Anda di halaman 1dari 8

TAJUK

MODEL A.S.S.U.R.E- ZIARAH MADINAH

KUMPULAN

NAMA PENSYARAH

HAJI NORHASHIMI BIN SAAD

AHLI KUMPULAN

BIL NAMA NOMBOR MATRIKS


.
1 NUR ATHIRAH BINTI SAHAP IEB150045
2 NOR AINI BINTI ISMAIL IEB150037
3 NUR ATIKAH BINTI MAHAYODIN IEB150046

SEMESTER 2- SESI 2016/2017


Tajuk pengajaran: ziarah Madinah

Nama guru: Athirah, Atikah, Aini

Masa: 90 minit ( 9- 10:30 pagi)

Analisis Pelajar (analyze learners)


1) Bilangan peserta: 30 orang
Bilangan peserta lelaki: 10 orang
Bilangan peserta perempuan: 20 orang
2) Jangka umur: 40-60 tahun
3) Catatan tentang peserta :
Mental: kebanyakan daripada peserta mempunyai kebolehan
cepat belajar dan mampu menerima maklumat dengan baik.
Sosial: kebanyakan peserta mempunyai sifat inkuiri yang tinggi
dan suka bertanya.
Fizikal: sebahagian peserta memiliki tubuh badan yang tegap
dan sihat manakala sebahagian yang lain memiliki tahap
kesihatan yang kurang baik.
Bahasa: peserta mempunyai kemahiran bertutur, menulis dan
mendengar dengan baik.
4) Pengetahuan sedia ada
Pelajar mengetahui tentang kelebihan menziarahi Madinah.
5) Cara pembelajaran:
Visual: gambar, slaid powerpoint
Audio: video
Kinestetik: buku teks

Menyatakan Objektif ( state objectives)


1) Peserta dapat menyatakan perbezaan antara Tanah Haram Mekah
dengan Tanah Haram Madinah dengan jelas.
2) Peserta dapat menyenaraikan tempat- tempat yang akan diziarahi
di Madinah.
3) Peserta dapat menerangkan kelebihan- kelebihan menziarahi
Madinah.

Pemilihan Metodologi, Media dan Bahan (select methods, media and


materials)
Metodogi:
1- Syarahan/ kuliah
Pemilihan syarahan/ kuliah sebagai metodologi adalah perkara tepat dalam
memperkenalkan perkara yang baru kepada peserta. Metodologi ini
digunakan bagi yang terperinci dengan menggunakan bahan bantu
mengajar seperti buku teks, slaid, video dan gambar.
2- Soal jawab
Pemilihan metodologi soal jawab menggalakkan komunikasi dua hala antara
guru dan peserta.

Media:
1- Slaid powerpoint, video, dan gambar.
Slide powerpoint merupakan bahan pengajaran utama yang digunakan
untuk menyampaikan tajuk ziarah Madinah kepada peserta. Slaid
powerpoint ini dipilih kerana boleh memuatkan teks, imej dan sebagainya.

Video adalah daya penarik penting kepada peserta bagi menghidupkan


daya imaginasi melalui visual, suara, dialog, muzik dan kesan bunyi.
Melalui video juga, peserta dapat melihat sendiri pengalaman luar yang
bakal dilalui oleh mereka.

Gambar pula merupakan bahan visual 2D yang membantu fokus dan


tumpuan peserta untuk memudahkan pemahaman mereka dan
memberikan rangsangan sebagai bukti visual tentang
Bahan: buku teks.

1. Buku teks pula mengandungi sumber maklumat yang akan digunakan


oleh semua bakal haji bagi dijadikan panduan untuk mengajar atau
menyampaikan kursus oleh semua pengkursus haji.
Menggunakan media, metodologi dan bahan ( utilize media and materials)
1. Preview Bahan : Dalam pengajaran ziarah Madinah, guru akan
menyedia dan menyemak dahulu segala bahan yang akan digunakan
di dalam kelas sebelum bahan pengajaran digunakan dan antara
bahannya adalah seperti buku teks, video, gambar dan powerpoint.
Guru akan memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan
kumpulan peserta, objektif pengajaran pembelajaran dan baik diguna
kepada para peserta. Preview bahan ini membantu guru dalam
merancang penggunaan bahan tersebut dengan baik semasa dalam
kelas.
2. Penyediaan bahan : Setelah preview bahan dijalankan, guru boleh
merancang penggunaan setiap bahan yang bakal digunakan. Bahan
yang digunakan adalah buku teks sebagai sumber maklumat yang
seragam . Hal ini kerana ini dapat memudahkan guru mengajar
sebagaimana semua peserta mempunyai sumber pelajaran yang
sama. Perancangan ini amat penting supaya guru boleh bersedia
dengan segala kelengkapan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ziarah Madinah yang bakal diajar oleh guru. Disini guru
boleh bersedia segala bahan tambahan untuk para peserta.
3. Penyediaan Persekitaran : Guru harus menyediakan persekitaran yang
sesuai kepada peserta dalam menyampaikan pengajaran ziarah
Madinah ini. Jadi persekitaran di bilik seminar masjid yang lengkap
dengan susunan media merupakan tempat yang baik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran harus sesuai dalam
penyusunan media dan bahan yang mana bahan dan media berfungsi
dengan baik dan boleh diguna tanpa sebarang masalah. Penyediaan
persekitaran ini adalah amat penting bagi guru kepada peserta kerana
persekitaran memudahkan guru menyampaikan pembelajaran kepada
peserta. Kedudukan media yang boleh dilihat oleh peserta serta aspek
teknikal seperti suis dan bekalan elektrik dalam bilik seminar tersebut
terutama suis kipas, lampu dan projektor berfungsi dengan baik.
4. Penyediaan peserta : Penyediaan peserta ini penting untuk
pengalaman pembelajaran peserta tersebut. Jadi, pada mulanya, guru
akan menyediakan dan menggunakan media seperti video berkaitan
ziarah Madinah bagi menimbulkan perasaan ingin tahu peserta tentang
tajuk yang bakal diajari oleh guru mereka. Setelah itu, guru juga boleh
menggunakan slaid powerpoint unruk memberi maklumat berkenaan
ziarah Madinah dengan tersusun. Penggunaan flash membantu peserta
memperoleh maklumat baru yang mana dapat membuka minda merta
serta melalui gambar pula, peserta dapat membuat gambaran
sepenuhnya tentang ziarah Madinah dengan sebaiknya. Oleh itu,
persediaan peserta dengan penyusunan segala media membantu guru
dapat mencapai objektif pembelajaran malah peserta dapat fokus
terhadap tajuk ziarah Madinah di dalam kelas.
5. Penyediaan Pengalaman Pembelajaran: Disini peranan guru adalah
penting bagi penyediaan pengalaman pembelajaran kepada peserta
melalui penggunaan media dan bahan serta kaedah penyampaian
yang akan disediakan oleh guru. Pelbagai cara yang boleh memberi
pengalaman pembelajaran kepada peserta seperti perbincangan
dalam kelas dan proses soal jawab bersama guru juga mampu
memberi peluang peserta bertanya dengan guru secara langsung.
Pengajaran ziarah Madinah yang dijalankan ini berpusatkan peserta
dimana proses pengajaran dan pembelajaran ini turut melibatkan
peserta dan guru berperanan sebagai fasilitator dimana guru akan
membantu peserta dalam proses perbincangan sekiranya terdapat
pembelajaran yang sukar difahami oleh peserta. Penyediaan
pengalaman pembelajaran ini sememangnya dapat menarik perhatian
peserta dalam pengajaran ini.
Mendapatkan Penglibatan Pelajar(require learner participation)
1. Bagi memastikan proses pembelajaran ziarah Madinah berjalan
dengan lancar, peserta harus melibatkan diri dalam setiap aktiviti
pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti pengajaran ziarah Madinah ini
akan dijalankan dalam satu sesi dengan mengambil masa selama 60
minit yang mana akan dijalankan dalam kelas.
2. Penglibatan peserta sememangnya dapat dilihat apabila guru memberi
syarahan kepada peserta dengan menggunakan pelbagai bahan dan
media seperti bahan buku teks dan media video, gambar dan
sebagainya. Disini para peserta akan melibatkan diri dengan bersoal
jawab dengan guru berkaitan tentang ziarah Madinah semasa guru
memberikan syarahan. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada
peserta dalam lebih memahami berkaitan ziarah Madinah yang mereka
pelajari. Perbincangan antara guru dan peserta di dalam kelas
membantu guru dapat melihat sejauh mana kefahaman peserta
mengenai ziarah Madinah malah ini dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi di dalam kelas.
3. Penglibatan peserta dalam proses pengajaran dan pembelajaran harus
dilaksana dengan sebaik mungkin agar pembelajaran ini dapat
menarik minat peserta untuk mengetahui tentang ziarah Madinah dan
ini juga boleh dijadikan motivasi kepada peserta supaya objektif
pembelajaran dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Menilai dan menyemak semula (evaluate and revise)
Penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu
perkara. Penilaian ini melibatkan beberapa aspek seperti :
1. Pencapaian peserta
2. Penilaian terhadap media dan keberkesanannya
3. Pencapaian guru

1. Pencapaian peserta
Pencapaian peserta dinilai melalui tahap pengetahuan yang diperolehi
mereka sebelum dan selepas pembelajaran. Ini dapat diperhatikan betapa
pentingnya untuk guru mengambil tahu akan pengetahuan sedia ada para
peserta agar ia dapat diukur di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para peserta
tentang ziarah Madinah. Guru juga boleh menilai sama ada peserta sudah
menguasai tajuk ziarah Madinah ini ataupun tidak. Sekiranya belum, guru
boleh mengambil tindakan susulan untuk memastikan kesemua peserta
mencapai objektif pembelajaran.
2. Penilaian terhadap media dan keberkesanannya
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ziarah yang dijalankan, guru
telah menyediakan pelbagai media di dalam kelas seperti video, gambar dan
slaid powerpoint. Setiap media yang digunakan ini memberi banyak kesan
yang positif kepada peserta dalam mempelajari tajuk ziarah Madinah. Yang
pertama adalah slaid powerpoint. Slaid powerpoint merupakan satu bahan
yang mudah sebagai persediaan guru untuk mengajar kepada peserta. Slaid
ini memberi peluang kepada peserta memahami tentang ziarah Madinah
dengan baik dalam bentuk visual dan sebagainya. Yang kedua, penggunaan
video adalah salah satu bentuk media yang interaktif yang mana peserta
tertarik dengan pembelajaran ziarah Madinah ini. Media video ini mampu
mengelakkan peserta dari kebosanan untuk mempelajari tajuk baru kerana
video boleh menghidupkan daya imaginasi peserta melalui visual, suara,
dialog, muzik dan kesan bunyi.
Akhir sekali, media berkaitan gambar adalah media yang mudah difahami
oleh peserta. Di akhir pembelajaran, peserta dapat mengambarkan situasi
sebenar berkaitan ziarah Madinah ini.
3. Pencapaian Guru
Pencapaian guru adalah satu penilaian yang penting dimana guru menilai
segala proses pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku di dalam
kelas yang telah dijalankan. Penilaian ini boleh dinilai di akhir pembelajaran
yang dijalankan sama ada peserta dapat memahami tentang ziarah dengan
baik. Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat
penyesuaian sekiranya terdapat kelemahan dalam proses pengajaran . Oleh
itu, perubahan harus dibuat sebagai penambahbaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya agar objektif pembelajaran
tercapai dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai