Anda di halaman 1dari 2

Menyiasat Alam Fizikal

Tenaga
1. Tenaga didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja. 2. Tenaga membolehkan hidupan menjalani proses hidup seperti bertumbuh, bernafas dan bergerak. 3. Benda bukan hidup juga memerlukan tenaga untuk bergerak, melantun dan melebur.

4. Terdapat pelbagai jenis sumber tenaga. Matahari Makanan Angin Bahan api Sel kering 5. Sumber tenaga utama berasal daripada Matahari. 6. Matahari adalah sumber tenaga haba dan tenaga cahaya yang utama. 1. Terdapat pelbagai jenis tenaga.

Tenaga kinetik Tenaga elektrik Tenaga cahaya Tenaga bunyi Tenaga haba Tenaga keupayaan Tenaga kimia

Tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak Contoh: kipas yang berputar Tenaga yang dihasilkan oleh aliran arus elektrik Contoh : televisyen, peti sejuk Tenaga yang dipunyai oleh objek yang mengeluarkan cahaya Contoh : Lampu, Lilin Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar Contoh : Radio, pengering rambut Tenaga yang dipunyai oleh objek yang panas. Contoh : periuk nasi elektrik, seterika Tenaga yang tersimpan dalam objek disebabkan oleh kedudukan atau keadaannya. Contoh : Getah yang diregangkan, pembaris plastik yang dilentur Tenaga yang tersimpan dalam bahan kimia Contoh : Lilin yang dibakar, makanan

2. Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain. 3. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh perubahan tenaga.
Peralatan Seterika elektrik Radio Kipas siling Perubahan tenaga Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga haba Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga bunyi Tenaga elektrik berubah menjadi tenaga kinetik dan tenaga bunyi

Anda mungkin juga menyukai