atau berlakunya secara
kebetulan? Atau mereka mencari siapakah pencipta yang membuat peraturan yang
dikenakan ke atasnya? Tidak syak lagi sesungguhnya jawapannya adalah negative.
Bahkan sesuatu objek itu dihidupkan dengan menggunakan tenaga, atau tenaga itu
dihidupkan dengan objek. Maka sesungguhnya kita tunduk kepada undang-undang yang
tertentu. Rumusannya, kita tunduk dengan sendirinya kepada peraturan yang
menundukkan benda padanya dan pencarian sebelumnya.

**75-77

Dr. Walter Oscar Lundberg, seorang pakar fisiologi dan biokimia, serta anggota dan
ketua beberapa persatuan yang mengkaji tentang pemakanan dan kandungan makanan,
juga sebagai pengarang kepada beberapa karya bersiri tentang kandungan lemak berkata :
Sesungguhnya kaedah yang saintifik ditegakkan di atas fenomena semulajadi yang
bersistematik dan kemampuan untuk meramalkannya (fenomena) di bawah system ini.
Kita mampu mengatakan secara halus bahawa sesungguhnya sistem yang teratur pada
fenomena dan kemampuan untuk membuat ramalan tentangnya adalah merupakan asas
tertegaknya kaedah saintifik, pada masa yang sama adalah asas keimanan berhubung
pemikiran tentang kewujudan Allah. Dan bagaimana dapat kita membuat ramalan tentang
fenomena sekiranya tidak ada pencipta , pentadbir dan pengawal yang mengawal
peraturan yang menakjubkan ini.

Ini pula seorang yang telah berjaya mendapat phD dari Universiti Minnesota merupakan
ketua bahagian penyelidikan atom, angkatan tentera laut Amerika, pakar dalam radiasi
solar dan optik geometri berkata : Saya telah diberi peluang melalui pengalaman dalam
membuat kajian tentang kandungan yang kompleks sehingga ke tahap yang tidak dapat
digambarkan oleh akal, terhadap sebahagian kandungan alam ini yang tidak kurang
padanya keindahan getaran pada atom yang lebih kecil. Dan selain atom-atomnya yang
berhubung dengan aktiviti yang menakjubkan kepada planet yang lebih besar yang
bergerak pada orbitnya, yang mana setiap sinaran cahaya berjalan padanya. Dan setiap
tindakbalas kimia atau semulajadi, dan setiap perkara yang menjadi ciri-ciri khusus
kepada setiap perkara yang hidup menurut undang-undang yang konsisten yang tidak
berubah dan bertukar. Itulah dia gambaran yanag dikemukakan oleh sains kepada kita
yang mana setiap kali seseorang insan menelitinya akan terdedahlah tentang
kehalusannya yang paling tinggi dan keindahannya yang paling menarik terhadap
perkara-perkara yang tidak ditemui sebelum ini.

Dia berkata : setiap atom daripada atom-atom yang terdepat pada alam ini
mempersaksikan tentang kewujudan Allah. Sesungguhnya dia menunjukkan adanya
Alllah tanpa memerlukan kepada dalil, kerana perkara2 yang bersifat material tak mampu
untuk mencipta dirinya sendiri.

Dan ini pula seorang professor lain yang mempunyai pengkhususan dalam tumbuhan-
tumbuhan genetik dan kajian tentang bentuknya yang nyata dan juga tentang kehidupan
daratan. Dia berkata : sesungguhnya sains tidak mampu mjelaskan kepada kita bagaimana
perkara-perkara yang terlalu seni itu pada saiznya yang tidak dapat dihitung oleh
bilangan dan daripadanya (seni-seni) terbentuk semua material. Sains juga tidak mampu
menjelaskn kepada kita dengan berpegang kepada idea yang berbentuk kebetulan semata-
mata. Bagaimana terhimpunnya perkara yang telalu halus ini utk membentuk satu
kehidupan.

Dan perhatikan apa yang disebut oleh perancang minda elektronik (Clodom dan
Hathawai) dalam hal ini alam disekeliling kita tidaklah melainkan satu kumpulan yang
besar dari segi reka bentuknya dan penciptaan, dan penyusunan. Walaupun
sebahagiannya terpisah daripada sebahagian yang lain, sesungguhnya dia adalah masih
saling berkaitan antara satu sama lain. Setiap daripadanya lebih banyak kompleks pada
stiap atom daripada atom-atom susunannya, daripada otak elektronik yang menciptanya.
Apabila alaat ini memerlukan kepada rekabentuk tidakkah alat (fisiologi biokimia biologi
) ini tidak berhajat - yang bersifat jisim yang mana tidak memeainkan peranannya
hanyalah satu atom yang mudah darripada atom ini yang tiada penghujung kepada
keluassan dan penciptaannya? Tentulah ia berhajat kepada pencipta yang menciptanya.

Sesungguhnya rekabentuk dan sistem serta susunan atau namakan apa sahaja yang awak
mahu tak mungkin terjadi melainkan dengan dua cara :

1 Secara kebetulan
2 Secara penciptaan dan reka bentuk.

Dan setiap kali sistem ini lebih kompleks maka jauhlah kemungkinan terjadinnya secara
kebetulan. Dan kami dalam mengharungi menyelidik perkara yang tiada kesudahan
melainkan meyakini kewujudan Allah.

Inilah pensaksian kumpulan yang telah melakukan kepakaran atau yang mempunyai
pengkhususan yang mendalam dan berada pada tahap yang tinggi dalam pelbagai cabang
ilmu sains moden. Maka apakah selepas daripada ini?

**79-84

Asma’ ul husna

Sifat-sifat Allah dan nama-namaNya dengan mulia/baik pada empat ayat daripada al-
Quran

180. dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang
Yang berpaling dari kebenaran Dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan
mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.(al-A’raf :07 : 180)

110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman",
Yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana
Allah mempunyai banyak nama-nama Yang baik serta mulia".(al-Israa’ :17 : 110)

8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama
Yang baik.( Thaahaa :20 : 8)

24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;
(al-Hasyr :59 :24)

Maka sesungguhnya sebab ayat ini diturunkan seorang sahabat mengerjakan solat,dan
berkata dalam solatnya . Ya Rahman Ya Rahim . Maka dia medengar seorang musyrik
Mekah lantas berkata : Bukankah menurut Muhammad dan para sahabatnya
sesungguhnya mereka menghambakan diri kepada Tuhan yang satu.Maka apa status doa
ini membawa maksud tuhan itu dua! Maka Allah turunkan ayat (Demi Allah nama-nama
yang baik,

Maka dia menyatakan beberapa nama-nama Allah,ke atas orang islam itu berdoa kepada
Allah dan memanggilNya

Kedua-dua atasNya dengan nama-nama yang baik,dan memanggilnya jika ia


menginginkan dengan sesuatu yang terhormat pada kesemuanya nama –nama yang
baik.kerana ianya menunjukkan nama-nama yang baik dan atas kesempurnaan sifat-
sifat.dan dituntut diatas semua apa yang kita sebut,Ya Rahman rahmatilah saya,Ya Hadi
Tunjukilah ku,Ya Taub terimalah taubat bagiku,Ya Razzaq limpahlah rezeki kepada
ku,dan apabila dikehendaki menghimpunkan kesempurnaan nama-nama dans sifat-sifat
NYa cukup berkata Ya ALLAH

Dan sesungguhnya peringatan nama-nama Allah taala ada sebahagian daripada dalam
pengakhiran surah al-hasyr

22. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang mengetahui perkara Yang
ghaib dan Yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian
alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang
Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha
Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala
KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya.

24. Dia lah Allah, Yang menciptakan sekalian makhluk; Yang mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut Yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama Yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;
bertasbih kepadanya Segala Yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Makna Atheisme pada nama-nama ALLAH taala.

Atheisme itu berpaling dan cenderung kepada meniatkan.Dan meletakkan nama-nama


Allah pada tempat yang tidak sepatutnya :

1. Menyifatkan Allah dengan apa yang tidak harus dan tidak boleh pada
sifatNya,seperti sifat bapa disisi orang kristian(trinity) dan mentajsimkan disisi
karamiyyah
2. Menafikan sebahagian nama-nama Allah yang telah tsabit,seperti apa yang
dilakukan oleh syiah batiniah yang melampau.
3. Menerbit atau mengambil nama-nama Allah seperti namaberhala,seperti
menamakan Uzza daripada namanya Aziz atau minah daripada namaNya al-
Manan

Bilangan Nama-Nama Allah

Diriwayatkan oleh syaikhan daripada Abu Hurairah RasulAllah bersabda : sesungguhnya


Allah mempunyai 99 nama-nama,seratus kecuali satu siapa menghafalnya dimasukkan
syurga.

Pandangan ulama membahagikan hadis ini kepada dua kumpulan

Kumpulan pertama : pandangan ini menyatakan nama-nama Allah tidak terbatas kepada
99 kalimah sahaja tujuan hadis menentukan bilangan nama-nama Allah adalah untuk
membataskan pada bilangan dan pendokong pandangan ini ialah Ibn Hazm

Nama-nama Allah ini kiraan daripada riwayat al-tirmizhi daripada abu hurairah iaitu :

Dia Allah yang tiada tuhan selain Dia Ar-Rahman - Maha Pemurah Ar-Rahim - Maha
Penyayang Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah Al-Quddus - Maha Suci As-Salam -
Maha Penyelamat Al-Mu'min - Maha Pengaman Al-Muhaymin - Maha
Pelindung/Penjaga Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa Al-Jabbar - Maha Pemaksa Al-
Mutakabbir - Maha Besar Al-Khaliq - Maha Pencipta Al-Bari' - Maha Perancang Al-
Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk Al-Ghaffar - Maha Pengampun Al-Qahhar -
Maha Menundukkan Al-Wahhab - Maha Pemberi Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
Al-Fattah - Maha Pembuka Al-^Alim - Maha Mengetahui Al-Qabid - Maha Penyempit
Hidup Al-Basit - Maha Pelapang Hidup Al-Khafid - Maha Penghina Ar-Rafi' - Maha
Tinggi Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan Al-Muthil - Maha
Merendahkan As-Sami^ - Maha Mendengar Al-Basir - Maha Melihat Al-Hakam - Maha
Menghukum Al-^Adl - Maha Adil Al-Latif - Maha Halusi Al-Khabir - Maha Waspada
Al-Halim - Maha Penyantun Al-^Azim - Maha Agong Al-Ghafur - Maha Pengampun
Ash-Shakur - Maha Pengampun Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya Al-Kabir - Maha
Besar Al-Hafiz - Maha Pelindung Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan Al-Hasib - Maha
Mencukupi Aj-Jalil - Maha Luhur Al-Karim - Maha Mulia Ar-Raqib - Maha Pengawas
Al-Mujib - Maha Mengabulkan Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya Al-Hakim - Maha
Bijaksana Al-Wadud - Maha Pencinta Al-Majid - Maha Mulia Al-Ba’ith - Maha
Membangkitkan Ash-Shahid - Maha Menyaksikan Al-Haqq - Maha Benar Al-Wakil -
Maha Berserah Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan Al-Matin - Maha Sempurna
Kekuatan-Nya Al-Waliyy - Maha Melinuingi Al-Hamid - Maha Terpuji Al-Muhsi -
Maha Menghitung Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula Al-Mu’id - Maha
Mengembalikan Al-Muhyi - Maha Menghidupkan Al-Mumit - Maha Mematikan Al-
Hayy - Maha Hidup Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya Al-Wajid - Maha
Menemukan Al-Majid - Maha Mulia Al-Wahid - Maha Esa As-Samad - Maha Diminta
Al-Qadir - Maha Kuasa Al-Muqtadir - Maha MenentukanAl-Muqaddim - Maha
Mendahulukan Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan Al-'Awwal - Maha
Pemulaan Al-'Akhir - Maha Penghabisan Az-Zahir - Maha Menyatakan Al-Batin - Maha
Tersembunyi Al-Wali - Maha Menguasai Urusan Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi Al-
Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) At-Tawwab - Maha Penerima Taubat Al-
Muntaqim - Maha Penyiksa Al-'Afuww - Maha Pemaaf Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik
Keagungan dan Kemuliaan Al-Muqsit - Maha Mengadili Aj-Jami' - Maha
Mengumpulkan Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya An-Nafi’ - Maha
Pemberi Manfaat An-Nur - Maha Pemberi Cahaya Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk Al-
Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan Al-Baqi - Maha Kekal Al-Warith - Maha
Membahagi/Mewarisi Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana As-Sabur - Maha Penyabar.

Kumpulan kedua : pandangan ini menyatakan nama-nama Allah lebih banyak dari
bilangan disebut daripada hadith,dan hadith ini bukan bermaksud mengkhabarkan
bilangan nama-nama Allah,ia hanya untuk membataskan/menghadkan pada
bilangan,sesungguhnya apa yang dimaksudkan oleh hadith untuk mengkhabarkan barang
siapa membaca/menghafal nama-nama Allah dimasukkan syurga.

Sesungguhnya perpecahan ini dibahagi kepada dua bahagian :

Pandangan pertama : boleh menggunakan nama bagi Allah dengan syarat ia


menunjukkan kesempurnaan,dan syarat tidak bercanggah dan larangan dari penetapan
syarak. Seperti maujud,pencipta,sesuatu,zat dan ini adalah mazhab muktazilah dan
karamiyah dan abu bakar al baqalani daripada asyairah.

Pandangan kedua : tidak boleh menetapkan bagi Allah nama kecuali datang dan warid
daripada al-quran atau sunnah atau ijma’ ulama bagi membolehkan penetapkannya
walaupun nama-nama itu sempurna,dan mesti telah sepakati tidak boleh mengatakan dia
al Muajid(mengadakan) ini kerana tidak warid walupun maknanya benar atau sempurna
Dan sesungguhnya Allah telah berfirman dia Khaliq dan datang daripada syarak,dan tidak
disebut dia al Aaqil tetapi Allah berfirman al hakim dan tidak mengata
Sakhaa(dermawan) tetapi Pemurah dan tidak dikatakan Shafiq(belas kasihan) tetapi
Rahim pendapat mazhab ini diriwayatkan oleh imam al-Ghazali : Nama-nama Allah dari
segi yang disepakati ulama tidak terbatas mempunya 99 nama tetapi lebih daripada nama-
nama itu.
Dan berkata : kelas ketiga menerangkan sifat-sifat,nama-nama boleh diguna ke atas
Allah,adakah ditetapkan atas kesepakatan, atau harus mengunakan cara akal ?

al-Qadi Abu bakar lebih cenderung berpendapat : Demikian itu di harus kecuali dilarang
oleh syarak atau apa yang dirasa makna yang mustahil maknanya ke atas Allah
taala,manakala apa yang tidak dilarang padanya,tetapi ianya harus.

Syeikh Abu Hasan al-asy’ari : Nama-nama Allah terhenti di atas ketetapan al-Quran
pedan as-sunnah,maka tidak harus menggunakan apa-apa pada hak Allah setelah apa
yang telah disifatkan dengan maknanya kecuali dengan keizinan padanya (al-quran dan
as-sunnah).

Pendapat yang terpilih disisi kami untuk menghuraikan dan kami berkata : setiap apa
yang dikembalikan kepada nama itu terhenti atas keizinan dan apa-apa kembali kepada
sifat tidak perlulah untuk keizinan. Bahkan sifat yang benar itu harus bukan sifat yang
dusta dan tidak difahami makna sifat, isu ini di antara sifat dan nama.

Kami(penulis) katakana: nama ialah lafazyang dijadikan panggilan atau tajuk bagi
menunjukkan seseorang dinamakan maka nama zaid itu contoh seseorang bagi nama
orang, zaid ini sifatnya putih dan tinggi maka kalaulah orang memanggilnya wahai orang
tinggi dan putih maka seseorang itu memanggil dengan sifatnya, benar sifatnya akan
tetapi yang lebih adil namanya. Ini kerana namanya zaid bukan panjang dan putih,
keadaan panjang dan putih itu tidak menunjukkan panjang itu namanya.

Apabila difahami makna nama, maka nama setiap seseorang itu dinamakan kepada
dirinya atau dinamakan oleh walinya,ibu bapanya atau ketuanya, penamaan. Aku
maksudkan meletakkan nama(pada seseorang). Mengikut orang yang dinamakan dan
menjurus kepada tempat kelahirannya, pada dirinya atau hambanya dan anak-anaknya.
Kerana itu penamaan disandarkan kepada mereka, kalaulah bukan nama yang diberi
selain nama mereka dipanggil nama yang tidak disukai oleh orang yang dinamakan, pasti
dia marah atas nama itu, dan apabila kami tidak menamakan manusia yakni tidak
meletakkan nama(selain daripada namanya) untuknya, bagaimana pula kami meletakkan
nama bagi Allah?

Begitulah nama-nama Rasul ada had bilangan, dan sesungguhnya bilangan nama nabi
bersabda : sesungguhnya bagi ku ada lima nama : aku Muhammad, aku Ahmad dan aku
penghimpun yang menghimpun manusia di bawah kakiku(panji) dan aku penghapus yang
Allah hapuskan melalui aku kaum kufar. Dan akulah yang terakhir. Dan kami tidak
menambah atas demikian memberikan penamaan akan tetapi mengemukakan
pemglhabaran sifatnya, harus kami katakana sesungguhnya nabi itu alim, mursyid,
Rashid(cerdik), hadi(tajam fikiran), dan apa-apa saja sebagaimana kami menambahkan
untuknya : sesungguhnya dia putih, panjang dan tidak menunjukkan penamaan bahkan
boleh saja menceritakan atau mengkhabarkan tentang sifatnya.

Perbincangan kita ini adalah pendapat penting pada topik nama-nama Allah Taala. Dan
apa yang tenang atas pandangan orang-orang berkenaan nama-nama Allah telah
disepakati atau ditetapkan dan tidak boleh untuk mengelar Allah daripada nama-nama
tersebut melainkan warid(datang) daripada al-Quran dan as-sunnah atau kesepakatan ijma
ulama.

**84-87

PERBINCANGAN PECAHAN YANG PERTAMA:

Apa yang kami perlukan di sini adalah perbincangan ahli-ahli ra’yi kepada 99 nama
Allah sahaja, dan ini adalah penerangan riwayat-riwayat yang akan disebutkan:

Pertama:

Hadith yang diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim iaitu: (Sesungguhnya Allah itu ada
99 nama -100 melainkan 1- siapa yang belajarnya akan masuk syurga). Sesungguhnya
daripada perkataan yang satu, dan bukan dari dua perkataan, ini adalah sebagaimana yang
kami sebutkan : Sesungguhnya aku seribu Janiihi bilangannya untuk sedekah. Maka ini
bukanlah penafian..

Kedua:

Tidak keluar 1 pun daripada 7 nama-nama penting kecuali Tirmizi dalam riwayat, dan
melainkan Ibn Majah dalam riwayat yang lemah, dan di sini dua periwayatan padanya
khilaf pengawalan dan pengakhiran. Berkata Ibn Hijr: (Jangan meletakkan sesuatu
daripada jalannya penolakan nama-nama melainkan pada periwayatan Walid bin Muslim
di sisi Tirmizi, dan pada periwayatan Zuhair Ibn Muhammad daripada Musa bin ‘Uqbah
di sisi Ibn Majah. Kedua-dua ini adalah jalan kembali kepada periwayatan yang A’roj,
dan pada kedua-duanya berlaku khilaf yang sangat kuat pada penolakan nama-nama,
bertambah dan berkurang). Dan berkata: (Tiada kecacatan di sisi Syaikhon (Bukhari dan
Muslim) tolak Walid sahaja, bahkan ada khilaf padanya, dan penolakan, dan TAdlisihi,
membawa idroj).

Ia menjelaskan Ibn Hajar menolak nama-nama melainkan ia adalah Marfu’ kepada Nabi
SAW dan sesungguhnya adalah daripada kesepakatan sesetengah perawi.

Ketiga:
Dan menolak nama-nama Allah dalam Al-Quran dan Hadith tidak menolak pada dua
periwayatan, daripada dalil ke atas nama-nama Allah banyak daripada yang disebutkan
tadi:

1) Nama (Al-Robb): dan selalu berdoa dengan nama ini.


Berkata Adam : (Tuhanku, kami menzalimi diri kami sendiri)
Berkata Nuh : (Tuhan, aku berdoa kepada kaumku siang dan malam)
Berkata Ibrahim : (Tuhanku ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku)
Berkata Penutup segala Nabi : (Tuhanku, ampunilah kaumku sesungguhnya
mereka tidak mengetahui)
2) Nama (Al-Witr): Dalam hadith : (Dan Dialah Witr dan menyukai Al-Witr)
3) Nama (Al-Mannan): Daripada Anas sesungguhnya duduk bersama Rasulullah
SAW, dan seorang lelaki solat, kemudian berdoa: (Wahai Tuhanku sesungguhnya
aku memohon dengan segala puji bagiMu, tiada Tuhan selain Engkau yang Maha
Dermawan Hebat di langit dan di bumi, Yang Maha Agung dan Maha Pemurah,
Wahai Allah Yang Maha Hidup lagi Maha Berkuasa). Maka bersabda Nabi SAW:
(Apabila berdoa kepada Allah dengan namaNya yang agung maka doanya itu
akan dimakbulkan, dan apabila bertanya denganNya akan dijawab).
4) Nama (Al-Subbuh-suci): Maka apabila Rasulullah SAW bersabda pada rukuknya
dan pada sujudnya suci. Tuhan malaikat dan ruh.
5) Nama (Muqollibul Qulub-membolak balikkan hati): Daripada Ibn Umar berkata:
Sesungguhnya di kanan Rasulullah SAW: “Tidak dan membolak balikkan hati”.
6) Nama (Jamil-cantik): Dalam hadith: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan
menyukai kecantikan”.
7) Nama (Syafi-penyembuh): Dalam Hadith: daripada ‘Aisyah berkata:
Sesungguhnya Rasulullah SAW: Sesungguhnya ishtaka daripada kami insan,
sapunya dengan kanannya, kemudian berkata: “Pergilah kesusahan, Tuhan
manusia, dan sembuhkanlah dan Engkau adalah Yang Maha Penyembuh”.
8) Nama (Al-Rofiq –lembut): dalam hadith: “Sesungguhnya Allah itu lembut dan
menyukai kelembutan”.
9) Nama (Baik dan Bersih) dalam hadith: “Sesungguhnya Allah Taala itu Baik dan
menyukai kebaikan, Bersih dan menyukai kebersihan”.

Keempat:

Rasulullah SAW menjelaskan bahawasanya nama-nama Allah memberi kesan


pada ilmu-ilmu yang ghaib dan nama-nama tersebut nampak pada sebahagian
para wali dan orang yang dicintai Allah.

Abdullah berkata: Rasulullah SAW bersabda “Tiada yang menimpa seseorang


pun akan kesedihan maka beginda berkata: Ya Allah sesungguhnya aku
hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada ummatMu, nasibku ditanganMu,
masa lepas pada hikmahMu, adil pada qada’Mu, aku memohon dengan semua
nama-namaMu,atau mengetahui salah satu daripada ciptaanMu, atau penurunan
kitabMu, atau yang di dalamnya terdapat ilmu-ilmu yang ghaib di sisiMu, yang
menjadikan Al-Quran itu cahaya jiwa, memberi kegembiraan, menjauhkan
keresahan, melainkan Allah menarik balik kegembiraan itu. Dia bertanya: Adakah
kami tidak mengetahuinya? Maka Baginda menjawab: Sesiapa yang
mendengarnya akan mengetahuinya”.

Hadith ini menjelaskan bahawa nama-nama Allah banyak daripada bilangan yang
disebutkan, sesungguhnya sebahagian daripada nama-nama ini terkandung dalam
ilmu ghaib di sisiNya.

Dan kenapakah baki bilangan yang disebutkan dalam hadith soheh sedikit?

Sesungguhnya ini adalah perintah Allah untuk pengabdiaan yang kita tidak dapat
memahami maknanya, sebagaimana bilangan selawat, sebagaimana petunjuk
kepada nama-nama yang kita tidak tahu secara qias, dan berkata: Sesungguhnya
nama-nama Allah itu banyak dan pada maknanya hanya 99. Dan Allah lebih
mengetahui segala-galanya.

Anda mungkin juga menyukai