Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3,

JALAN KETAPANG, TAMAN RINTING,


81750 MASAI ,
JOHOR NO.TEL: 07-387 1587
JBA 1114 NO.FAX:07-387 1587

Ruj. Kami : SKTRIII.700-4/3/4( )


Tarikh : 27 JANUARI 2022
Nama murid : ________________________

Kelas : _____________________________

Tuan,

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2022 MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu pihak sekolah akan mengagihkan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2022
sebanyak RM150.00 kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang berpendapatan isi rumah bulanan kasar
sebanyak RM3000.00 dan ke bawah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 FEBRUARI 2021 (RABU)


Masa : 11.00 – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka Aras 1 ( Tahun 1 hingga Tahun 6 SESI 2021)
(bantuan akan diserahkan oleh Jawatan Kuasa Unit Bantuan)

3. Kami berharap tuan/puan dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan untuk melancarkan
urusan penyerahan bantuan tersebut. Sila bawa dokumen berikut bersama semasa mengambil wang
bantuan. Kegagalan membawa dokumen yang diperlukan ini akan menyebabkan bantuan tidak dapat
diagihkan.
i. Sijil Kelahiran murid yang asal @ Sijil Anak Angkat
ii. Kad Pengenalan Ibu atau bapa yang hadir menerima bantuan

4. Ibu bapa/penjaga diminta untuk merujuk pelan laluan pergerakan seperti yang dilampirkan. Bagi
membantu usaha kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia, ibu bapa/ penjaga
diminta untuk mematuhi SOP tersebut seperti mengelakkan 3S (sesak, sempit, sembang dekat) dan
amalkan 3W (wash, wear, warn). Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PRIHATIN RAKYAT : MEMERANGI WABAK COVID-19”

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................
(MOHD HAFIDZ BIN SAMSUDIN)
Guru Besar,
SK Taman Rinting 3

Anda mungkin juga menyukai