Anda di halaman 1dari 4

Projek Sains 2011 - Model Gerhana Matahari Penuh.

Akhirnya, aku berjaya buat Model ini...dah lama hendak buat model seperti ini,sebelum ini nak buat, tapi disebabkan oleh kekurangan bahan dan juga masa,projek ini selalu sahaja ditangguhkan. Jadi, disini aku nak kongsi sedikit tentang Projek Sains aku ni..walau pun nampak tak seberapa, tapi ia berjaya juga dihasilkan oleh murid - murid Tahun 6 serta dibantu oleh gurunya. Ternyata dengan membina sendiri model ini, murid - murid aku nampaknya lebih faham tentang bagaimana fenomena Gerhana Matahari Penuh berlaku.Berikut antara gambar-gambar yang sempat aku ambil semasa membuat projek ini.Harapan aku, semoga projek ini dapat meningkatkan minat dan pengetahuan mereka dalam ilmu Sains dan Teknologi.

murid - murid mengecat model bumi dan bulan

model Kumpulan 1

model Kumpulan 2

Contoh berlakunya Gerhana Matahari Penuh boleh dilihat di kawasan bayang - bayang bulat..

Gerhana Matahari penuh berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dengan Bumi dan dalam satu baris yang lurus..

Contoh Gerhana Matahari Separa...

Murid - murid seronok selepas berjaya menghasilkan model Gerhana Matahari..

Anda mungkin juga menyukai