Anda di halaman 1dari 10

NAMA : SARAVANAN

KRISHNA

UNIT L4
PISMP AMBILAN JANUARI 2013
IPG KAMPUS IPOH
SEJARAH PENCIPTAAN
LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA

LAGU KEBANGSAAN
MALAYSIA :

NEGARAKU
LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA
(VIDEO)

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan bantu mengajar sangat
penting untuk diaplikasikan.


Salah satu bahan bantu mengajar yang berkesan adalah penggunaan video.
video yang diketengahkan bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam set
induksi, malahan semasa P&P sedang berjalan.

Dalam masa yang sama, video juga berperanan untuk menghiburkan anak
murid yang sudah tidak fokus semasa belajar seperti mengantuk,
bermain-main, mengusik rakan dan sebagainya.


Hal ini disebabkan, melalui video yang dipancarkan, murid menggunakan
deria penglihatan dan pendengaran dalam waktu yang sama.

Bagi kanak-kanak, video yang menarik perhatian mereka adalah video
yang berwarna-warni, yang ceria, mengeluarkan pergerakan yang ekstrem
dan sebagainya.

WAJARAN (Menggunakan Video)
Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti sekiranya seseorang
guru merancang untuk menggunakan video dalam pengajaran dan
pembelajaran :

(i) Persediaan guru;
Saya akan menyediakan video lagu kebangsaan Malaysia yang terkini bagi
murid-murid menghayati lagu tersebut bersama dengan visual yang
terkini dan dikenali oleh mereka.
Saya akan menguji pengalaman dan pengetahuan awal murid,
menerangkan tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut serta
menjelaskan apa yang harus dilakukan oleh murid semasa tayangan
video.


(ii) Persediaan pelajar;
Pelajar-pelajar haru memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa video
ditayangkan. Para pelajar juga harus mengaitkan tajuk pembelajaran dan
video yang ditayangkan sebelum penjelasan daripada guru supaya
mendapat gambaran yang jelas semasa penerangan guru.

(iii) Semasa menonton;
Saya akan memastikan pelajar memberi fokus. Pada masa yang sama,
menghentikan video (jika pelajar menghadapi sebarang masalah
berkaitan dengan video tersebut).

(iv) Selepas menonton;
Saya akan membahagikan murid-murid kepada kumpulan dan \
mengarahkan mereka membincangkan apa yang ditayangkan dalam \
video tersebut. Selepas itu, saya akan menjelaskan isi/kandungan video dan
juga mengaitkan video tersebut dengan pengajaran dan pembelajaran yang
akan dilaksanakan.
Wajaran (power point & lirik lagu)
Pembelajaran berbantukan PowerPoint dapat memberi peluang kepada
murid belajar dan memahami tajuk yang diajar mengikut keupayaan diri.

Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan PowerPoint ini dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang sihat serta
seronok untuk murid.

Pada masa yang sama, kaedah ini juga merangsang murid mengingat apa
yang sudah dipelajari selain memberikan rangsangan untuk belajar ilmu
baru. Media yang baik juga akan mewujudkan murid yang aktif.

Tambahan pula, bagi tajuk yang saya pilih iaitu berkaitan dengan lagu
kebangsaan kita, lirik lagu yang disediakan akan diedarkan kepada setiap
satu murid bagi menyanyi bersama dengan iringan muzik supaya mengingati
lagu kebangsaan serta mewujudkan semangat cinta akan negara dalam
kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai