Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, saya diberi kesempatan untuk

mencoretkan sepatah dua kata buat renungan bersama. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan majalah sekolah pada tahun ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada pihak pengurusan sekolah, khususnya Puan Jerrah
Binti Pandin, selaku pengetua SMK Baru Miri serta guru-guru kerana memberikan sepenuh
kepercayaan kepada saya untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Pemimpin Pelajar sesi 2022/2023.
Segala kerjasama dan pertolongan yang diberikan oleh semua pihak termasuklah para pelajar dan
Lembaga Pemimpin Pelajar amat saya hargai dengan sepenuh hati.

Tanggungjawab sebagai Ketua Pemimpin Pelajar agak rumit pada mulanya, namun komitmen yang
diberikan oleh para pemimpin pelajar dapat memastikan kami terus komited dalam menjalankan
tanggungjawab kami sebagai pemimpin pelajar. Segala sokongan dan kritikan yang kami terima telah
membina nilai kepimpinan dalam diri kami serta membakar semangat kami untuk terus menjadi
yang terbaik untuk menjadi contoh kepada pelajar yang lain. Pada waktu yang sama, perkara
tersebut dapat membantu kami meningkatkan kredibiliti dan integriti yang tinggi sebagai Lembaga
Pemimpin Pelajar SMK Baru Miri. Saya percaya bahawa tugas kami mampu memberi satu anjakan
paradigma kepada perubahan sikap pelajar dan kepada diri kami khasnya.

Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah dan syabas kepada barisan pemimpin pelajar sesi 2022/2023
terhadap pencapaian dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang menjalankan tugas. Walaupun
banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi, namun semangat dan keberanian menghadapi cabaran
semasa menjalankan tugas oleh barisan pemimpin pelajar harus diberikan kepujian. Saya amat
menghargai jasa dan komitmen yang diberikan oleh barisan pemimpin pelajar. Saya mendoakan
semoga anda semua menjadi pemimpin yang mempunyai jati diri dan semangat yang tinggi dalam
menjalankan tugas di luar kelak. Saya selaku Ketua Pemimpin Pelajar amat berbangga kerana
berpeluang memimpin barisan pemimpin pelajar yang berdedikasi dan bertanggungjawab serta
amanah dalam melakukan sesuatu tugasan.

Akhir kata dari saya selaku Ketua Pemimpin Pelajar sesi 2022/2023, saya ingin menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa, terlanjur bicara dan tersalah tindakan sepanjang
perkhidmatan saya. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada warga SMK Baru Miri terutamanya para
pelajar yang banyak memberikan kerjasama sepanjang saya dan Lembaga Pemimpin Pelajar
bertugas. Semoga seluruh warga SMK Baru Miri sentiasa menuju “Ke Arah Kecemerlangan”.

Anda mungkin juga menyukai