Anda di halaman 1dari 4

RPH Tenaga ( Sumber tenaga )

Rancangan Pelajaran Harian ( Tenaga ) Tarikh/ Hari: 31. Oktober 2011 / Isnin Masa : 8.30-9.30 pagi 5 Bil. Pelajar : 20 orang M/ Pel : Sains Tajuk : Tenaga ( Sumber tenaga ) Objektif : Memahami kegunaan tenaga. 1.1 Menerangkan mengapa kita memerlukan tenaga 1.2 Menyatakan sumber-sumber tenaga. Pengetahuan Sedia Ada : Manusia akan menjadi lemah jika tidak mempunyai tenaga Kemahiran Proses Sains: Meramal, membuat inferens, berkomunikasi Bahan : gambar orang sedang kelaparan, bateri, gambar makanan. Nilai :Bekerjasama, mensyukuri nikmat Tuhan Kemahiran : Simulasi, penerangan, bersoaljawab dan sumbangsaran. Kelas :

Langkah/Masa Set Induksi ( 10 Minit )

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid -Murid menjawab salam - murid memerhati gambar yang ditunjukan. - murid bebas memberi pandangan mengenai gambar. - Murid murid memberi jawapan berdasarkan soalan yang diberikan mengikut kefahaman mereka. - Murid-murid bersedia untuk belajar. -Guru memulakan pelajaran dan - Guru mengucap salam kepada murid. - Guru menunjukan gambar orang yang sedang kelaparan dan gambar makanan - Guru meminta murid memberi pandangan / pendapat mereka mengenai gambar yang diberikan. - Guru bersoal jawab secara lisan dengan murid.

Catatan Kaedah P&P: Bersoaljawab BBM: Gambar orang kelaparan, gambar makanan. K.P.S Berkomunikasi , meramal

Apa itu tenaga

mengaitkan gambar yang ditunjukan dengan tajuk yang akan dipelajari. Perkembangan Langkah 1 ( 15 Minit ) Tenaga amat diperlukan dalam kehidupan seharian. - Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. - Semua hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup. -Guru memberi penerangan mengenai tajuk yang dipelajari. - guru meminta murid memberi perhatian dan membuat catatan ringkas berdasarkan penerangan guru. -Guru bersoaljawab dengan murid Soalan. 1.Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? 2. Mengapakah kita memerlukan tenaga? - Murid mendengar penerangan serta membuat catatan ringkas. Kaedah P&P: Bersoaljawab dan penerangan. K.P.S Berkomunikasi BBM. Buku teks, Buku rujukan

Jawapan. 1.Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. 2.Tenaga diperlukan kerana ia membantu kita dalam melakukan kerja. 3. Sumber tenaga manusia adalah makanan dan minuman. - Murid mendengar dan membuat catatan.

3. Apakah sumber tenaga manusia?

Pelbagai jenis sumber tenaga 1. matahari 2. makanan 3. angin 4. air 5. bahan api 6. bateri

-Guru menerangkan bahawa terdapat pelbagai sumber tenaga. - Guru memberi huraian mengenai sumber tenaga seperti yang di nyatakan.

Langkah 2 ( 25 Minit )

Membuat peta minda / pengurusan grafik. Sumber Tenaga 1. matahari 2. makanan 3. angin 4. air 5. bahan api 6. bateri

- Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan ( 5 orang setiap kumpulan) - Guru mengedar bahan yang diperlukan seperti kertas mahjong, maker pen, warna kepada setiap kumpulan. - setiap kumpulan diminta untuk membuat sebuah peta minda mengenai tajuk tenaga iaitu sumber tenaga - setelah selesai, guru meminta setiap kumpulan untuk membuat pembentangan mengenai peta minda yang mereka hasilkan. - Guru membuat ulasan mengenai peta minda yang dihasilkan oleh setiap kumpulan. - Kumpulan yang terbaik dikira sebagai pemenang dan mendapat hadiah. - Guru mengarahkan hasil kerja tersebut di lekat pada sudut matapelajaran di dalam kelas. - Guru merumuskan isi pelajaran dangan aktiviti soaljawab dengan murid untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap tajuk yang telah dipelajari.

- murid dibahagikan kepada empat kumpulan. - murid berada dalam kumpulan masing-masing bersama bahan bahan yang telah disediakan. - murid berbincang dalam kumpulan untuk membuat peta minda. - murid membuat peta minda dan penerangan mengenai setiap sumber tenaga. - setiap kumpulan murid membuat pembentangan mengenai peta minda yang telah mereka buat.

Kaedah P&P: Bersoaljawab dan sumbangsaran Nilai Bekerjasama Semangat berpasukan BBM Kertas mahjong, warna , maker pen

Penutup ( 10 Minit )

- Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. - Hidupan memerlukan tenaga untuk melakukan kerja dan menjalankan proses hidup. -Terdapat pelbagai jenis sumber tenaga

- murid mejawab setiap soalan yang dikemukan oleh guru dengan betul.

Nilai Menghargai dan mengsyukuri nikmat ciptaan Tuhan dan menggunakanya dengan berhemat

Soalan. 1.Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga? 2. Apakah contoh sumber tenaga?

Jawapan. 1.Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja Sumber tenaga terdiri daripada. 1. matahari

2. makanan 3. angin 4. air 5. bahan api 6. bateri

Refleksi : Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Objektif yang hendak di capai telah tercapai. Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul kerana mereka telah dipesan terlebih dahulu supaya membuat ulangkaji mengenai tajuk yang akan diajar. Selain itu juga, murid murid mengetahui kepentingan tenaga kepada hidupan terutamanya manusia. Murid-murid juga dapat, menyatakan kepelbagaian sumber tenaga yang ada. Selain itu juga, murid murid dapat memberi penjelasan serta contoh mengenai sumber tenaga. Kekuatan: Kekuatan dalam menyampaikan pengajaran tajuk tenaga ini ialah, kefahaman murid serta pengetahuan mereka terhadap tajuk ini. Tambahan pula tajuk ini, dirasakan agak mudah dan senang untuk difahami dan dikuasai. Selain itu juga, jumlah murid yang tidak ramai menyebabkan keadaan disiplin kelas berada dalam keadaan yang terkawal. Jadi senanglah untuk mengawal keadaan kelas dan memudahkan proses pengajaran. Selain itu juga, peneguhan positif seperti memberi hadiah kepada kumpulan terbaik telah menjadikan murid lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar atau ringkasnya penglibatan murid adalah sangat aktif. Kelemahan. Kelemahan yang dapat dikesan dalam proses pengajaran ini adalah kekurangan bahan bantu mengajar terutamanya bahan maujud untuk tajuk tenaga. Ini kerana amat sukar untuk mendapatkan bahan bantu mengajar di kawasan pedalaman. Ianya hanya dapat diterangkan dan digambarkan secara teori sahaja. Selain itu juga, penggunaan bahan ICT tidak dapat digunakan, kerana pembelajaran diadakan dalam bilik darjah sahaja. Langkah Penambahbaikan. Cuba perbanyakan lagi bahan bantu mengajar, seperti mempelbagaikan lagi gambar-gambar yang berkenaan. Selain itu juga, cuba gunakan ICT dalam pengajaran seperti mengadakan tayangan video mengenai yang berkaitan dengan tajuk yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai