Anda di halaman 1dari 1

Kekeruhan hubungan etnik di Malaysia dikatakan mula tercetus selepas Perang Dunia ke Dua,

dan sejak itu kita tidak pernah berhenti berusaha untuk menjernihkan kekeruhan dan
mengekalkan mutiara-mutiara kejernihan yang mampu kita tangguk dari kekeruhan tersebut.
Justeru dalam suasana begini dua kalimah keramat yang menghantui kehidupan sosial dalam
masyarakat adalah Perpaduan dan Integrasi. Perpaduan dan integrasi merupakan dua isu
yang menjadi agenda utama negara sejak awal kemerdekaan malah berterusan sehingga kini.
Kesungguhan untuk merealisasikan proses pembentukan perpaduan dan integrasi menjadikan
kita kadang kala tidak rasional dan cukup emosional malahan pada ketika tertentu mewujudkan
suasana tegang dan gelisah. Sehubungan itu, untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu
padu dan diintegrasikan secara syumul, memerlukan satu dasar (foundation) yang kukuh dan
jelas. Pemahaman

terhadap kehendak dan makna yang tersembunyi disebalik konsep

perpaduan dan integrasi itu sendiri perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang terlibat secara
langsung dalam merancang dan melaksanakan program-program perpaduan dan integrasi.
Unsur perpecahan pula berpunca daripada faktor kelas sosial yang mencirikan susun lapis
masyarakat. Ia adalah sesuatu yang universal dan wujud dalam semua masyarakat di dunia.
Setiap kelas sosial mempunyai kepentingan yang berbeza, malahan pertentangan kepentingan
dan kehendak antara kelas sosial yang berbeza ini terus menerus berlaku dan sukar untuk
diduga. Selepas merdeka kelompok etnik di Malaysia masih mempunyai wawasan bercapah
berasaskan perjuangan kaum dan etnik sempit yang boleh menggugat proses perpaduan dan
integrasi yang direncanakan oleh kerajaan. Sikap perkauman yang kuat mempengaruhi
pemikiran, sikap dan nilai tuntutan aspirasi dan persaingan, prejudis, stereotaip dan diskriminasi
dalam segala aspek antara kaum. Semua elemen ini akan menyumbang kepada tercetusnya
masalah dan konflik antara etnik.
Apa pun situasinya, penghayatan terhadap konsep dan nilai integrasi dan perpaduan serta
keupayaan setiap individu dalam kumpulan etnik tertentu untuk mengadaptasi diri dengan
kepelbagaian etnik dan budaya merupakan strategi utama dan relevan dalam usaha untuk
mencapai matlamat perpaduan sosial, budaya dan politik yang dihadapi oleh kebanyakkan
Negara, termasuklah negara maju.

Anda mungkin juga menyukai