Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK BEDIL,

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Song,


96850 Sarawak.

Guru Besar,
SK Lubok Bedil,
D/A PPD Song,
96850 Song,
Sarawak.
___________________________________________________________________

Joe Tommy @ Joseph Juah ,


Sektor Penilaian dan Peperiksaan,
Jabatan Pelajaran Negeri,
Jalan Diplomatik ,Off Jalan Bako,
93050 Petrajaya
Kuching ,Sarawak 27 Julai 2016

Tuan/Puan,

Perkara: Permohonan mendaftar calon berkeperluan khas bagi peperiksaan


UPSR 2016

Merujuk perkara di atas, saya Michael Kulin Anak Aloh, Guru Besar SK Lubok Bedil
ingin membuat permohonan untuk mendaftar calon berkeperluan khas bagi
peperiksaan UPSR bagi tahun 2016.

2. Hal yang demikian kerana pihak sekolah telah dapat mengenalpasti akan kriteria
yang layak untuk dipertimbangkan ke atas dua orang murid sebagai calon
berkeperluan khas.Disamping itu segala dokumen berkaitan seperti Surat
Pengesahan Doktor atau Kad Orang Kurang Upaya (OKU) telah diperolehi dari
pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

3. Dikepilkan bersama-sama ini dukumen – dokumen berikut seperti di bawah ini


yang telah diisi lengkap untuk perhatian serta tindakan tuan seterusnya.

2.1 Surat Laporan Doktor Pakar


2.2 Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
2.3 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas LP/Am 89

Semoga pihak tuan dapat menerima permohonan ini dengan pertimbangan yang
sewajarnya.Kerjasama dari pihak Tuan adalah sangat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

..............................................
( MICHAEL KULIN AK ALOH )
Guru Besar,
SK. Lubok Bedil,
96850 Song.

Anda mungkin juga menyukai