Anda di halaman 1dari 21

.

TUGASAN
KO-KURIKULUM : OLAHRAGA
(WAJ3121)

NAMA

: NAJIHAH BINTI NAJMUDDIN

NOMBOR IC

: 930827-05-5458

UNIT

: 5 PISMP TESL SJKC

NAMA PENSYARAH : ENCIK SUKRERI @ SYUKRI BIN MOHAMAD ZIN

CATATAN PENSYARAH:

OLAHRAGA

Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang
merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain.
Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun
wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan. Jika
dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan
sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun
terdapat sekurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam
olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu
acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan
perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara
olahraga.
Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran.
Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar
bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan; atlitlebih suka inengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat
antarabangsa- Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke
semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.
Berlari , melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula
jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai
makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan
diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudianya dipertandingkan.
Dari masa ke masa , kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan
yang menarik , sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak
dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olaraga (athletics) yang merangkumi acara-acara
berlari , melompat dan melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini
dikenali sebagai olahragawan (lelaki) dan olaragawati (perempuan).

SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA


(SEJARAH AWAL)
Berdasarkan catatan sejarah ' olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000
tahun sebelum masihi di Greece Kuno . Ini bermakna , olahraga ini sudah diadakan
lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah
satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum
Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga,
walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan , tetapi lebih
kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports , acara
pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta
bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi . Beliau melompat
sejauh 23 kaki 1 inci.

PERKEMBANGAN AWAL
Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan
Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali
dan terus berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi . Tetapi ia terus dimatikan
oleh Maharaja Rom, Theodosius.
Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu , manusia tetap
meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang
pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain
meneruskan pertandingan . Ini berlarustan sehingga abad ke 17.
Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun
kemudian ,kelab olaraga pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild.

Selepas itu semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan
ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh
Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga
sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di
England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang
sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga
kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di
England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan
menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke -20, ramai ahli olahraga Amerika
Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu
menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak
diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913,
namun

daripada

senarai

pemenang

pada

awal

abad

ke

20

menunjukkan

sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.


Dari tahun ke setahun , sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa
buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut
meningkat. Bagaimana pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat
masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus
meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.
Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya
dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi
ukuran kepada peserta -peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan
atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan
cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini,
peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet
Amerika Syarikat , Eropah, Australia dan New Zealand.

Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan


Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih
belum memberansangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu
menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah,
khusunya dalam sukan Olimpik.
Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai
kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan , kebangsaan
ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun
1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan .
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam
perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun
kejayaan di peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di
peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah
mencapai kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam
kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan
atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece
( tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno ), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah
olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak
mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak
dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah
Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang bertangungjawab untuk menghidupkan
Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama
seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah, 214 orang
adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga merupakan
acara yang pertama dipertandingkan .

Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh . Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian
termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam
sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting
di dalam hidup ialah berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di
Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan
renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali
pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan
Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat
lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta.
Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu
pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada
tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat
sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik
dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan
negara, termasuklah Malaysia.
Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas,
iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta
ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan
profesional ke dalam sukan ini , walaupun mendapat tentangan , namun telah
meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat.
Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan
kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa
(International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.
Setiap negara dunia boleh bergabung

di dalam persekutuan ini iaitu menerusi

persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara kita.

Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF


ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal
di dunia telah digolongkan sebagai olahragawan profesional , maka skop , peranan dan
fungsi badan dunia ini sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya
persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh
eseorang atlet.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan
Olimpik , Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya , terdapat pula badan lain
yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya , untuk Sukan
Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis
Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan
pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga
tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undangundang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.
Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas
biasanya dibentuk, yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini
menguruskan segala perancangan, persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah
dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan yang diadakan

melibatkan

kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.


Olahraga Wanita
Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku
kepada kaum lelaki. Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan
sahaja dilarang mengambil bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan,
termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi.
Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini, kaum wanita telah mengadakan
kejohanan olahraganya sendiri.
Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun
sebelum masihi, tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa

olahraga sudah berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England,


Persatuan Olahraga Amatur England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk
kaum wanita.
Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama
dunia, maka pada tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita
diperingkat dunia iaitu Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama
penubuhan ketika itu ialah untuk mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka
untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik
Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun 1928, barulah diadakan acara
olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita dalam Sukan
Olpimpik tidak pernah dilupai.

SEJARAH OLAHRAGA MALAYSIA


Sukan

olahraga dipertandingkan secara

teratur

dan

formal

pada

tahun

1906.Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak,
oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang
pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima
puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan
Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.
Pada

tahun 1932, Stadium

menjadikannya stadium yang

Bandaraya

pertama di

Pulau

negara

Pinang

mula

dibina, yang

kita. Walau bagaimanapun trek

bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut. Malaya mengambil
bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama
dalam pertandingan Empires
1948. Empires

Games di

Games ditukarkan

Cardiff,

Great

Britain

menjadi Commonwealth

pada

tahun

Games atau

Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain
mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita
menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun

1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat
kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.
Malaysia

telah

menganjurkan beberapa

kejohanan besar di

peringkat

antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP,
Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991.
Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan
rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.
Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu
pada

tahun

Majlis

Sukan

Sekolah-Sekolah

Malaysia

ditubuhkan.

Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilirgilir antara semua negeri di Malaysia.

Gambar : Dari kiri, Yunus, Kannathasan, Schzuan dan Yuvaraj mencipta kejutan apabila
memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter lelaki pada Sukan SEA 2011.

ACARA BALAPAN DAN PADANG


Jenis-jenis Acara balapan
Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan
salah satu acara sukan sejak beraba-abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olabraga
dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak
jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat
dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika
penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadikan ukuran tidak
rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara.
Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada
tiga kategori, iaitu larian, lornpatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan
untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita.
Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi
oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan
dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhartnva. Justeru itu
pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil
bahagian dalam acara itu sahaja.
Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan
acara yang mereka akan pertandingkan. Fktor-faktor seperti bi]angan peserta, tingkat
keupayaan mereka, kemudahan peralatan, keupayaan pihak penganjur, kewangan,
keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dan tempoh pertandingan
akart menentukan bilangan dan jenis acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu
perjumpaan.
Umpamanya di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu berkurangan daripada jumlah acara tintuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia,
Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walaupun dianggap
mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap

sepenuh. Biasanva dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara
olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk wariita.
Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat
antarabangsa,dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :

BALAPAN UNTUK OLAHRAGA


Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan
dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan
sempurna. Persediaan awal yang merangkumi perala tan dan kemudahan untuk setiap
acara hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan
yang bakal diadakan dalam perjumpaaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang
besar seperti stadium bola.
Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi
padang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu
kejohanan atau perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi Iapan
lorong disediakan. Balapan diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan.
Setiap lorong balapan sejauh 400 meter . Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan
dibuat apabila perjumpaan olahraga diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk
acara-acara padang. Bahagian atau kawasan tertentu di dalam padang dikhaskan bagi
semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan berusaha mengadakan kemudahan
ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat perjumpaan itu.

ACARA PADANG
Acara padang termasuk kepada acara lompatan dan acara balingan. Terdapat
dua jenis acara lompatan:
a)

untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah

b)

untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

Acara Balingan terbahagi kepada lempar cakera, rejam lembing, lempar tukul dan lontar
peluru

ACARA-ACARA KHAS
Selain acara-acara yang dinyatakan,terdapat beberapa acara lain lagi yang jiga
turut dipertandingkan sebagai acaraolahraga.Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza
dan

tersendiri)

agak

sukar

untuk

dikategorikan

sebagai

acara

rbalapan,atauacarapadang. Umpamanya, acara dekathon dan heptathon yang


merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan acara tersebut, mungkin juga bcileh
dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara maraton
dan lumba jalan kaki.
Satu

lagi

acara

yang

sering

diadakan

di

peringkat

sekolah

dan

mendapatanibutan yang menggalakkan ialah tank tali tetapi di kebanyakan perjumpaan


olahraga dunia cara mi tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tank tab lebih
merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai sukan sambil
bergembira dan bukan pertandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa tahun lalu ada
pihak yang menganjurkan pertandingan tank tab secara khusus, dan telah mendapat
sambutan yang menggalakkan.
Marathon
Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan
perempuan. Marathon sering diadakan dalarn perjumpaan olahraga utama dunia,
walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon
adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno
lagi. Mengikut sejarah. acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai
lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal
dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan,
menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di
dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga
mengetepikan acara marathon daripada senarai acara marathon untuk acara ini
disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang
lebih dekat dan dinamakan marathon mini.

Lumba Jalan Kaki


Dilihat pada nama acara Lumba Jala Kaki adalah sejeni acara berjalan laju yang
mungkin juga meupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perigkat
sekolah acara irii tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa
sahaja. Terdapat beberapa jarak yang dipertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun
perempuan. Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu
peristiwa atau hari-hari perayaan. Perkara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak
serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan
ayunan tangan dapat menin~katkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlani dalam
acara mm. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukkan oleh para peserta,
penonton seolah-olah beranggapan mereka benlari anak, tetapi sebenarnya tidak.
DekathIon
Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan
lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki
sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.

Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi


jumlah keseluruhan mata vang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan.
Peserta yang berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang
keseluruhan diberikan hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang

dipertandingkan. Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian


wanita.

ACARA LARI PECUT


Lari Jarak Sederhana
Disebabkan lan pecut merupakan asas kepada acara-acara lan dalam olahraga,
sudah tentu segala aspek dan taktik mengenai Ian pecut mi juga boleh dijadikan
panduan umum untuk acara-acara tail yang lain.Bentuk Iatihan Iari jarak sederhana
juga adalah hampir sama. Hanya teknik laiian agak berbeza.
Terdapat dua acara Iarian yang digolongkan sebagai acara lan jarak sederhana,
iaitu 800 meter dan 1500 meter. Adakalanya sesetengah pihak menggolongkan acara
400 meter sebagai acara lan jarak sederhana.Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan
terdahulu, 400 meter adalah tergolong sebagai acara Ian pecut bersama 100 meter dan
200 meter. Oleh itu, wajanlah 800 meter dan 1500 meter digolongkan sebagai acara lan
jarak sederhana. Kedua-dua acara Ian jarak sederhana mi disertai oleh lelaki dan
perempuan. Di peningkat sekolah, kedua-dua acara mi turut disertai oleh murid-munid
Ielaki dan perempuan. Jika dibandingkan dengan acara pecut,acara Ian jarak
sederhana atau jarak jauh agak kurang mendapat sambutan termasuk danipada
penonton.
Ramai peminat dan penggemar sukan olahraga tidak tahu siapakah pemegang
rekod dunia atau sekadar rekod kebangsaan negara kita untuk kedua-dua acara mi,
tetapi mereka dapat pula mengetahui pemegang rekod dunia atau kebangsaan
misalnya untuk acara 100 meter. Pihak-pihak lain pula sering mengkategorikan keduadua acara mi sebagai tart jarak jauh, memandangkan banyak persarnaan, antara acaraacara mi dengan acaraacara Ian jarak jauh. Malah hanyak buku tentang sukan olahraga
yang ditulis dan diterhttkan di harat rnembincangkan tentang acara-acara ini dan acara
jarak jauh secara bersama.

Persamaan yang terdapat pada kedua-dua kategori acara Iarian mi rnerangkurni


permulaan , bentuk Ianan, teknik larian dan kaedah latihan. Malah olahragawan yang
rne~garnhi1 bahagian dalam mana-rnana acara pada kedua-dua kategori mi
rnernpunyai juruiatih yang sama. Ramai pula pelari jarak sederhana yang turut
rnengarnbil bahagian dan menunjukkan prestasi yang setanding dengan acara Ian
jarakjauh Di peringkat dunia sekalipun, pelari yang berjaya dalam acara jarak
sederhana juga berjaya dalarn acara Ian jarak jauh jika rnereka turut rnengambil
bahagian.
Acara Jarak Sederhana : 800 meter.
Oleh sebab jarak sesuatu pusingan balapan ialah 400 meter, manakala
seseorang pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan tersebut. Seperti acaraacara balapan yang lain, acara 800 meter boleh dijalankan sama ada di atas padang
ataupun balapan berturap. Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan larian pada
kederasan yang rnaksirnum boleh dikatakan di sepanjang jarak yang ditetapkan, tetapi
dalam acara 800 meter pelari hams bijak mernbahagikan lariannya.
Adalah tidak mungkin pelari itu mampu mengekalkan kadar kederasan yang
sama (maksimum) sepanjang 800 meter lariannya. Dengan membahagikan lariannya
mengikut jarak tertentu akan memberikannya kelebihan serta keyakinan untuk
menunjukkan prestasi yang tinggi. Disamping kelajuan, pelari jarak sederhana
khususnya untuk acara 800 meter harus bijak mengatur langkah dengan mengekalkan
ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh pelari lain, yang
sudah tentu akan berusaha mengalahkannnya.
Dalam perlumbaan olahraga peringkat dunia, para pelari 800 meter sering
herusaha rnengekalkan ketahanan larian rnasing-masing pada harnptr sepanjangjarak
acara itu. Pada masa yang sama mereka cuba pula rneningkatkan kepantasan dan
berusaha mengekalkannya sehingga ke garisan penarnat. Ada kalanya kita seolah-olah
melihat peserta untuk. acara mi berlari pecut dalarn 200 meter atau 400 meter,
schingga kadangkala keputusan terpaksa ditentukan dengan cara photo-finish.

ACARA LEMPAR CAKERA


Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa
jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50
meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke
kawasan sektor yang bersudut 40 di hadapan bulatan.Selain daripada keperluan fizikal
seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang
pelempar

cakera.

Faktor-faktor

mekanikal

juga

perlu

diambil

perhatian

untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.


Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan
dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk
cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam
bentuk "bulan pumama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke
atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya,
cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara
dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi
badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian
badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan
bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar
cakera.
Secara umurnnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang
berikut:
a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
b) Fasa hayunan awalan
c) Fasa lemparan
d) Fasa ikut lajak dan pemulihan

ACARA LONTAR PELURU


Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari
segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang
boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar
peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau
bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara
itu.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan
sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran
tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh
dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapan
yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal
yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan
jarak yang maksimum.
Fizikal Peluru
Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang
lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan
berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat
peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg.
Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka. Perbezaan
berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang
peserta berdasarkan peringkat umur mereka.

Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala
untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah sejarah baru
bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16
paun.
Kawasan Lontaran
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada
mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.
Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti
Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden
tahun1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk
bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan
lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan
lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap
berhubung teknik melontar peluru.
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara
ini melakukan lontaran. Kawasan

ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan

sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada
diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan
lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta
menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan
dibatalkan.
Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang
merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan
pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam
bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.

Kawasan Pendaratan
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar
mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan.
Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada
tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada
peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian.
Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di
dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas
garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta
hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam
kawasan yang dikhaskan.
Peraturan Dan Pertandingan
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam
acara ini. Beliau ialah Perry O Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik
lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga
hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi tekinik dan
gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik
bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu,
acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,
semasa dan selepas melakukan aktiviti.
Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutama tangan,
pinggang dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan
mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.
Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu
sebelum, semasa dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi

pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau
mencipta sesuatu kejayaan.
Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran
20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

Anda mungkin juga menyukai