Anda di halaman 1dari 3

4.

0 IBADAH DALAM ISLAM

4.1 Asas Ibadah

Pengertian ibadah :
Dari segi bahasa; ibadah, abdiyyah atau ubudiyyah bererti taat, tunduk, patuh, merendah diri
dan menyerah diri.
Dari sudut istilah, Ibadat ialah ketaatan dan ketundukan yang tertinggi yang hanya diberikan
kepada zat yang tertinggi iaitu Allah SWT sama ada dari segi perkataan atau perbuatan,
yang zahir atau yang batin.

Mengapa perlu ibadah ?

1. Tanggungjawab hamba
2. Teras kedua islam selepas aqidah
3. Fitrah manusia
4. Ibadah lambing keimanan aqidah secara fizikal
5. Tanda syukur atas segala nikmat Allah
6. Agar manusia sentiasa berhubung dengan Allah dalam semua urusan hidupnya

Hukum melakukan ibadat:

1. Wajib :Sesuatu amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan dengan
perintah yang tegas dan muktamad. Jika melakukan perintah tersebut mendapat
pahala dan jika meninggalkannya akan mendapat dosa.
2. Sunat : Sesuatu amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan dengan
perintah yang tidak muktamad. Dalam hal ini jika dilakukan perbuatan tersebut akan
mendapat pahala tetapi jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.

Kewajipan melakukan ibadah :

1. Wajib aini : Ibadah yang wang diwajibkan ke atas setiap individu untuk
melakukannya. Seluruh aktiviti hidup manusia tidak bermanfaat di sisi Allah SWT
jika mengabaikan ibadat ini.
2. Wajib kifa’I :Ibadat yang memadai jika dilakukan oleh sekelompok ahli dalam
sesebuah masyarakat Islam. Jika tidak ada ahli yang melakukannya maka semua
ahli masyarakat tersebut berdosa.

Perlaksanaan ibadah :

1. Ibadah khusus : Ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT sama ada secara tegas
atau secara longgar dan disebutkan secara khusus di dalam nas Al Quran atau
Hadis. Ibadat khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab ibadat yang
utamanya ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji.
2. Ibadat umum : Segala amalan kegiatan hidup manusia yang wajib memenuhi
syarat-syarat berikut :
- Amalan yang diakui oleh syarak dan sesuai dengan Islam
- Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syarak
- Amalan tersebut tidak dilakukan secara zalim atau khianat
- Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT
iaitu tidak riak, ujub dan sum’ah.

1
Asas ibadah :

1. Ilmu yang sahih tentang kaedah perlaksanaan ibadah dengan cara yang benar
sepertimana yang diajar oleh Rasulullah SAW. Juga ilmu yang bermanfaat yang
dapat membantu perlaksanaan ibadah. Ilmu ini akan menambahkan ketaqwaan
kepada Allah, menyempurnakan akhlak, membebaskan manusia daripada
penderitaan dan kehinaan. Ibadah yang dibuat tanpa ilmu tidak memberi kesan dan
dikhuatiri menyesatkan kerana salah caranya.
2. Iman. Keimanan yang benar dan tiada kesyirikan menjadi asas penerimaan sesuatu
ibadah. Ibadah dari seorang yang tidak beriman atau mensyirikkan Allah tidak
diterima oleh Allah SWT.
3. Ihsan. Maksud ihsan ialah melakukan sesuatu itu dengan cara yang betul dan
sebaik-baik cara. Melakukan sesuatu ibadah seolah-olah kita melihat Allah
meemrhatikan kita.
4. Ikhlas. Buat sesuatu hanya kerana Allah . Tanda-tanda ikhlas :
i. Tidak menghiraukan pujian atau cacian orang ramai
ii. Tidak mempamerkan pekerjaan dan amalan yang dilakukan
iii. Lupa pada ganjaran pahala sebaliknya hanya mengharapkan keredhaan
Allah semata-mata.

Syarat-syarat amalan bukan ibadat khusus (aktiviti harian) menjadi ibadah :


1. Niat semata-mata kerana Allah
2. Perkara yang dilakukan adalah perkara yang halal dan tidak bercanggah dengan
syariat Islam.
3. Tidak meninggalkan kewajipan asas seperti solat fardhu, puasa Ramadan dan zakat.
4. Dilakukan dengan tekun. Bersungguh-sungguh, tekun dan cekap dalam
melaksanakan tugas dan pekerjaannya.
5. Perlaksanaan . Dengan niat yang baik diikuti dengan cara perlaksanaan yang baik.

Keistimewaan ibadah Islam :


1. Perhubungan manusia dengan Allah tanpa perantara
2. Tempat perlaksanaan ibadah tidak terhad, boleh dilakukan di mana-mana asalkan
tempat yang bersih.
3. Skop ibadah yang sangat luas dan setiap aktiviti manusia boleh menjadi ibadah
dengan syarat-syarat tertentu.
4. Setiap ibadah adalah mengikut keupayaan masnusia dan tidak membebankan.

Kesan Ibadah Dalam Kehidupan :


1. Membentuk peribadi mukmin yang sejati. Peribadi yang unggul lahir daripada ibadat
solat kerana solat menuntut penyucian zahir dan batin. Disiplin diri dan menepati
waktu juga terlatih melalui ibadah solat.
2. Mencegah perbuatan yang keji dan munkar melalui solat. Solat yang dilakukan
dengan penuh rasa ketaatan, cinta dan kerendahan diri kepada Allah dan
mengharap keredhaan dan keampunanNya menyebabkan manusia takut untuk
melakukan kemungkaran. Sebaliknya solat yang dikerjakan secara lalai dan
terpaksa tidak meninggalkan rasa takut kepada Allah SWT di dalam diri seseorang .
3. Melatih manusia supaya bersuci. Islam meletakan bersuci sebagai syarat sah solat.
4. Mengajar manusia mengawal keinginan hawa nafsu dan membentuk peribadi
manusia dengan nilai-nilai akhlak mulia melalui ibadah puasa
5. Menyemai rasa kasih sayang, merapatkan ukhuwwah dan membersihkan sifat
kedekut dan bakhil dengan perlaksanaan zakat.
6. Mengajar manusia untuk mematuhi peraturan dan undang-undang dengan
perlaksanaan ibadat haji.

2
7. Produktiviti kerja adalah maksima kerana bekerja dengan niat beribadah kerana
Allah akan dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Anda mungkin juga menyukai