Anda di halaman 1dari 5

BAI’AH FI SABILILLAH & SANAD PERJUANGAN

Bai’ah merupakan suatu sumpah atau janji yang dibuat oleh seseorang untuk memberi
sepenuh ketaatan dan kesetiaan, kepada amir atau ketuanya. Berbai’ah adalah harus
selama sumpah dan janji dalam bai’ah tersebut tidak melanggar Hukum Syarak. Sejarah
bai’ah pertama berlaku sebelum hijrah Nabi s.a.w, iaitu pada tahun ke-12 selepas kerasulan
Nabi (621M). Satu rombongan dari Yathrib (Madinah) yang terdiri dari 12 orang iaitu 10
orang dari kabilah Aus dan 2 orang dari kabilah Khazraj telah datang menemui Rasulullah
s.a.w. di lembah Aqabah, Mina. Mereka telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w dengan
suatu bai’ah yang dikenali dengan Bai’ah al-Aqabah.

Menurut sebuah hadith sahih riwayat Imam al-Bukhari, bahawa,”Dari Ubadah bin al-Samit
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami ketika Baginda dikelilingi oleh
beberapa orang sahabatnya “Berbai’ahlah (berjanji setia) kepadaku bahawa kamu tidak
menyekutu Allah SWT dengan sesuatu yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak
membunuh anak-anak kamu, tidak berbohong yang sengaja diadakan sama ada pada
dirimu atau orang lain dan jangan kamu derhaka dalam perkara baik. Maka sesiapa yang
setia dikalangan kamu maka ganjarannya di sisi Allah, dan sesiapa yang terkena kepadanya
amalan-amalan buruk lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka menjadi kifarah
baginya. Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan perkara-perkara itu
kemudian Allah SWT melindunginya dari diketahui oleh orang di dunia ini maka terserahlah
kepada Allah. Jika Ia kehendaki nescaya diampuni-Nya dan jika Ia kehendaki nescaya
dihukumNya, lalu kami pun berbai’ah di atas perkara ini.”

Rombongan ini bukan sahaja melafazkan ikrar dua kalimah Syahadah, malah berakujanji
menerima segala hukum hakam Islam yang menjadi asas penting bagi pembinaan individu
dan masyarakat Islam, dari aspek aqidah, akhlak dan perlaksanaan Islam di dalam semua
bidang, menolak segala perlakuan di zaman Jahiliyyah. Selepas Bai’ah Aqabah ini, Baginda
s.a.w telah mengutus Mus’ab bin Umair r.a mengiringi kepulangan rombongan ini ke
Madinah, bertanggungjawab sebagai guru, imam dan pendakwah, mengajar al-Quran dan
ajaran-ajaran Islam yang lain kepada penduduk Madinah.

Pada musim haji tahun berikutnya (622M), sejumlah 70 orang lelaki dan 2 orang wanita
(Nusaybah binti Ka’ab dan Asma’ binti Amru bin Udiy) telah sekali lagi bertemu Rasulullah
s.a.w di lembah Aqabah dan melakukan bai’ah terhadap Rasulullah s.a.w. Rombongan
kedua ini disertai oleh wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Aus dan
Khazraj.

1
Butir-butir bai’ah tersebut sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, sabda Nabi
s.a.w :- "Dengar dan patuh sama ada semasa rajin atau malas, sanggup mengeluarkan
belanja semasa susah atau senang, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang
kemungkaran, menegakkan tanggungjawab Allah tanpa menghiraukan celaan orang yang
mencela, menolong aku apabila aku datang kepadamu dan mempertahankan aku
sebagaimana kamu mempertahankan diri, isteri dan anak pinak kamu. Dan untuk kamu
balasannya syurga."

Bai'ah Aqabah kedua ini dikenali sebagai Bai'ah Aqabah Al-Kubra yang berlangsung dalam
suasana penuh perasaan cinta, kesetiaan, belas kasihan, tolong-menolong, kepercayaan,
keberanian dan nekad untuk berjuang di kalangan orang Mukmin.

Baiah Ridhwan (Bahasa Arab:bayʻat al-riḍwān) berlaku pada tahun ke-6 Hijrah (628 M)
ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1600 atau 1400 orang sahabat dari Madinah
menuju kota Makkah di musim Haji. Dalam perjalanan ke Makkah, rombongan Islam disekat
oleh orang kafir Quraisy di Hudaibiyah kerana:

i) Orang kafir Quraisy bimbang dengan kekuatan orang Islam

ii) Orang kafir Quraisy terasa maruah mereka tercabar.

Rasulullah s.a.w. menghantar Uthman bin Affan r.a. untuk menerangkan tujuan sebenar
kedatangan mereka. Khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan r.a. menyebabkan
orang Islam berbaiah (ikrar taat setia) kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad memerangi
orang Quraisy.

Orang Quraisy yang berasa bimbang dengan kekuatan umat Islam lalu membebaskan
Uthman menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w.
dengan itu, termenterailah Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi Muhammad s.a.w. (pihak
Islam) dengan Suhail bin Amru (orang Quraisy).

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan
ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah s.a.w. Dinamakan
perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani Rasulullah s.a.w.
bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah
s.a.w. untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah

2
menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil
pihak Musyrikin itu.

Uthman bin Affan r.a. ditahan dan tersebar berita bahawa Beliau telah dibunuh. Orang
Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah
Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin
Affan r.a. dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada
bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya
"Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat
berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".

Persoalan yang besar, ramai yang mempertikaikan persoalan Baiah Bersanad. Insya-Allah,
dalam ruangan ini, saya akan cuba menerangkan isu sanad dan pemahaman terhadap
sanad.

Isnad atau sanad, satu makna sama, ini kerana isnad juga menyambungkan hadis kepada
pengucapnya, sebagaimana pengistilahan ahli hadis. Ibnu Jamaah (wafat 733H) menyebut;
sanad ialah perkhabaran terhadap jalur (meriwayatkan) matan iaitu hadis kerana sanad
adalah menyambungkan/ menyandarkan perkataan/ matan kepada pengucapnya iaitu
perawinya (al-manhal ar-rawi, ms 29-30)

Kepentingan sanad:

Konsep penyampaian agama pada asalnya ialah secara talaqqi, iaitu berjumpa secara
berdepan untuk mengambil urusan agama ini dan mempelajarinya. Sepertimana wahyu
turun dari Allah SWT kepada Nabi SAW melalui perantaraan Jibril AS atau tanpa
perantaraan, kemudian para Sahabat r.a. talaqqi wahyu dan urusan agama dari Nabi SAW,
selanjutnya proses pemindahan/ penyebaran agama dilakukan dengan cara ini kepada
generasi seterusnya (rujuk, Ilmu ar-Rijal, Dr Muhd Matr Zahrani, Universiti Madinah, m/s
14). Ini disokong oleh hadis dari Abu Daud, Kitab al-‘Ilm, Bab Kelebihan menyebarkan ilmu
(pengetahuan dan agama), hadis no 3659 dengan perakuan sanad sahih oleh al-marhum
Syeikh Ahmad Syakir, lafaz hadis:

Perdengarkanlah (kalian) dan diperdengarkan dari kalian dan (selanjutnya) diperdengarkan


oleh sesiapa yang mendengar dari kamu. Dalam Mukadimah Sahih Muslim (1/15), Imam
Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Sirin rahimahullah, “Isnad itu sebahagian dari
agama, jika tidak kerana isnad, maka sesiapa akan berkata apa saja yang dikehendaki
(dalam urusan agama tanpa ilmu mendalam tentangnya)”. Sama seperti sebelumnya

3
(1/140, “Isnad itu sebahagian dari agama, maka lihatlah siapa kalian mengambil/
mempelajari urusan agama kalian”- Ibnu Sirin. Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-
Thauri dalam Mukadimah Majruhin (orang yang ditolak periwayatan hadis), 1/27: “Isnad
adalah senjata bagi orang beriman, jika tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan
diri?”

Paling menarik, dari Abu Hatim ar-Razi (wafat 277H) dalam kemuliaan orang-orang hadis,
m/s 42-43, “Tiada umat dari umat-umat (sebelum ini) sejak Allah Taala menciptakan Adam,
(wujudnya) para pemegang amanah yang menjaga kesan peninggalan rasul-rasul kecuali
(ada) pada umat ini (iaitu umat Muhammad SAW)”.

Apakah tiada bukti isnad dipersoalkan dari zaman sahabat? Apakah ia rekaan baru selepas
kurun sahabat dan Nabi SAW?

Jawapan, ada, buktinya, riwayat dari Imam az-Zahabi dalam Tazkiratul Huffaz (1/2), kisah
pada zaman Abu Bakar radhiAllahuanhu apabila seorang wanita tua/ nenek datang
(kepadanya) mengenai masalah pembahagian harta pusaka, lalu bertanya, “Aku tidak
menemui dalam kitab Allah (Al-Quran), atau mengetahuinya dari Rasulullah SAW menyebut
apa-apa (mengenai formula pembahagian harta untuk wanita tua/ nenek), lalu orang lain
mula mempersoalkannya, Mughirah (sahabat) bangun, “Aku melihat Rasulullah SAW
membahagikan (kepadanya) seperenam (dari pewarisan harta), lalu Abu Bakar bertanya,
ada sesiapa bersamamu (menyaksikan perkara itu)?, Muhammad bin Maslamah
mengakuinya akan kisah itu (kebenaran) lalu Abu Bakar memberikannya (kepada wanita
tadi jumlah seperenam). Kisah ini dinukilkan dalam Mukadimah Majruhin (1/38), “Ini
merupakan bukti awal penyemakan terhadap (keadaan) perawi mengenai periwayatan serta
mencari akan pemindahan (maklumat) dalam (suatu) perkhabaran, kemudian (langkah ini)
dituruti oleh orang lain selepas (zaman) itu”.

Penyemakan sanad menjadi lebih teliti apabila zaman fitnah muncul pada masa Abdullah bin
Saba’ seterusnya ke zaman bertebarannya hadis-hadis palsu dalam masyarakat Islam
ketika itu. Hinggakan fitnah terlalu banyak lalu Ibnu Sirin menyebut: “Sebelum ini (iaitu
sebelum zaman fitnah) tidak pernah bertanya tentang isnad, apabila melandanya fitnah,
lalu ditanya, sebutkan kepada kami nama perawi-perawi kalian, maka dilihat pada ahli
sunnah (yang sebenar) lalu perkataan mereka diambil/ diterima, apabila melihat pada ahli
bid’ah, maka tidak diambil perkataan mereka.” (Mukadimah Sahih Muslim, 1/15)

Orang terawal menyemak sanad seperti dalam Syarah ‘Ilal Tirmizi oleh Ibnu Rajab (1/52)
ialah Ibnu Sirin, sepertimana riwayat dari Ya’kub bin Shaibah menyebut: “Aku mendengar

4
Ali bin al-Madini berkata, Muhammad bin Sirin merupakan orang yang melihat (dengan
teliti) dalam hadis dan meneliti (iaitu menyemak) terhadap isnad, dan kami tidak
mengetahui (orang) lebih awal darinya.” Ini merupakan ringkasan terhadap kepentingan
sanad. Proses ini adalah aplikasi menjaga kesahihan fakta agama khasnya hadis dari Nabi
SAW. Keperibadian perawi amat ditekankan kerana hanya orang yang amanah lagi
dipercayai, yang diterima perkhabaran dan periwayatan hadis dari mereka. Ini bagi
mengelak berlakunya penipuan dengan menyandarkan sesuatu atas nama Nabi SAW.

Oleh itu, aspek ini cukup ditekankan dalam bab menyampaikan ilmu berkaitan agama agar
menjamin orang yang menyampaikan ilmu agama itu mempunyai akhlak yang setara
dengan apa yang diucapkannya disamping memelihara ketinggian mutu ilmu agama dengan
keperibadian mereka sebagai pemacu pemindahan ilmu agama dari generasi terdahulu
khasnya dalam membawa perkhabaran dari Nabi SAW.

Antara penyebab hadis jadi dhaif adalah kerana sifat perawinya dan perihal akhlak (bukan
jahat, tetapi kurang pekerti). Persoalan kita, bagaimana seseorang yang menganggap
dirinya sebagai ahli berbaiah yang menyatakan diri mereka Pejuang Agama tetapi
melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT. Bagaimana dengan solat dan rukun
Islam yang wajib atas diri kita? Bagaimana larangan terhadap perkara-perkara mungkar
seperti pemakaian gelang dan rantai?

Huraian diatas berkaitan hadis. Boleh kita gabungkan dengan perihal Baiah Bersanad. Ini
bermakna, wajib atas diri kita mengambil dan berbaiah dengan guru ataupun pemimpin
yang mursyid serta bersanad yang bersambung sehingga ulama’–ulama’ muktabar dan
bersambung kepada Nabi SAW. Di sinilah, bermulanya pertikaian. Saya tidak berhasrat
untuk mempertikai mana mana majlis mahupun pemimpin sedia ada. Siapalah saya untuk
membincangkan isu yang besar ini, namun… ingatlah! Setiap perkara yang kita lakukan,
tidak akan terlepas walaupun hanya sebesar zarah.

Kesimpulan, baiah bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan dengan bayaran dan juga
harta jutaan ringgit. Baiah juga tidak menjamin kesejahteraan hidup kita melainkan akan
melaknat diri kita yang gagal melaksanakan apa yang telah di”akujanji”kan kepada ALLAH
SWT dengan penuh rendah diri serta hati yang ikhlas.

Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap.

Anda mungkin juga menyukai