Anda di halaman 1dari 19

ULANGKAJI PPT 2021

PERBINCANGAN JAWAPAN BAGI SOALAN PEPERIKSAAN


PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN ISLAM 2021
(a)
‫لي‬ َ ‫ذ‬ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ُ َ َ َ َ ُّ ُ ٰ َ َ ُ ُ ‫َ ُ َ ٗ َ َ ٗ َ َ ذ‬ ُ َ‫َ َ ذ َ ذ‬
ِ ‫ٱّلل و‬
ِ ِ‫س لها مِن دون‬ ِ ‫س بما كسبتِ لي‬ِ ‫ل نف‬ ِ ‫ين ٱَّتذواِ دينهمِ لعبا ولهوا وغرته ِم ٱۡل ُيوِة ٱدلنياِ وذ ُكرِ بهۦِ أن تبس‬
ِ ‫وذرِ ٱَّل‬
َُ َ ُ َ َ َ َ َ َ
‫َ َ ُ ُ َ َ ي‬ َ ُ ‫ذ‬ َ َٰٓ َ َ ‫ذ‬ َ ‫ذ‬ ُ َ َ ََ
ِ‫اب منِ َحيمِ وعذابِ أِل ِم بما َكنوا‬
ِ ‫َش‬ ِ‫ين أبسلواِ بما كسبواِ لهم‬ ِ ‫ل يُؤخذِ من َهاِ أولئ‬
َِ ‫ك ٱَّل‬ ِ ِ‫ك عدل‬ ِ ِ‫يع ِإَون تعدل‬ ِ‫ل شف ي‬ ِ‫و‬
َ ُ
ِ ‫يَكف ُر‬
‫ون‬
Surah Al-An’am ayat 70

Ayat di atas menyebutkan tentang larangan mempersendakan agama.


Berdasarkan ayat di atas,
(i) Nyatakan dua sebab Allah SWT melarang perbuatan di atas. (2m)

i- Merendahkan syiar Islam.


ii- Mencetuskan perbalahan dan pergaduhan.
iii- Merosakkan iman.
Mempersendakan
(ii) Jelaskan dua cara yang boleh anda lakukan sekiranya melihat kemungkaran (4m). agama.

Dua cara yang boleh saya lakukan sekiranya melihat


kemungkaran ialah:

i- menasihati golongan tersebut supaya tidak


mempersendakan agama kerana perbuatan tersebut
merupakan kesalahan dalam Islam.

ii- melaporkan kepada pihak berkuasa seperti JAKIM.


(iii) Terangkan dua pengajaran ayat.(4m)

Dua pengajaran ayat:


(i) Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang
mempersendakan agama demi menjaga kesucian Islam.

(ii) Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada


orang yang mempersendakan agama berpandukan ajaran
islam.
(b) Sabda Rasulullah SAW

Berdasarkan hadis di atas,


(i) Nyatakan dua sebab Islam menggalakkan umatnya untuk berdikari. (2m)
Dua sebab Islam menggalakkan umatnya untuk berdikari
supaya:
- Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin berusaha.
- Mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal.
(ii) Jelaskan dua implikasi terhadap seseorang sekiranya tidak berdikari. (4m)

Dua implikasi terhadap seseorang sekiranya tidak berdikari:

- Tiada keyakinan diri untuk melakukan sesuatu kerana


selalu bergantung kepada orang lain.
- Akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana dilihat
tidak berpotensi.
Maksud hadis:
“ makanan yang kamu usahakan untuk dirimu ialah sedekah, makanan yang kamu usahakan untuk anakmu
adalah sedekah, makanan yang kamu usahakan untuk isterimu ialah sedekah dan makanan yang kamu
usahakan untuk pekerjaanmu ialah sedekah “. ‘’Sikap rajin berusaha dan berdikari’’
(iii) Berdasarkan maksud hadis di atas, bagaimanakah anda dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan.
Huraikan(4m).
2. (a) (i) Nyatakan dua contoh ajaran sesat daripada aspek ibadat(2m).

Dua contoh ajaran sesat dari aspek ibadat ialah:

- Menolak kewajipan ibadah fardu.

- Beribadah dengan hanya berzikir bagi menggantikan solat


- Menunaikan ibadah haji ditempat yang dianggap suci
selain Mekah Al-Mukarramah.

- Menghalalkan perzinaan atas nama nikah.


(ii) Anda telah mendapat tahu bahawa rakan anda terlibat dengan aktiviti ajaran sesat.
Jelaskan dua cara yang boleh anda lakukan sebagai seorang islam. (4m)

Cara yang saya boleh lakukan sebagai orang Islam:

- Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang


mengamalkan ajaran sesat.
- Melaporkan kepada pihak yang berkuasa supaya aktiviti
ajaran sesat tersebut dapat dibanteras.
(iii) Terangkan dua implikasi seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat di dalam
kehidupannya. (4m)
Dua implikasi seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat dalam
kehidupannya ialah:

- Melemahkan iman dan merosakkan akidah seseorang.

- Menjatuhkan imej diri dalam kalangan umat Islam.


(b) (i) Antara nama- nama Allah SWT Al-Muntaqim. Sebutkan maksud Al-Muntaqim (2m).

Maksud Al-Muntaqim ialah:


- Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha
pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang
melampaui batas.
(ii) Jelaskan 2 kefahaman kamu tentang sifat Al-Muntaqim (4m)

Dua kefahaman tentang sifat Al-Muntaqim ialah:

- Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka


terhadap orang yang menolak peringatan Al-Quran.
- Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa Ad-Dukhan, iaitu
Kaum Quraisy ditimpakan dengan kemarau Panjang sehingga debu
seperti asap menutupi mereka kerana mereka menolak dakwah
Rasulullah SAW.
- Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang
menentang agamaNya setelah diutuskan rasul dan diberi
keterangan yang jelas.
(iii)
Laut Mati, Jordan: tasik air masin terdalam di dunia yang membenamkan kaum Nabi Luth
yang mengamalkan gaya hidup songsang dan menafikan kenbaian Nabi Luth ‘alaihissalam

Berdasarkan pernyataan di atas, kaitkan perkara tersebut dengan keimanan kepada sifat
Al-Muntaqim.(4m)
3 (a) (i) Nyatakan maksud solat sunat dhuha. (2m)

Maksud solat sunat dhuha ialah:


- Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari
selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari.
(ii) Jelaskan kaifiat menunaikan solat sunat dhuha berkaitan bacaan di dalam solat (4m).

-Pada rakaat pertama, bacalah Surah Al-Fatihah, kemudian


Surah As-Syams atau surah lain.

-Pada rakaat kedua, bacalah Surah Al-Fatihah, kemudian


diikuti Surah Ad-Dhuha atau surah lain.
(iii) Terangkan dua hikmah menunaikan solat sunat dhuha. (4m)

Dua hikmah melakukan solat sunat dhuha ialah:


- Mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi meraih kasih
saying daripada Allah SWT.

- Membuktikan ketaatan kepada Allah SWT setiap masa.

- Mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah SWT.


(b) Korban merupakan ibadat sunat yang sangat dituntut untuk
melakukannya.
(i) Nyatakan hukum melakukan ibadat korban.
Hukum melakukan ibadat korban ialah:
- Sunat muakkad dan wajib jika bernazar.
(ii) Nyatakan dua cara pembahagian daging korban bagi orang yang melakukan
ibadat korban.

Dua cara pembahagian daging korban bagi orang yang


melakukan ibadat korban ialah:

-1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin.


-1/3 dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang
kaya atau jiran-jiran.
-1/3 dimakan oleh pihak yang berkorban dan anggota
keluarganya.
(ii) Terangkan dua hikmah ibadat korban kepada umat Islam dari aspek ekonomi.

Dua hikmah ibadat korban kepada umat Islam dari aspek


ekonomi:
- Membantu meningkatkan ekonomi umat Islam hasil
daripada pembelian haiwan korban daripada pengusaha
islam.
- Membantu golongan miskin yang tidak mampu.

Anda mungkin juga menyukai