Anda di halaman 1dari 2

SALUTASI

***

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dan atas keredaanNya, dapat kita bersama
sama memeriahkan Majlis Graduasi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan majlis, yang memberi
peluang kepada saya, mewakili graduan sarjana muda, untuk menyampaikan
ucapan, sempena Majlis Konvokesyen ke-62, di Universiti Malaya.

Kami para graduan Sarjana Muda dari kursus Pendidikan Awal Kanak- kanak,
Kaunseling dan Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak fakulti pendidikan Universiti Malaya,
yang telah membuka peluang kepada kami dalam meneruskan pengajian di
peringkat universiti. Juga kepada para pensyarah yang dihormati, yang telah banyak
membantu kami, dalam merealisasikan cita-cita dan impian kami untuk mendapat
segulung ijazah.

Dan, tidak lupa juga, penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu ayah yang
dikasihi, yang telah banyak berkorban semasa kami berusaha mengejar impian
kami. Tanpa sokongan dan pengorbanan mereka, tidak mungkin kami berada di sini
pada hari ini.
(Bahagian ni patut terus cerita pengalaman aktiviti masa belajar, pengalaman
ditemuduga APD, dan suka duka – mungkin bulih mula cite hari pertama daftar kat
UM dan hari ini adalah hari terakhir bergraduasi)

SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,


(cerita pengalaman sendiri & apa2 yang menyentuh hati suka duka belajar)
Pengalaman sebagai pelajar sarjana muda dalam tempoh empat tahun banyak
mencabar minda dan kesabaran kami. Cabaran utama adalah semasa pandemik
covid 19 berlaku pada tahun 2020 hingga 2021, memandangkan kami perlu
menjalani pembelajaran secara dalam talian serta fasiliti dan masa yang terhad.
Namun, ia tidak menjadi penghalang pembelajaran kami, malah ia menjadi
penyunting semangat untuk kami untuk terus berusaha dan berjaya. Pengalaman
pahit dan manis semasa bergelar pelajar akan terus kekal dalam ingatan kami.

Majlis graduasi ini merupakan simbol kejayaan para graduan yang dihormati
sekalian. Namun, ia bukanlah titik penamat perjuangan atau pembelajaran untuk
kami semua. Malah ia adalah titik permulaan untuk kami terus berusaha dan
berjuang untuk memajukan diri, masyarakat dan negara yang dicintai.

SIDANG HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN,

Sekali lagi, saya mewakili para graduan, merakamkan ucapan terima kasih kepada
Dekan Fakulti, barisan pentadbirannya, para professor, pensyarah, dan kakitangan
sokongan, yang sentiasa membantu dalam segala hal sehingga kami mencapai
kejayaan. Sebut nama dekan dan beberapa nama pensyarah

Tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga (berilah
penghargaan kepada ibu bapa kamu atau keluarga kamu dengan menyebut nama
mereka), yang datang dari seluruh pelosok tanah air, yang sama-sama menyaksi dan
meraikan hari yang amat bersejarah ini.

Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah.

Anda mungkin juga menyukai