Anda di halaman 1dari 1

PENGETUA MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH

Alhamdulillah,dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah dan kurniaNya ,majalah Al-Arif edisi ke-12 bagi sesi 2022 dapat dihasilkan
dengan jayanya.Ianya merupakan wadah kebanggaan bagi warga MTS Tanah Merah
khususnya dan masyarakat keseluruhan secara amnya.

Saya sangat menghargai usaha cemerlang yang ditunjukkan oleh warga MTS dalam
menjayakan visi dan misi sekolah.Kecemerlangan jelas dirasai dalam semua aspek seperti
kecemerlangan hafazan,kurikulum,kokurikulum,sahsiah,persekitaran dan sebagainya.Insya
Allah kita harap kejayaan ini terus dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.

Di samping itu,marilah kita sama-sama berdoa semoga amalan yang kita laburkan ini
mendapat tempat di sisi Allah dan seterusnya mendapat restu keredhaan Allah S.W.T . Kita
juga berdoa semoga pelajar yang dilahirkan di bumi MTS ini mampu menghadapi era
globalisasi yang menjadi aset modal yang terunggul di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat.

Akhir kata,saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua
pihak yang telah menjayakan penerbitan Al-Arif 2022,khususnya sidang redaksi 2022 dan
warga MTS amnya.Kemaafan dipinta atas segala kesalahan dan kekurangan dalam Al-Arif
2022.

Sekian,terima kasih.
wassalam.

Anda mungkin juga menyukai