Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDUAL

Amirun Ikmal Bin Kusaini


PPISMP Sejarah SK ambilan Jun 2014
Bagi memenuhi permintaan serta melengkapkan proforma, kami telah menguruskan sebuah
program Kembara Sejarah siri 2. Pada 23 September 2014, kami telah berkumpul di
perkarangan kafe IPG kampus Kota Bharu pada jam 7.45 pagi.
Setelah segala persiapan telah selesai, kami dengan kekuatan anggota seramai 25
orang guru pelatih yang terdiri daripada 14 orang guru pelatih PPISMP Sejarah SK, 9 orang
guru pelatih GSTT Sejarah SK dan 2 orang pensyarah pengiring bertolak menuju ke Kuala
Lumpur pada jam 8.00 pagi.
Pada jam 9.00 pagi, kami telah berhenti untuk sarapan di gerai nasi kerabu dan
bertolak semula pada 9.30 pagi. Pada jam 1 petang, kami berhenti sekali lagi untuk solat dan
makan tengah hari di hentian rehat Gua Musang dan bertolak semula pada jam 2 petang.
Setiba kami di Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam, kami telah berhenti di sebuah
restoran untuk makan malam dan meneruskan perjalanan kami ke IPG kampus Bahasa
Melayu. Ketibaan kami telah disambut oleh JPP IPGKBM yang menguruskan penginapan
kami pada jam 9.00 malam.
Keesokannya, perjalanan program yang bermula dengan lawatan ke ATMA, sebuah
institut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 8.00 pagi. Kami telah didedahkan serba
sedikit kepada pengenalan Institut Alam Dan Tamadun Melayu dan beberapa manuskrip
yang terdapat dalam perpustakaan ATMA serta kaedah pengendalian manuskrip lama.
Lawatan kemudian diteruskan ke Institut Kajian Etnik pada jam 2.00 petang. Lawatan
kami telah disisipkan dengan satu sesi soal jawab dengan pensyarah KITA. Beberapa soalan
serta isu berkaitan hubungan etnik telah dibahaskan dengan begitu hebat. Malah, kami
Berjaya memperoleh buku Modul Hubungan Etnik daripada KITA.
Kami seterusnya bergerak pulang ke IPGKBM pada jam 4.30 petang. Tiada
pengisian pada sebelah malam kecuali beberapa perbincangan mengenai hasil lawatan ke
ATMA dan KITA.

25 September 2014 pada jam 7.45 pagi, kami telah berkumpul dan bergerak menuju
ke Muzium Kesenian Islam. Kami tiba di sana pada jam 9.30 pagi. Kami memulakan lawatan
kami ke galeri di dalam Muzium Kesenian Islam pada jam 10.00 pagi sebaik sahaja muzium
di buka kepada pengunjung.
Kami seterusnya meneruskan perjalanan kami ke Muzium Orang Asli pada pukul
12.00 tengah hari. Kami tiba pada jam 1.30 petang. Lawatan kami ke sana diisi dengan
beberapa penceritaan oleh kurator muzium mengenai pengalamannya serta sejarah Muzium
Orang Asli. Kami bertolak pulang ke IPGKKB pada jam 2.00 petang. Kami tiba di IPGKKB
pada jam 12.00 tengah malam.
Melalui pemerhatian saya, lawatan ini amat berkesan dalam memberikan input ilmu
yang unik kepada kami semua. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan seperti
kelewatan para guru pelatih dalam bersiap untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Dapat
disimpulkan bahawa lawatan seperti ini mampu menjadi pengganti kepada pembelajaran di
dalam kelas kerana ianya lebih memudahkan serta lebih inovatif dalam kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai