Anda di halaman 1dari 18

Penghasilan pertanian secara

warisan
DR. MOHD FIRDAUS CHE YAACOB
PERTANIAN SECARA TRADISIONAL

 Aktiviti pertanian adalah kegiatan yang melibatkan pengeluaran makanan dan


barangan melalui perladangan, penternakan serta perhutanan.
 Aktiviti pertanian merupakan perkembangan utama yang membawa kepada
pembangunan sesebuah tamadun, dengan penanaman dan penternakan yang
mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan
masyarakat yang lebih padat serta teratur.
 Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan
tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan
yang lain.
KAPAK GENGGAM

 Kapak genggam merupakan sejenis batu yang bentuknya hampir menyerupai kapak yang
biasa digunakan di era sekarang. Perkara yang membezakan kapak genggam ini adalah tidak
memiliki tangkai sebagai kendali, sehingga pengamalnya menggunakan kapak itu dengan
cara mengenggam.
 Batu yang digunakan untuk membuat kapak tersebut umumnya adalah jenis batuan
gamping. Batu tersebut diproses terlebih dahulu dengan cara dipahat dengan bentuk yang
memanjang agar terdapat bagian tajam yang dapat digunakan untuk memotong.
 Kapak genggam dimanfaatkan oleh manusia purba untuk berburu binatang maupun sebagai
senjata melawan musuh.
 Selain itu, kapak tersebut sering dipakai dalam aktiviti kehidupan seharian seperti
menumbuk sejenis biji-bijian dan membuat serat daripada kayu pohon.
Kapak genggam yang dihasilkan daripada jenis batu gamping untuk
tujuan aktiviti galian dan menumbuk bijian.
KAPAK PERSEGI

 Kapak persegi merupakan perubahan bentuk yang dialami oleh kapak genggam. Hal
ini kerana manusia pada Ketika itu mampu untuk berfikir kaedah untuk
memudahkan aktiviti pertanian dijalankan.
 Oleh itu, kapak persegi direka bentuknya dalam keadaan Panjang secara persegi
namun dalam bentuk pipih. Hal ini kerana bentuk pipih itu mampu digunakan untuk
memgembur tanah dengan lebih baik berbanding kapak genggam.
 Kapak persegi memiliki permukaan yang mendatar namun tajam pada bahagian
hadapan serta memiliki tempat pemegang.
 Kapak persegi ini sangat sesuai untuk aktiviti bercucuk tanam dan memotong daging
ternakan.
KAPAK PERSEGI

 Kapak persegi ini diperbuat daripada batu chalcedon yang memiliki sifat keras.
Hal ini bagi membuatkan kapak persegi memiliki ketahanan yang lebih daripada
kapak gengam.
 Kapak persegi ini ditemui di Gua Cha serta Gua Niah. Hal ini menjadi bukti
wujudnya kapak persegi ini di Tanah Melayu.
 Selain untuk memotong daging dan menggembur tanah, kapak ini juga digunakan
sebagai pemotong kayu.
Bentuk mata Kapak persegi yang digunakan oleh
masyarakat dahulu
KAPAK BAHU

 Kapak bahu ini merupakan alat yang wujud pada zaman neolitik. Kapak ini
digunakan dalam aktiviti pertanian bagi membuat batas.
 Kapak ini mempunyai persamaan dengan kapak persegi namun berbeza bentuknya.
Hal ini kerana kapak bahu merupakan alat yang direnovasi oleh masyarakat pada
Ketika itu.
 Kapak bahu memiliki kayu sebagai alat pemegang. Masyarakat menganggap kayu
tersebut sebagai “bahu” kapak tersebut. Hal ini kerana bentuknya yang dilihat seperti
memiliki leher. Bentuk matanya pula seperti botol persegi.
 Daerah kebudayaan kapak bahu ini sangat meluas hingga ke Jepun , Formosa, Filipina
barat serta sungai Gangga, India. Tetapi kapak ini tidak dijumpai di kawasan selatan
iaitu bahagian tengah Malaysia.
Bentuk Kapak bahu yang direnovasi daripada kapak persegi
BAJAK (TENGGALA)

 Bajak merupakan sejenis alat yang digunakan dalam pertanian untuk


menggemburkan tanah sebagai persediaan menanam biji benih. Bajak telah
menjadi alat asas dalam sejarah yang tertulis, dan mewakili salah satu peningkatan
yang maju dalam pertanian.
 Bajak ini dikenali sebagai tenggala oleh sesetengah masyarakat Melayu.
 Aktiviti bajak ini bertujuan untuk menggerakkan tanah yang subur pada bahagian
yang lebih dalam kepada permukaan tanah.
 Bajak ini menggunakan seekor lembu atau kerbau bagi menggerakkan tanah
dengan kaedah menarik alat bajak tersebut.
 Namun terdapat beberapa buah negara yang menggunakan kuda sebagai alat
menarik bajak tersebut.
Lembu yang digunakan di Tanah Melayu
menggembur tanah

Negara Barat yang menggunakan kuda sebagai


alat menggembur tanah
PENCAKAR TANGAN

 Pencakar tangan ini merupakan kaedah pertanian yang dimodenkan sedikit oleh
masyarakat setempat. Hal ini kerana terdapat had penggunaan mengikut
kemampuan pengamalnya.
 Alat ini juga berfungsi sebagai alatan menggembur tanah serta meratakannya.
Pencakar tangan ini juga digunakan sebagai pengumpul rumput dan daun kering
yang berada di atas batas.
 selain itu, alat ini juga digunakan bagi mengaduk tanah yang padat serta
mengeluarkan batu-batuan yang atas dalam batas Kawasan pertanian.
 Pencakar tangan ini diperbuat daripada bahan besi serta digabungkan dengan
kayu atau plastik pada bahagian pemegangnya.
Mata pencakar tangan menggunakan besi agar
dapat mengeluarkan batu dalam tanah

Pencakar tangan yang dihasilkan menggunakan besi


PEMBAHARUAN DALAM
PERTANIAN
 Ahli agronomi kini mulai mengiatkan usaha untuk meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian bagi tujuan membekalkan sumber makanan kepada seluruh
masyarakat dalam negara.
 Hal ini menyebabkan pelbagai teknologi yang cuba diterapkan dalam aktiviti
pertanian bagi menghasilkan pengeluaran yang banyak.
 Perubahan yang dialami dalam bidang pertanian adalah seperti pembiakbakaan,
akultur dan sayuran organik.
 Keluaran pertanian yang utama secara umum pada masa kini dikategorikan
kepada makanan, gentian, bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, serta
beraneka jenis keluaran hiasan eksotik
Bajak piringan sesuai untuk bekerja pada tanah
yang lekit, tidak menghakis dan kering di mana
bajak singkal tidak dapat masuk terhadap tanah
berbatu, atau banyak sisa-sisa akar dan tanah gambut.

bajak pahat digunakan untuk mengorek dan


menembus tanah dengan menggunakan alat yang
menyerupai pahat atau hujung skop sempit yang
disebut mata pahat
Bajak tanah bawah termasuk di dalam
jenis bajak pahat tetapi dengan konstruksi
yang lebih berat. Fungsi bajak ini tidak
banyak berbeza dengan bajak pahat,
namun digunakan untuk mengorek tanah
dengan kedalaman yang lebih dalam

meghancurkan dan meratakan


permukaan tanah hingga lebih baik
untuk pertumbuhan benih
mahupun tanaman
berfungsi untuk mengait rumpun padi,
kemudian memotong dan selanjutnya
dilempar ke sebelah kanan mesin di atas
permukaan tanah. Hal ini Untuk
memudahkan mengangkut ke tempat
pengumpulan hasil pertanian.

Prinsip kerja mesin binder lebih tinggi


sedikit dari mesin reaper. Selain memotong
padi,ianya bertujuan untuk mengikat dan
membuang padi.
RUMUSAN

 Secara tuntasnya, pembaharuan yang dilakukan banyak memberi manfaat kepada


masyarakat untuk memperoleh hasil yang memuaskan.
 Oleh itu, penggunaan teknologi dalam bidang pertanian amat bersesuaian bagi
memenuhi keperluan serta kehendak masyarakat pada masa kini.
 Aktiviti pembelajaran mengenai pertanian seharusnya digarapkan dalam kalangan
generasi muda agar mereka menjadi peneraju yang mampu menaikkan Malaysia
ke persada antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai